Sunday, April 30, 2017

Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR

LANGSUNG DARI KEDAH

Baru sekejap tadi Muktamar Pas ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah telah melulus dan menerima usul memutuskan hubungan (tahalus syiasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Usul berkenaan dibawa oleh 23 Pas kawasan dan dua Dewan, Ulama dan  Dewan Pemuda. Usul itu datang dari kawasan di hampir seluruh negeri kecuali Kelantan dan banyaknya dari Terengganu.

Usul itu dibentangkan oleh wakil Dewan Ulama, Zulkifli Ismail (foto) kemudian ia disokong oleh wakil Pas dari kawasan Pasir Mas.

Pun begitu untuk urusan selanjutnya usul berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) untuk membuat tindakan seterusnya. Apakah MSU akan mengadakan istikharah berjemaah atau pun cukup mengambil suara dari muktamar petang ini untuk mengutuskan surat rasmi kepada PKR, memaklumkan yang partinya sudah tidak ada hubungan dengan PKR lagi.

Dengan lulusnya usul berkenaan, bermakna dada Timbalan Presiden PKR yang juga MB Selangor Azmin Ali yang selama ini menunjukkan persefahaman dan budi tinggi dengan Pas sudah pun berakhir. Bebudak Pas mendakwa keberadaan Azmin di kerusi itu adalah atas ihsan Pas.

PKR suka atau tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh 24 jam ini, tanpa mempedulikan apakah keputusan MSU nanti sekiranya parti itu bermaruah. Kita sama-sama tunggu reaski daripada PKR yang mungkin akan mengadakan mesyuarat kepimpinan khas dalam masa terdekat.

Saya meramalkan isu pemutusan tahalul syiasi ini bakal menimbulkan pertelingkahan dalam PKR, kerana ada sekumpulan yang mengharapkan Pas manakala yang lain sudah menyedari bahawa Pas tidak boleh diharap.

Insya-Allah saya akan sambung ulasan mengenai isu ini masa akan datang. [wm.kl.6:38 pm 30/04/17]

6 comments:

troubadour said...

Kalau aku salah seorang pemimpin PKR aku malu kalau dok tanggung lebai (sebut biawak) hidup lagi. Hempas jer atas jalan tar.

Unknown said...

Sifat berlembut azmin terhadap PAS di selangor tidak di kenang oleh budak2 PAS..Harap PAS bole meninggalkan kerajaan selangor..

ZZ said...

Parti fatwa expired..letak lah jawatan,klau ada maruah..benam kan parti yg guna kan fatwa sendiri..

IrWrWs said...

Tuan2 semua dah gabra kan bila PAS putuskan PKR

PokAmid said...

Terlalu la taksub hinggakan terasa diri terlalu la hebat. Padahal, di mata rakyat, ianya dah sampah!!!

Unknown said...

exco pas Selangor bikin marang penin.

takpe pru nanti masuk je amanah atau pkr... kebulur lah pas
nk bersama umno meratah Selangor.