Thursday, April 29, 2010

Celoteh Murai 68

Apabila Suara Selentia Tidak Didengari Belatuk Kepala Merah

BUKAN main lagi Selantia dengan suara gagah perkasanya meminta supaya kerajaan burung Belatuk kepala merah menangguhkan segala projek untuk masyarakat Cina. Gesaan itu dibuat apabila Salentia mengetahui orang Cina tidak menyokong bekas komponen partinya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad lalu. Selantia cukup kesal dengan sikap orang Cina itu.

Baginya orang Cina yang tidak menyokong BN adalah mereka yang tidak tahu berterima kasih dan tidak perlu ditolong. Baginya mereka perlu dipajam. Mulanya Murai terangkat ekor juga mendengar gesaan Selantia itu. Sekali padang ada benarnya juga pandangan berkenaan.
Iyalah kalau oerang tak sokong kita buat apa kita bermurah hati dengan mereka?

Tetapi bila mengenangkan negara ini majmuk dan orang Cina juga pernah menyokong parti itu, terasa cadangan itu tidak masuk akal. Ia berbau perkauman saja. Cadangan atau tindakan itu tidak ubah seperti perangai budak saja. Budak kalau bergaduh begitulah jadinya. Kalau dia berikan sesuatu kepada kawannya bila bergaduh dia akan ambil balik. Sebab itu ada istilah buru siku dalam politik Melayu.

Bukan itu saja semua kisah-kisah semasa bersama lalu didedah. Teruknya ada yang sanggup mengaku menerima itu dan ini dari kawan, walaupun pendeahan itu memburukkan imejnya sendiri.

Selantia sepatutnya tidak bersikap begitu. Dia harus buat kajian dulu kenapa orang Cina tidak menyokong parti yang pernah dianggotainya itu. Orang Cina tidak macam orang Melayu, akan dengar apa saja kokokan Selantia, walaupun suaranya huduh dan menakutkan.

Tidak sampai 72 jam Selantia membuat gesaan itu si Burung Belatuk kepala merah menyampaikan bantuan untuk sekolah Cina di Rasa, tempat berlangsungnya pilihan raya berkenaan. Sekali lagi tercongek ekor Murai membaca laporan itu. Apa sudah jadi?

Murai membuat kesimpulan mudah sahaja, gesaan Selantia tadi langsung tidak didengari oleh si Belatuk kepala merah. Ini bermakna suara Selantia itu tidak ada nilai sedikitpun kepada burung Belatuk kepala merah. Apa yang dapat Murai rasanya, bantuan dan kempen Selantia untuk membantu calon parti Belatuk itu tidak bermakna sama sekali. Mungkin juga kehadiran Selantia di tempat itu tidak pun dijemput si Belatuk, tetapi saja-saja pandai datang sendiri saja.

Sebab kalau Selantia dipanggil Belatuk, tentu Balatuk akan mendengar gesaan Selantia itu. Kalau pun nak beri juga tetapi tunggulah sebulan dua, sebagai menghormati suara selantia itu. Tapi bila tidak sampai 72 jam selepas gesaan itu Belatuk terus beri bantuan itu ini bermakna suara Selantia itu tidak pun diengar dan dihormati Belatuk.

Tetapi Selantia tidak merasa apa dengan tempelakkan itu. Begitulah kalau muka sudah jadi tebal setebal tayar lori. Toreh dan gurilah dengan pisau atau parang ia tidak akan merasa pedih lagi. begitulah juga kalau kita hanya ada suara tetapi tidak ada kuasa, suara kita akan jadi seperti beduk pecah saja, berbunyi tetapi iramanya tiada.

Murai: Tidak pernah merasakan kicauan Murai lebih baik dari siulan Serindik.

1 comment:

Unknown said...

salam tuan mso

selantia yang sentiasa mendongk untuk mencari harapan agar serindik kepala merah berkacau merdu bersamanya