Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk sesi 2015/17 telah pun dibentuk yang memperlihatkan berlaku perubahan mengejutkan. Perubahan itu sesuatu yang postif untuk memantapkan badan eksekutif PAS Kelantan itu. Apa yang paling mengejutkan apabila nama Husam Musa sebelum ini sebagai Timban Pesuruhjaya II tidak ada langsung dalam penyusunan itu.
Ahmad Yaakub kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan. Manakala Mohd Amar Nik Abdullah sudah semestinya sesuai dengan kedudukannya sebagai TMB menjadi timbalan Ahmad, dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya I. Pesuruhjaya II pula Dr Johari Mat yang dinaikkan darjat meskipun prestasinya tidak seberapa. Manakala Pesuruhjaya III Adun Kemuning yang juga Exco, Dr Mohd Fadzli Hassan.
Kehadiran Mohd Fadzli ini dilihat sebagai mengisi kekosong tempat Husam Musa dan ia juga merupakan kenaikan pangkat. Tepat sekali kalau anggota Exco itu diletakkan disitu sebagai pemimpin pelapis PAS masa depan yang educated dan berfahaman dan bersikap sedarhana.
Setiausah Badan Perhubungan yang selamanya dilihat sebagai jawatan terpenting menjadi nadi kepada badan pengurusan itu, diberikan kepada Adun Wakaf Baharu yang juga Exco Kelantan Abdullah Che Nawi. Setiausaha sebelum ini Zulkefli Mamat yang sudah lama diusahakan agar disingkirkan kerana beberapa kelemahan dan kurang berkesan dalam kerja-kerjanya kesetiausahaannya, akhirnya "terkanyar" juga.
Foto ini mencerminkan keakraban Husam dengan Tokguru. |
Mungkin ada rahsia besar kenapa Zulkefli Mamat masih lagi dipegang oleh Ahmad Yaakub. Mungkin kerana apa yang pernah disebut oleh MB itu, "kita masih ada agenda belum selesai" sebagai jawaban kepada desakan itu, dengan Zulkefli menjadi pengikatnya. Keberadaan Zulkefli dalam badan perhubungan itu lebih kepada untuk memberi peluang dia menyelesaikan masalah yang masih belum selesai dan menjadi liabiliti kepada parti.
Nama-nama lain yang dibawa masuk ke dalam badan perhubungan ialah Wan Nik Wan Yusuf. Beliau masih lagi dikekal dan berada dalam badan perhubungan itu. Bekas Setiausaha Politik MB itu dilantik menjadi Penolong Setiausaha Badan Perhubungan. Di sini semacam diingini kombinasi Wan Nik dengan Che Abdullah untuk memberi kesan baik kepada badan perhubungan kerana performance Abdullah sendiri dalam kerja-kerja kepartian maupun kerajaan boleh dipertikaikan.
Good luck Mat Yakkub. |
Selain Abdullah seorang lagi yang mempunyai hubungan intim dengan Ahmad juga dibawa masuk ke dalam badan perhubungan dilantik menjadi Penolong Setiausaha III, iaitu Wan Ruslan Wan Hamat yang juga Setiausaha Politik beliau. Manakala Penolong Setiausaha II Wan Asri Mat Daud. Orang-orang ini adalah tali "belati" kepada Ahmad. Manakala dua orang sang setia Ahmad, Hanifa Ahmad dan Nasaruddin Daud masing-masing dilantik menjadi Bendhari dan Ketua Penerangan. Kalau bukan kerana untuk jadi tukang bacaan doa untuk kesejahtraan MB, elok kalau ketua penerangan itu diberikan kepada veteran Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Penyusunan badan perhubungan itu tidak boleh dinafikan ia sedikit sebanyak berasaskan kepada kroni dan mereka yang "seraga ayam" dengan Ahmad Yaakub. Kerana sebelum ini beberapa nama di luar kroni disebut dan layak untuk menganggotai badan perhubungan itu tetapi, seorang pun tidak dilantik.
Antara mereka ialah Adun Pasir Tumbuh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman. Tetapi disebabkan mereka ini dilihat tidak berpihak kepada mereka, dan tidak bersedia untuk masuk "raga ayam", maka kebolehan mereka dinafikan.
Pembuangan Husam
Pembungan Husam dari badan perhubungan PAS itu dilihat satu tindakan berani oleh Ahmad Yaakub. Tindakan tersalah sangka dari jangka kerana Ahmad dilihat sebagai seorang warak tidak mudah menghukum orang yang tidak melakukan kesalahan syarak. Mungkin beliau dengan nasihat Nik Amar telah membuat perhitungan ketiadaan Husam mereka mampu menggerakkan PAS. PAS Kelantan sebelum ini khususnya di era kepimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih dilihat ianya digerak dan dibangunkan oleh kuasa dan minda siasah Husam.
Husamlah enjin kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan. Walaupun kejayaan Nik Aziz mengekalkan kerajaan Kelantan selama lima penggal ianya adalah berkat kerjasama semua pihak, tetapi orang yang memain peranan dan akitek mengutuhkan PAS adalah Husam Musa. Husamlah yang membentuk minda politik Nik Aziz dengan berkonsepkan kepada politik Islam dianuti Tokguru menerusi beberapa jawatan pentingnya sebagai pembantu Tokguru, Pegawai Akhbar, Setiausaha Politik kemudian sebagai Exco kanan. Husamlah pendampingi Nik Aziz sepanjang Allahyarham berada diluar rumah dan berada dalam sepanjang medan politik.
