Friday, April 2, 2010

Pandangan Jumaat

"Pengampunan" Kartika Akan Timbul Implikasi

[kemaskini] AKHIRNYA Kartika Saridewi Sukharno tidak disebat. Dengan kuasa yang ada kepadanya, Sultan Pahang yang menjadi tunggak dalam bidang agama, janda dua anak yang didapati bersalah meminum arak di khayalak ramai di negeri Pahang oleh Mahkamah Syariah negeri berkenaan itu diberi 'pengampunan'. Hukuman sebat ditukar dengan kerja sosial selama tiga minggu.

Kini Kartika boleh tersenyum puas dan bersyukur kepada Allah. Beliau tidak perlu gerun menghadapi sebatan, dan hanya perlu berkerja sosial saja.

Dosa kesalahannya itu hanya Allah saja yang tahu. Dari segi hukum dan undang-undang dia telah menjalani hukuman berkenaan. Sekiranya pengecualian hukuman sebat itu tidak membersihkan dosanya dari segi hukum syarak itu bukan salah beliau tetapi salah pihak berkuasa yang menentu dan melaksanakan undang-undang berkenaan.

Janda itu tidak melarikan diri daripada disebat. Malahan dia sudah pun bersiap sedia untuk menjalaninya dengan penuh redha? Kegagalan untuk menyebatnya menurut Hishamuddin Hussein disebabkan kerajaan tidak ada tukang sebat? Satu alasan melucukan. Lucu lagi baru-baru ini tiga wanita yang berzina hingga melahirkan anak di sebat di penjara Kajang? Tiba-tiba pula wujud tukang sebat.

Apakah tukang sebat itu tidak layak untuk sebat peminum arak dan hanya layak menyebat penzina saja?

Apakah ada daouble standard dalam melaksanakan hukuman ini? Tiga wanita yang berzina melahirkan anak itu juga merupakan kesalahan pertama. Bezanya dia tidak dipublisitikan secara komersial seperti mana Kartika yang diambil kesempatan oleh golongan anti Islam untuk menghebuhkannya.

Tiga remaja itu juga berbeza dengan Kartika, dia telah menunjukkan keinsafan dengan berjumpa ulama itu dan ulama ini sehingga mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kes Kartika secara tidak sedar menjadi isu politik berbeza dengan tiga remaja yang berzina sehingga melahirkan anak itu.

Apakah sekiranya tiga remaja itu diberi ruang untuk menjajakan kesnya ke serta dunia dia juga akan diberi 'pengampunan'? Saya rasa begitu? Maka malanglah kepada tiga remaja berkenaan kerana disebat disebabkan mereka tidak ada ruang untuk menunjukkan keinsafannya seperti Kartika.

Tetapi saya berpandangan apa yang berlaku kepada Kartika itu nanti akan dijadikan alasan atau 'semangat' untuk orang lain melakukan kesalahan sama di negeri Pahang. Disebalik ada kewajaran, ada tidak wajarnya dia diberi 'pengampunan'. Apa lagi Kartika sendiri merindu agar dia dihukum dengan hukum syarak. 'Pengmpunan' itu tidak akan memerikan peminum yang lain.

'Pengampunan' itu juga memberi implikasi di masa depan. Apa kata kalau selepas ini ada orang minum arak dan dihukum sebat di negeri Pahang selepas itu dia menjaja kesnya ke serata tempat supaya ianya disebat! Apakah hukuman itu dilaksanakan? Kalau dihukum apakah itu bukan double standard?

Dalam hal ini saya bersetuju dengan kenyataan Persatuan Perguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), 'pengampunan' itu dilihat satu keputusan yang kurang tepat. Menurut setiausahanya Abdul Halim Bahari pengampunan itu tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat mengikut lunas-lunas syarak.

Katanya, Sultan Pahang selaku ketua agama seharusnya mempertahankan undang-undang Islam untuk memperkasakan institusi mahkamah syariah. Tekan Abdul Halim lagi, sekiranya hendak ringankan hukuman terlebih dahulu dapatkan pandangan Mufti. Apapun kuasa mengampun apa juga kesalahan dilakukan seseorang terletak ditangan raja atau sultan memerintah. [wm.kl. 4:45 pm 02/04/10]

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Sebagai seorang muslim, saya merasa agak kecewa dan begitu terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Paduka Sultan Pahang. Memang baginda mempunyai kuasa untuk mengampun namun bagi saya suatu perubahan harus diambil dan dilakukan oleh bukan sekadar rakyat biasa semata-mata seperti kita tetapi perubahan itu harus melibatkan sama golongan mereka yang berkuasa tanpa mengira kedudukan kuasa mereka.

Kita sendiri juga memang mengakui betapa undang-undang yang dikenakan ke atas Kartika itu bukanlah benar-benar menepati hukum hudud dari Allah tetapi satu perkara yang boleh kita banggakan adalah keputusan itu berani diputuskan oleh seorang hakim dari mahkamah Syari'ah. Setelah kita merdeka selama 50 tahun barulah ada seorang hakim yang mampu untuk menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang yang didakwa sebagai undang-undang syari'ah. Bak kata orang, kalau tak dapat rotan akar pun jadi. Oleh kerana yang ada pada hakim hanya akar maka akarlah yang diguna.

Kita pun sedia maklum yang rayuan ini bukan datangnya dari Kartika sendiri secara rela tetapi datang dari pihak-pihak lain yang bagi mereka mungkin ada kepentingan sendiri. bukankah arak adalah minuman exklusif bagi golongan tertentu dan atas exklusifnya arak ini mungkin keadaan seperti ini berlaku. Saya tidak berminat untuk mengulas berkenaan exklusifnya arak pada golongan tertentu tetapi yang lebih penting dengan hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah syari'ah terhadap kartika adalah suatu kejayaan besar dan telah meninggikan lagi pandangan masyarakat terhadap mahkamah Syari'ah. Apa guna ada undang-undang kalau pengamalnya tidak berani menjatuh hukum mengikut undang-undang yang digubal.

Buat Kartika, Sybas untuk anda kerana menjadi orang pertama yang menerima hukuman mengikut undang-undang syari'ah negeri Pahang. Buat hakim dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam perbicaraan Kartika ini setinggi tahniah buat anda. Anda memang manusia hebat di dunia yang penuh dengan fitnah akhir zaman ini. Buat Sultan Pahang, Patik bukan hendak mempersoalkan keputusan tuanku tetapi menyatakan pandangan sebagai seorang muslim dan rakyat biasa. Ampun Tuanku.

Err said...

Walaupun jumlahnya tidak menepati kehendak Islam, tetapi kita telah terlepas peluang menonjol tujuan dan kehebatan Islam dalam melaksanakan proses hukuman.

chegarMD said...

suatu hari yg hitam kearah melaksanakan hukum allah kpd masyarakat islam yg cintakan hukom allah ditegak walaupon secebis dari yg sepatutnya. dan merupakan kemenangan kpd pendukong islam(islam bidaah)serta kejayaan seterus nya kpd musoh islam. saya tidak mempersoalkan hak tuanku sultan dalam meringan kan hukuman yg terkandung dlm undang2 negeri pahang.cuma nya saya merasa
terkilan kerana kita selalu tersasar dalam perjuangan besar menentang bidaah dan penyeliwingan setengah2 penganut islam terhadap
menegakkan hukum allah kpd kita penganut islam.