Thursday, April 1, 2010

Celoteh Murai 66

Jenis Berkokok Tidak Ikut Masa

WAH... wah bukan main lagi presiden NGO perkakas sebuah parti politik melaungkan suara Salentiannya untuk menentang kerajaan burung Tiong mulut merah. Katanya sekiranya cadangan kerajaan burung Tiong mulut merah menubuhkan Equal Opportunity Commission atau Suruhanjanya Peluang Samarata menggugat Perkara 153 mengenai hak keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan dia akan menentang.

Hebat dan kuat gemanya suara itu. Ia tentu menyeronokkan orang yang terulik di bawa lagu nyanyian Salentia selepas hujan sambil menghirup tea tarik di warung mamak. Mereka akan bertepuk bukan lagi dengan tangan, tetapi kaki saking menyokong ketua NGO perkakas kepada sebuah parti itu.
Murai hanya tersenyum sambil mencongekkan ekor untuk membuang seketul tahi mendengtar kata-kata ketua NGO perkakas berkenaan. Mulainya Murai nak buang seketul saja, tetapi entah terkeluar dua ketul bila terus mengenangkan gelagat ketua NGO perkakas itu.

Aduh... beraninya. Perangai hebat yang melekat dan membudaya kepada ketua NGO itu tidak pernah habis-habis. Kononnya dia akan menentang kalau penubuhan suruhanjaya itu mengancam Perkara 153. Murai nak bagi tahu sudah hampir separuh Perkara 153 sudah terusik. Sudah pun musnah. Yang bertanggungjawab memusanahkan ialah parti yang ketua NGO itu sendiri menyertainya.

Semalam Murai baca dari 30 penerima biasiawa nasional separuh daripadanya orang bukan Melayu. Apakah pemberian itu dibawa Perkara 153? Kalau dibawa Perkara 153 ini bermakna separuh hak Melayu telah pun dicuri orang. Apa tunggu lagi duhai ketua NGO perkakas?

Apa yang ketua NGO perkakas sebuah parti itu lakukan, tak dak apa pun melainkan berkokok dan berkokok saja. Memberi amaran, sambil mengalunkan lagu, Melayu terguris, jangan usik sarang tebuan ataupun jangan cuba cabar Melayu sudah lama kedengaran.
Sarang tebuan bukan saja diusik tetapi dibakar dan ibubapa serta anaknya digoreng. Inilah bahasa yang digunakan setiap kali merujuk kepada rasa kecewa mengenai kedudukan orang Melayu. Lagu atau kata-kata ini sudah dihafal macam lagu negaraku atau wau bulan. Ewa... ewa bulan, ewa bulan terajut tiga.... ooiiii adik kakak ambo belaka.... kita semua tak ubah macam kera....

Tetapi makin menyanyi lagu itu kedudukan Melayu makin tergugat. Alih-alih dalam diam Melayu sudah lama menjadi hamba di tanah air sendiri. Apakah ini ketua NGO perkakas kepada sebuah parti itu tidak ketahui? Bole la matanya... (Bole ertinya buta yang tidak nampak cahaya tetapi kanta matanya elok).

Murai nak ingatkan beliau kalau kentutnya sudah pun tak busuk, usahlah nak main ugut-ugut kerajaan atau nak tunjuk kita berani. Murai percaya kalau ketua parti yang memerintah hari ini ajak sama dia joint partinya, Murai berani potong janggut ... lepas ni suara dan gema itu tidak akan ada lagi. Lepas ini ketua NGO perkakas kepada sebuah parti itu akan diam menjadi syaitan bisu yang terkena sumpah dengan ayat Quran.

Begitulah selalunya berlaku tentang diri ketua NGO perkakas kepada sebuah parti politik ini sejak lebih empat dekad lalu. Tapi apa boleh buat jenis suka berkokok dia tidak kira sama ada hari hujan atau tidak dia terus saja berkokok aukkkkk... wokkkk wekkkkkk entah macam-macam bunyi lagi yang sukar untuk diterjemahkan tetapi maknanya sama saja, untuk mengampu dan membodek demi mengembungkan tembolok garamnya.

