Monday, March 18, 2013

Membongkar Rahsia Asri Zainal Abidin...

ULASAN TEMU                                                                                                                   

Kota Bharu 16 Mac pagi, sementara menunggu untuk berangkat ke airport saya mengambil sedikit makanan di cafeteria hotel. Alas perut untuk makan ubat. Sambil makan dan berbual dengan YB Limbongan Drs Zainduddin Awang Hamad, tiba-tiba melalau kelibat Dr Mohd Asri Zainal Abidin alias Dr Maza.

Terserempak dengan Asri di Kota Bharu.
Begitu tertenguk kelibatnya saya teringat kepada satu twit beliau kepada saya beberapa minggu lalu. "Sayuti call saya" begitulah tulisnya rengkas agak penting. Saya terlepas pandang mesej itu menyebabkan hampir enam jam baru saya membalas. Saya tidak memiliki nombor telefonnya. Lalu saya hantar PM menerusi Facebook. Tidak dijawab.

Kebetulan satu hari terjumpa dengan seorang rakan di Utara yang baik dan kenal dengan Dr Maza. Saya minta nombor telefon kemudian menghantar mesej. Tidak jawab juga. Apa lagi saya abaikan, bahawa tidak ada apa-apa hendak cakap ataupun tempoh penting itu sudah berakhir.

Dalam kepala terus tertanya-tanya kenapa dia twit saya, kemudian kenapa tidak balas SMS saya? Mungkin dia sibuk atau dia juga sudah ada diabetis seperti saya, mudah lupa. Kekadang spek yang sudah terletak di dahi pun masih mencari cari sampai ditegur bini. Al nyanyuk dah tetapi tidak seterus Mahathir Mohamad. Cis..

Jadi pertembumgan di cafeteria hari itu sungguh merujakan. Saya lantas fleshback akan apa yang berlaku, dia tidak menunjukkan respons, dan berlalu sambil memgatakan akan menghubungi saya. Sedikit kecewa dengan telatah itu. Ertinya masej saya dia terima dan saja tidak mahu menjawabnya. Dia seakan mencari seseorang.

Tidak sampai tujuh minit dia masuk balik ke ruang cafeteria, ambil segelas jus berwarna merah dan duduk semeja dengan saya. Begitulah takmaniah dan sopannya seorang ustaz, bernama Asri tenang dan menyakinkan. Tidak gelojoh seperti Fatul Bari atau berbolot macam ustaz muda PAS.

Percakapan bermula dengan dia memberi sedikit maklumat mengenai wacana yang dihadirinya malam itu, di Padang Perdana. Dia berwacana bersama beberapa ahli panel lain termasuk dari rahang Umno, rahim ISMA. Khabarnya ramai orang tetapi sayang dewan sempit. Lain kali hendak buat wacana melibatkan Asri pastikan tempatnya besar.

Saya maklum majlis itu tetapi tidak pergi kerana hadir satu majlis di hotel berkenaan yang berjalan serentak.

"Wakil Umno tidak datang," katanya tanpa saya mengajukan persoalan mengenai itu. Saya sudah maklum yang wakil Umno (Ustaz Najmi) begitulah lebih kurang namanya. Kenapa? Mungkin kecut perut atau rasa tidak padan berdepan dengan Asri atau pun phobia berdepan dengan penonton yang sesetengahnya kurang asam jawa.

Penonton wacana politik di Kelantan agak fanatik macam bola sepak juga. Mereka akan menyorak-nyorak dan mengejek ahli panel yang tidak sebulu dengan jiwa dan ideologi politiknya. Inilah antara sebab kenapa ahli panel dijemput berdikir enam kali untuk hadir.

"Macam mana dengan ISMA?" tanya saya. Dia jawab wakil NGO itu ada. 
"Siapa wakilnya?" tanya saya lagi sambil meneka, Abu Zaik presidenya?
"Tidak," jawab Asri ringkas.
"Setiuasahanya bernama Amin tu...?" teka saya. Hairan sepatutnya Abu Zaik yang datang ke Kota Bharu sambil mengenal beberapa kawasan untuk meletakkan calonnya dalam pilhan raya nanti. Lagi banyak kawasan bertanding lagi kembung dan gemuk poket seluar. Hatta kena bawa guni, boleh jadi juga.
'Iya...!" balas Asri mengangguk.
"Kuat dia kena semalam." sunggut Asri lagi. Maksudnya ISMA. ISMA pertubuhan yang lahir dari tulang rusuk JIM beranak di Khaerah didokong oleh ulama' al Azhar dan juga Mesir. Mereka berpegang kemas kepada prinsip mendaulatkan bangsa (kaum) lebih utama dari agama. Antara bacaan mereka ialah kitab Muqadimah karangan Ibnu Khaldum.

