Tuesday, August 2, 2011

Susupan Tengahari

Penawar Desak Najib Letak Jawatan?

MAKLUMAT yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini memberi masalah baru kepada perdana menteri yang saat ini sedang sakit lutut dan kini sedang berihat di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber ini sudah pun memberi bayangan beberapa hari lalu tetapi tidak menceritakan sepenuhnya bagi mensuspenkan saya?

Lagi pun kejadian yang boleh memggeletarkan lutut Najib itu masih belum berlaku.

Berita yang dimaksudkan itu ialah mengenai persatuan dianggaotai bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bernama Penawar. Persatuan ini dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat Umno. Ia bukan Mubarak.

Bolehlah dikatakan Penawar ini sebagai persatuan kedua yang melibatkan bekas-bekas wakil rakyat. Ia agak kritis sedikit berbanding dengan Mubarak yang hanya menjadi aji no moto kepada Najib.

Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad," cerita sumber itu.

Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

"Biar betul?" tanya saya kepada sumber itu inginkan kepastian.

"Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin.

Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya sudah meluahkan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa.

Kekecewaan Sanusi dan rakan seperti kepada Najib apabila mereka yang sebelum ini tidak senang dengan pendekatan Abdullah Badawi dan mengharapkan Najib lebih berani terhadap bukan Melayu meleset. Inilah mengecewakan mereka.

Maklumat terbaru ini sudah pasti menganggui fikiran dan kesihatan Najib. Walaupun Penawar ini sebuah Ngo nyamuk tetapi suara mereka tetap memberi kesan kepada pentadbir Najib dan juga wibawa Najib sebagai perdana menteri.

Kalau desakan nakal yang menyenakkan dada begitu dibuat oleh Ngo di luar Umno dan tidak ada kena mengena dengan Umno tidak menjadi masalah. Tetapi bila ianya disuarakan oleh Ngo Umno sendiri ini sudah ada masalah. Apakah desakan itu menjadi pencetus ke arah untuk menumbangkan Najib?

Sama-sama kita tunggu protes secara senyap ini. [ttdi.kl.1:33 t/hari 02/08/11]

5 comments:

Mat Luku said...

ehem.pak MSO...wah ini semakinseronok di analisis..yelah,bagaimana gerakan untuk menobatkan pak udin anak yassin sedang giat berlangsung.seolah-olahnya mau turunkan pak najib sebelum PRU...saya yakin pak najib sanggup beri ruang pada pak udin jadi PM asalkan pak najib tidak di belasah di kemudian hari.masalahnya bagaimana dengan kondisi FLOM?macamana beliau nak tadbir urus PERMATA dan binchat nya?hahahahaha..maafkan saya tapi izinkan saya gelak lagi..hahahaha

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Masa Mahathir jadi PM orang minta dia letak jawatan sampai akhirnya dia letak jawatan. Bila Pak Lah naik, masuk je penggal kedua orang paksa dia letak jawatan dengan cara yang begitu menyayat hati dan mengaibkan Pak Lah. Dia pun letak jawatan. Kini giliran Najib pula.

Persoalannya, apakah dengan perletakan jawatan Mahathir dan Pak Lah maka nasib rakyat dan telah benar-benar terbela? Apakah nanti dengan perletakan jawatan Najib maka rakyat akan lebih terbela? Saya yakin jawapannya "tidak". Pembelaan rakyat hanya ada pada bibir peletak jawatan itu sahaja sebelum mereka meletakkan jawatan. Bila naik yang baru dendang lagunya tetap sama.

Jadi, bukan perletakan jawatan Najib yang rakyat pinta tapi lebih dari itu UMNO patut berundur dari arena politik Malaysia. Cukuplah mereka belajar pula jadi pembangkang. PENAWAR pun ada sebab kenapa minta Najib letak jawatan. Mereka tidak akan buat kerja kalau tidak mengharapkan hasilnya dan Muhyidinlah sasaran mereka selepas ini.

1Crony said...

Tuan MSO. Sepatutnya PENAWAR tu mengesyorkan parti UMNO sendiri yang meletak jawatan. Parti UMNO ini seperti ikan yang busuk di bahagian kepala sampai ke ekor. UMNO perlu dilahirkan semula tetapi buat pertama kalinya biarlah sebagai pembangkang di Dewan Rakyat (Parlimen). Pemimpin UMNO sekarang cukup dengan hanya dengan berbuat janji dan mengumumkan peruntukkan dan projek berbilion-bilion sahaja kepada rakyat tetapi yang nyata setiap idea dan air liur yang dikeluarkan oleh mereka hanya semata-mata untuk memenuhkan kantung dan tembolok para pemimpin dan kroni mereka sahaja. Selama 2 tahun lebih Najib memerintah, apa yang diberi kepada rakyat? Yang nyata, harga minyak naik, harga barang keperluan pun naik begitu ketara, insentif untuk kakitangan kerajaan dan swasta langsung tidak ada sedangkan hidup rakyat begitu terhimpit dan derita. Begitulah kalau melantik pemimpin dari kalangan manusia yang nalurinya cenderung dan tamak terhadap kuasa dan harta dunia. Berapa kerat sangat pengundi saluran 2, Peneroka Felda serta budak-budak skema yang cenderung untuk mengundi (PRU13) UMNO ketika ini? Betullah telahan MSO berhubung rakyat yang otak kemetot kerana telah lama dikemetotkan oleh media pengampu naungan UMNO. Kini pemimpin mereka juga telah lebih kemetot otaknya. Selamat menyokong UMNO, untuk saham penderitaan di dunia dan akhirat!

msmuri said...

hidup ibarat roda... adakalanya di atas, ada kala di bawah... itulah resam dunia...

Unknown said...

mungkin dalam waktu terdekat ini ada lagi kelompok tertentu yang akan menyuarakan pendirian mereka. sebab mereka ni nak berkokok tak berani, takut macam-macam akan dikenakan, buka fail lamalah dan reka cerita sensasi untuk memalukan mereka. kalau line clear barulah yang lain berani berkokok. Pak Jib tercalar lagi, dia fikir nak bina imej cantik, tapi dah tercalar dan tercalar di mana, kempen diperingkat antarabangsa orang dah tahu, semua dibayar puluhan juta bahkan ratusan juta. duit siapa? entahlah. apa nak jadi. penggadai negara ni apa hukumannya?