Azmin dan Hadi erat menggengam tangan. |
Menurut Abdul Hadi, arahan itu dibuat sebagai untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dibina atas rangka kepercayaan rakyat.
"Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama PAS dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat," demikian tegasnya.
Beliau juga menjelaskan arahan itu dibuat setelah menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam Pakatan Rakyat ketika ini dalam keadaan mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip dimana ianya perlu diselesaikan dengan adil.
Menurutnya, bagi PAS maufakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengikhtiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing dalam kalangan parti Pakatan Rakyat (PR).
Apa yang dimaksudkan Abdul Hadi keadaan mencabar itu apabila DAP telah mengumumkan Pakatan Rakyat telah mati, manakala beliau pula menganggap ia masih hidup. Justeru arahan itu bagi memulihkan keadaan dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.
Apa yang dimaksudkan Abdul Hadi keadaan mencabar itu apabila DAP telah mengumumkan Pakatan Rakyat telah mati, manakala beliau pula menganggap ia masih hidup. Justeru arahan itu bagi memulihkan keadaan dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.
Beliau juga menarik perhatian, kerjasama dalam PR adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya sempena muktamar tahunan PAS yang baharu sahaja berlangsung, yang menegaskan bahawa; “PAS akan terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Mendengar kenyataan dan sikap terbaru Abdul Hadi itu mungkin bukan sahaja saya yang bingung dan menggeleng-geleng kepala dengan telatahnya tetapi orang lain juga, termasuk para Adun PAS di Selangor. Boleh juga jadi Barak Obama dan Jokawi juga turut pening.
Mengapa saya berkata begitu, kerana arahan dan sikap Abdul Hadi itu kontradik dengan langkah yang diambil olehnya sebelum ini dimana memurka dan tidak bersetuju dengan dua Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Badaruddin (Morid) yang mengambil pendirian untuk menyokong kerajaan Selangor yang berketuakan Adun PKR.
Saari dan Hasnul telah menyatakan pendirian tegasnya, sehingga menandatangani surat akuan yang mereka menyokong Dr Wan Azizah (PKR) menjadi MB Selangor sebagai mengganti Khalid Ibrahim.
Tindakan yang diambil kedua Adun itu adalah untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang ketika itu kedudukannya persis telor di hujung tanduk. Pemerhati berpendapat sekiranya Saari dan Hasul tidak bertindak "jahat" begitu kemungkinan kerajaan rakyat yang kini dipertahankan Abdul Hadi itu sudah ghaib.
Ekoran sikap tegas, berani dan setiakawan itu menyebabkan Saari dan Hasnul diambil tindakan disiplin dan digantung sebagai ahli PAS. Tidak cukup itu beliau menjadi bahan cacian dan maki hamu oleh sesetengah ahli PAS yang berketurunan "lembu" dan "bodoh politik". Bahkan Abdul Hadi sendiri dalam muktamar di Batu Bahat, Johor mengeluarkan kenyataan "barua" yang dianggap dihalakan kepada Saari dan Hasnul.
Apabila hari ini Abdul Hadi tiba-tiba membuat arahan itu, menyokong Azmin (PKR) ia mengejutkan dan membingugkan orang ramai yang faham dan celik politik. Apakah beliau lupa dengan apa yang berlaku sebelum ini? Atau pun dia u-trun lagi sekali dengan ada sebab-sebab yang tersirat tetapi tidak sukar menyelami maknanya?
Kesimpulannya apa yang dilakukan Abdul Hadi itu adalah seperti menjilat kahak yang diludahnya sendiri.
Dalam pada itu perubahan positif Hadi secara drastik terhadap kerajaan Selangor itu, sudah pasti ditafsir dengan berbagai makna dan erti. Kamus-kamus strategi dan taktik pun dibuka. Apakah ada perjanjian sulit telah dibuat yang Azmin akan berpelukan dengan PAS dan selepas ini akan dikenali sebagai MB Selangor daripada PAS, bukan lagi PKR? Tidak ada yang mustahil dalam politik.
Azmin dalam keadaan ini sudah pasti dia lebih menyayangi jawatan MB daripada segala-galanya. Bukankah puncak perjuangan itu kuasa dan kedudukan? Mungkin baginya tidak salah kalau dia dianggap sebagai MB daripada PAS, asalkan kedudukan berprestaj itu tidak tergugat. Formula untuk Azmin mengekalkan kedudukannya dengan sokongan PAS, walaupun PAS tidak mempunyai majoriti cukup, PAS boleh menambahnya dengan Adun dari UMNO seramai 12 orang.
Tidak mengapalah kalau pun Abdul Hadi menjilat semula kahaknya, tidak ada apa-apa masalah mungkin kahak yang dikehek dulu itu terjatuh atas emas. Jadi yang dijihat itu ialah kahak yang bersalut emas. Dan emas itu mungkin sekali Azmin Ali? [wm.kl.9:54 am 25/06/15
No comments:
Post a Comment