Malam nanti PAS akan mengumumkan calon-calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya. Walaupun malam ini PAS mengumumkan calon-calonnya tetapi beberapa calon untuk kerusi parlimen dan DUN sudah pun diketahui awal. Sesetengah kawasan acara 'bergomol' sudah berlaku kerana tidak puas hati.
![]() |
| Zulkefli: Orang yang tukang tulis nama calon. |
Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.
