ULASAN
DALAM sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan semangat federalisme, pertemuan di antara dua pemimpin berbeza fahaman politik, atau di antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang adalah perkara lazim dan bukan satu kesalahan mengikut hukum politik.
Mereka yang buta dan mengamalkan politik taksub sahaja tidak menyukainya dan menganggap ia satu tindakan politik yang kotor.
Bahkan pertemuan sebegitu dianggap satu kebijaksanaan politik dan menunjukkan daya dan tahap politik tinggi. Ia menepati tujuan berpolitik itu sendiri untuk membangun negara dan membela rakyat.
Bertolak dari hakikat itu bagi saya, pertemuan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dengan Dr Mahathir seperti dilapor hari ini bukan sesuatu yang perlu "diterkejutkan" atau pun dibina berbagai spekulasi negatif mengenainya. Walaupun pertemuan di antara mereka berdua tentu ada matlamat dan tujuan, tetapi tidak wajar dispekulasikan.
Hari in, apabila berlaku pertemuan untuk kali kedua atau ketiga di antara kedua mereka ia disambut dengan sedikit rasa terkejut. Sehubungan itu berbagai andaian juga dibuat ekoran pertemuan itu. Spekulasi itu dibuat mengikut selera masing-masing.
Gambar pertemuan itu, dengan aksi kedua mereka bersalaman kemas disebarkan dalam media sosial. dengan berbagai gaya caption dan andaian. Gambar itu menjadi gambar paling popular hari ini.
Tidak ada kenyataan dikeluarkan oleh kedua pihak selepas pertemuan itu menyebabkan ia terus menimbulkan persoalan. Apa yang ada Abdul Hadi dilaporkan mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya dan mengadakan pertemuan selama kira-kira 45 minit. Hadi tidak bersendirian dalam kunjungan itu, beliau ditemani oleh MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.
Apabila beliau ditemani oleh dua individu yang mempunyai kedudukan tersendiri, menjelaskan kunjungan itu mempunyai serampang dua mata, satu mengenai ada kaitan dengan kerajaan Terengganu dan kedua ada kaitan politik. Samsuri dilihat menjadi pengapit untuk membincangkan soal-soal kepentingan negeri Terengganu manakala Takiyuddin soal-soal politik?
Cuma sedikit menjadi tanda tanya saya kali ini, kenapa bekas Setiausaha Agung Pas yang dikenali sebagai penasihat politik Abdul Hadi dan mastermind Pas, Mustapa Ali tidak ikut sama dalam kunjungan kali ini? Mustapa adalah orang yang tidak pernah berputus asa untuk membawa Pas bersama Dr Mahathir (Bersatu) atas motif atau niat kerana tidak dapat menerima Anwar Ibrahim.
Seperti dinyatakan tadi, kunjungan berdasarkan kepada gambar itu menimbulkan beberapa spekulasi. Melihat kepada jabat salam di antara keduanya nampak kukuh dan kemas, dengan mata bertentangan, seperti ada sedikit keikhlasan? Pertemuan kali ini serius.
Antara spekulasi yang timbul daripada pertemuan itu, kononnya ada kena mengena dengan "isu RM90 juta". (Fahamkah isu RM90 juta ini?). Mengenai dengan isu RM90 juta, ia kini dalam siasatan SPRM. Seorang bekas dan seorang pemimpin Pas telah pun dipanggil oleh SPRM untuk memberi muqadimah ke atas siasatan itu. Mereka ialah Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, anak gemulah MB Kelantan dan Nasharuddin Mat Isa.
Setelah disiasat oleh SPRM Nik Abduh sudah nampak bulu keberaniannya sedikit mengecut. Tidak semena-mena selepas disiasat, dengan bantuan Setiausaha Agung, Takiyuddin, Nik Abduh mengakui suara dalam rakaman itu adalah suaranya dan mengaku dia sengaja berbohong, dan berbohong itu diajar oleh pemimpin Pas. Cis, basa menate.
Untuk muqadimah siasatan itu mereka (Nasharuddin dan Abduh) menghabiskan masa kira-kira dua hingga empat jam untuk berkenalan dengan pegawai SPRM dan juga meninjau keadaan ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan pejabat SPRM di Kota Bharu. Selalunya bila ada muqadimah maka akan ada siasatan lanjut lebih terperinci, Kita yakin dalam pertemuan pertama itu tidak semua pegawai penyiasat SPRM sempat dikenali dan tidak semua ruang pejabat SPRM ditinjau mereka temasuk keluasan lokap dan baju Oren.
Dipanggil lagi.
Besar kemungkinan Nasaruddin dan Nik Abduh akan dipanggil lagi sekali untuk melengkapkan siasatan. Menjadi prosedur mana-mana unit penyiasatan daripada mana-mana badan atau organisasi akan membuat siasatan berlapis-lapis. Apabila ada bukti baru atau menemui bukti tambahan mereka akan dipanggil lagi.
