Sunday, April 11, 2010

Salam Kejauhan

Mohon Maaf! Salam 2 Malaysia Dari Saya

KEPADA penjenguk minta maaf kerana tidak ada catatan semalam, hari ini dan eosk. Sibuk sikit... saya berada di luar Malaysia. Melihat politik dan pilihan raya Hulu Selangor serta pergeseran Istana Kelantan dari luar tanah air tercinta.

Kebetulan di hotel saya menginap ternampak orang besar Kelantan bersama isterinya dan dua anaknya. Ketika saya lepas sarapan pagi, dia masuk. Dia mengenali saya, tetapi kami hanya terperagah tanpa mengeluarkan sepatah kata. Mungkin dia bertanya dalam hatinya kenapa saya berada di sini? Dan tentu juga saya bertanya begitu sebaik melihatnya.

Terhajat di hati untuk menghampirinya bertanyakan pegawai tinggi berkenaan mengenai kesihatan Sultan Kelatan. Apakah benar Tuanku Sultan sudah boleh menyanyi lagu Burung Kakak Tua? Tetapi tak jadi, saya malas mengangguinya dan biarlah dia berihat. Mungkin dia perlu kerihatan dan ketenangan selepas selesainya upacara Penganugerahan Darjah Kebesaran 20 Mac lalu.

Saya percaya pergawai tinggi itu tahu mengenai kedudukan Sultan Ismail. Sejauh mana tahap kesihatannya dan apakah kesemua seni kata lagu Burung Kakak Tua itu sudah dihafalnya.

Saya di sini melihat Malaysia dari jauh rasanya lebih adil dan afdal. Jadi sejak semalam, hari ini dan eosk tiada apa-apa catatan. Berilah ketenangan untuk saya menyihatkan akal dengan keindahan dan kecantikan alam semula jadi.

Terima kaish kepada penjenguk yang bertanya khabar dan mendoakan kesihatan saya. Semoga doa anda itu dipulangkan Allah kepada anda dengan kebaikan, kesejahteraan dan rezki halal yang melimpah.

Oh ya ketika saya mahu ke airport, kelihatan tiga lelai sedang melakukan sesuatu kepada kereta misteri yang tersadai hampir dua minggu di Wangsa Maju. Saya percaya sekembali saya nanti kerta itu sudah tidak ada lagi dan jalan berkenaan akan licin dan pengguna tidak akan diganggui dengan kewujudannya itu.

Selam untuk semua dan salam 2 Malaysia dari saya! [***** 7:00 am waktu local 11/04/10]

No comments: