Friday, July 2, 2010

Kempen Membaca Buku

Kamal Amir Membongkar Rahsia Tengku Razaleigh

SELEPAS Asar tadi jumpa sdr Kamal Amir Kamil Hijar untuk menerima buku barunya, "Tengku Razaleigh Hamzah : Rahsia Yang Terpendam." Saya akan membuat sorotan secara ringkas mengenai buku ini. Membeleknya seimbas lalu banyak perkara yang terpendam dan dipendam mengenai rona-rona politik orang Melayu khasnya politik Tengku Razaleigh Hamzah terungkap dalam buku ini.

Buku ini akan segera berada di pasaran.

Ia bakal mengoncangkan beberapa pihak yang disentuh secara langsung, terutamanya Dr Mahathir Mohamad. Ada cerita dan kisah yang pernah disebut tetapi tidak disahkan secara mulut oleh Tengku Razaleigh, tetapi di sebut dalam buku ini.

InsyaAllah kalau ada kelapangan akan saya sorot dalam masa terdekat. Untuk ini terima kasih kepada sdr Kamal Amir kerana mengautografkan buku ini buat saya. Bangga kerana antara orang pertama dapat memegang dan memiliki buku ini. Pastinya penerbitan buku ini akan merangsangkan naluri saya untuk menerbitkan buku.

Tahniah atas kelahiran buku ini! [wm.kl. 6:40 pm 02/07/10]

Thursday, July 1, 2010

Susupan Tengah Malam

Ada Menteri Ubah Minit dan Tambah Nilai Tander?

PAGI tadi saya cadang nak 'zoo negara', bukan zoo tetapi Parlimen. Malamnya sudah janji dengan sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, bekas ahli jawatnkuasa Biro Antarabangsa Pemuda Umno dan pernah membantu Encik Ibrahim Ali dalam pilihan raya umum lalu di parlimen Pasir Mas. Kamal sanggup turun dari Kuala Lumpur semata-mata untuk berkempen menjamin kemenangan calon berkenaan.

Bagaimana pun janji untuk jumpa Kamal Amir hari ini terbatal apabila ada hal lebih 'auliayat' iaini berjumpa dengan seorang kawan lama. Bukan itu saja kerana ada hajat beradat, maka saya terpaksa ke rumahnya bersama isteri. Kamal pula beriya hendak jumpa, mungkin nak bagi naskah percuma buku barunya - profile perjuangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Saya juga tidak sabar untuk membacanya. Apakah pemikiran dan isu yang menjadi fokus penulis kental dan tebal dengan jiwa Melayu ini menerusi buku itu.

Jumpa kawan lama tadi hajatnya sekejap saja. Selepas menyampai segala hajat mahu minta diri dan akan cuba berlari ke Parlimen. Mudah-mudahan Kamal Amir sabar menunggu. Lagipun menjelang jam 11:00 pagi dalam telefon masuk satau SMS memberi tahu yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan hendak mengadakan sidang akhbar di parlimen jam 3:00 petang.

Disebut dalam SMS itu Ahmad Maslan akan mengumumkan mengenai hasrat Felda nak saman
lidah rasmi parti PKR, Suara Keadilan ekoran akhbar berkenaan menuduh Felda bankrup. Berita mengenai pengumuman Ahmad itu telah pun keluar di beberapa portal dan blog, di mana menurut Ahmad, Felda saman Suara Keadilan dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta. Wau banyak tu...

Mungkin bagi peneroka di Hulu Terengganu ataupun Hulu Pahang, atau Serting Negeri Sembilan merasa gembira mendengar kenyataan Ahmad Maslan itu. Betapa tidak dalam kepala mereka Felda secara atas angin akan menambahkan asetnya sebanyak RM200 juta. Sedikit sebanyak mungkin mereka mengira, wang itu nanti akan menimbus rizab tunai Felda yang dikatakan susut itu?

Biasalah bila lama tak jumpa panjanglah sembang dengan kawan lama tadi. Sebenarnya perkara utama yang hendak dibincangkan tidak sampai pun 10 minit. Tetapi kerana perbualan lain-lain topik dan sub topik memakan masa lebih tiga jam.

Kawan ini seorang ahli perniagaan yang aktif hingga ke peringkat antarabangsa. Dia juga sebagai seorang pemerhati politik. Dia berkawan dengan semua orang, khasnya tokoh-tokoh Umno termasuk beberapa menteri. Jadi banyaklah kepincangan dan penyelewengan yang diketahuinya yang sesetengahnya tidak sampai hati nak disebutkan.

Dari hal mengenai kedudukan kewangan negara yang semakin susut dan menipis sampailah kepada perkara-perkara yang jelek untuk diceritakan. Menurut kawan ini disebabkan berleluasanya rasuah, penyalahgunakan kuasa, menyebabkan negara boleh bankrup. Nasib malang negara ini bukan kerana gimik atau sengaja nak menakut-nakutkan rakyat membolehkan kerajaan mengurangkan subsidi, tetapi menurutnya memang ia satu yang akan menjadi realiti. Malahan dari nada cakapnya dia optimis negara ini akan bankrup.

Beliau lantas memberi contoh dengan apa yang berlaku dalam Felda yang menjadi isu hangat hari ini. Beliau yang juga bekas pegawai Felda tahu benar mengenai salah urus dan tadbir dalam Felda menyebabkan berlaku penyusutan rezeb tunai Felda. "Apa yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan itu benar, duit Felda sudah habis," ujarnya.

Kawan itu memberi satu dua contoh bagaimana dua projek Felda yang tidak menguntungkan tetapi dijalankan juga kerana untuk membantu kroni. Satu katanya pembinaan hotel di Bangi di mana bagi kepentingan Felda pembinaan ini langsung tidak ada apa-apa keuntungan. Untuk apa Felda membina hotel, soal beliau marah.

Tetapi katanya kerana atas permintaan Pengerusi Felda, Yusuf Noor kerana inginkan bangunan tertinggi di Bangi berdekatan kediamannya maka pembinaan itu diluluskan. "Untuk apa hotel berkenaan. Pada saya lebih baik ia dibina sekolah Tahfiz Agama untuk anak-anak peneroka," katanya.

Satu lagi projek yang menghabiskan wang institusi itu ialah pembelian ladang lembu di Australia bernilai RM600 juta. Peneroka mungkin seronok bila dibertahu Felda menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Mengenai projek ladang lembu ini katanya apa membingungkan Felda telah mengeluarkan wang sebanyak RM600 juta, tetapi saham pemilikkan ladan itu bagi Felda hanya 19 persen sahaja. Ini perniagaan bodoh katanya. Ke mana perginya 81 persen lagi walahualam. Katanya dia memilik dokumen berhubung permbelian ladang berkenaan.

Tamat cerita Felda yang katanya masih banyak yang belum dibongkar, timbul pula cerita bagaiaman seorang menteri yang dipercayai amanah, mempunyai integriti tetapi ikut sama terpalut dalam penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa.

Apa yang diceritakan ini dialami sendiri kawan ini. Beliau telah menghantar satu proposal kepada menteri berkenaan untuk memajukan aset milik agensi dibawah pengawasannya. Menteri sebelum ini sudah pun mencadangkan supaya aset berkenaan dibangunkan dan proposal beliau itu diterima. Secara prinsipnya projek itu sudahpun dipersetujui. Kerana berlaku pertukaran jawatan maka ia perlu dirujukkan kepada menteri berkenaan.

Malangnya bila ia dirujuk projek itu dibatalkan. Minit keluluasan asal telah diserahkan kepada menteri itu. Alasannya kerana mesyuarat pembangunan kementerian itu sebelum ini tidak meluluskan projek berkenaan. Ini berdasarkan kepada minit katanya.

Para pegawai dalam satu mesyuarat dengan menteri berkenaan membangkitkan isu projek berkenaan. Mereka menunjukkan yang minit asal diluluskan. Menteri berkenaan katanya terkial-kial untuk menjawabnya dan mencari helah mudah dengan mengatakan setiausaha salah mencatat minit. Namun apabila setiausaha dipanggil barulah terdedah cerita sebenarnya, menteri berkenaan mengarahkan setiausaha mengubah minit berkenaan. Paling menyedihkan lagi katanya menteri itu sudah menerima prosal dari kroninya.

