SATU lagi kawasan perintis penanaman padi organik
muncul di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kali ini di
Padang Raja, Melor, Kota Bharu. Kawasan Padang Raja ini bakal menjadi kawasan penanaman dan pengeluaran padi alami kedua di Kelantan selepas Kampung Lubuk Jambu, Mulong, Kota Bharu.
Projek padi organik di Padang Raja itu merupakan usaha kerjasama antara dua entiti, iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (PPKB) dengan Koperasi Desa Gemalai Berhad, yang merupakan perintis utama penanaman padi organik di Desa Gemalai, Padang Jambu.
Projek atau jelapang padi organik di Desa Gemalai telah menjadi ikon pengeluaran padi organik di Kelantan yang semakin dikenali, diiktiraf dan menjadi rujukan.
![]() |
| Bendang padi organik Padang Raja, Melor Kota Bharu. |
Projek padi organik di Padang Raja itu merupakan usaha kerjasama antara dua entiti, iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (PPKB) dengan Koperasi Desa Gemalai Berhad, yang merupakan perintis utama penanaman padi organik di Desa Gemalai, Padang Jambu.
Projek atau jelapang padi organik di Desa Gemalai telah menjadi ikon pengeluaran padi organik di Kelantan yang semakin dikenali, diiktiraf dan menjadi rujukan.
Projek yang dicetuskan hasil ilham Datuk Husam Musa itu pada peringkat awal diusahakan oleh Yayasan Ahmad Albab di atas tanah seluas tujuh ekar sebagai percubaan.
