Wednesday, February 20, 2019

Keramat seorang Mahathir

SUSUPAN MALAM 

KERAMAT atau karomah selalu dikaitkan dengan seseorang yang arifibilah atau menjadi kesayangan Allah. Dia mempunyai kelebihan itu apabila dia seorang yang senantiasa mengingati Allah, berzikir kepada Allah.

Atas ketaatan kepada Allah itulah didiberikan keramat atau kelebihan tertentu. Orang yang mendapat bantuan Allah ini juga dianggap wali.

Apakah Mahathir Mohamad boleh digolongkan dalam manusia bertaraf demikian. Seorang keramat mempunyai kelebihan sehingga dia menjadi kesukaan orang ramai. Kelebihan dimilikinya boleh menyilau orang menyebabkan orang menyembahnya. Realitinya seorang demi seorang musuhnya akhirnya tunduk dan berada di kakinya.

Jika boleh disenaraikan, musuh politik beliau paling utama ialah Lim Kit Siang. Berdekad Lim Kit Siang menentang Mahathir menerusi partinya DAP. Tengku Razaleigh Hamzah yang rakannya dalam Umno juga pernah menjadi musuhnya. Razaleigh menentang Mahathir untuk jawatan presiden Umno sehingga menubuhkan parti Semangat 46.

Sesudah Razaleigh, Anwar Ibrahim adalah musuh Mahathir seterunya. Selepas dipecat daripada Umno 1998 Anwar melawan Mahathir, lebih 18 tahun. Penubuhan Keadilan adalah untuk melawan dan menjatuhkan Mahathir.

Bersama Anwar melawan Mahathir ialah Abdul Hadi Awang. Bahkan Hadi lebih dahulu menentang Mahathir berbanding Anwar. Hadi bukan sahaja menentang idealogi politik tetapi siap membawa hujah-hujah dan hukum agama, menentang Mahathir. Sampai mencabut Quran dan dilemparkan ke muka Mahathir.

Bersama dengan Hadi, Mohamad Sabu juga menentang dan mencerca Mahathir dengan bermacam cercaan dan ejekan.

Selain itu, terbaharu menentang Mahathir ialah Najib Razak. Walaupun Mahathir adalah bekas presiden Umno tetapi ditentang kerana hendak mengekalkan kuasa. Tentangan Najib kepada Mahathir tidaklah vokal sangat seperti orang lain.

Apa memelikkan kepada mereka si penentang Mahathir itu, semuanya berkesudahan mereka terpaksa mengaku kalah dan ironisnya menyokong Mahathir balik. Seorang demi seorang menyokong Mahathir bagaikan dipukau.

Paling merujakan ialah apabila Abdul Hadi Awang dan sekutu para lebai yang mengamalkan politik belacak, menentang Mahathir bagaikan nak “rak”, berkolaborasi dengan Najib, Zahid Hamidi dan kini, kini bersujud sawi kepada Mahathir tidak semena-mena.

Bukan sahaja Hadi secara peribadi, tetapi diheret dan diarah sama para politis ikan belecak datang bersembah dan menyatakan sokongan demi seorang kepada Mahathir. Mereka menerima Mahathir bagaikan saudara baru yang cukup alim dan warak daripada mereka.

Tidak mustahil juga selepas ini Najib akan mengikut sunah berkenaan, tunduk kepada Mahathir.

Apa yang berlaku itu suatu yang menarik? Jarang berlaku kepada ahli politik dunia yang boleh memukaukan semua musuhnya untuk berada dihujung kakinya.

Tetapi keanihan dan kegajilan itu berlaku kepada Mahathir. Apakah beliau mempunyai kuasa wali dan keramat yang tinggi yang menjadikan dia tokoh yang dikagumi dan tidak terlawan? Trims. [wm.kl.10:08 pm 20/02/19]

No comments: