Tuesday, April 22, 2025

Langkah JAKIM dialu-alukan

ULASAN

LANGKAH Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti kenyataan presiden Pas Abdul Hadi Awang yang memberi pandangan politik lebih penting daripada mengerjakan Haji atau umrah seperti mana diucapkan di Ayer Kuning itu dialu-alukan. 

Sudah sampai masanya Jakim tidak melepaskan setiap kenyataan politik oleh Hadi yang berbaur Islam dibiarkan begitu sahaja seperti air hujan turun ke dalam longkang, mengalir ke wadi atau sungai seteruskan ke laut. 

Tanggapan bahawa Hadi berpolitik, maka dia bebas untuk menyatakan apa sahaja atas maslahat untuk menagih sokongan tidak patut dibiarkan. Kandatipun politik Jakim tetap ada peranan dan tanggungjawabnya kepada ummah meluruskan yang belok membenarkan yang salah.

Ini kerana ada kenyataan Hadi berupa fatwa atau dianggap fatwa oleh kalangan pengikutnya dan juga orang ramai sangat merbahaya. Seperti kenyataannya di Ayer Kuning itu, jelas ia mengelirukan.
Semalam Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata pihaknya akan meneliti kenyataan Hadi itu bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan serta pihak-pihak berautoriti yang berkaitan.

"Jakim mengambil maklum berhubung kenyataan yang dilaporkan media bertajuk PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Banyak pihak memberi respon terhadap pandangan Hadi itu termasuk Menteri Agama, Mohd Na'im Mokhtar, bekas setiausaha Majlis Syura Pas, Dr Khairuddin Aman Razali, pensyarah universiti dan lain-lain.

Khairuddin mengatakan pilihan raya jihad dakwah bukan jihad perang. Manakala Naim lebih lembut agar tidak gelojoh dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta perlu rujuk kepada pihak berautoriti agama. 

Hanya ketua Dewan Ulama Pas seorang sahaja setakat ini mempertahankan kenyataan Hadi itu dengan mengatakan Hadi berkata demikian kerana mengambil ibrah daripada ulama terdahulu, yang disebut Yusuf al Qaradawi. 

Sepatutnya ulama yang membela Hadi dan memetik Al Qaradawi itu menghuraikan apakah kontreks dimaksudkan ulama kentemporari dunia itu sehingga beliau mengatakan bahawa Haji boleh ditangguhkan kerana kepentingan Islam.

Apakah pilihan raya di Ayer Kuning itu termasuk konteks disebut Qaradawi itu, ia ada kepentingan Islam dan agama. Dan kalau begitu apakah calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir itu adalah musuh Islam dipatut diperangi?

Dr Sirajuddin dan Jakim tidak perlu berlengah untuk bertindak terhadap Hadi, kerana bukan baru presiden Pas mengeluarkan pandangan berupa nasihat bersifat fatwa demikian yang boleh mengelirukan, tetapi sudah banyak.

Sebelum ini Hadi telah mengumumkan halal memerangi Barisan Nsional kerana ia telah menggunakan perlembagaan kafir. Lama sebelum ini beliau juga mengeluarkan sebuah nasihat berupa amanat. Turutan daripada amanat bersifat fatwa itu juga menyebabkan seramai 14 orang hilang nyawa dalam persitiwa Memali.

Pihak Jakim tidak perlu merasa gerun atau takut bagi menghadapi kerenah berani Hadi itu kerana melihat dia seorang ulama bertaraf dunia. Status atau pangkat seseorang tidak menghalalkan apa juga perbuatan, kata-kata lisan yang keluar dari mulutnya, kerana yang batil itu tetap batil yang haq itu tetap haq. Ketebalan semutar dan kepanjangan jangut tidak mengesahkan kewarukan seseorang agamawan.

Dengan tertangguh-tangguhnya Jakim atau mana-mana institusi berautoriti dalam agama mengambil tindakan terhadap Hadi, menyebabkan dia jadi besar kepala. Sepatutnya sudah lama Jakim memanggil Hadi untuk memberi penjelasan dan mengesahkan apa-apa yang dilapazkan berupa fatwa selama ini. Jika apa diucapkan Hadi itu kebenaran kenapa perlu takut untuk mewartakannya sebagai benar?

Tindakan segera daripada Jakim juag boleh menepis tanggapan bahawa institusi itu ditebali dengan orang-orang yang simpati dengan perjuangan Pas. Jangan ada deep state dalam Jakim. [wm.kl. 10:56 am 22/04/2025]






3 comments:

Anonymous said...

Kann betul kannnn.... Pemaju Type C jugak yg huntung lesap macam Jho Low kannn... Malaysia ni sorga Type C dan Type K sebab ramai Type M berlomba lomba nak jadi barua mereka..!!

Kes letupan gas sudah senyap sunyi... MB PDRM PBT DAP Kjaan Madani buat bodo tuli... Seolah olah tak ada sekor pun dipertanggung jawab insiden ini..

Dah aku tulis dah dan dah diperingat masa bulan puasa ari tu lagi kes ini akan lenyap spt kes Jho Low semua pemaju Type C kontraktor semuanya akan lesap kaya raya billion billion ... Yg jadi biawak hidup adalah Petronas... Dah duga sangat apa yang akan terjadi akhirnya...!!! Kannnn..!!

Semua lesap macam Jho Low . Kaya billion billion. Menteri KPKT tetiba lesap kaya billion billion jugak macam Jho Low lesap kaya raya..!!

Mana Menteri KPKT menghilang angkara letupan gas.. Pemaju lesap kontraktor korek gas meletup pun lesap hilang tah ke mana.. ... Semua ikut jejak Jho Low bebas lesap kaya raya billion billion..n

Semua lesap macam Jho Low jugak ke. Lesap bawak billion billion ringgit lagi..!? Kikikiki

Hebat sungguh Nasib Pemaju Type C punya angkara letupan itu sama hebat seperti Jho Low. Lesap kaya raya juta juta..!!

Dah terang lagi bersuluh ada beratus ratus signboard amaran warna kuning Gas Malaysia kat tapak tu tak kan kontraktor dan pemaju buta tuli pekak badak jugak..!!??

Pemaju Type C sama macam Jho Low sedang tepuk tangan tgk barua tunding jari satu sama lain. yang kena musibat kebanyakan mangsa kebakaran gas itu kaum Melayu..

Jho Low lesap kaya raya... Menteri KPKT pun lesap setelah beratus juta peruntukan untuk Kg Cina di seluruh Malaysia... Musang king pun Type C lesap jugak setelah kaut beratus juta hasil durian musang king...

Hebat semua lesap Menteri KPKT lesap , Pemaju dan Kontraktor gas meletup lesap Jho Low dah sah lesap billion billion....

Saya ulangggg

Dah lesap kaya billion billion lagi.. haaah tepokk..!!

Anonymous said...

Selagi barua barua DAP@LeeKwanYew jadi PM maka Melayu melingkup

Dari dulu aku dah tulis jangan lantik PM Dari Utara Semenanjung

Semua macam celaka barua DAP @LeeKwanYew

Paulau di gadai , akidah digadai dengan pluralisma dan liberal lgbt

Puiii...


Nak fakta ka

Anonymous said...

Komen2 diatas rasanya dari komen puak2 haprak yg masih dok dalam gua kejahilan dan kebodohan diri sendiri.