Showing posts with label Cudburry Babi. Show all posts
Showing posts with label Cudburry Babi. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

Majlis Fatwa Kebangsaan umpama orang gaduh nak kencing lupa tarik zip

SENYUMAN UNTA                                                                                 

Sambil melayani pilihan raya Teluk Intan saya hendak bercakap sikit fasal doklat Cadburry yang dicemari dengan DNA babi (procin) yang menjadi "viral" (kerihan) dalam Facebook dan belum reda sepenuhnya. Kita tahu babi ini sensitif bagi umat Islam. Isu babi dalam coklat ini juga tidak semena-mena menangkan sedikit isu hudud.

Dah menjadi kebiasaan di negara "tigatujuhkosong" ini isu berlarian dan silih berganti. Manusianya pula akan jadi panik tak tentu fasal apabila timbul sesuatu isu. Semuanya nak bercakap termasuk si bisu dan si gagap. Si bisu ialah yang jahil, si gagap ialah yang tahu sedikit sebanyak.

Mengenai dua produk keluaran Cadburry yang disangsikan kehalalannya ekoran penemuan DNA babi ke atas dua jenis produknya, saya nak singgung sikap Majlis Fatawa Kebangsaan (MFK) yang telah mengeluarkan fatwa mengatakan dua jenis produk berkenaan halal. Fatwa kebangsaan itu tentu sekali sangat menggembira syarikat berkenaan dan bagi mereka yang ketagih dengan coklat perasa kacang dan badam itu.