Monday, April 10, 2023

Fakta yang mungkin lupa: Melayu serang Melayu

SEBUAH PENGAMATAN

SELEPAS bermuafakat untuk menentang gagasan mewujudkan Malaysia Union (1945) yang diilahmkan penjajah, orang Melayu bergaduh dan bergasak sesama sendiri. Satu hal yang sangat aneh mulanya mereka boleh bermuafakat, tetapi kemudian bergaduh.

Pergaduhan atau seleheng bermula dengan golongan agama dalam Umno bertindak menenatang ideologi parti berkenaan yang dianggap sebagai sekular. Golomgan itu kemudian menubuhkan persatuan sendiri yang dinamakan Parti Islam se Malaysia (Pas). Mereka menyertai Pas itu asalnya ialah sayap atau biro agama kepada Umno.
Onn Jaafar
 
Peribadi yang menjadi sasaran Pas ialah Onn Jaafar yang menjadi ketua Umno. Onn Jaafarlah yang mengutarakan untuk menentang cadangan wujudkan Malay Union. Natijah muafakat itu beliau dilantik menjadi Yang diPertua Umno. Bagaimana pun setahun kemudian (1951) beliau berundur dan menubuhkan parti IMP atau parti Negara.

Kemudian sasaran beralih kepada Tunku Abdul Rahman yang mengambil alih pimpinan parti itu. Di sinilah bermula pergaduhan dan serang menyerang sesama Melayu. Pergaduhan menjadi lebih ketara apabila Pas menyertai pilihan pertama (1955) menentang parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Salah seorng sosok yang menentang Tunku Abdul Rahman ialah Dr Mahathir Mohamd yang mucul dari kumpulan ultra Melayu. Penentangan Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman lebih kenapa sentimen feudal yang tidak disenangi Dr Mahathir.

Sementara penentangan Pas kepada Umno jadi lebih tegang dan dahsyat lagi apabila Pas mula melebelkan Umno sebagai kafir. 

Doktrin Pas.

Pas menentang Umno menerusi pilihan raya. Walaupun Pas tidak menang dalam pilihan raya pertama (1955) itu, (hanya menang satu kerusi di Krian Perak), tetapi parti itu konsisten menentang Umno. Mereka berjaya mendoktrinkan orang Melayu di kawasan luar bandar khasnya di negeri Pantai Timur agar menolak Umno kerana dianggap sebagai parti sekular yang berjuang tidak selari dengan Islam. 

Dalam pilihan raya kedua  (1959) Pas mula mendapat kemenangan di Kelantan dan Terengganu dan kemenangan itu menjadi azimat untuk menganggap Pas adalah parti sebenar (Islam). Pas memerintah kedua-dua buah negeri itu. Bermodalkan kemenangan di Kelantan dan Terengganu itulah Pas membenih pengaruhnya ke seluruh Malaysia hari ini. 

Lebih 19 tahun Pas menentang Umno secara berterusan sebelum menerima "gencatan senjata". Setelah Umno dipimpinan oleh Tun Razak Hussein barulah ada sedikit keredaan apabila Pas yang dipimpin Mohd Asri Muda bersetuju untuk mengadakan gecatan sejanta dengan perwujudan kerajaan campuran 1971.

Namun gecatan senjata itu bertahan hanya lapan tahun sahaja, selepas itu orang Melayu khususnya didominasi Pas dan Umno kembali bergaduh sekali lagi. Kerajaan campuran yang ditubuhkan kemudian menjadi BN relai tahun 1978.

Kali ini peribadi yang menjadi sasaran ialah Hussein Onn yang mengambil kepimpinan Umno daripada Tun Razak yang meninggal dunia di London 1976. Kepimpinan Hussein diserang dan dikecam seperti mana Tunku Abdul Rahman dikecam dengan dianggap sebagai pemimpin sekular yang meneruskan pemerintaan (perlembagaan) penjajah.

Perbalahan atau ketajaman perseteruan Pas dengan Umno ini diambil kesempatan pula oleh golongan Cina yng menolak dasar kebangsaan Umno dan bersifat chauvenisme. Orang Cina tahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa tanpa menyelit (bekerjasama atau menumpang) dengan mana-mana kumpulan bagi mencapai matlamatnya.

Golongan Cina ini adalah daripada parti DAP yang merupakan klon parti PAP (Petir) yang diasaskan Lee Kuan Yew di Singapura. Mereka dibantu oleh golongan sosialis daripada parti Buruh dan Sosialis Malaysia serta gearakan haluan kiri.

Penentangan atau serangan kepada kepimpinan Melayu oleh Melayu berkesenimbungan apabila Umno dipimpinan oleh Dr Mahathir Mohamad. Era pimpinan Dr Mahathir inilah dilihat era yang sangat membarakan pergaduhan orang Melayu sampai menumpahkan darah. Dasar-dasar atau idealisme kepimpinan Dr Mahathir yang modern dan tidak selari dengan idealisme Pas berteraskan agama konsevertif menegangkan keadaan serta meluaskan jurang sengketa.

Manakala Dr Mahathir pula dalam mempertahankan hegomeni kekuasaanya sanggup bertindak diluar batas demokrasi dan kebebasan hak asasi manusia dengan cara menangkap dan memenjarakan seterus. Ramai para pemimpin Pas ditangkap dan disumbat ke dalam penjara tanpa bicara.

Serangan terhadap Dr Mahathir makin membesar apabila berlaku krisis dalam Umno ekoran pemecatan Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden Umno dan juga menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan .

Peristiwa dan kekecewaan Anwar atas tragedi itu diambil kesemptan oleh Pas. Pas mendapat regu atau partner politik yang besar untuk terus menyerang Umno. Golongan Cina dalam DAP yang sebelum ini yang sudah "cengeng" dengan Umno mengambil kesempatan untuk berkolaborasi sama dengan Pas dan Anwar bagi menentang Dr Mahathir. Bagi DAP dan Pas apa yang berlaku ke atas Anwar itu seperti orang mengantuk disorong bantal.

Kolaborasi di antara Pas dengan Anwar serta DAP membawa kejayaan apabila akhirnya Dr Mahathir tidak tahan menerima serangan dan kritikan dari dalam dan luar negara meletak jawatan. Laungan dan himpunan Reformasi benar-benar membingkitkan telinga Dr Mahathir.

Tindakan itu menyebabkan Umno diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi tanpa rela Mahathir. Abdullah juga tidak terkecuali ikut menerima tempias pesaka daripada Mahathir dan turut menerima serangan dan kecaman Melayu Pas. Sebahagian orang Melayu dalam Pas menyerang Abdullah, walaupun perdana menteri ke-5 itu cuba menenangkan suhu politik Malaysia dengan cuba membentuk "kerajaan perpaduan."

Tradisi Melayu serang Melayu diteruskan oleh kumpulan "prolib" - Profesionali-Liberalisme, dalam Pas. Mereka tidak nampak lagi perpaduan menerusi Umno sebaliknya obses untuk mendapat kuasa sendiri dengan menyakini kalau Najib pimpinan Umno parti itu akan runtuh. Akhirnya golongan Prolib dalam Pas keluar daripada Pas beramai-ramai menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Peristiwa yang menimpa Anwar telah dijadikan modal oleh Pas dan juga DAP untuk menyerang Umno. Nafsu Pas, DAP dan juga kumpulan Anwar (yang telah tubuh parti sendiri, Parti Keadilan Nasional/Rakyat) tidak dapat disekat tunda lagi.

Pilihan raya  umum ke-14 memberi isyarat kepada Umno yang parti itu tidak segagah dahulu lagi. Pertama kali Umno yang menjadi kepala atau taukeh dalam BN hilang majoriti di parlimen. Musibah itu menyebabkan Abdullah mengambil tanggungjawab meletak jawatan (2009) dan kepimpinan Umno dan kerajaan diserahkan kepada Najib Razak.

