Showing posts with label Kahwin Kontrek. Show all posts
Showing posts with label Kahwin Kontrek. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

"Musim Arab Mengawan di Bogor"

OLE-OLE PERJALANAN                                                            

Mungkin anda merasa anih dengan istilah di atas itu yang saya jadikan tajuk catatan ini? Sebenarnya saya juga baru mendengar istilah ini; musim Arab mengawan di Bogor. Sudah kerap saya ke kawasan berkenaan tetapi baru inilah pertama kali saya mendengarnya. Kerana ia satu istilah baru menyebabkan saya jadi minat untuk mengetahuinya lebih lanjut sebegitu mendengarnya.

Salah satu lokasi menjadi tempat lepak anak Arab.
Istilah asal ialah "Musim Arab" tetapi saya yang tambah perkataan 'Arab mengawan' jadilah ia Musim Arab Mengawan di Bogor. Agak bambastik.

Ia bermula apabila saya melalui kawasan atau daerah setelah menurun dari Puncak untuk menuju ke Jakarta melalui Bogos. Semasa bersesak di lereng bukit semasa hendak turun kerana jam saya ternampak beberapa orang bocah, kanak-kanak yang sedang menjaja sejenis kueh kepada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.