Friday, April 9, 2010

Sebelum Jumaat

Fasik Kafir dan Fasik Fajir

FASIK terbahagi kepada dua jenis. Fazik kafir dan fasik fajir. Fasik kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Yang menolak dan mengingkari perintah Allah yang diturun dalam kitab-kitab-Nya. Mereka ini keluar dari petunjuk dan termasuk dalam kesesatan. Seperti mana disebut dalam firman Allah;

"...lalu ia meninggalkan perintah Tuhannya.." (Al Khafi: 50).

Fasik kafir mereka yang membangkang perintah Tuhannya supaya beriman, memperakui dengan keseluruhan jasad dan nurani akan kebesaran dan keagungan (Tuhan) Allah. Manakala golongan fajir ialah yang meminum arak, makan benda yang haram (rasuah, perjudian haram, ceti haram, penyelewengan, rompakan dsbnya), berzina dan membuat maksiat kepada Allah.

Mereka ini terkeluar dari aktiviti ibadat dan termasuk dalam kemaksiatan. Namun mereka ini tidak sampai kepada syirik.

Perbezaan keduanya ialah fasik kafir tidak akan diampunkan Allah kecuali dengan bersyadah dan bertaubat sebelum ajal. Sedangkan kafir fajir masih boleh diampunkan dengan pertaubatan yang menyesali atas perbuatan dan kelakuannya sebelum ajal.

Sesungguhnya setiap maksiat yang datang dari nafsu dan syahwat masih boleh diampunkan. Manakala maksiat yang datang dari kesombongan tidak boleh diampunkan.

Iblis, Firaun, dan sewaktu dengannya datang dari kesombongan yang mana kekafiran mereka tidak akan terampun.

Justeru kita perlu bertaubat dari segala dosa, kecil dan besar sebelum ajal dengan harapan Allah akan menerima pertaubatan kita.

"Dia yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kejahatan mereka," (Asy Ayura : 25).

Manakala sabda Rasulullah pula; Orang-orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa." - Sumber: Mukashafah al Qulub, Imam Ghazali. [wm.kl. 11:30 am 09/04/10]

No comments: