Wednesday, April 30, 2025

Pas lebih cekap ketimbang BN dan PH

RENCANA

PAS Kelantan telah buat anjakan dan pendekatan politik baru di negeri itu. Langkah yang diambil itu boleh disifatkan bijak dan tepat selepas lebih 30 tahun
memerintah Kelantan. Pendekatan dimaksudkan itu ialah berbaik baik dan amalan politik diplomasi dengan kerajaan Persekutuan. 
Tampaknya Pas lebih cekap dalam soal ini ketimbang BN dan PH.

Menteri Besar Nassruddin Daud yang mengangkat sumpah sebagai MB selepas pilihan raya ke-15 lalu menggantikan Ahmad Yakob mengambil dimensi politik baru di Kelantan, berkompromi dengan kerajaan pusat. 


Politik maki hamun dan sinisme seperti sebelum ini sudah dikendurkan. Nassaruddin banyak “berpuasa” sunat sejak jadi Menteri Besar.

 

Langkah itu dilihat suatu keberanian yang positif buat Kelantan sekaligus menyerlahkan kehemahan politik Nassaruddin. Adun Meranti itu belajar daripada kedudukannya itu menjadi lebih dewasa dan faham maknawi politik. 


Dalam tempoh terdekat banyak manfaat dikecapi oleh kerajaan Kelantan. Pas bijak gunakan sikap tasamud Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri untuk bantu Kelantan. Seperti mana diumum dan diakui sendiri oleh Nassaruddin, semua permohonan peruntukan dan projek diluluskan oleh perdana menteri.

 

Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Anwar sebagai PM kini, mengamankan Pas tidak lagi bersusah payah menangih peruntukan yang seharusnya diterima Kelantan berdasarkan semangat federalimse. Tuduhan kerajan persekutuan melakukan diskriminasi, menganak tirikan Kelantan seperti dahulu tidak lagi kedengaran. Anwar benar-benar memahamai akan hubungan dan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri.

 

Ini adalah bijaksana dan proses kematangan dialami Nassaruddin dalam berpolitik. Walaupun ada segelintir dari kalangan Pas yang tidak senang dengan langkah dan cara Nassaruddin itu, namun ia tidak diendahkan. Nassaruddin lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri daripada mengikut naluri dan amarah politik jahiliah. 

 

Mereka yang tidak bersetuju itu bukan sahaja jahil memahami pengertian politik, tetapi bertindak atas rasa nafsu dan emosi. Mereka juga cemburu dengan takdir yang berlaku dimana Nassaruddin sebagai Exco individu yang tidak pernah mengimpikan jawatan itu tiba-tiba dipilih sebagai MB. Pemilihan Nassaruddin itu tidak dapat diterima mereka. Sebab itulah katanya ada “grand design” untuk menjatuhkan Nassaruddin sebagai MB. 


Strategi Harapan.

 

Di sini saya tidak mahu mengulas lebih panjang mengenai perubahan politik Pas di Kelantan itu, tetapi apa yang hendak dipersoal dan dipertanyakan apakah pula pelan atau strategi BN dan PH (Harapan) di Kelantan. Setakat ini tidak nampak apa-apa pelan atau startegi kedua-dua gabungan itu untuk Kelantan.

 

Satu sisi semacam kedua komponen itu tidak nampak melakukan apa-apa perubahan, baik sikap maupun komitmen. Persefahaman politik di antara PH dan BN seperti terpamer di Kuala Lumpur kemudian dipraktiskan dalam beberapa siri pilihan raya kecil, tidak mengalir ke Kelantan. Dalam kata lain, baik BN maupun PH seperti tidak ada political will, untuk Kelantan, ini menjadikan mereka seakan masih seperti dahulu bergerak secara bersendirian, disatu-satu sisi masih kelihatan berseteru. Baik BN dan PH tidak pandai mengutip situasi yang terhidang untuk manfaat bersama.

 

Padahal persefahaman dan kerajasama diperingkat atasan, kepimpinan kedua pihak telah wujud dan “bergotel” molek. Tetapi keadaaan itu tidak tersuluh di peringkat negeri khasnya di Kelantan. Kenapa?

 

Apakah yang menghambat mereka? Apakah keadaan ini berlaku kerana pemimpin kedua pihak tidak ada idea untuk memulakan langkah bersama, tidak tahu macam mana hendak “mengotelkan" para pengikut BN dengan PH. Ini berlaku mungkin kerana pemimpin kedua-dua komponen itu tidak ada wibawa, keupayaan dan pengalaman untuk memantapkan perpaduan dan menjalin-eratkan kerjasama di antara keduanya.

 

BN kini dipimpin atau Jazlah Yaacob, dimana beliau adalah pengerusi Umno Kelantan. Manakala dipihak PH pula dipimpinan oleh Adzly Zahri salah seorang naib presiden Parti Amanah Negara, sementara dari Keadilan Supardi Mohd Noor selaku pengerusinya. Adly walaupun ada sedikit pengalaman sebagai Ketua Menteri Melaka dan kini timbalan Menteri Pertahanan, bukan pantas untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi Harapan Kelantan. Sebagai orang luar beliau tidak mengetahui banyak selok belok dan perangai orang Kelantan.

 

Ketika-tiga mereka ini jika diukur dari prestasi dalam konteks Kelantan tidak mencapai standard yang dikehendaki. Mungkin disebab itu juga mereka tidak ada idea bagaimana untuk “menggotelkan” BN dengan PH bagi menyemarakkan Harapan seiringan dengan kehebatan Pas kini.

 

Dalam sepanjang perhatian saya belum ada apa-apa evet yang dianjurkan oleh BN dan PH secara bersama. Dalam kata lain BN dan PH tidak pernah menguji kekuatan gabungan itu di Kelantan dengan mengadakan suatu himpunan raksasa. Di bulan Ramdahan lalu dimana selalunya digunakan oleh parti politik untuk menunjukkan kekuatan dan mempersatukan ahli serta penyokong dengan menganjur majlis iftar atau rumah terbuka raya, tidak pun diadakan. Ini menjelaskan akan kedaifan Harapan di Kelantan. 

 

Sekiranya PH dan BN diharap memberi sumbangan lebih bermakna dalam politik di Kelantan sewajarnya ketiga-tiga parti membentuk komponen itu menampilkan seorang pemimpin yang berwibawa, yang boleh mempersatukan semua. Ketiga-tiga pemimpin yang ada itu seakan tidak mampu untuk memancing di antara satu sama lain agar “bergotel” bagi memantap hubungan dan kerjasama PH dengan BN.

 

Hal ini seharusnya disedari oleh pemimpin parti berkenaan diperingkat atasan, terutamanya Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Harapan. Beliau perlu melihat keadaan di Kelantan ini dengan kanta pembesar bukan hanya menyerahkan apa yang berlaku kepada pengerusi Keadilan Kelantan, Supardi semata-mata.  


Demikian juga Zahid Hamidi boleh membuat semakan terhadap kemampuan dan wibawa Jazlan di Kelantan. Jazlah seperti tiada pamor untuk memperkasakan semula Umno Kelantan. Demikian juga Mohamad Sabu sebagai presiden Amanah, perlu menilai kembali akan kemampuan Adly untuk mengayunkan Amanah dan Harapan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

 

Melainkan Anwar telah bersepakat dengan Zahid dan Mat Sabu untuk memberi kuasa autonomi kepada Pas memerintah Kelantan, maka tidak perlulah buat apa-apa perubahan, kekallah denga apa yang ada hari ini. [wm.kl.12:25 pm 30/04/2025]

4 comments:

Anonymous said...

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2025/04/13-with-tan-sri-s-dato-seri-s-and-lge.html

Bila nak tangkap Kroni LGE bergelar tan Sri ini...!?

Anonymous said...

Sorry sbb kena bahasa kasar kalau isu Kg Baru ni eehh... Sbb bahasa lembut bermutu dah tak jalan dengan pemimpin bebal...

Heboh Kecoh pasal Kg Sg Baru di Kg Baru

Apa yg aku perasan asal ada Menteri Wilayah yg baru mula lah nak usik tanah Kg Baru....

Asal ada PM Baru ada lah Melayu pemimpin pukimak yang nak usik tanah Kg Baru...

Macam macam pukimak methode Dan cara nak pedajal tanah orang Melayu di Kg Baru. Link bawah CONTOH pemimpin Melayu bebal pukimak...!! MB Perak

https://vt.tiktok.com/ZShdn8MQx/

Kalau ikut cara cara Bossku bangunkan Kg Kerinchi jadi Kerinchi Residensi semua settel...

