SEBELUM ini saya telah mengatakan isu video lucah Haziq tidak akan membawa sesiapa ke mahkamah walaupun ia telah memburukkan individu tertentu dengan pengakuan Haziq dan penyebaran video berkenaan.
Bila orang tanya saya, "apa jadi dengan kes video berkenaan?" saya kata, "polis akan membuat kenyataan berbunyi begini; "video berkenaan asli tetapi watak di dalamnya palsu."
Apa yang saya kata dan bayangkan itu hampir tepat apabila hari ini Peguam Negara Tommy Thomas telah mengatakan, "pakar forensik AS "gagal" mengenali pasti individu dalam video berkenaan kerana solusi rendah.
Jadi tepat dan betullah apa yang saya ramalkan, cuma ia bukan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang bertanggungjawab terhadap siasatan, tetapi oleh Ketua Hakim Negara. Tak apalah mereka kedua-duanya adalah orang besar dan berstatus "Negara".
Dengan pengumuman Tommy Thomas itu bermakna tidak ada apa-apa pendakwaan ke atas sesiapa pun berkaitan dengan video lucah berkenaan. Mungkin juga Haziq yang telah membuat pengakuan bahawa dia yang tertera dalam video berkenaan, juga tidak dihadap dengan apa-apa pertuduhan bagi tidak memanjangkan kes berkenaan.
Nampak semua pihak dikaitkan dengan video berkenaan selamat dan lega, namun persepsi terhadap individu tertentu dengan video berkenaan tetap masih ada. Bagi mereka yang mempunyai mata dan fikiran lebih tajam daripada alat yang menilai video berkenaan digunakan polis, tetap menerima apa yang mereka simpulkan hasil penilaian mereka sendiri terhadap apa dilihat dan pengalaman politik yang berlaku di negara ini.
Untuk menjadikan kes video lucah ini lebih realistik mungkin mana-mana pihak berwajib misalnya Menteri Kesihatan boleh diarahkan membuat pengisytiharan Haziq yang membuat pendedahan dan pengakuan itu sebagai orang tidak siuman. Haha.
Terlalu lama untuk Peguam Negara membuat kenyataan memberi tahu yang beliau tidak akan mengambilkan apa-apa tindakan. Sepatutnya apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengatakan penyebaran video berkenaan bermotif politik, sepatutnya AG sudah pun membuat pemuktamadan mengenai isu video berkenaan, tidaklah orang ramai jadi macam kera tertunggu-tunggu.
Apakah mungkin kalau kerajaan PH yang ada kini jatuh dan naik kerajaan baru (katakan kerajaan Muafakat Nasional), isu dan kes video lucah itu akan diungkit dan disiasat semula seperti mana kes kematian Altantuya? Rasanya boleh jadi sebab bahan kes (video itu) tidak akan hilang dan padam walaupun Tommy Thomas telah mengambusnya dengan penjelasannya itu.
Makanya sesiapa yang teringin untuk melihat kes video lucah Haziq itu disiasat semula, nah, berusahalah untuk menumbangkan kerajaan yang ada hari ini. Itu sahaja cara untuk kita mencari keadilan melalui mahkamah. Apa yang berlaku terhadap kes Altantuya mungkin berulang. [wm.kl. 5:55 pm 09/01/20]

No comments:
Post a Comment