Gara-gara keintiman dan kerajinan itulah juga menyebabkan beliau dicemburi sampai diusahakan memisahkan dia dengan Tokguru.
Menyedari hubungan intim dan peranan itu mungkin Ahmad Yaakub tidak mahu Husam terus dilihat berperanan dalam PAS maka beliau harus disingkirkan dari badan perhubungan PAS. Tindakan itu juga sedikit sebanyak mungkin kerana sikap Husam yang tidak begitu cakna kepada Ahmad Yaakub sebelum ini semasa Ahmad memegang jawatan TMB. Umum sudah tahun Husam seorang yang tidak begitu mesra alam dan bertindak secara bersendirian.
Bagaimana pun, sepatutnya setelah Ahmad sah mengambil alih jawatan MB tidak seharusnya beliau berasa bimbang dan sangsi kepada Husam lagi kerana keseluruhan "anak kunci kekuasaan" ke atas PAS Kelantan berada ditangannya. Selepas pengunduran Tokguru suka atau tidak, Husam harus akur dan berketuakannya.
Sepatutnya Ahmad tidak bertindak kejam dengan menyingkirkan Husam. Membuang Husam sebegitu dilihat sadis dan ia memberi kesan negatif kepada pentadbiran Ahmad dan PAS Kelantan. Dan kalau pembuangan Husam itu adalah atas tekanan pihak lain ternyata Ahmad tidak mampu berdiri sebagai seorang pemimpin yang tegas, berprinsip dan adil.
Dalam konteks ini saya bukan sengaja mahu membela Husam, tetapi lebih melihat kepada kesan ekoran tindakan itu. Pembuangan Husam dari badan eksekutif PAS itu sangat disukai oleh Umno. Selama ini orang yang dibimbangi dan ditakuti oleh Umno ialah Husam Musa. Apabila Husam yang mampu membaca langkah politik musuh dan sering mengelirukan musuh tidak ada lagi, maka mudahlah untuk musuh masuk ke dalam rumah PAS dan menganyang. Musuh bersorak sambil bertepok tangan, seraya dalam hati berkata ''inilah masanya..."
Ahmad mungkin tidak melihat hakikat ini dan dia lebih berasakan dia selamat apabila Husam tidak ada. Congakan itu silap. Seperkara yang Ahmad kena ingat, kalau tindakan terhadap Husam itu berdasarkan kepada dhamirnya tidak mempercayai Husam, perasaan sama juga beliau kena ada juga kepada orang lain yang kini menjadi pagar-pagar besi bodekismenya.
Apa yang Ahmad kena ingat suatu hari pagar itu juga akan memakan dirinya. Ini politik.
Selain itu pengyingkiran Husam juga dianggap kejam dan sikap kacang lupakan kulit. Jasa dan budi Husam selama sejak tahun 1995 menjadi ahli Parlimen, kemudian Adun dan dilantik menjadi Exco dua penggal banyak merancang untuk pembangunan sosial ekonomi di Kelantan. Ini menunjukkan Ahmad Yaakub seorang yang tidak tahu mengenang budi dan seolah-olah tidak ada penghormatan langsung kepada Tokguru Nik Aziz. Penyanjungan Nik Aziz kepada Husam sebagai seorang budak bijak tidak diikhtiraf oleh Ahmad Yaakub.
Tindakan itu juga kontras dengan sifatnya sebagai Mursyidul Am yang lebih perlu bertindak menjadi pendamai dan bukan meretakkan lagi keadaan. Murabbi itu membimbang dengan perbuatannya dengan penuh fatanah bukan seronok dan syok dengan kata hafalan dan bacaan dikertas kitab.
Bahaya menanti
Seburuk-buruk Husam dia ada pengaruh dan aura tersendiri. Kalau pun dia selepas ini menjadi pasif kepada PAS, tetapi pengikutnya akan membuat tindakan sendiri. Apa kata kalau para pengikutnya bertindak untuk tidak bersama PAS kerana kecewa kepada apa yang berlaku di Kelantan dan menimpa Husam? Tidak perlu banyak cukup sekadar 25 persen sahaja ia menjejaskan PAS. Kalau itu berlaku jangan salah dan tuduh Husam lagi.
Tidakkah keadaan itu merugikan PAS Kelantan. Tidak tahulah saya kalau pemikiran Ahmad Yaakub dan mereka yang berada diserandang kekuasaanya kini sudah terpeta dalam kepala kerjasama dengan Umno. Kalau bayangan itu sudah wujud, maka pembuangan Husam itu adalah wajar kerana Husam selamanya akan tetap berpegang kepada ikrar dan sumpah Tokgurunya, Nik Abdul Aziz yang sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Umno selagi parti itu tidak menukar perlembagaan parti.
Kepada Husam diharap jangan berduka dan bersedih di atas apa yang berlaku. Terimalah dengan penuh keredhaan dan insaf. Percaya dan yakinlah sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, mungkin juga kifarah Allah ke atas diri kita. Dan kebenaran itu selalunya lambat tiba. Ia selalu saya ibaratkan seperti kereta api malam, yang sering kali lewat tiba tetapi ia tidak tetap akan sampai dan tidak sesekali pernah mungkiri kepada setesennya.
Jangan menangis duhai putra Musa, dakaplah kenangan bersama Tokgurumu dan keriduan kepadanya jadikan penawar mujarab untuk mengubati segala kesadisan yang kamu terima selama ini. Senyum dan tersenyumlah kandati pun dengan penuh kejadaman. Kepada Ahmad Yaakub good luck. [wm.kl.4:09 pm 25/06/15]
No comments:
Post a Comment