Thursday, February 7, 2019

Rahsia kenapa Pas tarik balik saman terhadap Sarawak Report akan terdedah

ULASAN BERITA

APABILA Husam Musa mencadangkan agar Pas mendedahkan terma persetujuan dicapai di luar mahkamah kenapa parti itu menarik balik saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown ia menggambarkan Senator berkenaan menemui atau sudah menerima maklumat baru berhubung kasus itu.
HUSAM MUSA
Apakah maklumat yang sampai kepada Husam itu, sama dengan versi terbaru mengenai isu itu yang saya terima pagi tadi?

Sebagai seorang politician yang kreatif, cerdik serta suka menghulur umpan, kemudian menyintak kemudian, (memerangkap) saya tetap yakin sebab musabab atau terma persetujuan itu sudah berada dalam kocek Husam. Husam sudah menghidu kenapa tiba-tiba tempua bersarang rendah.
Husam dalam kenyataan akhbar kedua mengenai isu "Pas vs Clare", yang enggan mendedahkan terma dan butiran kenapa saman itu ditarik balik, mengatakan terma persetujuan diluar mahkamah itu perlu didedahkan kepada umum.

Pendedahan persetujuan dengan Clare itu tekannya, perlu bagi mengelakkan timbul tanda tanya di kalangan ahli dan penyokong Pas. Begitu juga ia adalah hak untuk mereka yang menghulurkan seringgit dua untuk membantu Pas dalam samannya terhadap editor Sarawak Report itu mengetahuinya.

Pendedahan itu juga untuk menjaga integriti Pas dan moralnya yang tinggi sebagai parti agama sebelum ini. Sebagai parti agama tidak molek Pas bermain "ciku cap" atau sorong papan tarik papan dalam isu ini.

Walaupun ada pemimpin Pas yang mempertahankan yang terma itu adalah rahsia, namun menurut Husam tidak ada sebab untuk tidak boleh didedahkan demi maruah Pas dan mencerahkan keadaan. Mendedahkan segala butiran itu secara telus lebih baik.

Untuk itu Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu mencadangkan Pas menulis surat kepada Clare meminta persetujuan.

“Kalau Clare tidak setuju dedahkan kepada umum yang Editor Sarawak Report itu tidak setuju”, cadang Husam. Tindakan itu secara langsung akan menyelamatkan maruah Pas di mata umum dan ia juga menampakkan presidennya, Abdul Hadi Awang ikhlas.

Tepat Pas atau Abdul Hadi kena jelaskan kenapa Clare tidak bersedia berbuat demikian. Dan sekiranya Clare yang enggan mendedahkan maka kemenangan dan kebenaran akan berpihak kepada Pas. Dengan merahsiakan terma persetujuan menjadikan orang makin sangsi dengan Pas dan kredibiliti presiden itu juga tercalar.

Kata Husam lagi, maruah dan moral Pas serta keyakinan orang ramai selama ini kepadanya (Hadi) dan juga parti sebagai parti agama harus dipertahankan.

Dalam pada itu Husam yakin tidak ada sebab untuk Clare menolak permintaan Pas itu, (dedah terma persetujuan) lagi pun sejak kes itu difailkan di mahkamah di London kedua pihak membuat ulasan masing-masing yang menimbulkan kekeliruan.

Nota: Saya beri tempoh 48 jam menanti Pas menyahut cabaran Husam ini, jika tidak saya akan dedahkan versi mengenai isu RM90 juta seperti mana sampai ke pengetahuan saya. [wm.kl.6:10 pm 07/02/19] * Perkongsian dari Fb.Trims.

No comments: