Saturday, April 8, 2023

Kenapa pembangkang tidak jumpa langsung dengan Perdana Menteri?

ULASAN

Tuan Ibrahim sendiri
patut jumpa dengan Anwar.
PEMBANGKAN mengambil sikap berlunak dengan kerajaan apabla sudah bersedia untuk berunding dengan kerajaan berhubung peruntukan untuk ahli Parlmen. Perkara itu dinyatakan oleh timbalan presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, yang memaklumkan pihaknya akan segera berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Fadzilah Yusof. 

Untuk tujuan itu menurut Tuan Ibrahim pembangkan telah melantik tiga orang ahli parlimenya sebagai wakil, mereka Hamzah Zainuddin (Larut), Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Radzi Jidin (Puterajaya). 


Tindakan itu adalah susulan kenyataan perdana menteri Anwar Ibrahim yang memberi tahu pihak kerajaan tidak ada prinsip untuk mendiskriminasikan ahli parlimen pembangkang dalam menerima peruntukan khas seperti yang diterima oleh ahli parlimen kerajaan. 

Dalam hal ini Anwar tidak mengamalkan amalan buruk seperti dilakukan oleh kerajaan PN sebelum ini yang bersikap tidak adil dan saksama terhadap ahli parlimen PH.

Anwar menjelaskan perkara itu apabila ia dibangkit oleh Shahidan Kassim (Arau) berhubung peruntukan untuk ahli parlimen PN dengan tujuan cuba memburukkan yang kerajaan Perpaduan kini bersikap tidak adil dengan menganak ditikan ahli parlimen PN.

Jelas Anwar lagi dalam apa aspek pun kerajaan pimpinan bersedia menyelesaikan apa sahaja masalah yang berbangkit, tetapi soalnya menurutnya Anwar bila diajak berunding dan dibuka pintu perundingan tidak bersedia. Misalnya dalam soal peruntukan untuk ahli parlimen itu, tidak ada pun apa-apa perundingan dengan pihak pembangkang.

Bertolak daripada jaminan Anwar semasa bercakap dalam Dewan itulah menyebabkan pembangkang pantas menubuh wakil untuk berjumpa dengan pihak kerajaan. Ada maksud pembangkang ingin menguji apakah Anwar akan merealisasikan apa yang diucapkan itu.

Di sini apa yang menjadi sedikit persoalan kenapa jumpa dengan TPM Fadzilah? Apakah soal peruntukan itu dibawa tangan beliau?

Bukankah lebih baik kalau pertemuan untuk menagih peruntukan dibuat langsung dengan Perdana Menteri bukannya timbalan? Tidakkah kalau berjumpa sendiri dengan perdana menteri banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan dan tidak terbatas soal menangih peruntukan untuk ahli parlimen sahaja.

Sekiranya tiga ahli parlimen dipilih itu dirasakan tidak sesuai untuk berhadapan dengan Anwar disebabkan masing-masing chemistry tersendiri, tukar sahaja kepada ahli parlimen lain. Kita tahu kekok bagi Hamzah, Takiyuddin dan Radzi untuk berhadapan dengan Anwar sebab mereka tersangat vokal dengan Anwar sebelum ini. 

Misalnya Takiyuddin tidak habis-habis cuba membangkitkan isu Anwar sebagai banduan yang tidak layak jadi perdana menteri. Begitu juga dengan Radzi Jidin ketika mempertahankan Dr Mahathir dalam satu mesyuarat semasa kerajaan PH dahulu bukan main mengherdik Anwar.

Kalau itulah sebab mereka tidak selesa untuk berhadapan dengan PM sendiri maka lantik sahaja wakil laoin. Tuan Ibrahim sendiri boleh jadi wakil untuk berjumpa bagi membincang apa-apa perkara pun dengan Anwar Ibrahim. 

Peluang untuk berjumpa dengan Anwar sangat baik digunakan bagi memberi peluang kepada pembangkang mencetuskan idea yang lebih luas dan bermakna daripada setakat mahukan peruntukan. Pembangkang perlu sedar khasnya daripada Pas bahawa mereka telah terkhilaf sebelum ini kerana tidak bersama dalam kerajaan disebabkan terikut dengan naluri dan nafsu Mahiaddin Yassin.

Rasanya kesilapan itu perlu diralat oleh Pas demi kebaikan dan masa depan parti itu. Ada kewajaran juga kalau Pas membuat perkiraaan dan perhitungan baru dengan tanpa terikat dengan veto presidennya yang "kemarukt" kuasa dan percaya kepada Mahiaddin. Para pemimpin Pas dalam soal ini perlu lebih terbuka dalam soal bersiasah demi rakyat dan negara bukan demi individu tertentu. 

Dalam kata lain Pas atau baik Bersatu juga perlu bertindak lebih waras dan rasional bagi menjamin kezahiran mereka sebagai sebuah organisdasi politik lebih bererti bukan sahaja diwujudkan untuk menjadi alat kepada mana-mana peribadi. [wm.kl. 12:35 pm 08/04/2033] * Tanpa edit.

No comments: