PERKONGSIAN
The Lady of the world - Angela Merkel. |
Walaupun rencana itu rengkas tetapi ia cukup mengesankan. Ia merupakan ringkasan citra kehidupan Angela Merkel seorang pemimpin yang tawaduk dan gigih bekerja dengan penuh amanah. Sangat sesuai untuk dijadikan suri teladan kepada para pemimpin dan khalifah di Malaysia.
Mungkin terlalu idealis untuk mencontohi para mukmini Islam seperti Abdul Rahman Aus, Othman Affan ataupun Umar Ibnu Azziz serta yang lain-lain, tetapi Angela Merkel boleh ditiru sebab beliau bukan sahabat Nabi yang sempurna segala hal dan tokoh terkenal dalam buana Islam yang sering kita jadikan contoh. Apa lagi Angelica Merkel orang biasa sahaja yang mana sifat kebiasaan itu dan perjalanan hidupnya sama dengan kebanyakan orang.
Dalam konteks Malaysia ini, yang tergolong dalam kategori pemimpin ialah para politician, perdana menteri dan seluruh ahli kabinetnya, termasuk para Duta. Ia diikuti dengan ahli-ahli YB. Juga tidak terlupa kepada sembilan Raja-Raja Melayu dan para Gebenor juga adalah termasuk dalam khalifah atau amir.
Saya kongsikan serba ringkas mengenai Angela Mertel itu. Beliau sudah pun berundur dari jawatannya dua tahun lepas serentak dengan pengundurannya sebagai pemimpin partinya Christian Democratic Union (CDU). Saat pengundurnya diterima dengan rasa pilu orang rakyat Jerman kerana kejayaannya yang membawa Jerman dengan pelbagai pencapaian khasnya ekonomi. Angela Merkel berundur sewaktu sedang enak makan. Petua kesihatan diamalkan OT95 tetapi tidak dipraktikkan dalam politik.
Semasa berucap pada majlis pengunduran, beliau diberi tepukan selama enam minit oleh mereka yang hadir. Sementara di perjalanan pulang rakyat Jerman keluar ke balkoni memberi hormat kepadanya. Belum pernah berlaku kepada mana-mana Cancelor Jerman sebelum ini pada saat pengundurannya diberi penghormatan begitu.
Apakah rahsia kehebatan wanita seorang ini? Rahsia dan kekuatan yang ada kepadanya mudah sahaja dan boleh dimiliki sesiapa jua bernama pemimpin. Kuncinya beliau hidup secara simple walaupun bergelar Cancelor Jerman ke 34 selama 15 tahun, gigih dan amanah dalam kerjanya. Tidak pernah mengambil kesempatan dengan kuasa yang digendungnya.
Cerita kerendahan dirinya (humble) dan amanah, diketahui apabila sepanjang berkhidmat beliau tidak pernah melakukan penyelewengan, menggunakan kedudukannya untuk mengaya diri sendiri dan kaum keluarganya. Bayangkan sebagai seorang Cancelor orang paling berkuasa di Jerman hanya tinggal di rumah pangsa biasa sahaja sama dengan rakyat Jerman lain. Rumah itu dibeli semasa beliau belum jadi Cancelor.
Beliau juga tidak hidup mewah. Bajunya sahaja dipakai yang biasa berulang kali. Sehingga hal itu disedari wartawan lalu ditanyanya, "kenapa sering pakai baju yang sama?" Apa jawabnya, "saya pegawai kerajaan bukan model."
Angela Merkel juga menguruskan rumahnya sendiri bersama suaminya. Suaminya uruskan mesiyen basuh manakala beliau melipat dan menyusunnya. Tidak mempunyai orang gaji atau pembantu. Dari hal masak memasak dan membasuh kain bajunya, urusan rumah tangga beliau lakukan bersama suaminya.
Angela Merkel juga tidak suka kepada publisiti atau turun ke tempat eksklusif. Dia tidak gemar turun ke pusat-pusat orang ramai untuk bersuafoto dan menunjuk-nunjuk kononnya dia berjiwa rakyat. Apa lagi mengadakan majlis hari jadi siap dengan bakar lilin dan potong kek. Ertinya dia tidak menyukai kepada publisiti dan hidup dengan mengada-ngada.
Menarik rencana mengenai Cancelor Jerman yang mengambil keputusan berundur pada saat dia berada ditangga kegemilangan. Walaupun ada seorang Cancelor Jerman pernah menjabat jawatan itu dua kali, saya kira ia tidak akan berlaku kepada Angela Merkel. [wm.kl. 4:12 pm 27/01/2021]
No comments:
Post a Comment