Tuesday, August 29, 2023

Juwairiya: Kalah dalam menang.

ULASAN

Juwairiya ketika hair di
hard perarakan calon.
DALAM pilihan raya di enam buah negeri lalu banyak hal yang mengejutkan berlaku. Terjadi di luar kotak fikiran banyak pemerhati politik. Antaranya ialah kekalahan calon-calon yang dijangka menang mudah dan kemenangan lawannya yang tidak terduga. 

Kalau berdasarkan pola pengundian sebelum ini mengambil kira keputusan pilihan raya ke-14 sesetengah penyandang dikira akan menang dengan mudah. 

Penggabungan atau kerjasama politik membentuk suasana baru memberi advantege kepada satu pihak menyebabkan pihak lain pula akan menangis tanpa lagu. 

Seperti bergabungnya PH dengan Umno (BN) dalam congakan di atas kertas ia menguntungkan PH dan BN. Jika pertandingan tiga penjuru seperti pilihan raya ke-14 menyebabkan berlaku pecahan undi namun tidak lagi dałam pilihan raya kali ini.

Calon-calon parti yang bergabung sudah pasti akan menjuarai pertandingan baik di kawasan separuh bandar mahupun di kawasan luar bandar. Berdasarkan perolehan undi oleh PH dan BN ketika mereka bertanding tiga penjuru dengan PN, ia akan memberi kelabaan kepada gabungan itu. Nisbahnya 2: 1.

Namun anggapan itu meleset, penggabungan atau kerjasama politik itu tidak memberi keuntugan kepada PH dan BN semasa pilihan raya 12 Ogos lepas sebaliknya memberi kelabaan berganda kepada PN yakni kerjasama di antara Bersatu dengan Pas.

Hakikat tidak seperti diramalkan, inilah keunikan dan keanehan demokrasi. Alih-alih calon yang diperkirakan akan tewas menjadi pemenang. Saya tidak mahu membawa anda meninjau jauh ke seluruh kawasan, tetapi saya menumpukan ke kawasan N18 Dewan Undangan Hulu Kelang yang bersebelahan kediaman saya dan jauh sedikit kawasan N17 DUN Gombak Setia.

Kalah bukan penamat perjangan.
Kerjasama diantara PH dengan BN diperkirakan memberi kemenangan mudah kepada calon BN dan PH diked-dua kerusi itu berdasarkan jumlah undi diperolehi kedua-dua parti dalam pilihan tahun 2014. 

Di Hulu Kelang berlaku perlawanan satu lawan satu di antara Azmin Ali dengan Juwariya Zulkifli,
pertembungan itu boleh dianggap di antara bos dengan kuli (anak buah). Juwairiya merupakan Naib Ketua Wanita Keadilan bertembung dengan Azmin bekas timbalan presiden Kadilan yang kini melarikan diri dan mencari ruang dalam Bersatu. 

Juwairiya bekas Adun Bukit Melawati sepenggal, manakala Azmin bekas Adun Bukit Antarabangasa dan ahli parlimen Gombak dua penggal. Dalam pilihan raya umum lalu Azmin kalah di kerusi parlimen Gombak ditangan Amiruddin Shari yang juga MB dan bekas anak buahnya. Kerusi itu dipegang Azmin dua penggal. 

Beza pengalaman dan satus diantara keduanya agak jauh dan luas jurangnya. Logiknya Juwairiya bukan lawan setanding dengan Azmin. Bukan sahaja kerana genda, tetapi juga bila diukur dari segi pengalaman politik. Juwairiya boleh dianggap adik kalau pun tidak anak kepada Azmin.

Justeru pertandingan itu dramatik sekali semacam sengaja mahu membunuh kerjaya Juwairiya di Hulu Kelang. Juwairiya tidak pernah terfikir yang dia akan dibawa ke Hulu Kelang apa lagi untuk berhadapan dengan Azmin Ali yang bermukim di Bukit Antarabangsa. Sebagai sang setia parti, Juwairiya tidak membantah perpindahan beliau dari Bukit Melawati ke Hulu Kelang di saat ahir. Beliau akur penuh rela sebagai pimpinan bawahan.  

Perubahan disaat akhir itu adalah strategi PH untuk jamin kerusi Hulu Kelang kekal ditangan PH. Mungkin dalam hisab parti Juwairiya paling sesuai untuk berhadapan dengan Azmin. Mulanya calon yang disebut akan mempertahankan kerusi DUN 18 itu adalah Anfal Saari, yakni anak bekas Adun Hulu Kelang dua penggal Saari Sungip. Barang kali PH mengira Ketua Awan Amanah itu tidak mampu untuk berhadapan dengan Azmin maka Juwairiya dipertaruhkan. 

Memanglah perkiraan di atas kertas Juwairiya boleh menang di kerusi berkenaan dengan senang apabila mengambil kira jumlah undi yang berpihak kepada PH menerusi Saari Sungip sebelum ini. Dalam pilihan raya ke-14 Saari mengutip 25,746 menang dengan majoriti 14,808 mengalahkan calon BN Ismail Ahmad yang memperolehi 10,938 undi dan Kamaluhisyam Mohd Suhut daripada yang mendapat 7,573.

Dengan mencampurkan undi PH dan BN, Juwairya akan mengutip paling sedikit 30,000 undi manakala calon PN (Pas dan Bersatu) paling bank 10,000 undi. Atau pun kalau separuh undi BN lari ke PN, Azmin baru memperolehi kira-kira sekitar 15,000 undi.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, Juwariya kalah dalam pilihan 12 Ogos dengan 2,373 undi apabila Azmin meráih 25,579 sementara Juwairiya 23,987. Ini bermakan Juwairiya gagal mendapat undi dari BN dan juga gagal untuk mendapat undi penuh diperolehi Saari tahun 2014. 

Apa yang boleh disimpulkan disini kerjasama PH dengen BN tidak berkesan dan berlaku seperti diharapkan. Dengan mengandaikan kira-kira 70 peratus undi BN yang keluar tidak sampai 20 peratus yang mengundi Juwairiya. Kenapa?

Tentu ada sebab-sebab tertentu yang membawa kepada kenapa berlaku kecelakaan demikian, jelasnya penyokong BN tidak menyokong Juwairiya. Kalau semua penyokong BN yang keluar mengundi than 2014 menyokong Juwairiya sudah pasti beliau akan rain undi hingga 30,000. Apakah kekurangan itu disebabkan jumlah keluar  mengundi rendah? Kalau benar begitu kenapa? 

Apa dialami Juwairya itu sama dengan nasib dialami calon-calon PH dan BN di negeri-negeri lain. Masing-masing kalah mengejut apabila mereka gagal mendapat undi asal Umno. Bahawa ada berlaku pelarian undi BN kepada BN. Dalam pada itu juga mungkin berlaku sabotaj sesama sendiri. Biasa. 

Perkara ini sudah dibuat bedah siasatan. Antaran yang dikenali ialah kerjasama BN-PH tidak sampai ke peringkat akar umbi. Tempo masa penggabungan di antara BN dan PH tidak sempat dijelaskan kepada penyokong bawahan ditambah pula tengan serangan pihak PN sungguh hebat. Aparat BN dań PH gagal memberi penjelasan kępada pengundi bawahan menyebabkan ada yang keliru dan terpana-pana dengan perkembangan baru politik.

Selain itu apa dihadapi Juwairiya tidak ada kerjasama mantap dari kalangan PH sendiri khabarnya parti Amanah tidak pembantu Juwairiya. Sepanjang kempen 11 hari bekas Adun Saari Sungip tidak turun pembantu Juwairiya mungkin sibuk kepada membantu kempen anaknya di Tempelar atau alasan keuzuran. Anehnya semasa pengumuman calon anaknya beliau nampak mengagahkan diri berada atas well chair. Kealpaan Saari ini sedikit sebanyak membawa kesan buruk buat keresi Hulu Kelang.

Projek yang gagal atau tergendala bertahun dierahnya tidak dijelaskan dengan baik dan menyakinkan. Kelemahan dan sisa sisa kegagalan Saari ini terpaksa dipikul oleh Juwairiya.

Tanpa ada kerjasama Saari ini sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada Juwairiya. Boleh jadi ada dalam kalangan Amanah tidak sedia menerima Juwairiya bertanding di Hulu Kelang kerana mereka mengira kerusi itu adalah hak Amanah. Perkara ini seperti sengaja tidak dijelaskan bagi kefahaman penyokong dan ahli Amanah.

Bagaimana pun kekalahan tipis Juwairya itu adalah takdir dan nasib yang ada hikmahnya tersendiri. Yang nyatanya Azmin Ali tidak gembira dengen kemenangan itu. Dengan meraih majoriti 2,373 ia adalah terlalu rendah buat Azmin sebagai seorang tokor utama dalam PN dan digelar sebagai si Kotol oleh Anwar. 

Sepatunya paling busuk Azmin perlu raih lebih 10,000 undi majoriti baru setara dengan kedudukan dań ketokohannya. Kalau lawan dengan anak buahnya pun beliau gagal mendapat majoriti tinggi mungkin kalau beliau diadukan dengan mana-mana pemimpin lelaki lain dari Keadilan Azmin boleh tertumus.   

Justeru apa dialami Juwairya itu bolehlah disifatkan kalah dalam kemenangan. Kalah kerana tidak mendapat undi melebihi Azmin terapi menang kerana menyamai peratus undi diperolehi Azmin. 

Hikmahnya dari perpindahan Juwairiya ke Hulu Kelang itu membolehkan selepas ini beliau membina kekuatan politik dan menjadikan Hulu Kelang sebagai pengkalannya. Azmin jangan seronok sangat  dengan kemenangan tipis itu, empat tahun lagi Juwairya kembali mencabar kedudukannya dengan lebih yakin, padu dan bersemangat lagi. [wm.kl. 12:26 pm. 29/08/2023]


No comments: