Sunday, August 21, 2011

Sesudah Subuh

Menyubuhi Tuhan Di Masjid Baiturrahman

Ya Mushowwir: TENGAH hari ini saya dan teman akan meninggalkan bumi Tanah Rencong ini setelah berada di sini kira-kira 72 jam. Alhamdulilah semua kerja dan niat sudah disempurnakan sebaik mungkin.

Baru sekejap tadi saya dan Radzi telah menyubuhi Tuhan di masjid Baiturrahman di Banda Aceh. Masjid yang menjadi sebutan dan kunjungan sesiapa saja kalau berziarah ke Aceh. Masjid terindah dan penuh dengan makrifat tersendiri.

Banyak keistimewaan dan keunikan masjid ini telah ditulis pelawat. Yang nyata setiap orang yang memandang atau mendirikan solat didalamnya akan merasai nikmat yang tidak tersebut. Setiap yang merenung dan menyinggahnya ia mempunyai kenangan dan perasaan tersendiri tentangnya. Datanglah...

Suasananya tuh, macam di masjidi Haram di Makkah. Ada aura masjidi Haram di sini. Apa lagi di bulan Ramadhan Kareem ini, makin meriah. Bazar atau Pasar Aceh yang berada di sebelahnya akan hidup sepanjang hari. Waktu petang membawa ke senja pasar ini akan penuh dengan pengujung yang datang untuk mendapat berbagai jenis barangan dari pakaian, emas, peralatan tradisi sebagai cenderamata dan sebagainya. Untuk mengenali budaya dan ragam orang Acerh 'pio' - singgahlah dan masuklah ke pasar ini.

Manakala suasana malam pula ia makin meriah. Deretan gerai akan dibangunkan di sekitar masjid yang menjual pelbagai barangan alat-alatan ibadah. Sebaik selesai sembahyang jemaah akan menyerbut ke gerai-gerai yang berderatan di sekitar masjid yang seluas kira-kira 10 km persegi itu.

Sesuatu yang istimewa dan tidak terdapat di tempat kita (Malaysia) ialah sireh yang sudah diadunkan untuk terus dimakan terjual di sini. Orang Aceh pemakan sireh nombor satu tidak kira kecil atau tua. Lebih 30 gerai menjual sireh kedapatan di sisi Pasar Aceh berdekatan pintu masuk ke masjid. Sireh yang sudah siap dikapur dan dimasukkan ramuan tersedia untuk dibeli dan terus dimakan sambil berjalan. Satu 'piak' sireh berharga sekitar Rp3,000 sekitar RM1.20.

Sesiapa yang ke Aceh kalau tidak makan sireh tidak lengkap. Kononnya kata orang Aceh sireh ini juga snap yang membantu awet muda dan sesiapa yang memakannya khususnya remaja dan anak dara akan kelihatan lebih jelita dan belengas. Tidak percaya cubalah.

Masjid berusia ratusan tahun ini senantiasa hidup dan meriah sepanjang masa. Tadi... masa solat Subuh terdapat kira-kira 500 jemaah. Ini merupakan jemaah yang tetap. Apa yang menariknya dan perlu dilakukan di negara kita setiap kali masuk waktu Solat ianya akan disiarkan secara langsung menerusi radio ke seluruh Aceh.

Setiap hari setelah usai sembahyang Subuh, diadakan ceramah atau pengajian agama oleh penceramah atau guru yang diundang khas. Sebenarnya bukan saja untuk solat Subuh tetapi soal-solat lain juga diadakan siaran secara langsung yang dipacarkan oleh RRI - Radio Ruplik Indonesia. Siaran ini keudara hingga ke Seboga, Pekan Baru di Riau.

Tentunya dengan adanya siaran langsung itu aktivti ceramah dan pengajian dapat diikuti oleh orang ramai. Rasanya perkara ini juga patut dilaksanakan di negara kita. Bukan saja semasa solat Jumaat tetapi solat-solat lan juga. Kerajaan atau agensi termasuk GLC boleh menaja siaran untuk tujuan ini.

Masjid-masjid negeri juga patut mengadakan program yang sama. Ia tidak susah sangat kerana kita kini mempunyai puluhan saluran radio dan juga tv. Setiap satu negeri misalnya boleh membuat siaran langsung untuk sebuah masjid dengan percuma tanda kebajikan setesen radio berkenaan.

Siaran langsung itu juga boleh dipilih dari mana-mana masjid yang aktif dan imarak. Rasanya inilah antara aktiviti yang boleh ditiru dari Aceh untuk Malaysia yang mana hampir separuh dari tanahnya pernah dijajah oleh Aceh. Berhenti di sini dulu, ngantuk. [ba.indonesia 7:30 am 21/08/11]
Caption: Masjid Baiturrahman waktu Subuh.

3 comments:

asalbayu said...

Sasterawan Azizi Haji Abdullah yang tersohor dengan novel Seorang Tua Di Kaki Gunung telah kembali ke alam baqa pagi tadi dan dikebumikan di Kulim.

Singgah abbebakar said...

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.Kami merasa amat akan kehilangan tuan. Moga Tuan akan ditempatkan bersama dengan mereka yang diredhaiNya.

Kepada yang tinggal, kami ucapkan takziah. Moga sabar dengan ujian dan ketentuanNya.

Amin.

paknikmuring said...

aslm sdr mso. sungguh teruja menyelusuri tulisan sdr. memang baitul rahman, merupakan destinasi utama setiap warga khusus di tanah rencong yg sdr maksudkan. saya jua, tawarihk saya pertama kali tiba dan sampai di banda acheh, mesjid ini lah menjadi hala dan ditujui. sememangnya, sebelum saya pernah menjejaki kawasan mesjid, memang saya pernah pasang niat, maaf, sekiranya diizinkan, saya mahu lawat dan bersolat di mesjid nii. alhamdulillah, allah maha berkuasa, saya ditugaskan ke sana selepas tsunami. aduhai, rasa gelojak di hati sanubari, terus saya ke sana. dan bila tidak ada tugasan resmi, maka disinilah saya menghabiskan masa saya sepanjang disana. terasa aman dan tenteram. maka, itulah antara kebesaran dan nikmat allah, yang diredhakan kepada bukan semua makhluk tetapi, secara terpiih pilih. sebab bukan semua dari kita yg berpeluang menziarahi tanah rencong. mendoakan akan diizinkan lagi dengan hayat yang ada untuk ke sana, insyaallah.