Monday, March 11, 2013

Tokguru Turut Memberi Sumbangan Untuk Sumiati

BERITA LEWAT                                                                                                                                   

Balu Allahyarham Sarjan Major Halim Hamit salah seorang anggota polis yang terkorban dalam insiden di Semporna Sabah seminggu lalu, Sumiati Shurah, 49 tahun terharu atas ingatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berdoa agar Allah mengampuni dosa suaminya dan menempatkan roh di makam orang-orang soleh.

Zainuddin menyampaikan sumbangan kepada Sumiati.
Sewaktu ingatan dan salam Nik Aziz itu disampikan kepadanya, Sumiati terdiam tidak terkata apa-apa mungkin tidak percaya MB Kelanan juga bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya bersama dua orang anak.

Salam dan sumbangan MB Kelantan itu disampikan oleh Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang dikirimkan khas oleh MB untuk mengunjungi Sabah bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Sabah dua tiga minggu ini ekoran tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan serangan ke atas anggota polis di Semporna.

"Tok guru menyampaikan salam, assamualaikum.. kepada Puan serta mengucap takziah dan beliau berharap bersabar atas apa yang berlaku..," begitulah ujar Zainuddin kepada Sumiati dalam kunjungan ringkas ke atas balu perwira negara yang syahid dalam tragedi di Sempornan itu.

Ikut sama dalam kunjungan itu ialah Naib Yang Dipertua PAS Sepanggar Ali Hasan dan beberapa pimpinan lain.

Sumiati waktu ini mendiami rumah kakaknya di kampung Darau Menggatal Kota Kinabalu.

Sebahagian ahli Pertiwasa mengunjungi Suniati.
Serentak dengan kunjungan Zainddin itu juga sekumpulan NGO - Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Sabah (Pertiwasa) turut mengunjungi rumah Sumiati untuk mengadakan tahlil. Ahi Pertiwasa yang mendengar perkhabaran Tok Guru itu juga turut terkejut dan terharu dengan sikap prihatin MB itu.

Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka dengan dan saksikan. "Apa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan salam dan sumbangan?" kata dan tanya salah seorang ahli Pertiwasa seakan tida bercaya setelah melihat Zainuddin menyampaikan sumbangan.

"Oh syukur alhamudulilah, amin...," katanya gembira bila mana dijelaskan apa yang berlaku. Mungkin bagi mereka tidak pernah mendengar atau tahu yang cara Nik Aziz memberi perhatian dan kepedulian kepada semua orang bukan saja hanya di negeri beliau, Kelantan tetapi di tempat lain juga.

"MB kami bukan saja prihatin dengan kejadian ini tetapi kejadian di luar negara juga seperti Palestin atau pun di Indonesia semasa rakyat negara tu ditimpa bencana alam tsunami dan tanah runtuh selalu asa sumbangan dari negeri Kami" jelas Zainuddin yang juga timbalan Exco Pelancongan Kelantan.

Di kesempatan itu juga Pertiwasa mengatakan hajat untuk mengunjungi rumah Tokguru kalau kebetulan mereka ada apa-apa acara di Semenanjung. "Apa kami boleh ke ruah Tuan Guru untuk berjumpa dengannya?" tanya salah seorang daripadanya.

"Silakan, pintu rumah negeri kami dan pintu rumah MB kami senantiasa terbuka," balas Zainuddin. Selepas itu ahli Pertiwasa dilihat bertukar maklumat dengan Zainuddin. Zainuddin juga mencadangkan kepada Pertiwasa untuk berjumpa dengan Pertubuhan Iseteri-Iseteri Wakil Rakyat Kelantan (Purnama) untuk mengeratkan tali silatrahim.

Sementara itu keluarga Sumiati mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Nik Aziz atas ingatan dan doa untuk keluarga mereka. "Sampaikan salam kami kepada beliau bila balik nanti," ujar abang ipar Sumiati dengan nada sedikit sebak. [sandakan sbh. 7:27 pm 11/03/13]

1 comment:

ayba said...

Walau berkirim salam dan berkirim sumbangan menggunakan wakil tanpa diri sendiri, keikhlasannya sampai ke dalam hati si penerima. Kalau tidak ikhlas, berjam-jam diri sendiri duduk di depan penerima pun hati tidak terusik.