Tuesday, January 12, 2021

Darurat perlindungan sementara buat Muhyiddin

ULASAN 

Muhyiddin istyharkan Darurat Covid.
BARU sekejap tadi Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan darurat setelah mendapat perkenan daripada Yang diPertuan Agong agar darurat di proklamasikan. Beliau dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semalam memberi taklimat berhubung pandemik Covid-19. 

Persetujuan diambil untuk mengisytiharkan darurat dibawah Perkara 150 Perlembagaan Negara.

Tentu ada yang terkejut dengan pengisytiharan darurat itu, tetapi yang jelasnya ia bukan sesuatu yang aneh dan pelek apabila dikaitkan dengan perkembangan politik hari ini. 

Ramai sudah menjangka ia akan dibuat memandangkan Muhyiddin sangat terjepit untuk menyelamatkan diri.  

Menurut Muhyiddin darurat itu perlu untuk mengekang pemerebakan Covid. Darurat Covid bukannya rampas kuasa oleh tentera. Rakyat tidak diperintah berkurung di dalam rumah. 

Masalah Covid tidak dinafikan ia berada dalam keadaan runcing dengan bertambahnya jumlah kes sampai mencecah atas 2,000 setiap hari. Jumlah kes harian tertinggi setakat ini sebanyak 3,027. Berdasarkan itu ia munasabah dan itulah ikhtiar terbaik yang sepatutnya awal-awal lagi diambil. Jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada kebijaksanaan, pengawalan ketat dibuat semasa angka kes Covid dibawah 1,000. 

Tidak ada guna Malaysia mempunyai seorang Ketua Pengarah Kesihatan yang disenaraikan tiga terbaik di dunia tetapi Covid melonjak berpuluh kali ganda. Sebab kelewatan itu maka orang membuat berbagai persepsi berhubung perkara itu.   

Nampak persis ada keikhlasan dan kesungguhan Muhyiddin sebagai pembesar negara untuk membendung pandemik ini. Ada urat-urat atau jalur kebimbangan tersula diwajahnya semasa menyampaikan perutusan mengisytiharkan darurat tadi. Tetapi kerana masalah peribadi dihadapinya lebih mencabar, tidak dapat dielakkan daripada beliau mempunyai kepentingan diri dengan pengisytiharan itu.
 

Apabila dikaitkan dengan masalah sedang dihadapinya, tekanan dari pelbagai pihak agar berundur kerana gagal menguruskan negara secara berkesan, menjadikan Muhyiddin terbelenggu dalam dua situasi genting berbeza serentak. Masalah Covid dan masalah politiknya yang tidak kukuh. 

Justeru apabila pengisytiharan itu dibuat memberi indikator tertentu kepadanya. Apapun dalam hal ini orang akan disuluh ia lebih kepada untuk mengusaikan masalahnya dirinya berbanding masalah Covid. 

Dengan pengisytiharan darurat itu walaupun ia bukan rampas kuasa, tidak ada perintah berkurung, rakyat masih bebas bergerak cuma wajib mematuhi SOP Covid, namun pengiystharan itu memberi kesan jelas apabila Parlimen digantung dan Piraum atau Pirake tidak dapat diadakan. 

Sepanjang tempoh 1 Ogos 2021, Parlimen tidak berfungsi dan apa-apa pilihan raya juga tidak dapat diadakan dalam tempoh itu. Kesan atau implikasi inilah yang dilihat diingini oleh Muhyiddin disebalik pengisytiharan darurat itu. Beliau bertindak sambil menyelam minum air. 

Sebenarnya apa yang diingini Muhyiddin dengan darurat itu ialah, parlimen digantung dan pilihan raya tidak boleh laksanakan. Itu motif politiknya. Ini yang Muhyiddin inginkan berbanding dengan penyelesaian isu Covid. 

Baginya Covid tidak memalukannya kerana ia boleh disandarkan kepada malapetaka yang menimpa dunia seluruhnya. Tetapi musibah politik bakal dihadapinya memalukan dirinya. Cuba kalau beliau terpaksa meletak jawatan.  

Persoalannya selama manakah beliau dapat bertahan dengan tempoh darurat itu? Seudah tentu dalam tempoh lapan bulan sehingga tempoh darurat itu habis, (1 Ogos) beliau dapat mengukuhkan kedudukan dirinya. Sudah pasti Muhyiddin dan partinya akan terus bergerak menggunakan aparat kerajaan bagi menguatkan kedudukannya. 

Atau pun dengan kuasa sebagai PM yang boleh menasihat Yang diPertuan Agong, beliau boleh mohon agar tempoh darurat itu disambung sehingga beliau benar-benar rasa selamat untuk mengadakan pilihan raya. Semasa mengisytiharkan darurat beliau berjanji akan mengadakan pilihan raya selepas masalah Covid selesai? Siapakah boleh mempercayai kepada janji sang Pelanduk kudung?

Persoalannya sejauh manakah tempoh itu dapat menjamin yang kedudukan teguh. Rakyat yang kini kurang selesa dengan beliau mengurus negara apakah akan terus mendukungnya. Apakah dalam tempoh itu Muhyiddin akan dapat menemui formula untuk menyakinkan semula Umno bersamanya disamping terus mendapat sokongan daripada Pas?

Hubungan atau penolakan Umno kepada kerajaannya semakin parah. Keparahan ini disedari oleh Muhyiddin dan boleh juga dikatakan darurat itu untuk menghentikan langkah Umno untuk menumbangnya? 

Di sini kita tidak nampak Muhyiddin akan selamat berlindung di sebalik pengisytiharan darurat itu. Pengisytiharan itu tidak banyak menguntungkannya sebalik beliau makin dicaci oleh rakyat kerana rakyat sudah tahu apa yang ada di sebalik batu helahnya. Sebaliknya rakyat yang sudah membaca nawaitu dan maksudnya jadi semakin marah. Rakyat akan menganggap Muhyiddin sanggup muanfik kerana demi survive politiknya. 

Kesimpulannya tempoh darurat lapan bulan itu hanya memberi ruang kelegaan sementara kepada Muhyiddin, tetapi beliau akan berhadapan semula dengan masalahnya selepas habis tempoh itu. Puncak kepada penyelesaiannya adalah dengan mengadakan pilihan raya umum yang akan menjawab kedudukan sebenar Muhyiddin. 

Hari ini beliau boleh menarik nafas tetapi nafas itu seperti orang yang disahkan positif Covid dan dikuarantin di kediamaan khas. [wm.kl. 1:06 pm 12/01/202i]

No comments: