Wednesday, May 21, 2014

Tindakan fizikal akan dilakukan ke atas Dyana Sofya?

PANDANGAN MALAM                                                                         

Gangguan kempen Dyana Sofya di sebuah perkampungan Melayu oleh sekumpulan lelaki yang memakai T shirt dan topi berlembangkan BN adalah permulaan tindakan fizikal ke atas calon DAP itu. Dyana Sofya petang ini ketika berkempen di sebuah perkampungan Melayu dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.

Lelaki berkenaan telah menghalakan ekzos motosikal ke arah orang ramai yang ingin bersua dan bersalam dengan Dyana dan kumpulan kempennya sambil menjerit-jerit memberi peringatan; ini kampung Melayu. Walaupun kumpulan itu menghalang dan membuat kacau, tetapi Dyana dan kumpulan kempennya tetap meneruskan kempen apabila diberikan sokongan oleh orang ramai.


Orang ramai memberi semangtat dan meminta Dayana tidak mempedulikan gelagat kumpulan pemuda berkenaan.

Semalam juga dilaporkan kempen Dyana sudah diganggu oloh kumpulan bermotosikal itu dengan menguatkan bunyi ingen motorsikal dan mempersoalkan kenapa Dyana bertanding atas tikit DAP.

Apa yang berlaku di hari kedua kempen itu adalah permulaan ke arah kempen yang lebih agresif. Dyana atau DAP harus lebih sedia menghadapi tentangan dan gangguan lebih besar dari itu. Dalam keadaan BN sudah terdesak dan merasa cemburu dengan populariti Dyana tidak mustahil kumpulan seperti itu akan melakukan apa saja yang lebih teruk dari itu.

Mereka tidak menunggu upah berbillion ringgit tetapi cukup sekadar RM10 atau RM20 ringgit sahaja mereka akan lakukan sahaja kerana kebetulan itulah juga habit mereka. Lagi dalam dunia politik semua boleh dilakukan dan berlaku kerana inginkan kemenangan dan mendapat perhatian. Misalnya seorang calon bebas di Bukit Gelugor sanggup merempuh kereta Lim Guan Eng kemudian membaringkan diri di hadapan kereta Guan Eng.

Tindakan yang akan dilakukan nanti bukan sahaja setakat mencerca dan memaki hamun mungkin ia akan melibatkan fizikal. Justeru DAP harus memperketatkan kawalan keselamatan untuk Dyana. Polis juga harus memantau kegiatan kempen kedua-dua pihak agar sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Pengawal Dyana juga perlu ditambah dan jangan sesekali Dyana dilepaskan hanya diiringi dua tiga pengawal sahaja.

Walaupun csalon BN, Mah Siew Keong menyatakan untuk berkempen dengan baik dan tidak mahu menyentuh peribadi, tetapi seruan itu tidak akan dipedulikan. Ia berlaku pada Siew Keong sahaja tetapi tidak kepada mereka yang singkat paip politik.  Sambutan hebat diterima oleh Dayana dari berbagai lapisan masyarakat akan terus membakar rasa marah kumpulan berkenaan.

Pujian Marina Mahathir kepada calon DAP itu lagi menimbulkan kemarahan, kerana pujian Marina itu memberi kredit besar kepada Dyana. Kata Marina, Dyana seorang remaja yang cerdik dan pandai bercakap.

Tindakan fazikal tidak mustahil dilakukan apabila serangan menerusi media baru seperti facebook, twiter dan sebagainya yang memburuk-burukkan Dyana juga tidak memberi kesan. Sebelum ini tukang kempen atau cyber trooper BN (dipercaya dari  etnik Melayu) telah melakukan berbagai fitnah untuk memburukkan Dayana. Ini termasuklah menyiarkan gambar Dayana yang diadukan dengan bintang filem Filipina yang berbikni, mendokong anjing ataupun berwajah Lim Kiat Siang.

Bagaimana pun segala macam fitnah dan super impose itu tidak memberi kesan dan satu kerja keji yang sia-sia. Lagi banyak imej buruk Dyana ditayangkan orang ramai jadi makin gila dan sayangkan Dyana.

Sekali lagi diingatkan DAP khasnya dan Pakatan Rakyat perlu memberi kawalan ketat kepada Dyana bagi mengelakkan berlaku tindakan fizikal. Dalam keadaan manusia frustasi mereka sanggup melakukan tindakn-tindakan melibatkan fizikal yang tidak terduga sama sekali. [wm.kl.9:11 pm 21/05/14]

1 comment:

MalaysianMan said...

salute kepada semangat keberanian dan kecekalan sdri Dyana....negara tercinta memang perlu anjakan politik ke arah yg lebih matang dan bersih....