Itu satu kejadian. Ada satu lagi kejadian melibatkan nilai tander satu projek di Kuala Lumpur. Satu kontraktor telah membuat tawaran dengan nilai RM72 juta. Tawaran itu telah diterima. Tetapi apabila sampai ke peringkat menandatangani kontrak berkenaan angka berkenaan didapati berubah menjadi RM92 juta. Kontraktor berkenaan terkejut melihatnya kerana harganya di make-up sebanyak RM20 juta.

Kerana menyedari kekeliruan itu, kontraktor berkenaan bertanyakan kepada menteri berkenaan. Apa jawabnya, menteri berkenana suruh saja tanda tangani, dan memberi tahun RM20 juta adalah atas urusan.

Menyedari bahawa apa yang berlaku itu satu penyelewengan kontraktor berkenaan akhirnya menarik diri kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah.

Segala apa yang dicerita kawan itu menggambarkan akan kebobrokan orang berkuasa di negara ini termasuk menteri. Dan paling mengejutkan ia bukan saja berlaku di kalangan menteri yang dikenali tidak berlatar belakangkan pendidikan agama yang mampan tetapi di kalangan mereka yang dianggap sebagai ustaz dan diberi tanggungjawab menjaga harta anak-anak yatim juga. Jadi kata kawan ini di Malaysia ini tidak ada siapa lagi yang boleh diharap dan dipercayai khasnya dalam bidang perdagangan. [wm.kl.12:00 t/malam 02/07/10]

Catatan Awal Julai

Zahid Jangan Tutup Tahi Dengan Telapak Tangan

KATA Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam Scorpene kerana pembeliannya mengikut prosuder biasa. Ia juga tidak perlu katanya sebab pembelian itu dilulus oleh Kementerian Kewangan. Apakah setiap yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu tidak terkecuali dari berlaku penyelewengan?

Apakah Zahid tahu nilai apa yang beliau ungkapkan itu? Kalau beliau tahu nilainya dia tidak akan tergamak membuat saranan itu. Hanya orang yang cetek pemikiran saja ataupun kerana bimbang kepada sesutau yang membuat cadangan itu.

Sebagai menteri yang berada di bawah kepimpinan yang telus, berintegriti, Zahid tidak perlu takut kepada SPRM untuk menjalani apa-apa siasatan ke atas apa-apa juga isu yang timbul. Kenapa Zahid perlu begitu takut dan bimbang kalau SPRM menyiasat pembelian itu. Sekiranya pembelian itu benar mengikut prosuder dan tidak ada elemen rasuah di sebaliknya, Zahid bukan 'halang', sebaliknya mengalu-alukan kalau ada pihak menyuruh SPRM menjalankan siasatan.

Siasatan itu akan membersihkan pembelian berkenaan yang dianggap sebagai skandal rasuah oleh pihak pembangkang. Tanggapan buruk ke atas pembelian itu yang mencecah ratusan juta komisyen tidak akan lenyap dengan gesaan Zahid itu. Sebaliknya dengan 'halangan' Zahid itu menyebabkan semakin tebal rasa was-was orang ramai di sebalik pembelian berkenaan.

Saya tidak tahu kenapa Zahid yang dikenali sebagai menteri yan mengerti hukum hakam dan dikenali seorang kuat beragama tiba-tiba boleh bersikap demikian. Apakah beliau menjadi galang ganti untuk menutup lubang-lubang luas dalam Kementerian Pertahanan yang wujud sebelum ini. Bahwa Zahid tidak mampu untuk berdepan dengan harus kemungkaran dalam parti dan kerajaan yang dianggotai?

Secara peribadi saya suka kalau Zahid kekal di Jabatan Perdana Menteri menjaga urusan keagamaan. Sejak beliau menjadi menteri agama ada beberapa perubahan positif yang dilakukan untuk pembangunan ummah. Beberapa cadangan yang dibuat juga menarik dan dilihat satu cadangan progresif dan dinamik. Jawatan itu juga dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa Zahid dan latar belakangnya yang mendapat pendidikan agama diperingkat sekolah lagi.

Jadi apabila Zauid alih-alih dipindah ke Kementerian Pertahanan di mana bosnya pernah berkhidmat di situ menyebabkan orang terfikir tentu ada muslihat dan strategi bila Zahid bercakap berkadas dengan nalusi rakyat. Makanya bila melihat beberapa kenyataan Zahid berhubung isu di kementerian berkenaan ia seperti dibuat untuk menutup lubang-lubang dalam dan curam yang wujud di kementerian berkenaan.

Tidak menjadi kesalahan kalau kita melindungi keaiban seseorang. Begitu juga kalau bantu melindungi bos sendiri. Tetapi Zahid harus kena sedar dan insaf di sebalik tanggungjawab itu ia perlu lihat apakah ianya bertepatan dengan prinsip Islam atau sebaliknya. Misalnya haram kalau kita melakukan rasuah, melindungi musuh ataupun membela penjenayah?

Saya berharap dan mendoakan tindakan Zahid dalam sesetengah kenyataan dan sikapnya di kementerian itu tidak sampai ke peringkat itu. Adalah malang sekali kalau tindakan Zaid itu umpama orang yang cuba menutup tahi dengan telapak tangan. Jangan pula tahi tidak terlindung dan tetap berbau tangan kita pula ikut berbau busuk. Kalau hendak jadi Pak Sanggup pun biar berpadah-padah sesuai dengan bidalan berbunyi; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Berhubung cadangan agar pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam , biarlah kalau SPRM hendak menjalankan siasatan. Ia baik untuk Zaid dan Perdana Menteri dan juga kawan baik Perdana Menteri, Razak Baginda. Bila SPRM menjelaskan bahawa pembelian itu telus ia akan menutup segala cakap-cakap songsang mengenainya. Sebaliknya kalau SPRM dihalang untuk membuka kertas siasatan maka persepsi buruk dan busuk terhadap pembelian itu akan terus berlanjutan. Natijahnya orang akan beranggapan memang ada skandal rasuah di sebalik pembelian kapal berkenaan. [wm.kl. 2:30 pm 01/07/10]

Wednesday, June 30, 2010

Catatan Lewat Masuk

Kelantan Perlu Wujudkan Anugerah Sastera Sendiri

HARI Jumaat pertengahan bulan Mei lalu saya singgah di Dataran Ilmu, di Jalan Dato' Pati Kota Bharu di mana di situ juga terletaknya marcu tanda Pas di Kelantan iaini bangunan Pas.

Di situlah juga tempat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih 30 tahun mencurahkan segala ilmu agama, ilmu tasauf, ilmu kerohanian (sedikit-sedikit) dan juga falsafah politiknya. Tempat itu selain dari tempat orang menimba ilmu tempat rasmi bagi Nik Aziz menjawab segala isu yang timbul terutamanya berbangkit mengenai dirinya.

Agak lama saya tidak ke tempat itu. Hampir tiga tahun! Beberapa kenalan kedai kopi (restoran) Sudut Cahaya - kedai kopi yang PM singgah tempoh hari, begitu melihat saya, datang bertanya khabar dan menarik tangan untuk minum di situ. Mereka ini adalah perisik politik Kelantan. Apa saja yang berlaku di sekitar bangunan Pas atau SUK mereka akan mengetahuinya. Mereka juga menjadi askar Pas tidak berjawatan yang berada di barisan hadapan.

Merekalah yang menjadi tetuang parti yang melaung atau menghebahkan apa-apa kepada rakyat di tempat masing-masing. Mereka juga mampu berdebat dan berbahas bagi mematahkan hujah-hujah sampah dikemukakan oleh pihak Umno. Mereka juga gigih dan istiqamah. Setengahnya berkhidmat di situ lebih 40 tahun. Ramai juga yang sudah meninggal dunia. Tau-tau si anu sudah pergi si ani juga sudah tiada. Saya hormat kenalan ini kerana mereka lebih ikhlas dari sesetengah 'penghimpit' politik yang berkerja sambil mencari makan.

Selain untuk berjumpa informa politik di situ, saya ke situ juga untuk 'berbojen' - gunting rambut. Saya berbojen sekali saja dalam setahun. Saya juga macam Mahathir atau Abdullah Badawi, ada tukang gunting khusus. Jadi salah seorang daripada lima tukang gunting di bawah bangunan Pas itu adalah tukang gunting saya. Saya tidak akan pangkas rambut kalau beliau tiada atau sibuk dengan pelanggan lain.

Tukang gunting itu juga menjadi tukang gunting Tok Guru Nik Aziz. Satu hari saya masuk nak berbojen. Saya tenguk ada orang tercokoh atas kerusi tukang gunting berkenaaan. Saya masuk dan ndap --- (intai), rupanya Tok Guru Nik Aziz.

"Ei... bojen nampak?" begitulah tegur saya pada Tok Guru. Bergurau. Dia tersenyum. Dan dalam kelubung baju gunting, dia menjawab, "bojen nak wat raya," (Bojen untuk raya).

Saya tunggu sampai dia sudah. Nak tengok apakah dia berbojen free ataupun tidak. Saya tengok dia duit RM10 dalam kepal. Si tukang gunting itu tolak tidak mahu terima. "Ambil...." tonyah Tok Guru, si tukang gunting itu kelihat kekok untuk menerimanya. Mungkin baginya dengan mengunting rambut Tok Guru itulah khidmat yang beliau boleh berikan kepada orang yang disanjung dan amat berjasa kepada negeri Kelantan. Akhirnya tukang gunting itu ambil.

"Banyak ni Tok Guru.." kata tukang gunting itu bila tengok duit RM10.00. "Tak pa bayar hak dia sekali...," kata Tok Guru kepada tukang gunting itu. Bertuah hari tu Tok guru belanja saya berbojen. Jen..jen jennnnnn.

Apa yang hendak diceritakan di sini petang ni, bukan soal bojen dan tok guru bayar, itu kisah empat lima tahun lepas. Tetapi apa nak ungkit pertemuan dengan Setiausaha Politik baru Tok Guru, Wan Nik Wan Ngah dan ingin mengetahui apakah cadangan yang dikemukakan kepadanya semasa jumpa itu sudah diambil tindakan atau tidak. Atau pun cadangan itu hanyut dan kering begitu saja.

Pagi itu adalah pertemuan pertama saya dengan Wan Nik sejak beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik menggantikan si gondrong. Kami memang tidak pernah berhubung apa lagi minum sekali. Jadi pagi itu Wan Nik belaja saya minum. Entah apa mimpinya tiba-tiba Wan Nik bermurah hati dan belaja saya bersama dua tiga rakan lain.

Ada sama ketika itu Ramli Abdul Halim, bloger Melikapak Jangak yang kini dibenci oleh sesetengah ahli Pas Kelantan, dan juga Ketua Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Husadaini Mamat. Menyedari itu saya rasa pertemuan itu molek benar kalau saya melontarkan satu cadangan alias permintaan kepada Wan Nik agar disampaikan kepada kerajaan Kelantan teristimewanya Tok Guru Nik Aziz.

Apa yang saya cadangkan ialah supaya kerajaan Kelantan mengadakan anugerah sastera bertaraf negeri kepada penulis Kelantan. Topik ini saya pernah tulis dalam Siasah beberapa minggu sebelum itu. Cadangan saya itu mendapat respon dari penulis Kelantan termasuk Meli Kapakjangak.

Cerpenis dan novelis, Fatimah Busu, dari Pulau Pinang juga turut menginggut atas nasib yang diterima oleh para penulis Kelantan. Katanya dalam suratnya bertarikh 20 April 2010 kepada saya, catatnya; kita para penulis dari Kelantan ini tidak ada harga saru sen pun." Beliau merujuk kepada cadangan saya meminta kerajaan Kelantan adakan anugerah sastera kepada penulis asal Kelantan. Anugerah itu sebagai tanda kerajaan Kelantan mengiktiraf sasterawan dan penulis dari Kelantan yang mendominasikan dunia sastera dan budaya negara ini.

Wan Nik nampaknya bersetuju dengan cadangan itu. Saya kata kepadanya beliau boleh kemukakan kepada Tok Guru. Dan semoleknya anugerah itu dibuat sempena genapnya 20 tahun Tok Guru menjadi MB Kelantan. Kebetulan Husdaini ada bersama, saya cadangkan supaya Husadaini berbincang dengan rakan penulis lain dan menyiapkan proposal mengenai cadangan berkenaan.

Wan Nik banyak diam saja. Tetapi saya mengira beliau bersetuju dan sedia membantu. Saya percaya kalau Wan Nik buka mulut kepada Tok Guru dan memberi taaruf sedikit kepadanya, beliau akan setuju. Peruntukan untuk anugerah itu tidak perlu banyak. RM10,000 cukup. Kalau kerajaan negeri tidak ada peruntukan khas kerajaan negeri boleh arahkan mana-man agensi atau syarikat GLCnya bagi mengendalikannya. Ataupun mana-mana Exco boleh ambil tugas ini yang penting ia akan menjadi keprihatinan kerajaan Kelantan kepada golongan itu.

Apa yang penting anugerahkan itu menandakan kerajaan ikhtiraf golongan sasterawan, aktivis budayawan dan penulis. Kalau Kelantan sedia melaksanakan anugerahkan ini Kelantan akan menjadi negeri ketiga mewujudkan anugerah sastera peringkat negeri seperti mana Johor dan terbaru Melaka. Ia juga tentu akan merangsangkan negeri-negeri lain terutama negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Saya rasa semua golongan penulis, budayawan dan sasterawan di Kelantan akan merasa berbesar hati kalau anugerah ini dapat diwujudkan. Ia juga akan disebut sepanjang zaman yang Tok Guru adalah seorang yang perihatin dan tahu menilai budaya golongan penulis dan budayawan dari negerinya sendiri. [wm.kl.6:00 pm 25/06/10]

Susupan Pagi

Apa Nak Malunya, Mat Said?

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said merasa malu terhadap runtuhan stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang masih belum dibersihkan. Pemandangan itu mungkin memedihkan mata beliau sebagai Menteri Besar. Bumbung stadium itu runtuh sejak lebih setahun lalu disebabkan berlaku rasuah dalam pembinaannya tetapi tidak dibersihkan hingga ke hari ini.

Katanya dia telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membersih dan membaikinya. JKR sudah pun memalumkan tander telah dibuka dan sudah pun ada 40 orang kontraktor. Lantaran itu Mat Said mahu ianya dibersih dan dibaiki secepat mungkin.

Apa yang diperkatakan oleh Mat Said itu, itulah hasrat sebagai seorang Menteri Besar. Apa juga yang berlaku di dalam negerinya dia kena bertanggungjawab. Sudah tentulah kalau pemandangan stadium itu menyerabutkan mata, ia juga turut menyarbutkan otak dan kepala Mat Said. Kalau kepala serabut bagaimana beliau hendak bekerja dengan tenang dan baik.

Bagaimana pun sebelum Mat Said mengeluh beliau hendaklah menyedari hakikat yang berlaku hari ini. Mat Said kena sedar bahawa keadaan negara kita hari ini yang dalam ketiadaan wang. Bukan saja mengenai stadium berkenaan yang masih belum diperbaiki, tetapi perkara lain juga menghadapi masalah sama.

Apakah Mat Said tahu bahawa banyak kontraktor yang telah menyiapkan kerja tetapi tidak dibayar. Tempohnya bukan sehari dua tetapi sudah lebih tiga tahun. Bayangkan kalau projek bernilai RM30 juta pun kerajaan lambat membayarnya macam mana dengan projek baru yang ditander. Tander boleh dikeluarkan seberapa banyak tetapi kalau wang tak ada ia tak jalan juga.

Para menteri pula siang malam bercakap soal projek arah itu arah ini, cadang itu cadang ini tetapi dia tidak fikir mengenai wang. Yang pening mencari wang dan mengagihkan wang ialah pegawai kerajaan. Sesekali Mat Said harus berdialog dengan pegawai-pegawai kewangan negeri, tanya sumber kewangan dan macam mana kedudukan kewangan.

Hakikat yang berlaku hari ini keadaan ekonomi kita pulih, pelabur banyak berminat hanya tembereng saja hakikatnya tak ada pun. Najib Razak sudah berbueh mulut mengumumkan mengenai peningkatan kadar ekonomi negara, setiap tiga bulan sekali beliau umumkkan... tetapi setakat umumkan saja, hakikatnya tidak pun bertambah. Kurang mungkin ada.

Sekali ekonomi negara melonjak 1% kemudian 1.5% kemudian sudah mencecahkan ke 5% atau angka-angka yang diluar dugaan kononnya. Pengumuman dan kenyataan itu hanya ilusi saja dari pemimpin yang berangan-angan untuk memulihkan ekonomi.

Mat Said harus faham ini dan jangan malu dengan keadaan yang ada. Apa yang penting Mat Said kena jaga rakyat Terengganu jangan lapar sudahlah. Pastikan perut orang Terengganu semuanya dalam keadaan kekenyangan. Tidak dapat main bola, main hoki, main tenis, berlumba lari tak mengapa asalkan perut senantiasa kenyang.

Bukan Mat Said sorang merasa malu dengan keadaan yang berlaku, tetapi menteri besar lain juga merasa hal yang sama. Perdana Menteri juga mungkin malu cuma 'gensi' (agah) untuk mengakui akan kelemahannya. Tetapi selama mana beliau dapat bertahan dengan ilusi demikian? Kita tunggulah.... pengakhirannya kelak. [wm.kl.8:15 am 30/06/10]

Tuesday, June 29, 2010

Politik Kampungku

30 Tahun Lagi Pun Umno Kelantan Tetap Kulum Jari!

SERONOK juga mendengar khabar politik di kawasan sendiri Rantau Panjang, Kelantan mengenai Umno bahagian itu mengadakan dua persidangan kawasan serentak. Satu pasukan mengadakan persidangan di Lati dan satu lagi di Lubuk Jong. Jarak tempat persidangan itu diadakan tidak sampai 3 kilo menter. Kata orang kalau laung pun dengar.

Pasukan yang mengadakan persidangan di Lubuk Jong diketuai oleh Abdullah Mat Yassin. Manalala pasukan yang bersidang di Lati diketui oleh bekas Ketua Umno Rantau Panjang, Mohd Zain Ismail. Abdullah diangkat jadi ketua apabila keahlian Mohd Zain bersama tiga yang lain; Ghazali Ismail (bekas Bendahari), Fauziah Ab Rahman (bekas Ketua Wanita) dan (Fauzi bekas calon Ketua Pemuda) digantung atas dakwaan membantu calon bebas dalam pilihan umum lalu.

Bagaimana pun perlantikan Abdullah yang katakan ada hubungan baik dengan orang atasan termasuk dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Fatmi Che Salleh tidak diikhtiraf oleh dua pertiga daripada ahli jawatankuasa bahagian sekarang. Bahkan satu undi tidak percaya berjaya dibuat ke atasnya.

Seronok saya kata, kerana persidangan itu dihadiri oleh Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Selepas merasmi persidangan di Lubuk Jong, Zahid juga menghadiri persidangan di Lati.

Tentulah bagi orang yang rasional dan arif berorganisasi sukar untuk memahami keadaan di Rantau Panjang. Apa lagi dengan kehadiran Menteri Pertahanan itu tambah memeningkan lagi. Bagi ahli di bawah akan menganggap kedua-dua pasukan Umno itu sah. Sebaliknya orang yang arif mengenai undang-undang akan bingung sampai ke Subuh. Macam mana Naib Presiden boleh hadir kedua-duanya yang mana maksud kehadiran itu mengesahkan kedua-dua pihak.

Kalaupun persidangan diketuai Mohd Zain tidak sah dengan kehadiran Zahid itu ia akan dilihat sebagai sah. Mohd Zain bersama kuncu-kuncunya juga akan menjadikan kehadiran Zahid itu sebagai modal dan dalil untuk mengatakan mereka adalah pasukan yang sah. Kalau tidak sah masakan Zahid sedia mencemar kaki ke persidangan mereka?

Memerhati politik Umno Rantau Panjang Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin juga jadi bingung kelu. Beliau menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Bercakap di Jakarta katanya apa yang berlaku itu menggambarkan Umno Rantau Panjang berpecah belah. Lantas beliau mengarahkan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed menyiasat dan mencari puncannya.

Sebenarnya arahan Muhyiddin itu membazir air liur sahaja. Ia sia-sia saja. Mengarah Mustapa samalah mengarah mayat kura-kura matik dilanggar terelar supaya berjalan. Mustapa sudah tidak berdaya untuk menyelesaikan pergolakan Umno Rantau Panjang. Sudah lama Umno Rantau Panjang terutamanya kumpulan Mohd Zain mengadu masalah di Rantau Panjang kepada Mustapa. Berbagai formula penyelesaian juga sudah dikemukakan. Mustapa juga telah mengetahuinya dan apa yang termampu olehnya hanya berjanji saja.

Tetapi janji Mustapa hanya tinggal janji sahaja. Mustapa tidak menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Perhubungan untuk menyelesaikan masalah di Rantau Panjang. Beliau lebih bersikap menjaga hati kedua-dua pihak, yang mana akhirnya Umno terus jadi berkucah dan bergelora.

Inilah kelemahan sejak dalam perut yang ada kepada Mustapa Mohamed. Kegagalan menyelesaikan kemelut di Rantau Panjang menandakan kelemahan dan ketumpulan beliau sebagai pemimpin. Sebab itu saya katanya Mustapa bukan layak menjadi ketua Umno Kelantan melainkan sesuai untuk jadi Tok Empat Umno sahaja. Tok Empat adalah penghulu yang boleh diberikan tugas menjaga Umno bahagian Jeli saja di mana beliau sebagai ketua. Kalau Umno bahagian Pasir Mas atau Kota Bharu belum tentu juga Mustapa mampu menanganinya.

Kalau beliau ada wibawa beliau panggil kedua-dua kumpulan yang bertelagah itu. Cara menggantungkan keahlian Mohd Zain dan tiga yang lain bukan penyelesaian terbaik. Tindakan itu tidak akan memberi keuntungan kepada Umno Rantau Panjang khasnya dan Umno Kelantan seluruhnya.

Apa yang Mustapa perlu buat ialah panggil kedua pihak untuk bersemuka. Beliau boleh meminta pandangan masing-masing untuk menyelesaikan perbalahan. Sebagai ketua, kedua-dua pihak harus akur dan taat apa-apa keputusan yang akan dilakukan nanti. Beliau kena tegas dalam hal ini dan bukannya bersikap 'klu klek'.

Tetapi kalau apa juga keputusan yang dibuat tidak sedia diakur oleh kedua pihak ini bermakna Mustapa harus sedarkan diri. Bahawa dia tidak mampu untuk menjadi ketua dan elok kalau beliau dengan suka rela meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. Tidak ada guna kalau menjadi ketua tetapi tidak dihormati orang.

Penerusan kemelut di Rantau Panjang, pada saya salahnya terletak di tangan Mustapa. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Tanah Merah yang menimpa bekas Setiausaha bahagian, Cikgu Amran. Amran sudah beberapa kali mengadu masalahnya kepada Mustapa. Namun Mustapa tidak memperdulikannya hingga jalan terakhir terpaksa diambil membawa masalah beliau ke mahkamah. Tindakan memecat Amran sebagai ahli Umno yang dlihat cuba hendak membela Ikmal Hisham tidak membawa kebaikan kepada Umno melainkan ia akan dilihat orang Umno parti yang bertindak mementingkan bulu dan berkasta.

Kalau Umno Malaysia ingin Kelantan diperintah oleh Umno, Najib Razak kena membuat penilaian semula kepada Mustapa. Tidak semestinya Mustapa cemerlang dalam bidang ekonomi dia juga arif dan bijak dalam soal mengurus parti. Beliau tidak boleh terus membiarkan Umno Kelantan dipimpin oleh seorang yang penakut, tidak tegas dan tidak tahu bertanggungjawab. Najib harus memilih seorang yang berani mengambil risiko dan sedia memikul tugas.

Apa juga perjuangan mesti menghadapi risiko. Dalam hal ini Mustapa langsung tidak mahu mengambil risiko. Bukan itu saja pandangan-pandangan orang lain juga tidak diterima pakai. Sikap kepegawaian yang diamalkan Mustapa tidak sesuai di bawa ke dalam politik. Masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim di Selangor yang tidak mengambil berat soal kepentingan parti, tidak bijak mengurus manusia politik, itulah juga yang dibawa oleh Mustapa di Kelantan. Mustapa lebih memikirkan keselamatan dirinya saja daripada keselamatan Umno seluruhnya. Sebab itu lantiklah jadi menteri apa pun dia akan terima walaupun menteri itu bidang kuasanya tidak ada kena mengena dengan kebolehannya atau pun menjejaskan reputasinya. Yang penting jawatan menteri. Sikap dan pendirian ini menjelaskan kepada umum siapa Mustapa?

Dari sisi lain apa yang berlaku di Rantau Panjang itu, itulah juga yang berlaku dilebih separuh bahagian Umno di Kelantan. Sikap berpuak-puak dan berpasukan masih wujud dalam Umno di Kelantan. Macam-macam bentuk dan jelmaan puak-puak ini. Ada ketua tidak sebulu dengan timbalan, ada timbalan yang tidak sebulu dengan ahli jawatan kuasa bahagian. Dan ada juga ketua sama ketua tidak sama panjang bulunya!

Ada ketua pemuda tidak ngam dengan ketua bahagian, ada ketua wanita yang bergaduh dengan ketua pemuda kerana cemburu hati. Perbalahan dan pertelingkahan ini tidak ada tanda-tanda untuk surut atau pun damai. Sebab apa, sebab ketuanya di atas sana tidak pernah memikirkan bagaimana untuk menyatupadukan Umno di peringkat bahagian. Umpama sebuah keluarga anak-anak bergaduh sesama sendiri kerana sang bapa seorang yang dungu.

Jadi dengan keadaan Umno yang 'hentuk henyuk' ini apakah Umno Kelantan mampu untuk menumbangkan Pas dalam pilihan raya akan datang? Jawabanya 30 tahun lagi pun Umno tetapi mengulum jari saja! Awang Adek Hussein yang berangan-angan untuk jadi MB Kelantan juga akan terus terlena dalam angan-angan Mat Jenin itu kalau Umno liat untuk berubah. [wm.kl. 10:00 am 29/06/10]

Sunday, June 27, 2010

Susupan Petang

Kerenah PKR Selangor Memeningkan Kepala Anwar

DALAM politik begitulah, jika ada berita spekulasi ianya akan dinafikan sekeras-kerasnya. Dalam masa sama musuh politik dijadikan kambing hitam dikatakan pengacau. Semua isu yang timbul semuanya dicampakkan kepada pihak musuh yang punya kerja. Mereka sengaja menimbulkan untuk mengeruhkan keadaan, itulah ayat yang biasa didengar. Sumpah mati mereka tidak akan mengaku. Mereka akan menafikan sampai timbul urat semereh di leher.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor - kata mengatakan antara Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Kedua mereka nampaknya saling cuba menafikan dan menjaga apa yang ada dalam kain masing-masing. Sikap mereka seakan melindungi apa yang berbau di dalam dari dihidu orang di luar.

Azmin menafikan yang beliau sedang bergerak untuk menjatuhkan Khalid sebagai MB Selangor. Manakala Khalid pula mengatakan beliau masih steday, tidak ada apa-apa yang berlaku. Sokongan kepadanya masih kuat, katanya. Persetiaan dibuat oleh 17 dari 22 ketua bahagian PKR Selangor yang diadakan di rumahnya dijadikan hujah mengatakan beliau masih mendapat sokongan.

Sebelum ini tersebar desas desus mengatakan 15 orang ahli Parlimen akan meminta Khalid Ibrahim melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. Desas desus itu juga dinafikan. Azmin Ali sendiri menafikan dan beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai cerita berkenaan. Katanya beliau bukan dalang mengenai konspirasi itu. Tetapi dalam penafian dan kenyataan Azmin mengenai desas desus itu dapat ditafsirkan ia berbunga-bunga dan penuh politik.

Nafi menafi ini akan berterusan. PKR akan cuba menutupnya serapat mungkin. Khalid Ibrahim katanya tidak menghadiri sepenuhnya retreat yang diadakan di PKR selama dua hari di Shah Alam. Hari ini pula Presiden PKR, Wan Azizah Ismail telah mengumumkan pertukaran jawatan Pengerusi PKR Selangor yang dipegang Khalid kepada Azmin Ali. Manakala ketua Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang dipegang oleh Azmin diserahkan kepada Zaid Ibrahim.

Pengumuman Wan Azizah itu dikira kemuncak kepada retreat berkenaan walaupun PKR menafikan bahawa retreat itu tidak membincangkan kedudukan Khalid namun pengumuman itu dilihat ia adalah salah satu resolusi utamannya. Sekali lagi PKR cuba menutup sesuatu yang sudah berbau.

Bagi mereka yang makrifat dengan sepak terajang politik dapat mengagak apa yang akan berlaku selanjutnya dalam PKR. Walaupun sejuta kali Khalid mengatakan beliau tidak merasa apa-apa dengan pertukaran itu dan Wan Azizah sendiri mengatakan ia atas permintaan Khalid, namun implikasi politiknya bukan berhenti setakat itu. Orang boleh membaca kilau dalam kilat.

Pertukaran itu akan terus ditafsirkan dengan berbagai marfhumnya. PKR Selangor khasnya tetap juga tidak akan damai selepas ini. Rakyat dibawah sudah lebur bercakap mengenainya. Anwar Ibrahim pula akan terus sakit kepala dengan kerenah yang bakal muncul dan kelihatan beliau sendiri serba salah untuk menyelesaikannya. Khalid dipilih Azmin adalah adik manjanya.

Saya yakin tekanan dan sindiran demi sindiran akan terus dikenakan ke atas Khalid Ibrahim selepas ini. Pertukaran jawatan dipegang Khalid kepada Azmin tidak akan menyelesaikan masalah. Sama ada jawatan itu atas kehendak Azmin atau sebaliknya ia tidak akan menyebabkan Azmin berpuas hati. Azmin mungkin boleh merasa megah dengan diberi kuasa menyelaras PKR Selangor, namun kuasa itu tidaklah memenuhui apa yang diidam-idamkan. Azmin tidak akan berpuas hati kalau beliau tidak dilantik menjadi MB Selangor.

Dalam bacaan politik di Selangor orang melihat Khalid diminta mengundurkan diri sebagai MB. Bacaan ini juga diterjemahkan daripada tindakan dan gelagat Azmin sendiri. Walaupun Azmin cuba menunjukkan keikhlasannya dalam soal menyokong Khalid ini namun apa yang tersirat di dalamanya orang maklum. Azmin semacam menanam tebu di bibir mulut dengan Khalid.

Justeru saya merasakan, keserabutan di Selangor tidak akan berakhir selagi Khalid tidak berundur dari kerusi jawatan Menteri Besar. Sama ada pengunduran itu bakal merobekkan keadaan PKR itu soal lain. Tetapi aspirasi atas segala yang berlaku di Selangor sebelum ini, termasuk isu rasuah dalam syarikat mengendalikan pasir, laporan rasuah terhadap Khalid mengenai lembu, kritikan dan teguran dalam mesyuarat atau pada kongres di Kota Bharu, semuanya tertumpu ke arah rasa tidak senang kepadanya. Semua itu merupakan signal-signal yang perlu difahami oleh Khalid dengan bijak.

Tegasnya masalah PKR di Selangor tidak akan selesai selagi Khalid tidak berundur. Soalnya kalau Khalid berundur apakah Azmin yang akan diangkat menjadi Menteri Besar? Apakah sekiranya Azmin menjadi MB ia disenangi oleh ahli dan penyokong PKR di Selangor serta rakyat seluruhnya.

Sebab, ada juga karektor atau sifat-sifat Azmin yang tidak disenangi di Selangor. Politik Umno masih terbawa-bawa oleh Azmin. Seperkara lagi dan ini paling bahaya, kalau Azmin menjadi MB Selangor maka tuduhan ke atas Anwar yang terlalu menganakemaskan bekas setiausaha politiknya itu selama ini ternyata menjadi benar. [wm.kl. 8:00 pm 27/06/10]

Ulasan Peristiwa

Kemasukan 40 Ulama Bukan Atas Kerelaan Mereka?

ARAHAN Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein supaya polis merahsiakan maklumat mengenai Jemaah Ismaliah (JI) (sepatutnya juga rahsia jenayah-jenayah lain) menyebabkan timbul berbagai tafsiran. Kenapa arahan itu semena-mena dibuat sekarang, tepatnya dalam suasana hari ini sesudahnya berlakunya manipulasi kegiatan JI di kampus!

Sudah pasti arahan segera itu ada sangkut paut dengan desas desus sebelum ini mengenai kononnya ada kegiatan JI di negara ini seperti mana dijelaskan oleh Ketua Polis Negara.

Tidak dinafikan ada berlaku kebocoran mengenai rahsia keselamatan negara. Betapa pun rahsia ini dikunci dan dikawal ia akan bocor juga. Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai sistem pertahanan yang canggih dan ampuh juga tidak dapat elak dari mengalami kebocoran.

Selagi ada manusia tidak jujur, ataupun tidak senang dengan sesuatu tindakan kerajaan rahsia itu akan bocor atau dibocorkan. Bagi mereka kebocoran itu sebahagian daripada sumbangan mereka untuk menentang kemungkaran. Apakah pihak kerajaan atau mana-mana pihak dapat memastikan orang terlibat menyimpan rahsia itu orang setia dan patuh kepada mereka secara pandir?

Mengenai pembocoran rahsia keselamatan seperti mana dibimbangi Hishmuddin itu
siapakah yang membocorkannya. Kalau berhubung taklimat mengenai kegiatan JI yang melibatkan pensyarah universiti ianya dihadiri oleh siapa. Polis tentu mengetahui siapa yang hadir dalam taklimat berkenaan.

Ia terdiri dari pegawai polis peringkat atasan sendiri dan juga pegawai pendidikan dan ahli majlis keselamatan negara lain. Repoter atau bloger tidak diundang dan tidak tahu pun di mana taklimat itu diadakan. Cuma setelah menteri memberi tahu para cencelor dipanggil baru repoter mengetahuinya dan berminat untuk mennyiasatnya.

Kalau rahsia itu bocor tentulah mereka yang hadir itu mendedahkannya. Orang lain tidak mungkin. Pulak, kenapa Hishmuddin susah-susah arahkan polis supaya menutup rahsia itu. Apakah ianya ada kena mengenakan dengan spekulasi mengatakan pihak polis telah menggunakan ugutan ke atas mereka yang terlibat dengan JI dengan memberi kata dua kepada mereka?

Apakah ada kebenaran spekulasi pihak media sebelum ini bahawa sekumpulan ulama yang akan menyertai Umno itu (telah pun serah borang) disebabkan mereka diugut kononnya mereka pengganasa. Dan kerana mereka takut maka mereka bersetuju menyertai Umno untuk mencari perlindungan daripada dikenakan tindakan tangkap dan ditahan di bawah ISA?

Begitukah? Dan Umno pula cukup senang dengan persetujuan itu kerana boleh dijadikan modal yang Umno kini mendapat sokongan ulama. Najib Razak pun telah bermadah di Pekan semalam mengatakan Umno diterima ulama kerana ia sebuah parti Islam.

Kerana tekanan dan ugutan itu mereka pula terpaksa akur untuk melepaskan diri. Khabarnya rata-rata mereka adalah berfahaman wahabi yang dianggap sebagai mempunyai pemikiran ekstrim agama.

Dalam kumpulan 40 itu salah seorangnya adalah menantu MB Perlis, Shahidan Kassim.

Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu di dalam hal ini dan kita semua dapat menganalisa dengan perkembangan yang berlaku dan juga dari kenyataan-kenyataan pemimpin Umno. Ia juga boleh disuluh dengan cara kemasukan 40 ulama itu ke dalam Umno, secara berkumpulan yang dinamakan ulama.

Cara mereka menyertai Umno itu pun sudah menghairankan dan menyebabkan kita akan tertanya-tanya kenapa tiba-tiba mereka sepakat menyertai Umno. Kalau tidak ada mengadakan masakan mereka berbuat demikian. Berpandukan kepada spekulasi sebelum ini dan dipadankan dengan maklumat yang saya terima jelas kemasukan mereka itu bukan atas kerelaan mereka. Dalam kata lain bukan keputusan dari hati mereka untuk berjuang dalam Umno melainkan kerana terpaksa oleh hal-hal disebut di atas tadi.

Khabarnya dalam majlis taklimat oleh pihak berkuasa kerajaan kepada satu agensi, latar belakang mereka ini sudah pun diceritakan. Mereka dikatakan terlibat dengan kegiatan berunsur kekerasan. Bahkan katanya gambar tiap orang mereka juga sudah dirakam bersama dengan orang yang terlibat dengan JI. Bukti inilah menyebabkan kesemua 40 ulama itu dikatakan menggeletar?

Bukti inilah dijadikan oleh pihak kerajaan (BN) untuk memerangkap mereka. Mereka semua dipanggil dan diberi kata dua samada memilik jalan kiri yang mereka pilih sekarang atau ke jalan 'kanan yang kiri' dengan menyertai Umno.

Jadi kerana ingin selamat mereka terpaksa memilih jalan kanan yang kiri itu dengan menyertai Umno. Sebab itu cara mereka menyertai Umno seolah mereka terpaksa. Lagaknya tak ubah seperti kumpulan Al Arqam yang ditangkap kemudian dipaksa membuat pengakuan di tv. Sebenarnya kerja-kerja seperti ini sudah lama berlaku di dalam Umno dan inilah tektik semulajadi Umno untuk mempertahankan kuasanya.

Tahun 1969 dulu mereka telah menangkap para ualama Pas dan mereka-reka tuduhan ke atas mereka. Ada yang dikaitkan dengan skandal sex dan sebagainya. Begitu juga dengan wakil rakyat Pas ditangkap dan ditahan. Akhirnya mereka diminta membuat pengakuan memburukkan Pas. Yang tidak tahan terkulai layu ditangan Umno dan setengah yang lain memilih jalan menegakkan kebenaran meskipun terpaksa dibuang daerah dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak mustahil strategi yang diguna pakai Tun Razak Hussein itu akan dipraktikan pula oleh anaknya Najib Razak.

Bertolak dari sejarah itu saya seidkit pun tidak hairan kalau sekumpulan ulama berkenaan juga mengalami nasib dan keadaan demikian. Bezanya mereka disabitkan dengan kegiatan (fahaman wahabi) mereka itu dan mana ditafsirkan terarah akan melakukan sejarah.

Kesimpulannya kemasukan sekumpulan ulama ke dalam Umno itu tidak akan memberi kesan besar untuk Umno kerana ia bukan atas kerelaan tetapi atas paksaan kerana sebab-sebab lain. Jadi Umno tidak boleh bergembira sangat dengan penyertaan mereka itu. Mungkin jasad mereka boleh dibakar tetapi pegangan dan fahaman mereka (jihad) tidak boleh diapa-apakan. Kerana itu saya kira Dr Asri Zainul Abidin masih memikirkan sama ingin menyerah diri kerana ugutan itu ataupun mempertahankan prinsipnya dengan apa yang diyakini itu. [wm.kl. 9:00 am 27/06/10]

Saturday, June 26, 2010

Tafsiran Sabtu

40 Ulama Bukannya 40 Penyamun!

SEMACAM kejuatan tetapi ia tidak mengejutkan! Begitulah yang dapat disimpulkan berhubung keinsafan dan kesedaran 40 orang ulama yang menyerahkan borang menyertai Umno. Marilah kita semua mengucapkan ahlan wasalan ya marhaban kepada mereka semua. Semoga niat mereka untuk berdakwah dalam Umno dan memperbetulkan kepincangan agama termasuk soal kerohanian akan diberkati Allah.

