Saturday, January 18, 2020

Latheffa Koya berdepan realiti cabaran

ULASAN

Latheffa baru merasai cabaran.
TINDAKAN  Najib Razak akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk memaksa SPRM mengemukakan rakaman audio yang didedahkan oleh Latheffa Koya sebagai bukti pembelaan dakwaan terhadapnya mungkin ada yang melihat sebagai tindakan terdesak Najib dan sia-sia.

Pro kontra dalam melihat hal itu pasti ada.


Sebagai orang yang ingin melepaskan jeret di lehar Najib akan menggunakan apa sahaja cara walaupun tidak munasabah dan lucu bagi orang lain. Bagaimana pun dari sudut lain langkah Najib itu memberi setitik harapan dan makna tersendiri buatnya dan SPRM khususnya Ketua Pesuruhajaya Latheffa Koya.

Dua tiga hari lepas Latheffa mendedahkan sembilan set audio percakapan didakwa sebagai Najib Razak sedang berbincang atas urusan 1MDB dan juga SRC INternasional, yang disifatkan :Latheffa sebagai satu konspirasi melakukan jenayah tertinggi oleh Najib.

Saya melihat sekiranya permohonan Najib itu dibenarkan ia memberi cabaran kepada Latheffa Koya dan badan berkenaan. Sekiranya permohonan Najib itu diterima mahkamah dan rakaman perbualan telefon itu dibawa ke mahkamah ia bakal memberi cabaran sebenar kepada bekas penasihat undang-undang Parti Keadilan itu terhadap tanggungjawab dipikulnya.

Sebaik beliau memasuki ke pejabat MACC, Latheffa sudah dikirik teruk ekoran pemakaian pangkat, darjah kebesaran atau bar ribbon walaupun beliau berkhidmat belum lagi mentahari setinggi galah dimana pemakaian itu tidak layak. Kerana kegelojahan itu beliau dikritikan dan secara bertanggungjawab pula selepas itu beliau tidak lagi muncul dengan pangkat berserebeh di dada.

Kritikan dan cabaran sebenar dihadapi Latheefa ialah kepada apa yang sedang diusahakan Najib untuk menyelamatkan dirinya itu. Berhubungan dengan pendedahana dibuat Latheffa dua tiga hari lepas beliau dan beberapa pegawai SPRM sudah pun menerima risikonya bila dipanggil polis untuk disiasat atas apa yang  dilakukan itu.

Mungkin panggilan dan siasatan ke atas Latheffa oleh polis itu pertama kali berlaku ke atas Ketua Suruhanjaya SPRM oleh agensi siasatan kerajaan.

Kita tidak mahu mengulas panjang dan menjangkakan apa yang akan berlaku kelak. Tetapi sekiranya mahkamah menerima rakaman sembilan set audio itu sebagai bahan pembelaan Najib, ia boleh menyebabkan tubuh Latheffa berpeluh juga untuk menjawab.

Itulah lain kali, baik berpada pada dalam sebarang tindakan. Fikir dahulu implikasi jangan hanya ghairah untuk mendedahkan keaiban orang.

Siapa tahu atas kesilapan Latheffa tyang tidak berhati-hati itu telah memberi keuntungan kepada Najib pula, setidak-tidak boleh menambahkan bukti pembelaan buat bekas PM itu. [wm.kl. 7:59 pm 17/01/2020]

No comments: