Friday, May 6, 2016

Serpihan helikopter AS350 yang hilang ditemui

TERKINI

Najib Razak mengumunkan penemuan serpihan helikopter.
Pengumuman yang dibuat oleh Najib Razak menerusi satu sidang akhbar khas di Kuching yang disiarkan oleh media eletronik sekejap tadi berhubung kehilangan helikopter AS350 di Sarawak meluhkan jiwa raga.

Menurut PM, pasukan pengesan dan pencari (SAR) sudah menemui beberapa serpihan yang dipercayai dari helikopter yang dilaporkan hilang itu.

Buat masa ini pasukan pencari dan penyelamat sedang mencari badan helikopter berkenaan. Belum dapat dipastikan mengenai nasib kesemua penumpang helikopter berkenaan dan juruterbangnya.

Keadaan juga belum dapat dipastikan apakah helikopter malang itu jatuh dan lesap dalam sungai atau pun tidak. Bagaimana pun Najib mengesahkan antara penumpang helikopter berkenaan ialah Timbalan Menteri Perusahaaan Perladangan dan Komoditi, Noriah Kasnon, dan suaminya.

Turut berada sama Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar. KSU kementerian berkenaan Dr Sundran Ann Amalao serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Helikopter itu dipandu oleh Kapten Rudolf Rex Raga warga Filipina.

Sama-sama kita menunggu hasil pencarian seterusnya. Marilah berdoa agar semua penumpang helkopter itu selamat. [wm.kl. 10:49 am 06/0516]

No comments: