ULASAN
Sidang akhbar Annuar seperti melempar bom ke diri sendiri. |
Sidang media itu dibuat sebagai tindakan balas Umno yang memecatnya sebagai Setiausaha Agung BN, semalam dan diganti dengan Ahmad Maslan.
Sidang media itu itu juga seperti mahu menghantar masej kepada MKT Umno yang akan mengadakan mesyuarat bagi membincang usul daripada bahagian Umno yang menolak untuk terus berkerja sama dengan PPBM yang dianggap ular Lidi nak jadi Naga.
Apa yang didedahkan Annuar hari ini adalah beberapa perkara yang sebenarnya sudah pun diketahui umum tetapi bersifat "misteri" dan dianggap "fitnah" atau surat layang sahaja.
Misalnya mengenai sikap diambil Zahid Hamidi dan beberapa orang ahli Parlimen Umno memberi sokongan (SD) kepada Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan Curitokrasi sekaligus jadi perdana menteri.
SD atau surat sokongan Zahid kepada Anwar dihantar kepada Yang diPertuan Agong sudah beredar sebelum ini. Dan pendedahan Annuar itu mengiyakan apa yang sudah diketahui umum itu. Ahli Parlimen Ketereh itu mempunyai motif tersendiri kenapa dia membuat pendedahan yang nampaknya seperti mahu damage presidennya.
Dalam pada itu pendedahan surat Zahid kepada Agong itu, dan tidak bersetuju dengan pendirian Zahid menjelaskan bahawa kebencian politiknya kepada Anwar Ibrahim tidak pernah padam. Tidak dapat disangkal lagi antara orang bekerja keras bagi menjamin Anwar tidak akan jadi PM adalah Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Dari sejarahnya Annuar adalah salah seorang yang bersetuju bersama OT95 tahun 1998 yang memecat Anwar Ibrahim daripada Umno dan jawatan kerajaan. Bahkan beliau juga menjadi sub agen kepada konspirasi menjatuhkan Anwar. Saya ada cerita eksklusif mengenai hal ini bagaimana Annuar memainkan peranannya.
Selain itu dalam sidang media tadi Annuar mendedahkan kemelut atau krisis kepimpinan berlaku dalam Umno kini. Secara umumnya beliau mengariskan beberapa perkara menyebabkan beliau tidak sedia bersekongkol dengan tindakan Zahid dan mengambil sikap yang liar dan tidak beretika itu.
Antara dakwanya, kerana Zahid menyokong Anwar, mahu bersama DAP membuat jajaran politik baru, percubaan menggugat kestabilan kerajaan Curitokrasi, serta sikap "flip flop" pengerusi BN (Zahid) dan pertelagahan secara terbuka. Itulah sebab-sebab dikatakan Annuar menyebabkan beliau tidak sedia untuk bersekongkol. Ehwah...berintegriti nampak.
Dalam sidang akbar itu beliau selah-olah menyampaikan khutbah wida' perpisahan dengan Umno. Panjang lebar dan mendayu-dayu khutbahnya yang sudah difikir berhari-hari. Annuar cuba mempamerkan kehebatannya sebagai burung Merak yang berbulu emas, tetapi jubur bercepuah dengan tahi. Kononnya dia seorang berprinsip, berani kerana benar.
Orang tidak mengenali kelicitan Annuar akan mengkaguminya, tetapi tidak kepada yang sudah kenal bau hampak ketiaknya dan sejauh mana pancukan hancing kencingnya. Segala apa beliau sebut itu seolah-olah disengajakan agar Umno mengambil tindakan kepadanya. Apa yang diharapkan Annuar Umno memecatnya. Annuar meyimpan strategi tertentu di sebalik tindakannya hari ini.
Annuar memang mahu dia dipecat daripada Umno. Kenyataan beliau tadi adalah merupakan insurance untuk masa depan politiknya. Keputusan atau tindakan Umno kelak menjadi seperti orang mengantuk disorong bantal buatnya. Mungkin ia sudah diframekan demikian rupakan. Terkilas ikan di air kita sudah ketahui jantan betinanya. Sebelum ini Annuar telah membuat onar dalam Umno bertindak diluar peraturan etika penjawat jawatan parti apabila bercakap melewati presiden. Ada unsur-unsur meremehkan presidennya.
Dia juga sebelum ini beberapa kali telah menyalah-gunakan atau obius kedudukannya sebagai Setiausaha Agung Umno, kemudian Setiausaha Agung BN. Ada kenyataan-kenyataan yang beliau mendahului presiden atau pun bercakap seolah-olah beliau telah diberi kuasa penuh. Keadaan itulah menyebabkan beliau dilihat telah menyalahkan kedudukannya.
Kerana tindakan itulah menyebabkan beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Umno tetapi masih dipelihara oleh Zahid dengan melantiknya menjadi Setiausaha Agung BN. Tidak ramai memahami kenapa beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Umno, kerana ia telah disihirkan sebagai dinaikan pangkat oleh kuncu-kuncunya?
Dalam sidang media tadi beliau mengisahkan dirinya kononnya segala apa yang disebut, telah diputuskan dalam mesyuarat parti dan beliau hanya sekadar memaklumkan sahaja. Isengnya beliau tidak tahu kenapa tindakan diambil ke atasnya.
Kalau benar parti (MKT) ada memutuskan, seperti didakwanya itu setengah berupakan rahsia dan taktikal parti, tidak sepatut beliau mendedahnya. Tampak sangat yang beliau seorang yang bongok dalam politik. Tidak tahu membaca apa yang tersirat daripada apa yang tersurat.Benar Zahid bersalah dan lemah tetapi cara menempelakkan begitu bukan cara tertib oleh pemain politik profesional.
Tidak hairan kalau beliau seperti berlawan dengan Zahid. Annuar yang kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, sudah tahu ke mana haluan dan hujung jatuh politiknya. Kekalahan itu menjadikan dirinya kecil dan menirus, maka beliau perlu membina kekuatan dan membesarkan dirinya. Sementelahan usianya juga sudah merangkak ke senja. Dia perlu jadi "getah urat" yang dimasukkan dalam minyak gas supaya mengembang dan menjadi tebal.
Caranya dia membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan presiden, malahan menentang presiden bukan secara berlindung lagi tetapi secara terbuka. Ada sisi-sisi menghina dan mengaibkan presiden. Apakah itu erti kesetiaan yang dilaungkan. Menyebut Zahid sedang berhadap dengan pertuduhan di mahkamah ia dan membandingkan dengan kesalahan Muhyiddin semasa dipecat daripada Umno kerana skandal 1MDB dengan kesalahan dilakukan Zahid jelas satu penghinaan.
Hubungan atau haluan politik beliau dengan Zahid tidak berjalan betul dan mesra bukan baru tetap sejak di era merebut jawatan Ketua Pemuda tahun 90an lagi. Annuar pernah kalah ditangan Zahid Hamidi dan tidak dapat menerima Zahid kerana berasakan dia lebih handsome daripada Zahid. Memang ada benarnya kalau dari segi wibawa dan perwatakan (leadership) dia dilihat lebih berwibawa dan pantas berbanding Zahid. Tetapi kelebihan itu bukan syarat untuk dia mengatasi Zahid.
Bertolak dari itu maka beliau senantiasa cuba menyaingi Zahid, dan menjadikan Zahid sebagai seteru politiknya secara diam. Hakikat ini diketahui oleh semua orang Umno.
Apabila dia telah mendedahkan rasia dikatakan rahsia yang sudah tidak jadi rahsia itu, yakni surat sokongan Zahid kepada Anwar, menunjukkan Annuar telah mengistyharkan perang dengan Zahid. Dan dia juga mungkin menghitung nasib dan hari-hari akhir dalam Umno.
Sekali lagi saya sebutkan kesimpulan atau apa dimahui Annuar dengan apa dilakukan itu dia mahu diambil tindakan oleh Umno. Dia membuat kenyataan itu berharap sokongan dan simpati ahli Umno. Jadi dengan apa yang berlaku itu jangan rasa pelik kalau Annuar akan mengumum menyertai Bersatu kerana itu yang dikehendakinya.
Justru sebaik-baiknya Umno kena tahan pedih jangan sesekali pecat Annuar tetapi tindakan terbaik jangan berikan watikah untuk bertanding dalam Piraum nanti.
Politik kepentingan dirinya tidak pernah berakhir. Apa yang dibimbang ialah kedudukannya di Parlimen Ketereh. Kenapa dia jadi gila untuk berta'awun dengan Pas mempertahankan MN tujuannya untuk menyelamatkan kerusi Parlimen Ketereh. Beliau berharap Pas akan menerima budinya dengan melepaskan kerusi itu kepadanya.
Annuar tahu pengaruh dan kedudukannya di Ketereh bukan kuat sangat. Kalau Pas buat gila berdepan dengannya dalam Piraum ke-15 beliau boleh menangis tidak berlaku, kalah. Kekalahan di kerusi Ketereh merupakan kiamat buat Annuar seperti kalahnya Inche Ibrahim di Pasir Mas.
Cukup berhenti Solat dahulu. [wm.kl. 8:34 pm 06/01/2021]
No comments:
Post a Comment