Tidak ada apa-apa keistimewaan yang dimiliki Najib walaupun beliau adalah putera sulong Tun Razak. Beliau tidak dapat mengawal keadaan dirinya daripada terus diserang oleh orang Melayu Pas, Keadilan yang sudah berpadu dengan DAP kemudian Amanah. Lebih malang lagi Najib juga turut sama diserang oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad seperti mana dialami Abdullah Badawi. Musuh Najib bukan sahaja pembangkang tetapi bekas PM sendiri.

Isu skandal 1MDB telah meletakkan Najib dalam keadaan tidak selesa dan skandal itu menjadi senjanta ampuh kepada musuh untuk melawannya. Skandal 1MDB memecah belahkan Umno dan akhirnya meruntuhkan parti dikatakan keramat itu. Dr Mahathir pula tidak lagi menyerang Najib daripada rumah tetapi sudah turun ke lapangan, sanggup merendah diri untuk bersekongkol dengan Anwar.

Mereka yang tidak sebulu dengan Najib telah berpakat keluar daripada Umno dan mengagaskan parti baru, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Penubuhan PPBM ini menyempurnakan serangan secara berskala besar ke atas Najib. Al hasilnya dalam pilihan raya 2018 Umno dan Najib tumbang dan tersungkur. Kejatuhan itu tidak syak kerana ditolak oleh Melayu. 

Menyimpul kemalangan Umno itu ia disebabkan "pengkhianatan" Melayu sesama Melayu.

Ringkas cerita hasil pengkhianatan itu terbentuklah kerajaan baru buat pertama kali sejak tahun 1955 apabil  Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14. Kerajaan baru itu ironisnya dipimpinan oleh bekas pemimpin Umno, Dr Mahathir Mohamad. Melihat kepada kemenangan besar PH, diperkirakan kerajaan ini akan kekal dan Umno tidak berkeupayaan lagi untuk bangkit menggugatnya.

Namun realiti tidak begitu. Perangai Melayu yang suka serang Melayu berlaku dalam kerajaan PH itu. Diam-diam kepimpinan Dr Mahathir dijatuhkan oleh Melayu yang ingin berkuasa dengan mengambil kesempatan yang ada. Di luaran yang nampak untuk menjatuhkan Dr Mahathir, adalah Anwar tetapi apa berlaku sebaliknya, ini mengejutkan Dr Mahathir Mohamad ia dijatuhkan orang regu Mahathir sendiri, Mahiaddin.

Mahiaddin Yassin rupanya diam-diam mengidam untuk jadi perdana menteri naik jadi Perdana Menteri baru secara "curitokrasi". Disebabkan beliau bukan calon yang diharapkan, beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya. Apa lagi naik jadi PM dengan bantuan SD yang mencurigakan menyebabkan tidak sampai setahun setengah beliau terpaksa berundur. 

Pengudurannya diganti oleh Ismail Sabri Yaakob sebagai PM sementara pilihan raya umum diadakan. Walaupun demikian Ismail Sabri juga menerima nasib sama beliau ditentang oleh sesama sendiri orang Melayu.

Wajah baru politik.

Pilihan raya umum ke-15 memberi wajah baharu kepada politik, demokrasi dan parlimen Malaysia. Tidak ada parti yang mempunyai jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan. Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mengsyorkan agar diadakan kerajaan perpaduan telah memberi tuah kepada PH dan BN apabila ia ditolak dengan angkuh oleh PN, Mahiaddin dan Abdul Hadi Awang. Al hasilnya Anwar yang menanti untuk jadi PM selama 25 tahun dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sayang dalam keadaan parlimen tergantung dan tidak ada mana-mana koalisi yang dapat membentuk kerajaan, namun tradisi lama menyerang perdana menteri masih dihadapi Anwar. PN yang menjadi pembangkang dan dimonopoliti seratus peratus Melayu menyerang Anwar siang malam. Paling menyedihkan yang ikut jadi kepala menyerang Anwar ialah rakan seperjuangnya sendiri semasa dalam Abim yang kini menjadi "tunggul keramat" dalam Pas. 

Apakah serang sesama sendiri (Melayu) ini akan jadi tradisi dan pusaka politik orang Melayu? Dan kalau selepas Anwar nanti PM itu juga akan menerima dan alami nasib yang sama? [wm.kl.7:23 pm 10/04/2033].

No comments: