Wednesday, April 21, 2010

Sebelum Selimut Ditarik

Gambar Mengubat Rindu Pengulik Tidur

SEKEJAP tadi saya menerima kiriman dua keping gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz dari seorang akhi, Haji Mohd Arshad Ali seperti mana dipaparkan ini. Disebabkan gambar ini dimailkan ke dalam mail saya saya kira ianya hadiah buat saya. Rasa rindu kepada suara, bicara, marah dan gurauan Tok Guru terubat takkala menatap gambar ini.
Akhi Mohd Arshad juga memberi alamat blognya, http://hjarshad.blogspot.com/. Terima kasih akhi atas kiriman gambar sangat bernilai dan dirundui ini.

Dalam blog ini terdapat beberapa gambar mengenai kegiatan Tok Guru sepanjang berada di Makkah selama hampir dua minggu. Bukan saja saya, kepada pencinta Tok Guru juga akan terubat melihat gambar ini. Menatap gmbar ini menjadikan rindu semakin membuak. Mata yang tadi layu keletihan tiba-tiba menjadi segar begitu terpandang gambar Tok Guru yang mengenalkan jaket berwarna hijau pucuk pisang.

Pilihan raya Hulu Selangor menjadikan rasa sabar tidak terkawal untuk mendengar apakah ulasan dan pesan amanat beliau kepada pengundi dan rakyat negara ini. Sekiranya tidak terhalang, beliau akan pulang hari ini. Tok Guru pulang ke Kota Bharu sehari kemudian terus berkubu di Hulu Selangor. Doakanlah semoga Tok Guru sejahtra dan selamat tiba ke tanah air. [wm.kl. 1:30 am 21/04/10]

1 comment:

MohdArshad said...

Salam...MSO TGNA di jangka sampai di kb petang 21 april insyaallah...23 april akan ke hulu selangor apa yg TGNA maklumkan tadi.