Tuesday, April 27, 2010

Puisi

PUISI SEBAK BUAT SAHABAT

Sahabat,
apa yang kau pandang itu benarlah, cermin
yang tidak tahu berbohong
atau petah berauta bicara persis kenalan-kenalan politik kita
ia setia memantulkan cerita
mencabar kita menafsir rahsia makna kehidupan
kenapa kau harus risau padanya?

Ia kadangkala mentertawakan kita
mengejek kita... gurau sendanya berlebihan
saat kau menghitung barisan tulang rusuk
ia tersenyum, apabila ego Adam seorang kau patah serta merta.

Usah kau persoal tentang makan dan minum
yang tidak bisa mengembalikan kesasan kau seperti ritu
kenapa kau harus risaukan,
perjalanan hidup kita tetap ke depan sejak dari mula
kekadang kita kelelahan mengejar masa yang hilang.

Sahabat
Jangan kau bermadah demikian rupa
menanya isteri dan anak-anak, memikirkan masa mengasingkan cinta.
hiba dan sebak hati ini;
bukan kau, aku dan sesiapa pun satu hari akan membuka genggam meleraikan salam duniawi antara kita untuk beristirehat di makam masing-masing.
usah berduka hiba,
kehilangan ini hanya sementara
atas iman dan takwa, cinta sejati menanti kita di nirwana-Nya.
insyaAllah atas nama suami dan isteri kita akan bersanding dipelamin abadi.

Sahabat
tidakkah kau pernah melewati Arafah
menjamah puncak Rahmah?
padang luas itu senantiasa memarakkan api cinta Adam dan Hawa
di puncak Rahmah itu tempat diijab ikrar sehidup semati sejoli .
Tidakkah kau pernah bermukim di Muzalifah,
melepaskan penat, merenung tulus ke dalam mata antara manusia
kemudian bergiring tangan menuju ke Jamrah
mencampakkan kehinan di Jamrah Ula
menghempaskan amarah di Jamrah Usta
dan melontarkan dosa di Jamrah Aqabah
seusai itu kita lalu memotong rambut menandakan, berkorban
mensucikan diri seluhurnya.

Sahabat
tutuplah buku puisi keresahanmu kerana ia sangat merobek atmajiwaku.

MSO
Wangsa maju,
Seusai Subuh,
26 April 2010.

No comments: