STOP PRESS
Pendirian Pas Kedah tidak mengenakan apa-apa tindakan disiplin ke atas du orang wakil rakyatnya dialu-alukan dan satu pendirian yang tepat dan menggambar sikap terbuka Pas berkenaan.
Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuzz Omar dan Adun Kubang Rotan Nazir Mustafa diberi surat tunjuk sebab atau penjelasan kerana penglibatan mereka dalam program Selamatkan Malaysia yang membabitkan Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Pas Kedah Musoddak Ahmad menjelaskan tidak ada tindakan disiplin ke atas mereka berdua. Mahfuz dan Nasir juga memberi kerjasama yang baik dalam menjelaskan surat yang ditujukan kepada mereka.
Sikap terbuka Pas Kedah itu seharusnya menjadi ikutan Pas negeri-negeri lain yang juga berhadapan dengan kerenah ahli yang memerlukan teguran dan penjelasan berkaitan sesuatu perkata dilakukan ahli. Sikap terbuka begitu juga boleh mengelakkan Pas berpecah sesama sendiri dan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang demokratik.
Sekiranya Pas Kedah khasnya dan Pas negeri lain kekal dengan semangat ukhwah berkenaan, pasti parti itu utuh dan terus mendapat dokongan dan kepercayaan orang ramai. [wm.kl.5:57 pm 02/05/16]
Showing posts with label Pas Kedah. Show all posts

Monday, May 2, 2016
Sunday, January 25, 2015
Pas Kedah meletak kerja untuk kembali berkuasa
JIWA AHAD
Inisiatif Pas Kuala Kedah mengadakan Kenduri Rakyat kelmarin dengan "memadah" presiden Pas Abdul Hadi Awang sebagai tetamu istimewa adalah satu langkah baik ke arah menguraikan kekusutan kecil yang berlaku dalam Pas Kedah dewasa ini dan juga antara presiden Pas itu dengan Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Majlis itu juga menampakkan ada kesimpulan baru yang diambil oleh Pas Kedah dan ianya perlu disokong oleh semua orang.
Tidak syak lagi majlis seumpama itu boleh mengeratkan hubungan sesama ahli dan penyokong Pas Kedah dan juga sesama pemimpin. Ianya juga tentu dapat membangkitkan semangat dan mengeratkan ukhwah ahli dan penyokong Pas Kedah untuk mempedulikan Kedah, selepas mereka "terkanyak" dengan kekalahan dalam pilihan raya umum lalu sehingga hilang kerajaan negeri.
Inisiatif Pas Kuala Kedah mengadakan Kenduri Rakyat kelmarin dengan "memadah" presiden Pas Abdul Hadi Awang sebagai tetamu istimewa adalah satu langkah baik ke arah menguraikan kekusutan kecil yang berlaku dalam Pas Kedah dewasa ini dan juga antara presiden Pas itu dengan Phahrolrazi Mohd Zawawi.
![]() |
| Abdul Hadi, Phahrolrazi makan semeja. |
Tidak syak lagi majlis seumpama itu boleh mengeratkan hubungan sesama ahli dan penyokong Pas Kedah dan juga sesama pemimpin. Ianya juga tentu dapat membangkitkan semangat dan mengeratkan ukhwah ahli dan penyokong Pas Kedah untuk mempedulikan Kedah, selepas mereka "terkanyak" dengan kekalahan dalam pilihan raya umum lalu sehingga hilang kerajaan negeri.
Labels:
Pas Kedah
Tuesday, February 28, 2012
Susupan Petang
Azizan, Lapan Exco Angkat Sumpah
Tahniah kepada Azizan Razak dan lapan orang anggota Exconya atas selamatnya upacara angkat sumpah untuk menyambung perkhidmatan sebagai MB dan pengerusi jawatankuasa kerja kerajaan negeri (Exco) masing-masing. Dengan selamatnya majlis hari ini maka berakhirlah spekulasi yang kurang enak didengar mengenai Pas Kedah sejak beberapa hari lalu.
Bagaimana pun dua orang Exco, Ir Pahkhorazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh tidak ikut sama mengangkat sumpah. Tanpa kehadiran mereka bukan bermakna spekulasi buruk yang sengaja dilontarkan oleh Umno untuk menjejaskan Pas itu benar.
Pahkhorazi dan Ismail ada alasan tersendiri kenapa mereka tidak ikut sama angkat sumpah hari ini. Mereka pasti akan menjelaskan kepada rakyat Kedah kenapa mereka tidak hadir pagi ini untuk angkat sumpah seperti rakannya yang lain bagi mengelakkan kekeliruan dan salah anggap rakyat serta menutup lubang musuh dari terus menganyang Pas Kedah.
Cuma sedikit pesanan dan pandangan dari jauh dari saya terhadap MB Kedah Azizan Razak. Beliau harus memulakan tugas untuk tahun ke empat ini dengan nawaitu yang baik dan azam yang lebih tinggi. Beliau perlu perbetulkan beberapa persepsi mengenai dirinya yang selalu dipertuturkan umum. Amalan kerja secara berpasukan dan membuat keputusan secara kolektif perlulah dipraktikan.
Insiden kecil yang berlaku sebelum ini sehinggakan sempat diulas umum hendaklah dihenti dan dijadikan iktibar. Seeloknya juga Azizan perlu membuang sikap cengeng dan perangai suka merendahkan orang lain secara terbuka. Sebagai MB beliau bukan saja perlu tegas, keras tetapi juga harus bijaksana dan pandai mengambil hati para Exco dan pimpinan Pas yang lain.
Molek juga kalau Azizan mengadakan kenduri kesyukuran menjamu rakyat Kedah dan pergunakan majlis itu untuk mengeratkan ukhwah Islamiyah sesama sendiri. Ini penting kerana pilihan raya umum yang akan tiba perlu dihadapi secara berjemaah.
Tidak terlupa tahniah dan syabas juga perlu diucapkan kepada Pas Pusat yang memainkan peranan penting memantau dan memerhati penuh tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Kedah. Dalam soal ini individu yang perlu merasa puas dengan penyelesaian kemelut Kedah itu ialah Naib Presiden Pas Salehhudin Ayub. Beliaulah khabarnya menjadi perantara penting mendekat, merapat dan menenangkan keadaan di Kedah.
Penyelesaian kemelut ini secara tidak langsung memberi kredit kepada Salehhuddin yang berjaya membuktikan bahawa beliau sudah mampu menjadi orang tua dalam Pas. Sepanjang kemelut di Kedah Presiden Abdul Hadi Awang tidak ada di dalam negeri juteru tugasnya diambil oleh para pembantunya.
Semoga Kedah dibawah Pakatan Rakyat terus aman dan makmur. [wm.kl.4:08 pm 28/02/12]
Tahniah kepada Azizan Razak dan lapan orang anggota Exconya atas selamatnya upacara angkat sumpah untuk menyambung perkhidmatan sebagai MB dan pengerusi jawatankuasa kerja kerajaan negeri (Exco) masing-masing. Dengan selamatnya majlis hari ini maka berakhirlah spekulasi yang kurang enak didengar mengenai Pas Kedah sejak beberapa hari lalu.
Bagaimana pun dua orang Exco, Ir Pahkhorazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh tidak ikut sama mengangkat sumpah. Tanpa kehadiran mereka bukan bermakna spekulasi buruk yang sengaja dilontarkan oleh Umno untuk menjejaskan Pas itu benar.Pahkhorazi dan Ismail ada alasan tersendiri kenapa mereka tidak ikut sama angkat sumpah hari ini. Mereka pasti akan menjelaskan kepada rakyat Kedah kenapa mereka tidak hadir pagi ini untuk angkat sumpah seperti rakannya yang lain bagi mengelakkan kekeliruan dan salah anggap rakyat serta menutup lubang musuh dari terus menganyang Pas Kedah.
Cuma sedikit pesanan dan pandangan dari jauh dari saya terhadap MB Kedah Azizan Razak. Beliau harus memulakan tugas untuk tahun ke empat ini dengan nawaitu yang baik dan azam yang lebih tinggi. Beliau perlu perbetulkan beberapa persepsi mengenai dirinya yang selalu dipertuturkan umum. Amalan kerja secara berpasukan dan membuat keputusan secara kolektif perlulah dipraktikan.
Insiden kecil yang berlaku sebelum ini sehinggakan sempat diulas umum hendaklah dihenti dan dijadikan iktibar. Seeloknya juga Azizan perlu membuang sikap cengeng dan perangai suka merendahkan orang lain secara terbuka. Sebagai MB beliau bukan saja perlu tegas, keras tetapi juga harus bijaksana dan pandai mengambil hati para Exco dan pimpinan Pas yang lain.
Molek juga kalau Azizan mengadakan kenduri kesyukuran menjamu rakyat Kedah dan pergunakan majlis itu untuk mengeratkan ukhwah Islamiyah sesama sendiri. Ini penting kerana pilihan raya umum yang akan tiba perlu dihadapi secara berjemaah.Tidak terlupa tahniah dan syabas juga perlu diucapkan kepada Pas Pusat yang memainkan peranan penting memantau dan memerhati penuh tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Kedah. Dalam soal ini individu yang perlu merasa puas dengan penyelesaian kemelut Kedah itu ialah Naib Presiden Pas Salehhudin Ayub. Beliaulah khabarnya menjadi perantara penting mendekat, merapat dan menenangkan keadaan di Kedah.
Penyelesaian kemelut ini secara tidak langsung memberi kredit kepada Salehhuddin yang berjaya membuktikan bahawa beliau sudah mampu menjadi orang tua dalam Pas. Sepanjang kemelut di Kedah Presiden Abdul Hadi Awang tidak ada di dalam negeri juteru tugasnya diambil oleh para pembantunya.
Semoga Kedah dibawah Pakatan Rakyat terus aman dan makmur. [wm.kl.4:08 pm 28/02/12]
Labels:
Pas Kedah
Ulasan Tengah Malam
Umno Kedah Akan Terngangga Esok
Angan-angan Umno untuk melihat Pas Kedah berpecah dengan harapan kerajaaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Pas akan hancur berkecai tidak akan kesampaian. Esok 28 Februari seperti mana dirancangkan akan berlangsung majlis angkat sumpah Exco Kedah. Lapan orang Exco akan mengangkat sumpah semula untuk meneruskan khidmat mereka. Azizan Razak pula akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
Dua orang lagi Exco dikatakan tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana pun dua Exco berkenaan yang dikatakan tidak akan menyertai kabinet Azizan Razak juga dikatakan akan turut berbuat demikian - angkat sumpah tetapi bukan esok.
Dua orang Exco yang disebut tidak akan hadir untuk mengangkat sumpah memeganag jawatan ialah Pahkhorarzi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Difahamkan mereka telah memaklumkan mengenai ketidakhadiran mereka esok kepada Sultan Kedah.
Tempoh perkhidmatan mereka sebagai Anggota Exco Kedah akan berakhir pada 3 Mac.
Perkembangan mengenai kemelut Pas Kedah yang cuba dicetus dan dibesarkan oleh pihak tertentu sehari dua ini akan tamat sebaik saja majlis angkat sumpah berlangsung esok. Umno menafikan mereka ada campur tangan atau cuba memecah belahkan Pas tetapi tidak dapat menyembunyikan niat jahat mereka apabila akhbar miliknya terus membuat spekulasi dan terjahan-terjahan jahat.
Blog MT difahamkan Umno berusaha ke saat akhir untuk menghuruharakan Pas Kedah. Agen mereka cuba memwujudkan ketegangan di kalangan Pas Kedah dan juga cuba membentuk puak-puak di dalam Pas Kedah. Bagaimana pun kematangan ahli dan penyokong Pas Kedah menyebabkan usaha itu gagal.
Beberapa helai sepanduk yang menyokong pihak tertentu juga disediakan untuk digantung di Alor Star dan beberapa tempat strategi tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana kurang mendapat sambutan. Beberapa ahli Pas yang dikatakan cuba disogok agar memasang sepanduk menyatakan sokongan kepada satu pihak dan menentang pihak lain juga tidak mudah teperngaruh.
Ahli dan penyokong Pas bawahan di Kedah tidak mempedulikan sangat siapa MB atau Exco kerana bagi mereka yang utamanya Pas terus memerintah Kedah bersama Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak. "Kami tidak kisah siapa MB dan Exco yang penting Pas perlu menang lawan UBN," demikian ujar seorang penyokong yang mengirim SMS kepada saya.
Dalam pada itu kegagalan Umno cuba menangguk di air keruh dan memimbulkan situasi huruhara dalam Pas antara lain disebabkan keadaan Umno negeri itu sendiri yang kini sudah berpecah kepada empat kumpulan. Perpecahan di kalangan mereka yang agak parah menyebabkan Umno tidak begitu mempunyai idea untuk menghancurkan Pas sebelum tiba pilihan raya. [wm.kl.12:14 t/malam 28/02/12]
Angan-angan Umno untuk melihat Pas Kedah berpecah dengan harapan kerajaaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Pas akan hancur berkecai tidak akan kesampaian. Esok 28 Februari seperti mana dirancangkan akan berlangsung majlis angkat sumpah Exco Kedah. Lapan orang Exco akan mengangkat sumpah semula untuk meneruskan khidmat mereka. Azizan Razak pula akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
Dua orang lagi Exco dikatakan tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana pun dua Exco berkenaan yang dikatakan tidak akan menyertai kabinet Azizan Razak juga dikatakan akan turut berbuat demikian - angkat sumpah tetapi bukan esok.Dua orang Exco yang disebut tidak akan hadir untuk mengangkat sumpah memeganag jawatan ialah Pahkhorarzi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Difahamkan mereka telah memaklumkan mengenai ketidakhadiran mereka esok kepada Sultan Kedah.
Tempoh perkhidmatan mereka sebagai Anggota Exco Kedah akan berakhir pada 3 Mac.
Perkembangan mengenai kemelut Pas Kedah yang cuba dicetus dan dibesarkan oleh pihak tertentu sehari dua ini akan tamat sebaik saja majlis angkat sumpah berlangsung esok. Umno menafikan mereka ada campur tangan atau cuba memecah belahkan Pas tetapi tidak dapat menyembunyikan niat jahat mereka apabila akhbar miliknya terus membuat spekulasi dan terjahan-terjahan jahat.
Blog MT difahamkan Umno berusaha ke saat akhir untuk menghuruharakan Pas Kedah. Agen mereka cuba memwujudkan ketegangan di kalangan Pas Kedah dan juga cuba membentuk puak-puak di dalam Pas Kedah. Bagaimana pun kematangan ahli dan penyokong Pas Kedah menyebabkan usaha itu gagal.
Beberapa helai sepanduk yang menyokong pihak tertentu juga disediakan untuk digantung di Alor Star dan beberapa tempat strategi tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana kurang mendapat sambutan. Beberapa ahli Pas yang dikatakan cuba disogok agar memasang sepanduk menyatakan sokongan kepada satu pihak dan menentang pihak lain juga tidak mudah teperngaruh.
Ahli dan penyokong Pas bawahan di Kedah tidak mempedulikan sangat siapa MB atau Exco kerana bagi mereka yang utamanya Pas terus memerintah Kedah bersama Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak. "Kami tidak kisah siapa MB dan Exco yang penting Pas perlu menang lawan UBN," demikian ujar seorang penyokong yang mengirim SMS kepada saya.
Dalam pada itu kegagalan Umno cuba menangguk di air keruh dan memimbulkan situasi huruhara dalam Pas antara lain disebabkan keadaan Umno negeri itu sendiri yang kini sudah berpecah kepada empat kumpulan. Perpecahan di kalangan mereka yang agak parah menyebabkan Umno tidak begitu mempunyai idea untuk menghancurkan Pas sebelum tiba pilihan raya. [wm.kl.12:14 t/malam 28/02/12]
Labels:
Pas Kedah
Friday, February 24, 2012
Ulasan Malam
Nik Aziz Ke Utara Tinjau Pergolakan Pas Kedah?
Pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri diambang pilihan raya umum hendak diadakan sesuatu yang tidak elok. Sudah tentu pertelingkahan itu akan memberi kesan kepada kestabilan parti, dan pergeseran itu akan dijadikan isu oleh pihak parti lawan.
Perkembangan politik Pas Kedah seperti mana diperkatakan hari ini sesungguhnya menyedihkan. Kalau ia benar berlaku, pertelingkahan itu membahayakan Pas. Mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu atau mencetuskan masalah bolehlah dianggap mereka yang tidak peka dan lebih mementingkan kepada diri sendiri. Wajarlah mereka sejukkan kepala.
Sejauh mana apa yang dikatakan itu - Pas Kedah bergolak, tidak dapat dipastikan secara cerat. Tetapi jika dilihat kepada 'bantuan' yang digunakan pakai oleh orang-orang di Kedah sehingga terpaksa memanggil Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan suasananya menggawat. Ia tidak cukup untuk ditangani oleh orang Pas Kedah saja lagi.
Hari ini Nik Aziz dikatakan terbang ke utara untuk meninjau pergolakan Pas Kedah. Mungkin pemergian itu bukan semata-mata untuk menyelesaikan apa yang dikatakan bergolak itu, tetapi sudah tentu di samping ada tujuan lain ia akan melihat atau pun diberi tahu mengenai apa yang sedang berlaku.
Katanya lewat petang ini Nik Aziz berjumpa dengan Dewan Ulamak Pas Kedah untuk mendapat gambaran apa yang berlaku. Pertemuan diadakan di Mantalon. Mungkin Nik Aziz mendapat gambaran dan latar belakangnya. Selepas itu katanya, Nik Aziz diminta pula berjumpa dengan dua daripada empat orang Exco Kedah yang dilaporkan bermasalah dengan Azizan Razak.
Hendaknya kedatangan Nik Aziz dan berlangsungnya perjumpaan itu akan dapat memberi ilham untuk menyelesaikan masalah di Kedah. Mungkin bantuan Nik Aziz itu diperlukan bukan saja atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas tetapi sebagai tokoh spritual yang dimalui dan dihormati oleh parti. Semoga ada keberkatan Nik Aziz di Kedah.
Tidak dapat dipastikan apa selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulamak dan dua Exco itu, MB Kelantan itu berjumpa pula dengan Azizan Razak? Tetapi kalau mengikut prosudernya begitulah. Nik Aziz juga memerlukan gambaran jelas dari Azizan Razak kenapa sampai desas desus ada Exco tidak mahu disambung kontraknya pada 28 Februari ini.
Berita yang tersebar sebelum ini kononnya empat orang Exco tidak akan menyambung perlantikan semula mereka yang tamat pada 28 Februari ini. Exco itu ialah Phahrolrazi Zawawi, Dr Ismail Salleh, Mohamad Taulan Mat Rasul dan seorang lagi belum jelas. Sekiranya benar desas desus ini ia memberi pukulan hebat kepada Azizan Razak.
Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabinet Azizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain. Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu.
Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion (Pembetulan: sebenarnya RM5 juta menurut email salah seorang CEO yang dipecat)
Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.
Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan dan Azizan hanya ikut kepalanya seorang saja.
Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas. Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.
Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan 'cerlak' yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kira keperluan lain. Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang. Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan. Lakulah kalau sudah tidak serasi, yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.
Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya nanti. Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas. Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka. Percayalah mereka tidak akan support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.
Mudah-mudahan dengan pemergian Nik Aziz siang tadi, ombak yang membawa pergolakan di Kedah berhenti dengan segera. [wm.kl.11:23 pm 24/02/12]
Pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri diambang pilihan raya umum hendak diadakan sesuatu yang tidak elok. Sudah tentu pertelingkahan itu akan memberi kesan kepada kestabilan parti, dan pergeseran itu akan dijadikan isu oleh pihak parti lawan.
Perkembangan politik Pas Kedah seperti mana diperkatakan hari ini sesungguhnya menyedihkan. Kalau ia benar berlaku, pertelingkahan itu membahayakan Pas. Mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu atau mencetuskan masalah bolehlah dianggap mereka yang tidak peka dan lebih mementingkan kepada diri sendiri. Wajarlah mereka sejukkan kepala.Sejauh mana apa yang dikatakan itu - Pas Kedah bergolak, tidak dapat dipastikan secara cerat. Tetapi jika dilihat kepada 'bantuan' yang digunakan pakai oleh orang-orang di Kedah sehingga terpaksa memanggil Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan suasananya menggawat. Ia tidak cukup untuk ditangani oleh orang Pas Kedah saja lagi.
Hari ini Nik Aziz dikatakan terbang ke utara untuk meninjau pergolakan Pas Kedah. Mungkin pemergian itu bukan semata-mata untuk menyelesaikan apa yang dikatakan bergolak itu, tetapi sudah tentu di samping ada tujuan lain ia akan melihat atau pun diberi tahu mengenai apa yang sedang berlaku.
Katanya lewat petang ini Nik Aziz berjumpa dengan Dewan Ulamak Pas Kedah untuk mendapat gambaran apa yang berlaku. Pertemuan diadakan di Mantalon. Mungkin Nik Aziz mendapat gambaran dan latar belakangnya. Selepas itu katanya, Nik Aziz diminta pula berjumpa dengan dua daripada empat orang Exco Kedah yang dilaporkan bermasalah dengan Azizan Razak.
Hendaknya kedatangan Nik Aziz dan berlangsungnya perjumpaan itu akan dapat memberi ilham untuk menyelesaikan masalah di Kedah. Mungkin bantuan Nik Aziz itu diperlukan bukan saja atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas tetapi sebagai tokoh spritual yang dimalui dan dihormati oleh parti. Semoga ada keberkatan Nik Aziz di Kedah.
Tidak dapat dipastikan apa selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulamak dan dua Exco itu, MB Kelantan itu berjumpa pula dengan Azizan Razak? Tetapi kalau mengikut prosudernya begitulah. Nik Aziz juga memerlukan gambaran jelas dari Azizan Razak kenapa sampai desas desus ada Exco tidak mahu disambung kontraknya pada 28 Februari ini.
Berita yang tersebar sebelum ini kononnya empat orang Exco tidak akan menyambung perlantikan semula mereka yang tamat pada 28 Februari ini. Exco itu ialah Phahrolrazi Zawawi, Dr Ismail Salleh, Mohamad Taulan Mat Rasul dan seorang lagi belum jelas. Sekiranya benar desas desus ini ia memberi pukulan hebat kepada Azizan Razak.
Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabinet Azizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain. Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu.
Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion (Pembetulan: sebenarnya RM5 juta menurut email salah seorang CEO yang dipecat)
Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.
Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan dan Azizan hanya ikut kepalanya seorang saja.Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas. Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.
Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan 'cerlak' yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kira keperluan lain. Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang. Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan. Lakulah kalau sudah tidak serasi, yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.
Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya nanti. Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas. Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka. Percayalah mereka tidak akan support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.
Mudah-mudahan dengan pemergian Nik Aziz siang tadi, ombak yang membawa pergolakan di Kedah berhenti dengan segera. [wm.kl.11:23 pm 24/02/12]
Labels:
Pas Kedah
Subscribe to:
Posts (Atom)