Itu pun ada pemimpin pukimak MP Lembah Pantai yang hasut guling guling masa Kerinchi Residensi dibangunkan

Akhirnya semua penduduk asl Kg Kerinchi puas hati atas idea Bossku... Kecuali penduduk yang termakan hasutan pemimpin MP betina pukimak Putih mata tolak kediaman Kerinchi Residensi

Skg pemimpin betina pukimak goyang tetek kat Bukit segambut penduduk yang Putih mata termakan hasutan merempat tak ada kediaman

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2017/02/residensi-kerinci-18-tingkat-tanpa-apa.html?m=1

Kalau ikut semua formula Kerinchi Residensi formula Bossku di implimentkan di Kg Baru semua settel

Bahasa kena kasar sebab bahasa lembut bermutu pemimpin bebal melayu pukimak tak jalan lagi dah....


Anonymous said...

Pilihanraya Singapura 3 Mei 2025 : Parti Malayu UMNo, PAS Dan PejWang wajib dan harus menghasut rakyat Melayu Singapura lingkupkan Parti LeeKwanYew PAP@DAP pada 3 Mei 2025 ini dari kerajaan Singapura. Link bawah Melayu Singapura bangkit lawan kerajaan Lee Kwan Yew Parti PAP@DAP

https://vt.tiktok.com/ZShR3KsAf/

Beri kan rakyat Melayu Singapura sumber dana kewangan mencukupi kempen menjatuhkan kerajaan PAP@DAP Lee Kwan Yew.

PAP@DAP adalah duri dalam daging bagi politik di Malaysia... Mereka menghasut Dan menyalurkan Kewangan dana pada kaum Cina lawan kerajaan Malaysia selama ini...!!

Luahan anak Lee Kwan Yew - Singapura negara rasuah dan diktator..!! Kenapa barua DAP@ LeeKwanYew di Malaysia terkinja kinja mahu ikut PAP Singapura..!? Luahan anak Lee Kwan Yew

https://vt.tiktok.com/ZSjAgFqMm/

Encik Lee Hsien Yang sebagai berkata bahawa isu rasuah bertambah buruk dalam sedekad sejak kematian bapanya iaitu perdana menteri pengasas Lee Kuan Yew.

Luaran mewah Singapura selindungkan pengongkongan dan rasuah, kata anak lelaki kepada pengasas Singapura' (Singapore’s affluent veneer hides repression and corruption, says son of its modern-day founder) - ia juga menukil Encik Lee Hsien Yang sebagai berkata bahawa isu rasuah bertambah buruk dalam sedekad

Encik Lee Hsien Yang juga menukil contoh dakwaan berlaku rasuah melibatkan kes pengubahan wang haram berbilion dolar dan skandal rasuah 1MDB.

https://vt.tiktok.com/ZShRTrAtW/

Encik Lee Hsien Yang menjadikan 'dendam kesumatnya' satu kempen antarabangsa untuk mencemarkan nama baik 'bapanya, keluarganya dan negaranya', kata Pemerintah Singapura

Pemerintah Singapura menyatakan demikian selepas anak lelaki kepada perdana menteri pengasas Singapura memberikan satu lagi wawancara media - iaitu yang kedua dalam tempoh seminggu - untuk mengkritiknya.

Pemerintah Singapura menyatakan Encik Lee Hsien Yang merupakan 'penerima manfaat utama sistem Singapura'.

Namun setelah dia didapati mengelirukan bapanya oleh mahkamah dan Tribunal Disiplin, Encik Lee Hsien Yang 'memutuskan untuk menjadikan dendam kesumatnya satu kempen antarabangsa untuk mencemar nama bapanya, keluarganya dan negaranya

Encik Lee Hsien Yang membuat beberapa tuduhan termasuk mengatakan Singapura telah menjadi semakin mengongkong.

Anonymous said...

Masa untuk Melayu Singapura lingkupkan kerajaan Lee Kwan Yew PAP@DAP

https://tukartiub.blogspot.com/2025/05/pru-singapura.html?m=1


Iink gua tuhhh... Di angkat blog Tukar Tiub


Peerghhh ko hadoo...!?