Sunday, July 17, 2011

Bersama Rangkakan Mantari

Jaminan Pemanis Mulut Dari Udin Anak Yassin

Sebagai orang yang mencintai hak asasi dan kebebasan bersuara kenyataan Muhyuddin Yassin, (Udin anak Yasin) di Indoneisa semalam sangat dialu-alukan. Katanya dia bersedia untuk menimbangkan kelulusan permit bagi membolehkan akhbar Jawa Post yang berpengkalan di Surabaya di terbitkan di negara ini.

Mendengar kenyataan itu menggambarkan Udin anak Yasin seorang yang waras dan terbuka. Ia menggambarkan Udin anak Yasin bukan terkongkong dalam kedirian yang sempit dan diserang bayangan sendiri. Kesediaan itu menunjukkan jauh dan luasnya bingkai otak Udin anak Yassin.

Beliau juga menghormati kebebasan bersuara dan kebenaran itu menunjukkan dia berani berdepan dengan apa saja risiko atau kesan dari penerbitan akhbar berkenaan. Jawa Post merupakan akhbar yang popular di Indonesia dengan jumlah edaran 1.4 juta naskah sehari. Sebenarnya bukan mudah sesebuah kerajaan apa lagi yang mengamalkan demokrasi terpimpinan macam Malaysia untuk membenarkan sebuah akhbar asing diterbitkan di negaranya.

Akhbar ini juga merupakan bahan bacaan atau sumber utama warga Indonesia. Ia bukan saja dibawa masuk ke Malaysia, tetapi turut dibawa ke Arab Saudi. Beberapa buah kedai runcit di sekitar masjid Haram di Makkah turut sama menjual akbar berkenaan.

Naskah paling terkemudian yang dapat diperolehi di Makkah ialah tiga hari selepas ianya dikeluarkan. Kemajuan dan kemungkinan Jawa Post ini berada di seluruh dunia ialah kerana sikap rakyat Indonesia yang suka membaca dan menganalisa berbanding dengan rakyat negara ini yang suka mendengar dan menonton dan terus mempercayai apa yang dididengar tanpa dihadamkan dulu.

Faktor lain ialah kerana sikap akhbar itu sendiri yang bebas dan adil tidak seperti Utusan Malaysia. Idea atau pun isu yang dimainkan berpihak kepada rakyat. Akhbar ini bersikap kritis kepada pemerintah bukan seperti Utusan Malaysia yang sangat manja kededek kepada parti pemerintah.

Berbalik kepada kesediaan Udin anak Yassin itu, saya jadi macam tersendap biji rambutan bila mendengarnya. Amboi bukan main mesranya Udin anak Yassin melayan orang luar berbanding dengan orang di dalam negara sendiri. Di sini ada sedikit rasa ganjil dan tidak munasabah jaminan Udin anak Yassin itu menyebabkan ia menjadikan ia sebagai retorik saja.

Jaminan itu seolah-olah mahu menunjukkan bahawa negara Malaysia bebas dalam pengamalan media massa. Malaysia tidak kongkong media massa. Kononnya dengan jaminan itu orang khasnya orang Indoneisa merasaikan Malaysia negara bebas.

Betulah begitu? Atau ianya retorik atau cara hendak mengelirukan pemikiran rakyat Indonesia saja? Kalau Udin anak Yassin ada niat itu maka tidakan itu salah. Orang Indonesia mempunyai tiga biji mata bukan persis rakyat Malaysia termasuk juga menteri yang ada hanya dua biji mata. Itu pun ada yang sebelah mata kabur kerana dibaham kencing manis.

Kalau benar Udin anak Yassin berfikiran bebas, terbuka dan berpijak di bumi nyata, dengan jaminan diberikan kepada Jawa Post itu, pertanyaan mudah saya nak tanya atau cadangkan, Udin anak Yassin laksanakan dulu kebebasan berakhbar di negara ini. Pertama Udin anak Yassin luluskan dulu permit akhbar Suara Keadilan, atau luluskan permit Harian Purnama yang dipohon oleh Pas.

Kalau kedua permit akhbar ini yang sudah lama dipohon atau ditarik balik selepas diluluskan Udin anak Yassin tidak payah bercakap untuk memberi kebenaran Jawa Post diterbitkan di negara ini. Nanti semua orang akan tergelak dan mentertawakan Usdin anak Yassin. Nanti cadangan itu orang boleh anggap Udin anak Yassin cuba mengikat gajah dengan talio rafia.

Sebagai timbalan perdana menteri di mana kemungkinan akan memangku jawatan itu kalau Najib Razak bersama isterinya mati terjatuh kapal terbang, atau lemas air, Udin anak Yassin perlu mengemuakakan idea yang 'belingas', atau idea berlian yang dapat diterima oleh umum. Udin anak Yassin tidak perlu ikut sama bermain dengan gaya politik keronyok dan provok. Itu gaya lama.

Bagaimana pun saya tetap percaya jaminan Udin anak Yassin itu sebahagian daripada modal bagi menunjukkan negara ini mengamalkan kebebasan media massa. Udin anak Yassin yang tahu media massa Indonesia jauh lebuh bebas dan berani berbanding dengan media massa di Malaysia harus membuat tawaran itu meskipun ia sesuatu yang tidak mudah dilaksanakan. [wm.kl.9:00 am 17/07/11]

7 comments:

rabikhal said...

Bodoh gak mso ni. Akhbar itu berbeda dgn suara keadilan atau harakah. Ia akhbar biasa, manakala suara keadilan/ harakah akhbar politik.. Akhbar politik hanya memuatkan pembohongan, terutama akhbar pembangkang, menipu rakyat jer kerjanya.

mohd sayuti omar said...

Pengomen bernama rabikhal ini cerdik... sampai tak dapat nak memahami dan membezakan di antara itik dengan ayam. Kerana terlampau cerdik sangat tak memahami maksud yang diutarakan.
Apa yang diperkatakan mengenai kesediaan Udin anak Yassin bagi menggambarkan Malaysia bebas bersuara sampai sedia bagi permit kepada akhbar asing. Isunya di sini... kenapa akhbar dalam negeri, tak kira ia suara parti atau tidak, kenapa tak diberikan permit. Takut sangat untuk beri kebebasan kepada rakyat senbdiri.

Apakah rabikhal fikir akhbar suara parti tak perlu permit. Mungkin kerana telalu cerdik sampai nak beza ayam dengan itik pun tak tahu, itu Harakah dan Roket surat kahabr apa? Kenapa boleh diberikan permit... Ini yang menjadi pertikaikannya? Kenapada ada double standard, kalau tak nak bagi, jangan bagi semua.

Kalau ia akhbar tak biasa, seharusnya jangan diberikan. Tapi setengah beri setengah tak itu menunjukkan sikap kurang berani oleh kerajaan.

Saya rasanya orang bodoh saja yg tak mengetahui apa yg akhbar Utusan dan Berita Harian campur dengan tv1 2,4,5,6,7, dabn seterusnya lakukan kepada pembangkang.

Saya cadangkan kepada rabikhal himpun diut banyak sikit dan keluar menjelajah ke seluruh dunia lihat realiti politik di negara orang. Jangan teperap depan tangga saja.

Kalau hanya dok dengar cakap pemimpin, baca surat khabar penjilat buntut dan tak bermoral maka kecerdikan rabikhal terbatas, lebih cerdik sedikit dari ayam dan itik saja. Pandangan juga terhadap setakat Perlis dan Johor saja. Sdr harus buka ikatan kepala dengan lilit merah dan jenguk jauh... jauh dan jauh.

Kalau tak dak duit nak keluar negara, mari sini jumpa saya, saya boleh bagi idea. Janganlah kita kurung diri sendiri dalam kesempitan dan kegelapan yang dicolourkan sebagai putih oleh orang lain, malang sekali. Sebodoh dan semalang malang manusia ialah apabila ia kekal dalam kebodohan dan kebebalan.

Sebenarnya orang yang sewaktu dengan sdr ini berada dalam pegap malam, dan hanya dapat mendengar suara saja. Suara itu pula menipu sdr dengan mengatakan permukaannya putih, belakang putih, walhal gelap zulmat.
ayuh bersihkan otak dan minda sdr... air air longkang yang bertakung dengan air water cannon semburan polis terhadap para peserta Bersih baru ini masih ada. Ambil sebarang setiumba dua untuk dijadikan penawar. Kalau mampu telan dua tiga teguk isnyaAllah hati akan cerah dan akan nampaklah kebodohan diri sendiri sebelum dapat mejangkau kecerdikan orang lain yang asing bagi kita.
Rabhikal adalah sepupu mat maslah Felda. Terima kasih semoga rabihal akan lebih cerdik selepas ini dan dapat membezakan di antara ayam dengan itik.

akbajalil said...

Ilmu dan pengetahuan yang hak tidak harus disekat kepada rakyat. Kerajaan yang ingin mentranformasikan ekonominya harus juga mentranformasikan akal rakyatnya dengan pemberitaan yang adil dan benar-benar jujur.
Tidak seperti sekarang hanya melaporkan yang indah khabar dari rupa sahaja. Kenapa mesti kerajaan masih mahu berselindung di sebalik tabir kuasa?

manns'gor said...

salam Tuan,

Seperti kata tuan sesetengah manusia hanya mendengar suara didalam gelap tanpa memikirkan ianya betul ataupun tidak, terlalu taksub tanpa membuat sebarang penilaian.

Adakah diMalaysia ini bebas media, kalau beritanya hanya berpaksikan pada sebelah pihak?

1Crony said...

Kejayaan UMNO yang paling ketara di 1Malaysia ialah dapat mendidik generasi yang bodoh, bebal, banggang, otak batu dan buta kayu seperti rabikhal(nama jumud) di atas. Berbahagialah kamu aduhai pemimpin UMNO kerana berakyatkan manusia spesis tersebut (tak guna MSO menulis panjang-panjang untuk menjawab kritikan manusia berotak batu yang diproses dari kilang UMNO tersebut).

msmuri said...

salam tuan...

ada juga spesies bebal macam rabikhal tu tuan... rasanya elok dia tu dijadikan umpan tangkap buaya lagi elok... masih tak faham maksud yg. tersirat dari penulisan tuan... tulah dulu masa belajo tidur dalam kelas...

syed said...

Usahlah dilayan sibebal rabikhal tu, tuan. Pemikiran tahap mangkuk tandas je.