Showing posts with label Helikopter Hilang. Show all posts
Showing posts with label Helikopter Hilang. Show all posts

Friday, May 6, 2016

Serpihan helikopter AS350 yang hilang ditemui

TERKINI

Najib Razak mengumunkan penemuan serpihan helikopter.
Pengumuman yang dibuat oleh Najib Razak menerusi satu sidang akhbar khas di Kuching yang disiarkan oleh media eletronik sekejap tadi berhubung kehilangan helikopter AS350 di Sarawak meluhkan jiwa raga.

Menurut PM, pasukan pengesan dan pencari (SAR) sudah menemui beberapa serpihan yang dipercayai dari helikopter yang dilaporkan hilang itu.

Buat masa ini pasukan pencari dan penyelamat sedang mencari badan helikopter berkenaan. Belum dapat dipastikan mengenai nasib kesemua penumpang helikopter berkenaan dan juruterbangnya.

Keadaan juga belum dapat dipastikan apakah helikopter malang itu jatuh dan lesap dalam sungai atau pun tidak. Bagaimana pun Najib mengesahkan antara penumpang helikopter berkenaan ialah Timbalan Menteri Perusahaaan Perladangan dan Komoditi, Noriah Kasnon, dan suaminya.

Turut berada sama Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar. KSU kementerian berkenaan Dr Sundran Ann Amalao serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Helikopter itu dipandu oleh Kapten Rudolf Rex Raga warga Filipina.

Sama-sama kita menunggu hasil pencarian seterusnya. Marilah berdoa agar semua penumpang helkopter itu selamat. [wm.kl. 10:49 am 06/0516]

Ya Allah selamatkan kesemua penumpang helikopter malang

CATATAN PAGI

Pilihan raya Sarawak yang akan berakhir menjelang jam 6 petang esok, seolah-olah menjadi anti klimeks dengan kehilangan sebuah helikopter yang membawa lima orang penumpaang termasuk beberapa orang vvip, wakil rakyat.

Fokus orang ramai kepada kehangatan pilhan raya yang sudah hampir penghujung itu, tergaanggu.

Ia juga menyebabkan mood parti-parti politik untuk meneruskan kempen ke titik terakhir menjadi tumpul kerana simpati dan terkejut dengan berita kehilangan helikopter itu. Sehingga malam tadi, nasib helikopter Eurocopter AS350 bersama lima penumpang itu masih belum diketahui.