Friday, June 16, 2023

Pas perlu waspada dengan Annuar Musa

PANDANGAN

BEKAS ketua Umno bahagian Ketereh Annuar Musa telah sah menjadi ahli parti Pas. Pengesahan itu dibuat dalam satu majlis ceramah politik anjuran Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di Senawang Negeri Sembila baru-baru ini.   

Annuar Musa yang juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) telah dipecat daripada Umno apabila beliau mengkritik parti dan bersikap menjadi gunting dalam lipatan dalam Umno. 

Pemecatan Annuar itu adalah wajar setelah beberapa tindak tanduknya melanggar disiplin parti dan cuba mengeruhkan parti dari dalam. Beliau yang dilihat memusuhi presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi cuba menaja Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil alih jawatan presiden, tetapi gagal. 

Itulah antara kesalahan dan dosa besar Annuar yang tidak boleh dimaafkan sehingga terpaksa dilempar dari Umno. 

Untuk mengekang kerja jahat dan khianat bekas ahl parlimen Ketereh itu menyebaban Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan mengnyahkan beliau dari parti. Walaupun parti memberi peluang, tetapi Annuar tidak berhenti untuk melakukan pengkhianatan kepada parti. 

Dalam ucapannya dimajlis penobatannya menjadi ahli parti yang dianggap syurga itu oleh pendokongnya, Annuar memberi alasan kenapa beliau memilih Pas setelah tidak berparti kerana Pas dilihat parti yang istiqamah dalam perjuangan dan berprinsip. Kebersamaan beliau dengan Pas juga untuk menyatu padukan orang Melayu. Baginya hanya Pas parti yang dapat menyatu padukan Melayu. 

Perubahan politiknya itu berbeza persepsi beliau terhadap Pas sebelum ini menganggap Pas sebagai parti pemecah belah ummah. Tampaknya dia sanggup menggadaikan prinsipnya untuk survive.

Kenyataan Annuar itu mengelirukan dan ia seolah mahu meluruskan benang basah atau membetulkan bayang dari objek yang bengkok. Benarkah Pas dapat menyatu padukan Melayu? Bukankah Pas diserang Umno selama in kerana parti itu menjad fator perpecahan Melayu khususnya di Kelantan dan Terengganu. Annuar menentang dan menyerang Pas di Kelantan hampir sama tua dengan usianya. 

Tidak dinafikan tindakan beliau itu tepat kerana kesan-kesan perpecahan hasil doktrin Pas itu masih wujud di Terengganu dan segelintir di Kelantan. Masih ada pemikiran dalam kalangan orang kampung yang taksdub dengan Pas di Kelantan menganggap Pas parti boleh membawa mereka ke syurga. 

Mitos karut Pas itulah juga dahulu yang dilaung-laungkan Annuar kenapa kita perlu tumbangan kerajaan Pas. 
Annuar boleh melukis dan mengukir seribu kata-kata indah bagi menjustifikasikan pernyataannya dalam Pas. Tetapi mereka berakal akan memikirkannya. Kalau benar Pas parti istiqamah dan dapat menyatukan Melayu kenapa selepas tunggu Pas berusia 71 tahun dan beliau berkecimpung dalam politik selama 40 tahun baru dapat melihat kehebatan dan kebenaran dibawa Pas? 

Mereka yang rasional dan tidak berada dalam "kelontong" nyiur dapat menilai itu sema. Bahawa perubahan Annuar itu demi untuk survive politiknya selepas sudah tidak ada dalam Umno bukan ikhlas untuk melaksanakan misi yang diperkatakan itu.

Bahan Terbuang.

Dan kenapa perubahan dan kesedaran itu berlaku selepas beliau dilempar oleh Umno. Apakah kalau beliau masih bersama Umno, pujian atau pun tanggapan beliau terhadap Pas itu berbebeza. Beliau terus kekal menganggap Pas parti pemecahan belah ummah. 

Nampak sangat Annuar memuji dan melambung Pas kerana ingin mencari ruang penghidupan baru. Itu hakikat yang dapat dilihat disebalik penghijrahan Annuar dari Umno kepada Pas. Sebenarnya bukan dari Umno sebab beliau sudah dilempar, dan tidak wajar kata beliau dari rahang Umno lagi. Pas pula bersedia untuk menerima bahan terbuang dari Umno setelah tidak yakin dengan pemimpin yang ada yang sudah dicemuhi rakyat.

Mereka yang kenal Annuar dan arif dengan sepak teranjang orang politik sangat mengerti kata-kata Annuar itu. Tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin atau monyet. 

Kenapa setelah dipecat dari Umno baru nampak kebaikan Pas. Kalau benar apa yang dituturkan itu lahir dari hati nurani, seharusnya beliau menyertai Pas lama sebelum ini tidak menuggu selepas dipecat dari parti. Waktu paling afdal ialah semasa Allahyarham Tokguruku Nik Aziz masih hidup. Pulanya kalau Tokguru masih ada ketika ini mustahil beliau akan menerima Annuar sebab pernah satu hari Allahyarham pernah menolak cadangan Annuar yang disampaikan menerusi saya. 

Justeru jelas penyertaan Annuar ke dalam Pas selepas beliau tidak diperlukan oleh Umno. Selepas usaha untuk menjatuhkan Zahid gagal dilakukan. Annuar sepanjang dalam Umno pernah bertanding merebut ketua pemuda dan naib presiden Umno, tetapi kalah. Semasa bertanding ketua pemuda Umno beliau berhadapan dengan Zahid Hamidi. 

Sejarah itu menculakan beliau berdendam dengan Zahd sejak lama dahulu. Ia terbawa sampailah Zahid menjadi presiden mengambl alih dari Najib Razak. Bukan sahaja dipihak Annuar dipihak Zahid juga tidak meyenangi Annuar.

Untuk menyertai Pas itu adalah hak Annuar. Tetapi Pas harusnya menilai baik buruk dan untung ruginya dengan penyertaan itu. Pas perlu fikir apakah untung dan ruginya Annuar berada dalam parti tu. Dalam konteks Kelantan Pas tidak pun memerluan Annuar bagi menguatan pengaruhnya. Maka jangan dengan penyertaan Annuar itu mendatangkan masalah kepada Pas.

Annuar tidak saja-saja menyertai Pas. Ia tentu ada agenda tersendiri. Bukan semua pemimpin Pas senang dan seronok dengan kemasukan Annuar itu. Di sinilah dirasakan ada agenda tertentu yang dimainkan oleh individu tertentu yang beriya membawa Annuar menyertai Pas demi kepentingannya. Kalau pun bukan atas tujuan untuk jadi Menteri Besar, tetapi maksudnya tersendiri tetap ada. Perkara ini harus difahami. Kemasukan Annuar dalam Pas bukan seperti ksedaran mualaf memeluk Islam.

Annuar kata dia tidak berhasrat untuk jadi calon sebab masih ramai orang Pas yang lama dan layak. Itu adalah kata-kata politik. Dari segi falsafahnya adalah bohong orang politik menyertai politik kalau bukan untuk jadi calon dan seterusnya memegang jawatan dalam parti. Jika benar Annuar berhasrat untuk menyatu padukan Melayu beliau tidak pun perlu menyertai Pas. Beliau boleh kekal dengan Umno atau bersendiri tanpa parti. 

Beliau boleh menyokong mana-mana organisasi atau politik yang berhasrat untuk menyatukan Melayu. Tanggungjawab untuk bantu Melayu bukan wajib melalui Pas semata-mata. Apabila Annuar meletakkan tanggungjawab itu kepada Pas dan beliau menyertainya maka adalah udang disebalik batu dengan tindakannya itu. Adalah sesuatu yang dikejarnya. Annuar kata dia hendak korbankan harta bendanya. Kononnya hendakj jadi Umat al Khatab yang menderma untuk Islam. Antara Umar dan Annuar jauh beza umapama bukit Marak dengan Gunung Tahan.

Di sini sekali lagi saya ingin berpesan kepada orang-orang Pas agar berhati-hati dengan aksi politik Annuar Musa. Jangan tertipu dengan pengemis. Dalam pada itu Pas kena ingin sejarah dan peristiwa yang dilakar olehnya selama ini dimana ada setengah kontradik dengan nilai dan moral parti Pas. Apakah itu tidak membawa dameg kepada Pas? [wm.kl. 12"14 pm 16/06/2023]

No comments: