SENYUMAN UNTA
Sambil melayani pilihan raya Teluk Intan saya hendak bercakap sikit fasal doklat Cadburry yang dicemari dengan DNA babi (procin) yang menjadi "viral" (kerihan) dalam Facebook dan belum reda sepenuhnya. Kita tahu babi ini sensitif bagi umat Islam. Isu babi dalam coklat ini juga tidak semena-mena menangkan sedikit isu hudud.
Dah menjadi kebiasaan di negara "tigatujuhkosong" ini isu berlarian dan silih berganti. Manusianya pula akan jadi panik tak tentu fasal apabila timbul sesuatu isu. Semuanya nak bercakap termasuk si bisu dan si gagap. Si bisu ialah yang jahil, si gagap ialah yang tahu sedikit sebanyak.
Mengenai dua produk keluaran Cadburry yang disangsikan kehalalannya ekoran penemuan DNA babi ke atas dua jenis produknya, saya nak singgung sikap Majlis Fatawa Kebangsaan (MFK) yang telah mengeluarkan fatwa mengatakan dua jenis produk berkenaan halal. Fatwa kebangsaan itu tentu sekali sangat menggembira syarikat berkenaan dan bagi mereka yang ketagih dengan coklat perasa kacang dan badam itu.
Fawta itu berdasarkan kepada apa istilah bahasa Arab dinamakan "Umum al-Balwa" iaini keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
Perkara itu diumum oleh pengerusi MFK, Abdul Shukur Husin setelah bersidang membincangkan perihal DNA babi yang ditemui dari dua sample coklat keluaraan Cudburry itu.
Katanya dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada penggunaan yang asasnya dihasilkan melalui pemerosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, yang kemudian disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi (penyerapan) DNA babi pada sebahagian produk tertentu, maka dalam keadaan ini ia dikategorikan "Umum al-Bawa".
Memangnya dari segi prosudernya MFK itu telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya seperti digariskan. Tetapi apa yang hendak dimusykilkan kenapa terlalu cepat keputusan dan fatwa "Umum al-Balwa" itu dikeluarkan. Apakah keadaan yang menimpa coklat berkenaan dalam keadaan sukar dan berleluasa.
Dari pandangan orang yang "gagap" rasanya tidak sukar untuk mengawalnya kerana coklat itu diberikan jenama dan kod-kod tertentu. Dalam dunia bersistementik ini ia bukan sesuatu yang sukar untuk mengawasinya. Apa yang berlaku ke atas coklat itu bukan seperti darah babi yang terjatuh ke dalam sungai atau kolam yang luas. Ia boleh diibaratkan ia terjatuh dalam sebuah tempan sahaja.
Fatwa "Umum al-Balwa" itu tidak tepat digunakan ke batas isu coklat berkenaan. Apakah ahli-ahli MFK juga bisu dan gagap?
Iya seperti sedikit pincang dan tindakan MFK itu tergesa-gesa dan membelakangnya tindakan lain yang lebih akurat dari majlis berkenaan. Jabatan Kimia misalnya, yang memeriksa ke atas sampel coklat berkenaan masih belum mengeluarkan hasilnya apakah ia mengandungi DNA babi atau tidak, tetapi majlis fatwa telah menghalalkannya. Gimana sih?
Walaupun majlis itu boleh memutuskan berdasarkan prosuder halal yang dibernarkan dan didapati syarikat pengeluaran berkenaan mengikut semua prosudernya, tetapi apabila ia disangsikan ekoran penemuan, elok pengesahan semula secara menyeluruh secara saintifik diguna pakai.
Dalam kes seperti coklat itu dan persubahatan lain, MFK idak boleh menggunakan kaedah lama berdasarkan pendapat dan ijmak usang semata-mata tanpa ada ujian saintifik. Dunia hari ini sudah moden dan mempunyai semua alat untuk mengesan sesuatu yang kabur atau disangsikan dan yang tidak dapat diputuskan oleh akal lisan manusia.
Jadi keputusan atau rumusan yang berdasarkan kepada ijmak ulamak yang dibuat sebelum ini ke atas sesuatu yang tidak dapat diuji dengan alat canggih sudah tidak relevan lagi dan perlu diubahkan dan kaedah baru diperkenalkan. Keadaan "Umum al-Balwa" itu sudah tidak boleh dipakai lagi kerana kini sudah ada alat (Jabatan Kimia) untuk mengetahuai apa yang ada dalam sesuatu bahan makanan itu. Elok kalau MFK memasukan Jabatan Kimia (analisa dan kajian saintifik) sebahagian prosuder untuk membuat fatwa.
Seeloknya MFK menunggu keputusan hasil kajian dan analisa Jabatan Kimia dalam kes-kes seperti coklat itu. Tidak ada guna kita membuat tindakan segera tetapi tindak itu tidak akurat atau pun berdasarkan hujah-hujah yang kemas. Kerja dilakukan MFK samala degan orang yang terlalu hendak kencing hingga terlupa menarik zip. Fawat-fatwa seperti itulah menimbulkan kecelaruan daripada menyelesaikan masalah.
Tindakan Kementerian Hal Ehwa Pengguna yang melarang keras semua premis dari menjualkan dua jenis coklat berkenaan tampaknya lebih pratikal daripada sikap dan keputusan tergesa-gesa MFK. [wm.kl.11:24 am 31/05/14]
No comments:
Post a Comment