ULASAN MALAM
KESEDIAAN kerajaan Madani untuk melakukan reform terhadap Parlimen dengan mengembalikan kuasa autonomi Parlimen sepatutnya diambil kesempatan sebaik mungkin oleh pembangkang.
Pembentangan Rang Undang Undang PSA itu adalah untuk kebaikan bersama bukan retorik pembangkang jauh sekali sebagai modal politik seperti mana didakwa. Pengembalian kuasa Parlimen dan meletakkan Parlimen terpisah daripada tiga cabang kuasa; legislatif, eksekutif dan kehakiman itu adalah iltizam peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan agenda reform kerajaanya.
Malangnya kesempatan yang terbuka itu tidak diambil sebaiknya oleh pembangkang bagi menaikkan imej pembangkang sebagai pasukan semak dan imbang yang professional. Semasa Rang Undang-Undang Pindaaan Perlembagaan (Pindaan) 2025 dibentang bagi membolehkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, pembangkang bersikap berkecuali dengan tidak mengundinya. Semua 57 wakil pembangkang berada dalam dewan tidak mengundi menyokong.
Tidak mengundi bemakna, mereka tidak setuju dengan rang undang-undang berkenaan dan menolakan pembaharuan.
Sikap pembangkang yang dilihat klase itu tidak menguntungkan dan menambah baikan demokrasi negara, bahkan memberi imej buruk kepadanya. Rakyat diluar sana melihat pembangkang gagal berperanan mengikut fungsinya, sebaliknya masih berpolitik secara emosional dan jahiliah.
Pindaan perlembagaan itu mendapat sokongan lebih 2/3 apabila seramai 148 wakil mengundi menyokong rang undang-undang berkenaan. Dan hari ini Rang Undang Undang Perkhidmatan Parlimen yang dibentangkan menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang) Azalina Othman Said telah diluluskan di parlimen. Seramai 35 orang ahli parlimen membahas.Pembangkang sepatut memberi sokongan ke atas pindaan itu kerana ia bersifat "universal" bukan bersifat political mialeage pihak kerajaan. Betapa dengan wujudnya akta Perkhidmatan Perlimen 2025 itu, pihak pembangkang juga mendapat manfat serta faedahnya.
Sekiranya pembangkang memberi sokongan apa-apa kebaikan dan faedah terbit dari akta itu juga menguntungkan pembangkang. Paling mustahak jika menyokong pembangkang tidak akan dilihat sebagai menginding apa-apa kebaikan yang dibawa oleh akta berkenaan nanti.
Kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 itu juga merupakan sejarah baru dalam politik dan demokrasi Malaysia. Pengembalian autonomi Parlimen itu sebagai suatu kejayaan kerajaan memertabatkan demokrasi negara ini. Akta itu sudah wujud sebelum ini (1963) kemudian dibatalkan tahun (1993). Namun malangnya sejarah baru yang tercatat itu tidak dikongsi besama oleh pembangkang kerana ketepuan daya politik mereka yang terjerut dengan saraf politik jahiliah.
Kita percaya bukan semua 57 wakil pembangkang tidak bersetuju dengan RUU Pindaan Perlembagaan Selasa lalu, tetapi kerana keputusan dibuat secra konsensus oleh seperti mana kehendak Ketua Pembangkang dan ketua whip parti-parti pembangkang, maka terlepaslah peluang terbaik untuk pembangkang mencatat sejarah bagi dikenang sebagai kumpulan (pembangkang) yang rasional dalam berpolitik.
Pembangkang selalu melepaskan peluang keemasan yang banyak terhidang era kerajaan Madani ini. [w.kl. 8:34 pm 05/03/2025].
No comments:
Post a Comment