Murai: Berkokok hanya waktu pagi dan senja saja.

4 comments:

Anak Rantau said...

Saya pun tergelak dengan komen murai....
Saya pun tak tahu nak kata apa lagi dengan si Ketua Perkakas ni, tapi kalau orang yang mengenal siapa beliau ini saya percaya nescaya tiada siapa pun yang akan membuntutkan si Ibrahim Ali ni. Adakah beliau tak tahu orang yang PERKAKAS panggil untuk merasmikan EGM PERKAKAS baru ni lah yang telah banyak ... See Moremerosakkan pegangan orang melayu. Berapa banyak Tanah Rezab orang melayu tergadai semasa beliau menjadi PM, biasiswa untuk orang melayu dihapuskan dan diganti dengan Pinjaman, Imuniti Raja-Raja melayu dihapuskan dan banyak lagi kalau nak nukilkan disini.

Komen saya udah-udahlah Ibrahim dok berkokok dan menyalak macam orang tak siuman. Jangan menambahkan lagi "otak mering" yang telah tersedia ada. Nanti tak pasal-pasal kena pergi ke Tanjung Rambutan..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Saya pun gatal jari nak menaip pasal Datuk Paduka Ibrahim ni. Sesuailah dengan terminologi diguna terhadap pertubuhannya iaitu "PERKAKAS". Nama pun perkakas, jadi sesuailah dengan namanya maka itulah peranannya. Jadi kalau dia menyempurnakan tuntutan hakiki sebagai perkakas maka dia memang berjaya dan boleh dianggap perkakas sebenar.

Sesuatu kesempurnaan itu bergantung kepada usaha ke arah menyempurnakannya. Oleh yang demikian, Ibrahim Ali ini sebenarnya sedang berusaha untuk menyerpurnakan tugasan ("assignment" dalam bahasa orang perasan hebat) untuk menjadi perkakas yang sempurna.

bat8 said...

Tuan MSO,

Ambo juga loyo lugar dok dengar lagu salientia kito. Perut jadi beralun, lamo-lamo raso nok muntah hijau.

Dah tokleh ak kato apo doh kat dia. Kalau kato jugok, kita seolah-olah puja dia je.

Yang ambo dok heran adalah adalah perkakas-perkakas yang cerdik pandai, yang cakap orang putih berabuk boleh TERPEDAYA dengan lagu-lagu dendangan salientia.

Ayamitogei said...

Salam tuan MSO,
Setahu saya, dalam teori politik, seorang ahli politik yang hebat adalah seseorang yang boleh membuatkan dirinya sentiasa diingati dan menjadi perhatian masyarakat. Saya melihat dalam konteks ini, Ibrahim Ali mampu merealisasikan teori tersebut walaupun tanpa bernaung di bawah parti politik yang ternama seperti BN atau PKR. Walaupun beliau dikutuk dan dihina mahupun dipuji oleh pihak tertentu, namun beliau sentiasa menjadi tumpuan semua pihak termasuk media. Dalam dunia politik, beliau masih boleh 'survive' walaupun dalam keadaan yang tidak bermaruah dan beretika. Ternyata beliau seorang yang sangat licik.
Bagi saya, bukan isu yang dimainkan tetapi cara beliau berusaha untuk terus hidup dalam dunia politik, selepas ditendang dari UMNO, beliau mampu merebut peluang dalam PAS, dan sekarang setelah menderhaka kepada PAS, beliau sedang mengintai peluang baru dan cuba menarik perhatian pihak lain dengan menonjolkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang lantang memperjuangkan nasib melayu, tanpa mempedulikan pandangan masyarakat yang mengetahui dengan jelas apakah matlamat sebenar beliau, yang penting, beliau boleh terus 'hidup'.
Bagi yang celik tentang mainan politik, beliau seumpama tin kosong yang penuh dengan karat, hanya bunyi saja kuat namun isinya kosong dan sudah tak boleh digunakan untuk simpan apa pun namun bagi pihak yang buta politik, isu yang dimainkan beliau boleh menarik sokongan kepadanya.
Minta tuan perbetulkan kalau pandangan saya ini tidak matang.