Malam tadi mereka telah menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Umno kepada Najib Razak sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin. Malangnya penyertaaan yang diura-urakan seramai 100 orang itu hanya 40 orang saja tanpa chef devissionnya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asri dikatakan akan ikut menyertai dalam masa terdekat.

Setidak-tidaknya kelewatan Asri menyertai Umno malam tadi, 13 Rejab 1431 menepati firasat saya sebelum ini. Saya telah mengira tidak secepat itu Asri menyertai Umno tanpa menolek dan melihat riak risik di belakang. Kalau pun Asri akan menyertai Umno juga itu adalah pilihan terakhir buatnya kerana kebutuan dan bukan ketentuan. Yang pada saya tindakan tetap tidak bijaksana kandipun menyertai Pas.

Dalam sidang akhbar semalam saya nampak ada bekas MB Perlis Shaidan Kassim. Apakah Shahidan Kassim menemani 40 ulama berkenaan. Apakah Shahidan bertindak menjadi Mursyidul Am kepada kumpulan itu. Walaupun tidak lagi jadi MB tetapi sekurang-kurangnya jawatan itu menyamakan dia dengan Nik Abdul Aziz.

Sekali lagi kita ucapan syabas kepada Shahidan Kassim kalau benar kemasukan itu kerana inisiatif dan usahanya. Kerja Islam harus dilakukan sesiapa saja tidak kira dari celah mana dia datang. Membawa orang masuk jemaah Islam akan mendapat pahala!

Yang hendak perkatakan di sini apakah matlamat penyertaan 40 ulama itu akan sampai atau tercapai. Seperti mana kata ketuanya, Dr Fadzlan Mohd Othman, 35 penyertaan mereka untuk bekerjasama dengan Umno berkaitan agama di kerohanian. Ada dua subjek di sini, agama dan kerohanian.

Bila sebut agama sudah tentulah soal-soal mengenai ibadat, mualamat, munaqahat dan sebagainya. Ini termasuklah soal sembahyang , puasa, haji dan sebagaiunya. Inilah pengertianan agama difahamkan oleh Umo selama ini. Sebab bila sebut perjuangan sebut politik ia bukan agama lagi bagi Umno. Bagi Umno politik dan agama dua perkara yang berbeza dan perlu diasingkan seperti minyak dengan air. Larangan menggunakan masjid sebagai medan politik adalah tunjuk ajar dan kefahaman Umno yang sekular.

Maknanya maksud Dr Fazlan itu ialah hanya berkaitan atau kena berkait kepada soal-soal sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Ia tidak akan boleh melebihi daripada sempadan itu. Misalnya, Dr Fadzlan dan ulama lain tidak boleh menterbiyah bagaimana kewajiban warga dalam sebuah negaranya. Jauh sekali untuk membincangkan soal-soal penegakan hukum Islam dalam masyarakat dan negara. Tidak boleh kerana itu bukan intri dalam kamus agama Umno.

Manakala bila disebut kerohanian pula, ia bersangkut soal-soal yang seni atau ghaib - hakikat. Dalam hubungan ini ialah mengenai pemikiran, fahaman mengenai agama dan ilmu-ilmu keTuhanan. Kerohanian itu bab-bab yang menyentuh soal semangat, soal jiwa dan soal hakikat. Apakah dalam hal ini ulama itu akan memberi roh (kerohanian) kepada Umno? Mereka akan mendakwa supaya Umno mendekati kerohanian, mengenal Tuhan dan diri sendiri atau berbicara soal falsafah manusia dan keTuhanan? Begitukah.

Jika inilah yang akan diberikan penekanan ia satu benda yang baru dalam Umno. Inilah tranfosrmasi sebenarnya. Soal kerohanian, pembentukan jiwa manusia menjadi manusia yang kamil yang senatiasa takut kepada Allah tidak ada dalam Umno selama ini. Jiwa Umno tidak pernah dibentuk dan dibangunkan secara bersepadu dalam soal ini. Kerana itulah jika diperhatikan jiwa manusia sebagai pemimpin dalam Umno dan jiwa manusia bergelar pemimpin rosak dan kering dengan air dinul hayat.

Bukti paling jelas berlakunya berbagai kejataan dan kemungkaran dalam Umno, atau kerajaan yang dipimpin oleh Umno. Jenayah, rompak, tipu, rasuah dan sebagaiunya telah bersarang dan berjelumu dalam kerajaan hari ini. Bila sebut kerajaan tersebutlah Umno. Perhatikan bagaimana kotornya proses pemilihan dalam Umno. Kekotoran ini adalah simbol dan angkubah mengenai kemungkaran Umno yang kering dengan jiwa keagamaan.

Persoalanya kini bolehkah ulama itu melaksanakan apa yang dikehendaki itu? Bekerjasama dalam bidang agama dan kerohanian. Memberi tafsiran benar tentang agama kepada Umno yang sudah ditinggal dan dilupai lebih 60 tahun? Dan membawa manusia Umno seramai 3 juta itu kembali kepada diri manusia yang merupakan hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini? Boleh dan mampukah?

Bagi Umno penyertaan mereka itu tetap mengutungkan mereka. Ia akan memperukuhkan parti berkenaan. Ia akan dijadikan modal besar kepadanya untuk menempelak Pas. Dalam Pas rancak dan ghairan memanggil bukan Islam bersama mereka (juga atas maslahat dakwah), Umno pula kini sedang berjalan menuju kiblat benar bersama mini kiblat itu. Perubahan ini orang melihat Umno yang melakukan islah dan tajdid yang benar ke atas pengisian harakinya.

Inilah yang hendak dijual.

Kita harus berpandangan baik dengan apa yang dihajati itu. Cuma di sini saya ingin menyebut bahawa sebelum ini juga sudah ada agenda seperti itu. Usaha untuk mengubah Umno dari dalam telah dibuat sebelum ini. Malahan berbagai kumpulan dan puak juga telah menyertai Umno dalam usaha memantapkan memperukukuhnnya sebagai parti agama dan bangsa.

Anwar Ibrahim dulu pun menyertai Umno bersama beberapa rakananya dari gerakan Abim atas alasan yang sama. Bukan main lagi madah dan gurindannya untuk menghalalkan tindakan itu. Kemasukan Awnar itu sehingga ditangisi setengah rakan lain kerana tempatnya bukan dalam Umno tetapi dalam Pas.

Bekas Naib presiden Pas, Nakhaei Ahmad juga telah menyertai Umno. Mungkin tujuannya kerana mahu meneruskan aktiviti siasahnya setelah beliau bermasalah dengan Pas. Ketokohan Nakhaei saya rasakan lebih hebat dan besar dari 40 ulama baru itu. Mohd Asri Muda juga turut sama menyertai Umno dengan harapan Pas akan berkubur. Malahan ramai lagi orang-orang agama baik dari Pas atau lain menyertai Umno.

Begitu juga berbagai kumpulan dan golongan profesional diheret dan diseret menyertai Umno. Dari artis, pelawak, pelakon, hinggalah mat rempit dan penjolok buah kepala sawit semuanya diangkut. Tetapi apakah yang berlaku kepada Umno? Apakah mereka berjaya? Saya tidak mahu menidakkan usaha mereka dan mengatasi takdir. Tetapi sejarah masa lampau boleh dijadikan sempadanan.

Begitu juga kalau dengan kemasukan itu, Umno mengalu-alunya untuk memperkukuhnya, ia juga menyangsikan. Kemasukan yang bak melukut di hujung gantang itu tidak akan dapat mengubah keadaan dalam Umno. Saya juga tidak percaya kalau Umno sedia mengubah dasar dan prinsip Islam yang diterima pakainya selama ini yang liberal dan rencam kepada prinsip yang murni dan lebih jelas.