Justeru apabila SPRM sudah memulakan siasatan berhubung isu RM90 juta, ada kemungkinan Presiden Pas itu juga akan turut sama dipanggil. Inilah yang mungkin dibimbangi. Walaupun beliau sendiri menyatakan kesediaan untuk melayani SPRM, tetapi realitinya bukan begitu. Sudah semestinya kenyataan itu dikeluarkan, kerana sama ada sedia atau tidak apabila ada kes, SPRM akan tetap memanggil Abdul Hadi untuk sama-sama berkenalan dengan pegawai penyiasat dan juga meninjau ibu pejabat SPRM.
Keadaan itulah maka ada tanggapan mengatakan kedatangan Abdul Hadi menemui Perdana Menteri hari ini sebagai, proses untuk "mengaku" kalah. Maksudnya Abdul Hadi mengharap "kerjasama" dan syufaat daripada Dr Mahathir agar tidak membabitkan beliau dalam siasatan itu. Mengharapkan keadaan win win situation.
Mengenai spekulasi ini saya menolaknya kerana ia tidak logik sama sekali. Abdul Hadi tidak perlu berbuat demikian kalau pun terdesak dengan siasatan SPRM itu. Dan Dr Mahathir sendiri sebagai perdana menteri kepada kerajaan PH yang telus, anti kronisme dan melindungi penjenayah tidak akan sedia untuk berkompromi sehingga boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan?
Selain itu, kunjungan Hadi itu juga dilihat bakal membuka lembaran baharu dalam politik PH khususnya Bersatu dengan PH selepas Tahun Baru Cina. Ini sedikit memkeringatkan dahi. Sebelum ini saya ada menyebut berlaku kejutan selepas Raya Cina. Apakah pertemuan di antara Hadi dengan Dr Mahathir itu sebagai bunga-bunga kepada kejutan itu? Tentu ada yang mengatakan kalau ia ada agenda, takkan dibuat secara terbuka? Bagi saya gambar Dr Mahathir bersalaman dengan Hadi disengaja dan dilepaskan untuk di publish bagi memberi isyarat awal?
Perlu disedari pertemuan itu berlaku selepas Dr Mahathir menerima kemasukan tujuh orang bekas Ahli Parlimen Umno ke dalam Bersatu. Dr Mahathir menjelaskan penyertaan mereka itu perlu untuk mengukuhkan kerajaan PH dan bagi mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Apakah pertemuan Hadi - Mahathir hari ini masih dalam agenda sama? Atau ia adalah rentetan seterusnya?
Tujuan itu - persepakatan politik Pas, Bersatu atas kepentingan bersama, sekali lagi saya katakan baik untuk mengharmonikan politik Malaysia. Tetapi ia menjadi sebaliknya kalau kekuatan yang dimiliki Dr Mahathir dengan penyertaan Pas itu disalahgunakan. Maksud saya, dengan kekuatan itu menyebabkan Dr Mahathir lupa kepada konsensus asalnya untuk melepaskan jawatan PM selepas dua tahun kepada Anwar.
Bila menghisab ini ia menimbulkan kecemasan dengan kedatangan Abdul Hadi itu. Kalau ia masih dalamn ruang lingkup membincang hal ehwal kerajaan Terengganu masih ok, tetapi kalau ia membawa kepada percaturan politik mendustakan janji ia bakal memarahkan suasana.
Umum tahu Abdul Hadi sangat alergik kepada bakal PM ke-8, Anwar Ibrahim. Beliau tidak dapat menerima Anwar atas sebab-sebab personal bagi partinya. Latar belakang itu menyebabkan persefahaman Hadi - Mahathir tidak memberi keuntungan kepada Anwar sebalik mengancamkannya. Diharap andaiannya meleset.
Saya tidak mahu ikut membuat spekulasi disini, melainkan cuba menghurai tanggapan-tanggapan seperti diatas persis dimainkan media sosial. Namun bagi saya, natijah atau jawab sebenar kepada kunjungan Hadi ke atas Dr Mahathir akan tuntas esok dan disepanjang kempen pilihan raya kecil Semenyih nanti.
Bagi saya kalau Pas membatalkan hasratnya untuk membantu calon BN di Semenyih, dan tidak mengulangi sokongannya kepada BN seperti di Cameron Highlands, maka spekulasi dan kebimbangan di atas tadi tidak memberi apa-apa implikasi. Bahawa kunjungan Hadi ke atas Dr Mahathir ini tidak bersifat politik. Hadi diterima Dr Mahathir atas ehsannya dan menganggap Hadi sebagai lebai yang datang mengetuk pintunya di hari Jumaat untuk mengharap baksi semata-mata.
Sebaliknya kalau Pas tiba-tiba menarik sokongan kepada BN dalam pirake Semenyih nanti, maka diberikan papan tanda peringatan khasnya kepada Anwar Ibrahim. Penarikan itu boleh dilanjutkan dengan Hadi akan membawa 17 rakannya di parlimen untuk berada di blok PH. Jika ini terjadi Anwar perlu menjadi gusar dan perlu memikir sihir baru politik untuk melalui liku-liku politik selepas itu yang mungkin lebih rencam. [wm.kl.6:49 pm 15/02/19]

No comments:
Post a Comment