Wednesday, August 24, 2011

Sebelum Duha

Cara Sallahuddin Bantun Rakyat Perlu Dipuji

Ya Fattah:
Usaha dilakukan Ahli Parlimen Kubang Kerian Sallahuddin Ayub yang membela lima orang nasib anak yatim dari kampung Chica Kubang Kerian patut dicontohi oleh wakil rakyat lain. Usaha Naib Presiden Pas itu juga perlu dipuji kerana dia membuktikan bahawa wakil rakyat boleh membantu rakyat di kawasannya atas nama dirinya sebagai wakil rakyat.

Benarlah kata orang pemimpin yang disayangi itu pemimpin yang prihatin dan peduli kepada nasib rakyatnya serta menghulur bantuan dengan apa cara jua sehingga menggadaikan maruah diri. Manakala pemimpin yang berjaya itu bukan saja bergantung kepada sumber kewangan yang kukuh tetapi kerana kekreatifannya.

Dalam sekelip mata Sallahuddin berjaya mengumpul RM40,000 untuk membangun semula rumah anak yatim malang itu yang musnah terbakar. Tanpa mengharapkan bantuan dari agensi kerajaan, Sallahuddin hanya menulis SMS dan menghantar dalam blognya memohon bantuan orang ramai.

Hasil dari itu rumah untuk anak-anak yatim malang itu kini dibangunkan semula dan mereka akan mendapat tempat berteduh yang mungkin lebih baik dari sebelum ini.Saya yakin kalau orang ramai tidak menghormati Sallahuddin sebagai wakil rakyat orang tidak akan menghulur derma secepat itu dan sebanyak itu. Kejayaan Sallahddin itu menunjukkan beliau mempunyai karisma dan diyakini oleh orang yang membaca rayuan beliau untuk membela nasib lima anak yatim itu.


Jadi kepada mana-mana wakil rakyat jangan saja mengharap bantuan dari agensi kerajaan untuk membantu rakyat dalam kawasan masing-masing sebaliknya mereka boleh membuat rayuan - memohon bantuan massa seperti mana dilakukan Sallahuddin. Tetapi ingin saya ingatkan kalau mana-mana wakil rakyat tidak dekat dengan rakyat, sombong atau pun hanya berlagak pandai orang ramai tidak terpanggil untuk memenuhi rayuannya.
Makanya sekali lagi ditegaskan belajarlah dengan Sallahuddin yang sedarhana dalam segala hal, yang cermat dalam mengeluar tutur bicara, pandai menghormati orang dan seorang pemimpin pelapis Pas yang saya nampak mempunyai ciri-ciri khas yang teristimewa.

Jadi tidak ada masalah kalau Pas Kelantan untuk terus mengekalkan Sallahuddin di Kubang Kerian dalam pilihan raya akan datang kandati beliau sudah dua penggal berkhidmat di situ. Ternyata keberadaanya di Kubang Kerian memberi kesan dan menyenangkan sesiapa saja yang merasai atau tahu menilai pengorbanan beliau di bumi Kelantan Darulnaim sejak hampir 10 tahun lalu.

Syabas kepada Sallahuddin semoga anda terus menabur bakti dengan keupayaan diri sendiri dan gunalah keistimewaan yang ada kepada diri anda untuk membantu rakyat dan merealisasikan erti seorang wakil rakyat. [wm.kl.9:37 25/08/11]

1 comment:

Jashamsulnizam said...

Baru2 ni pemuda Pas kwsn sy mengadakn program ziarah kasih dan menjemput YB Salahuddin bg menghulurkn sumbangan kpd keluarga2 yg ssh disekitar Desa Pandan, walaupon majlis itu ada gangguan dr 'puak sebelah sana' tp dgn cara berkomunikasi YB Salahuddin berjaya menarik perhatian penduduk2 di kwsn tersebut trmasuk pakcik dan makcik yg berumur lebih 50thn yg jg merupakn penyokong kuat UBN dikawasan sy tu, ucapan jutaan terima kasih sy ucapkn kpd beliau kerna sudi menyempurnakn majlis tersebut.