ULASAN
Tindakan liar beberapa orang pemuda Umno yang berasingan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Pahang semalam dan kelmarin sedikit sebanyak boleh menjejaskan kredibiliti ketua mereka, Khairy Jamaluddin. Dalam era anak muda celit maklumat dan mahukan politik bersih dan gantleman, kejadian yang berlaku itu meletakkan politik Pemuda Umno seakan mahu kembali ke zaman "kerjar kerbau dengan golok" atau zaman beruk dan kera.
Dalam kejadian pertama sekumpulan pemuda Umno merempuh dewan undangan negeri Pulau Pinang selepas menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan seorang Adun DAP, R.S.N. Rayer yang mengatakan pemimpin "Umno" celaka.
Kejadian kedua pula, ekoran apa yang berlaku di Pulau Pinang itu, sekumpulan pemuda Umno Wilayah Persekutuan telah menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat DAP memuasnahkan papan tanda dan mengancam untuk membakar ibu pejabat parti berkenaan.
Rentetan itu sekumpulan pemuda Umno di Indra Mahkota di Pahang pula melontarkan telor ke pejabat DAP. Pemuda di Indra hanya berani bermain dengan telor sahaja.
Kejadian-kejadian dan tindakan liar itu tidak memberi keuntungan kepada pemuda Umno dan Umno sendiri. Sebaliknya orang akan melihat itulah cara pemuda Umno dibawah pimpinan Khairy berdepan dengan sesuatu isu. Ada kecendorngan Umno mahu menggunakan fizikal, bukan akal dalam politik.
Saya tidak fikir ia adalah atas arahan Khairy Jamaluddin. Boleh jadi yang melakukan provokasi dan tindakan liar itu kumpulan yang menentang Khairy dalam Pemuda Umno. Mereka berbuat demikian sebagai ujian terhadap Khairy sebagai pemimpin pemuda. Mereka mahu meruntun Khary agar bermain politik arragont seperti mereka.
Mungkin di sebalik tindakan rasis dan liar itu ada agenda untuk menjatuhkan imej Khairy. Apabila Khairy tidak mengikut rentak mereka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa Khairy sebagai pemuda yang penakut dan lemah serta tidak berani bertindak. Mereka mahu Khairy bersama mereka untuk menunjukkan kejantanan secara bodoh.
Mungkin begitu.
Tetapi nampaknya Khairy tidak termakan dengan provokasi itu. Bahkan Khairy melahirkan rasa kedal diatas sikap liar segelintir ahlinya itu. Beliau juga memohon maaf secara diam kepada DAP khasnya dan masyarakat Cina atas apa yang berlaku.
Eloklah kalau Khairy tidak menari mengikut paluan kompang anak-anak buahnya yang nakal dan cetek politik itu. Sebagai pemimpin masa depan Umno Khairy harus terbuka dan bersikap tasamuh dalam aksi politik.
Saya juga percaya anak-anak muda yang melakukan provokasi dan bersikap liar itu tidak sampai ke majlis salawat Nabi yang dianjurkan oleh Khairy di Putrajaya. Kerana kalau mereka sampai ke majlis itu, menghayati sirah Nabi mereka, mereka tidak akan tergamak melakukan aksi-aksi beruk dan kera seperti mana pernah Khairy nampakan kepada penunjuk demonstrasi reformasi dahulu.
Khairy perlu lebih rajin dan kerap mengajak pemuda Umno berada dalam majlis salawat Nabi agar mereka cool dan dapat bertindak sebagai manusia yang berumatkan Muhammad. [wm.kl.9:59 am 24/05/14]
No comments:
Post a Comment