Dengan melihat perangai dan perwatakan Umno saya meragui kalau mereka ini diberikan peranan yang luas dalam Umno. Mereka akana dikawal serapinya. Golongan bojuis dalam Umno yang rata-rata tidak berpendidikan dan latar belakang Islam tidak mudah untuk menerima dakwah dan fikrah mereka. Kalau golongan ini ke depan akan berlaku pertembungan nanti, di mana ia akan berakhir dengan pemusnahan para ulama seperti para jahiliah membunuh anak perempuan mereka kerana golongan borjuis itu mempunyai wang, berkuasa dan pengaruh yang merata.

Tetapi tidak mengapa kita lihat dan perhatikan bagaimana mereka hendak bermula. Bagaimana mereka akan merencanakan agenda mereka. Janganlah masuk kerana diajak ataupun dipengaruh dengan janji-janji molok. Ingat anda adalah orang berjiwa murni dan rapat dengan Tuhan. Tuhan tidak mudah dipengaruh ataupun diperalatkan! Masuklah dengan memberi impak kepada Umno dan bukan masuk kerana mencari 'daun-daun' perlindungan.

Masuk Umno tidak menjadi masalah, tetapi jangan kemasukan itu seperti masuknya 40 penyamun ke dalam gua "Niat nginson matakaji semar ngising!" Akhirukalam biarlah 40 itu benar-benar ulama dan bukannya 40 penyamun! Jadikan diri anda ikan di lautan yang tidak tepu dengan air laut meskipun duduk di situ berkurun. Cuma ingatlah, meskipun terror ikan mengawal diri, dia tidak juga mampu untuk menawarkan air laut. Ingat beringat! [wm.kl. 10:40 am 26/06/10]

Friday, June 25, 2010

Menjelang Asar - Kita Sesama Kita

Tidak Wajar Agama Diwacana Diruang Siber?

HARI ini apa saja perkara kita hebahkan kepada umum dengan menghantarkannya ke dalam ruang media massa. Sama ada kita mencari media atau media mendekati kita, tetapi itulah yang berlaku. Blog, facebook, twinter dan atau portal berita siber adalah ruang dan medan baru yang makin menarik dan diminati ramai.

Dari perkara sekecil-kecilnya sampailah perkara sebesar-besarnya. Dari perkara dalam bilik air di rumah kita hinggalah kepada permasalahan di pejabat perdana menteri. Apakah semua perkara wajar dikhabar dan dimasukkan ke dalam media massa?

Pada saya tidak semua kemudahan ini (media siber) perlu dipergunakan. Harus ada batas dan taranya. Misalnya soal-soal peribadi tidak wajar dimasukkan kerana menerusi ruang ini ia akan dibaca oleh semua orang.

Atau kalau ingin masukkan juga kerana ia sebagai instrument terbaik untuk menegur dan mengkriik harus ada etikanya. Berpadah-padahlah menggunakannya dan jangan sepanjang masa. Atau kalau boleh dielakkan jangan guna langsung.

Begitu juga dengan permasalahan agama berhubung fahaman, anutan, amalam ritual dan aliran mazhab tidak wajar disumbat ke dalam media massa atau blog. Ia lebih lunak kalau dibahaskan secara beradat dan bertempat yang diperhatikan pula oleh pakar dan ahlinya. Kalau terjadi perbahasan (pertikaian) biarlah atas nawaitu kebaikan bersama dan bukan menyerang peribadi.
Sekarang ini saya lihat ada kecenderongan wacana mengenai agama menggunakan orang perantaran sebaga jurubicaranya. Perantaraan inilah menjadi mediator yang mendedah, mengulas kemudian minta pandangan balik. Ada kalanya jurubicara itu menjadi mediator yang menimulkan polemik atas tujuan dia saja yang tahu.

Ini tidak bagus. Misalnya perbahasan melibatakan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainual Abidin dengan Penolong Pengarah Pusat Al Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Md Zain semacam ianya ditaja oleh media massa. Media massa telah memberi ruang untuk mereka berwacana sesungguh hati tanpa melihat bahaya-bahaya atau keburukan sampingan lain.

Dalam hal ini saya nampak media semacam menjadi penyambung tangan kedua mereka untuk tambah melontarkan batu antara satu sama lain.

Kerana acohan itu mereka saling menjawab dan membalas tembak menerusi ruang yang dikendalikan oleh mediator ini. Ada kalanya wartawan atau pemberitalah yang menjadi orang tengah. Sejauah manakah kita boleh menyakini pemberita itu adil dan berertika dalam tugas mereka? Apakah mereka tidak ada agenda tertentu di sebalik menjadikan laproan itu sensasi untuk menarik pembaca. Seharusnya perkara ini diamati kerana ia melibatkan soal agama, soal yang amat sensitif dan bersifat personal.

Bila timbul sebarang kemusykilan ataupun pertelingkahan pandangan dan anutan, kedua pihak perlu bersemuka untuk membincang dan mencari penyelesain apa-apa yang kusut dan bercanggah atau mengelirukan itu. Saya percaya kedua mereka atau kita semua tidak mahu kepada kesesatan dan kejahatan. Tidak..!

Misalnya kalau Zamihan ada perkara tidak puas hati menurut pandangan dan ilmunya berhubung pegangan atau anutan Asri, beliau boleh berjumpa dan meminta Asri menjelaskannya. Dengan memaparkan sijil kelulusan seseorang untuk menafikan ilmu dan pengetahuannya bukan cara terbaik. Sebaliknya cara itu boleh menyakitkan hati dan melebarkan lagi jurang perselisihan.

Zamihan patut ikhlas menemui Asri dan bermuzakarah mengenai apa-apa yang beliau tidak faham ataupun yang beliau tidak temui tetapi terjumpa oleh Asri. Begitu juga dengan Asri, kalau beliau musykil dengan cara Zamihan menegurnya dari belakang, datanglah berjumpa secara fizikal dan bukan tembak dalam ruang siber. Ini tidak baik saya katakan kerana ruang berkenaan ditatap umum sedangkan adakalanya permasalahan yang timbul disebabkan unsur peribadi dan maksudnya berlapis-lapis.

Saya perhatikan bertengkar dan berbalah dalam media tidak ada kesudahan dan memberi keuntungan kepada kedua pihak. Bahkan ia akan mendalamkan lagi lurah jurang permusuhan. Ada kalanya kerana campur tangan media yang tidak bertanggungjawa keadaan yang baik jadi sealiknya. Ini sudah lama saya perhatikan bagaimana sikap orang politik yang menjadikan media sebagai tempat lempar melemparkan tahi busuk di antara mereka. Apakah natijah dari itu, nahin!

Kawalan ke atas perkara ini bukan boleh dilakukan sesiapa melainkan individu berkenaan. Umumnya umah Islam sendiri. Mereka yang sayang kepada agama, rindukan pertautan seagama dan sebangsa boleh membatasi diri mereka dan mengelakkan dari menjadi alat oleh media massa.

Jangan salah tafsirkan kebebasan beragama dan kebebasan membahas agama secara sambrono. Ada pepatah mengatakan perbalahan itu akan membawa hikmah, tetapi ia harus dilihat perbalahan yang macam mana. Bukan semua pertelingkahan otak apa lagi atas kepentingan nafsu akan membuahkan kebaikan. Jika ia tidak diurus dan dikawal dengan baik ia akan memberi kesan buruk.

Fahamilah, mereka yang memabca blog, yang mengikut media massa bukan semua ada maklumat dan pengetahuan atau acuan ilmu tertentu. Dalam konteks ini kena sedar bahawa mereka mengambil bahan menguyah sendiri tanpa ada petua dan mengetahui mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Adakalanya dalam perincangan itu mencecah hakikat dan marifat tetapi malang si penikmatnya hanya ada ilmu kalam semata-mata.

Jadi, usahlah kita teruja denghan kemudahan dan ruang maya terbentang luas untuk kita mengenengahkan pandangan dan buah fikiran kita, jangan. Kita kadang tidak sedar dalam seoronok itu kita telah dijadikan alat oleh sesutau golongan untuk kepentingan mereka. Selalunya musuh akan menejerat kita dalam kita asyik dan masyok dengan kehebatan diri yang semuanya milik Allah. [wm.kl. 4:00 pm 25/06/10]