Saturday, April 3, 2010

Susupan Petang

Bila Muhyiddin Ulangi Hubungannya Dengan Najib

SUDAH lebih dari dua kali Muhyiddin Mohd Yassin menafiknya dakwaan yang beliau tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Katanya, dakwaan itu adalah tektik pembangkang hendak merosakan hubungan beliau dengan Najib.

Kali pertama beliau mengulas desas desus itu apabila Lim Kit Siang mempersoalkan Muhyiddin tidak menyokong slogan 1 Malaysia ciptaan Najib.

Muhyiddin terus menjawab dengan mengatakan pembangkang kehabisan modal. Dua tiga hari lalu, Muhyiddin menasihati Lim Kita Siang supaya tidak cuba melaga-lagakan beliau dengan Najib. Katanya; "tak payah lagakan saya, saya tak termakan pun." Begitulah sinis Muhyiddin.

Hari ini semasa berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang semasa melancar program Juara Rakyat di Machang, Muhyiddin sekali lagi mengulanginya. Dakwanya desas desus dia tidak sehaluan dengan Najib dicipta pembangkang. Kalai ini beliau menggunakan istilah pembangkang cuba nak pecahkan hubungam beliau dengan Najib.

Bila Muhyiddin sekali lagi mengungkitkan perkara itu menyebabkan ia menjadi tanda tanya. Untuk apa diungkitkan di Machang. Saya tidak fikir orang Machang sudah mengetahui akan perkara itu dan termakan dengan dakwaan Lim Kit Sinag.

Baik orang tidak menyedari kini orang akan mempersoalkan bila dia menyebut perkara itu di depan umum. Kenapa Muhyiddin membangkitkan kalau ianya tidak benar dan hanya dakwaan pembangkang?

Beliau sendiri mengatakan tidak termakan dengan usikan Lim Kit Siang itu. Tetapi bila hari ini dia terus membangkitkan semacam dakwaan itu benar pula. Seolah-olah dia sudah termakan dengan dakwaan berkenaan? Mungkin di kalangan Umno sendiri juga sudah mula memperkatakan keretakan hubungan beliau dengan Najib itu menyebabkan beliau terpaksa menjawabnya di depan khalayak.

Bukan saja Muhyiddin risau dengan dakwaan Lim Kit Siang atau pembangkang itu, Najib juga nampak seperti tidak begitu selesa dengan desas desus itu. Hari ini Najib telah memaklumkan kepada satu perjumpaan di Hulu Selangor yang calon UBN untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April nanti akan diumumkan Muhyiddin. Kenapa?

Biasanya perdana menteri yang mengumumkan nama calon. Apakah tindakan itu untuk menunjukkan bahawa Najib mempunyai tahap kepercayaan baik dengan Muhyiddin. Kalau pun Najib kebetulan akan ke luar negara, tetapi Najib boleh mengumumkan lebih awal. Atau beliau boleh membuat pengumuman itu menerusi sidang video semasa di luar negara kelak.

Tetapi Najib nampak beriya mahu melepaskannya kepada timbalannya. Ini menyebabkan kita nampak tindakan kita itu disengajakan bagi menunjukkan mereka berdua dalam keadaan baik-baik saja.

Bagi pemerhati politik desas desus Muhyiddin tidak sehaluan dengan Najib sudah lama kedengarannya. Muhyiddin dikatakan tidak begitu menyenangkan beberapa pendekatan dan dasar negara diperkenalkan Muhyiddin. Antara yang tidak disenangi Muhyiddin ialah mengenai slogan 1 Malaysia. Prostes secara senyap katanya telah berlaku.

Sebab itu menurut sesetengah pemerhati Muhyiddin tidak menggunakan logo 1 Malaysia dalam blognya dan menggunakan tagline berlainan, My Malaysia. Kalau sekali tenguk perbezaan itu tidak memberi apa-apa perbezaan besar tetapi jika dihayati ia jelas sebagai satu protes kepada 1 Malayisa.

Terbaru kenyataan Muhyiddin bahawa dia akan mengutamakan Melayu dulu baru Malaysia menjelaskan akan ketidakselarian itu. Walaupun ia cuba dilindungi Najib dengan menjelaskan tidak ada masalah dengan kenyataan Muhyiddin itu namun umum sudah dapat menyelaminya memang ada masalah antara kedua mereka ini.

Walaupun keduanya cuba menyembunyikannya namun keretakan hubungan itu akan diterdedah juga, akhirnya. Ini jelas kalau berdasarkan kepada kebiasaan yang berlaku dalam politik, di mana menafikan itu menunjukkan ia benar berlaku. Dan diam itu juga bermakna ia memang terjadi! [wm.kl. 8:40 pm 04/03/10]

1 comment:

ANAFAKIR said...

DS Najib menyerahkan kepada TS Muhyiddin untuk umumkan calon PRK94Hulu Selangor kerana;
1. TS Muhyiddin yg banyak bercakap soal PRK94 dan calon yg bakal diletakkan di sana.
2. TS Muhyiddin yg banyak mengulaskan mengenai peluang UMNO/BN utk menang PRK tersebut.
3. TS Muhyiddin seolah-olah tidak begitu menyenangi TS Muhammad Taib, mungkin ada isu yg belum selesai antara mereka.
4. Mungkin DS Najib ingin cuci tangan jika UMNO/BN kalah dalam PRK tersebut..bahananya akan terpikul di atas bahu TS Muhyiddin.
5. Mungkin DS Najib ingin menjaga hubungan beliau dgn TS Muhyiddin utk memperlihatkan betapa mereka ok..mainan politik begitu licik dan berwarna-warni.
6. Suasana kecamuk yg berlaku dlm isu pemilihan calon membuatkan DS Najib 'play save' utk menjaga aura kepimpinannya..