Friday, July 4, 2014

Tidak perlu masjid bercirikan China di Kuala Lumpur

KRITIK                                                                                              

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Bahrom kerajaan UBN akan membina sebuah masjid bercirikan seni bina Islam China di Kuala Lumpur sebagai simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China yang sudah wujud sejak 40 tahun lampau.

Inilah masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan.
Katanya idea untuk membina masjid itu "terilham punjangga" oleh Najib Razak semasa melawat China baru-baru ini.

Mungkin cadangan dan idea Najib itu dilihat hebat dan super class oleh orang Umno seluruh Malaya. Para pengkagum pentadbiran Najib pula akan memuji dan memuja ianya sebagai hebat.

Pembinaan masjid bercirikan budaya Islam China itu juga dilihat sebagai satu balasan Malaysia kepada China diatas budi baik China memberi pinjaman sepasang Panda baru-baru ini.


Secara peribadi saya berasakan cadangan balas budi itu tidak begitu peting dan ia tidak patut kalaupun hendak dijadikan "mercu tanda" hubungan diplomatik dengan China. Malaysia sudah pun menerima Panda sebagai cenderamata berbayar untuk meraikan hubungan diplomatik itu. Apakah tidak ada ilham dan idea lain bagi menyatakan kekaguman kepada China?

Kedatangan sepasang Panda ke negara ini sudah memberi publisiti dan pengikhtirafan besar yang percuma Malaysia kepada China. Sesiapa tengok Panda mereka akan teringat China. Apakah tidak cukup dengan simbol itu maka diperlukan membina sebuah masjid bercirikan Islam China?

Pembinaan masjid itu juga walaupun ia adalah nama Islam, tetapi Malaysia telah memberi promosi percuma kepada China. Lagipun pembinaan masjid itu kalau ianya untuk digunakan khusus oleh China Muslim ia tidak perlu kerana cara itu telah memisahkan (memazhab) umat Islam di negara ini.

Apa lagi kalau pembinaannya yang tentunya memakan ratusan juta ringgit hanya sebagai simbol sahaja ia tidak ada guna sama sekali dan membazirkan wang rakyat sahaja.

Apa yang baik bagi Malaysia ialah fikirkan bagaimana untuk mempromosikan Malaysia (Melayu) di China. Cara paling baik ialah dengan membina sebuah masjid di China yang berciri-cirikan Melayu di negara itu. Ataupun kalau Malaysia bijak cubalah gunakan para diplomatik kita untuk mempengaruhi orang China agar membina masjid atau apa-apa monumen Melayu di China.

Dengan cara itu ia akan dapat memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat China dan secara tidak langsung kita dapat memasarkan "Malaysia" ke seluruh dunia. Kalau mengikut tradisi hubungan diplomatik raja-raja zaman dahulu mereka akan berkahwin atau mengambil seoramg dua puteri untuk dijadikan permaisuri atau gundik sebagai pengikat kepada perpaduan dua buah kerajaan.

Tetapi ini tidak mungkin dilakukan Najib selagi Rosmah Mansor ada? Jadi sebagai gantinya binalah masjid bercirikan Islam Umno di Beijing atau mana-mana bandar besar di China bukannya membawa balik identiti dan budaya China ke halaman kita. Sudah cukuplah dengan pelbagai budaya, tradisional ataupun apa-apa keChinaan yang ada di negara ini termasuk juga dengan bilangan kemasukannya yang begitu ramai warga mereka secara songlap.

Dari aspek lain pula cadangan atau idea Najib itu bukan merupakan idea baru lagi bagi menunjukkan fikirannya jauh ke depan. Lama sebelum ini kerajaan PAS Kelantan dibawah Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah pun membina sebuah masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan. Dalam konteks ini pemikiran Nik Aziz (yang saya kira menguntungkan China) lebih jauh beribu kilometer daripada pemikiran Najib.

Apakah Najib meniru apa yang dibuat oleh Kelantan itu? Apakah yang jelasnya Kelantan sudah mendahului kerajaan UBN dalam bermurah hati untuk promosi budaya China di negara ini. Begitulah sebuah bangsa yang besar dan mengalami tamadunan yang lama akan mudah menjadi ikutan dan turuti secara pandir oleh bangsa lain.

Seperti membina masjid Beijing di Rantau Panjang itu dan cadangan Najib untuk membina masjid bercirikan budaya China di Kuala Lumpur melambangkan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang muda dipengaruhi oleh unsur-unsur sekitarnya tanpa mengambil kira kesannya untuk ratusan tahun akan datang.

Pembinaan masjid yang dicadangkan itu dan juga masjid Beijing yang wujud di Rantau Panjang itu akhirnya ia menjadi aset kebudayaan kepada bangsa China dan menunjukkan kekuataan mereka di negara ini sehingga kerajaan terpaksa mewujudkannya. Simbolisnya bangsa China lebih prihatin dari bangsa Melayu. [wm.kl.11:06 am 04/07/14]

2 comments:

minda sabina said...

Kontraktor kroni sudah tiada pekerjaan dan tender untuk kerja-kerja kontrak untuk projek baru sudah mula menipis jadi Jamil terpaksalah berfikir apa lagi projek yang boleh menguntungka Parti dan lagi menteri ini bersa cemburu sebab masjid yang berciri sebegini telah pun sedia berada dinegeri yang diperentah oleh pembangkang (PAS) dan nama masjid itu pun dengan nama negara china jadi bila pelancung islam dari cina datang kemalaysia mereka akan bertanya nama masjid tersebut maka terpaksalah Jamil bagi tahu yang masjid tidak terletak di Kuala Lumpur,malu besar lah dia,itula tahap menteri yang hendak melingkupka dan perabihkan wang rakyat.

Abuarif said...

Memang amno dah lama ikut..tgk kes tv 2 ... Dulu program cina tv2 dlm bahsa mandrin bersarikata melayu dan tiada huruf cina yg ditulis tetpi sekarng dah mcm program dari negara cina.., sarikata melayu kian xda... Tulisan cina dlm program tu dari awal sampai akhir... Apa melayu rtm buat skrg... Tv 8 n ntv7 dah ada... Ni le melayu makinketandusan dan terikut dgn kekuasaan pusk tu... Kesian melayu amno yg memegang tampuk pemerentahan ni... Hilang punca sudah...