ISMA aktif juga mengadakan program keagamaan NGO ini mendapat peruntukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Wow....

"Apa pandangan Usaz mengenai ISMA?" Tanya saya jujur ingin mengetahui pandangan bekas Mufti Perlis ini.

"Mereka nak cuba menjadi kuasa politik baru...," itu saja jawabnya.

Saya sambung, "Nak jadi kusa politik baru macam mana, orang tidak kenal. Orang tidak tahu siapa tokoh-tokoh mereka. Dia berpegang kepada pandangan lama yang menyempitkan minda politik bangsa?"

"Cara mereka tidak tepat, mereka bawa stail politik lama, 80-an," ujar Asri.
 [wm.kl.9:30 am 18/03/13]

Bersambung esok atau lusa. Cerita Najib panggil Maza?

3 comments:

Dr Nizam Zakaria said...

Salam tuan MSO,
Saya pembaca tulisan penulis sejak tahun 98 lagi. Tapi inikali pertama terpanggil untuk meninggalkan komen. Terutama apabila penulis menulis tentang ISMA. Benar, saya seorang ahli ISMA dan terpanggil untuk menjawab apa yang penulis lakarkan dalam entry ini. Saya meraikan perbezaan pandangan dan kebebasan akan dan pendapat. Namun ia wajar diikuti dengan tanggungjawab dan kejujuran. Tudahan penulis terhadap ISMA menerima duit dari UMNO adalah tidak benar. Tidak wajar dikaitkan semua yang tidak bersama dalam pakatan sebagai agen UMNO. Ia adalah kesilapan yang merendahkan akal manusia. Ia juga berbau fitnah yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah. Menerima bantuan kewangan dari JAKIM dan sebagainya sebagai sebuah NGO bukan seerti dengan suapan UMNO. ISMA adalah NGO yang menggunakan manhaj tarbiyah mendidik manusia. politik hari ini hanyalah sebahagian kecil dari projek dakwah kami. Boleh berkenalan dengan kami lebih lanjut sekiranya mahu.
http://arusbaru.my/
www.ismaweb.net

Terima Kasih, Wallahu a'alam.

zuluuniformlima100 said...

Berbalik kepada ulasan Dr Nizam Zakaria yang saya hormati,Maaf jika bertanya. Saya hanya seorang anak muda yang baru danhendak belajar..

Dr mengatakan yang "ISMA adalah NGO yang menggunakan manhaj tarbiyah mendidik manusia. politik ISMA hari ini hanyalah sebahagian kecil dari projek kami".

Persoalan saya adalah, apabila saya pergi ke laman web ISMA, dalam manhaj tarbiyah itu ada "maratib amal" yang bermula dengan pembentukan individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, kerajaan muslim dan seterusnya. Dan seperti tangga, anda perlu melepasi satu persatu anak tangga untuk naik ke atas.

Soalan saya adalah, adakah ISMA sudah berjaya membentuk masyarakat muslim pada hari ini seterusnya boleh manaiki tangga seterusnya isitu kerajaan muslim? dan masyarakat yang saya maksudkan di sini adalah masyarakat yang berpegang kepada "muwasafat tarbiyah yg dibawa oleh isma"

Adakah orang sudah mengetahui apa yang dibawa oleh ISMA seperti mana orang mesir mengetahui apa yang dibawa oleh ikhwan muslimin?

jika orang tak tahu, macam mana nak menang PRU. takkan lah nak jadi penyebok yang memecahkan undi.

Nazre aka Abu Fahmi Al-Banjari said...

Pak MSO, terima kasih atas kehadiran tuan di dalam wacana malam tadi, saya berdoa tautan ukhuwwah antara pihak tuan dan ISMA akan terus terjalin..