Monday, May 2, 2016

Pujian dengan sikap Pas Kedah

STOP PRESS

Pendirian Pas Kedah tidak mengenakan apa-apa tindakan disiplin ke atas du orang wakil rakyatnya dialu-alukan dan satu pendirian yang tepat dan menggambar sikap terbuka Pas berkenaan.

Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuzz Omar dan Adun Kubang Rotan Nazir Mustafa diberi surat tunjuk sebab atau penjelasan kerana penglibatan mereka dalam program Selamatkan Malaysia yang membabitkan Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Pas Kedah Musoddak Ahmad menjelaskan tidak ada tindakan disiplin ke atas mereka berdua. Mahfuz dan Nasir juga memberi kerjasama yang baik dalam menjelaskan surat yang ditujukan kepada mereka.

Sikap terbuka Pas Kedah itu seharusnya menjadi ikutan Pas negeri-negeri lain yang juga berhadapan dengan kerenah ahli yang memerlukan teguran dan penjelasan berkaitan sesuatu perkata dilakukan ahli. Sikap terbuka begitu juga boleh mengelakkan Pas berpecah sesama sendiri dan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang demokratik.

Sekiranya Pas Kedah khasnya dan Pas negeri lain kekal dengan semangat ukhwah berkenaan, pasti parti itu utuh dan terus mendapat dokongan dan kepercayaan orang ramai. [wm.kl.5:57 pm 02/05/16] 

No comments: