Friday, August 6, 2010

Susupan Petang

Kalau Musa Hassan Berhenti Pembangkang Tetap Juga Tak Untung?

KETUA Polis Negara, Musa Hassan (foto) kata dia tidak ada maklumat apakah kontraknya akan disambung setahun lagi selepas tempoh kontrak yang sudah disambung sebanyak dua kali berakhir 21 September depan. Begitu juga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Mahmood Adam tidak ada apa-apa maklumat mengenai hal itu.

Kenapa perkara ini timbul? Semacam ada pihak yang tidak suka kalau Musa Hassan tidak disambung perkhidmatnnya sebagai ketua polis negara. Dan semacam pihak tertentu akan mendapat keuntungan kalau ketua polis negara bukan orang bernama Musa Hassan.

Dalam hal ini pihak pembangkanglah yang seronok kalau Musa Hassan tidak jadi Ketua Polis Negara. Sebabnya tentulah kerana Musa Hassan turut terlibat dalam beberapa kes membabitkan pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Penglibatan itu selamanya menyebabkan ketulusan Musa Hassan menjadi persoalan.

Pembabitan Musa Hassan itu menjadi persoalan dan timbul rasa kurang senang. Kalau kontrak Musa diteruskan tentulah pihak pembangkang tidak senang. Pembangkang meletakkan harapan besar kepada jawatan KPN untuk mendapat keadilan.

Malang bagi pembangkang kerana khabarnya Musa akan terus jadi KP kerana tiada calon untuk jawatan itu. Perdana Menteri, Najib Razak juga katanya senang dengan pencapaian Musa Hassan.

Sebenarnya kalau tak ada calon bohong. Tetapi alasan kalau Musa disambung ialah kerana Perdana Menteri senang dan suka kepada Musa Hassan. Semuanya terletak kepada Perdana Menteri. Kalau seribu kali pembangkang tidak suka, tetapi kalau PM suka ia akan diteruskan. Musa Hassan akan disambung kontraknya setahun lagi.

Mungkin pandangan saya berlain dengan pembangkang dalam hal ini. Saya tidak nampak pembangkang akan mendapat manfaat jika Musa Hassan tidak jadi KPN. Sesiapa saja yang jadi KPN selagi PMnya dari UBN, maka ia tidak akan menguntung atau memberi kelebihan kepada pembangkang, Ketua Polis tetap akan berpihak kepada kerajaan dan PM. Ketua polis akan dengar PM daripada ketua pembangkang.

Jadi kalau pembangkang berharap mereka akan mendapat untung dan sedikit ruang kalau bukan Musa Hassan jadi KPN itu hanya angan-angan saja. Itu hanya ilusi saja. KPN akan berubah dan memberi sokongan kepada pembangkang bila PM nanti dari kalangan pembangkang. Jawaban mudahnya kalau pembangkang mahukan KPN menyokong atau bias kepada mereka, mereka perlu jadi kerajaan, pemerintah.

Bergaduh dengan Musa Hassan tidak ada gunanya. Selagi UBN memerintah Musa Hassan akan terus menjadi KPN, selepas Musa Hassan hari ini akan ada beberapa "Musa Hassan" lain lagi. Musa Hassan seumpama itu tidak akan dapat dibuang atau diharap membantu pembangkang. Dan tentunya UBN atau Najib akan mencari seorang yang "Musa Hassan".

Sekali lagi dikatakan, jika pembangkang mahu melihat KPN yang berpihak kepadanya, pembangkang hendaklah jadi PM. Begitu juga rakyat yang tidak senang hati dengan Musa Hassan maka berusahalah biar pembangkang menjadi PM. Jadi janganlah marah kepada Musa Hassan kerana sebagai KPN yang dilantik maka beliau akan bersujud syukur kepada orang yang melantiknya.

Begitulah juga nanti KPN pada masa kerajaan pembangkang tidak pula akan disuka oleh UBN yang menjadi pembangkang pada masa itu. Pembangkang juga tidak dapat lari akan mempunyai Musa Hassannya sendiri.

Tak percaya tanya Mat Maslan kenapa Felda bankrup?
[wm.kl.5:00 pm 06/08/10]

Thursday, August 5, 2010

Susupan Pagi

Saman Ekor Kalau Tak Mansuh Pun, Ubahlah!

ARAHAN Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein agar saman ekor dikaji balik satu pandangan postif yang akan meringankan beban rakyat. Polis dan JPJ yang melaksanakan saman berkenaan tidak perlu berdolak dalih. Alasan untuk menambahkan wang dalam karung kerajaan menerusi kutipan saman itu tidak munasabah. Begitu juga dengan langkah saman itu untuk mendisiplikan pemandu kereta juga tidak mencapai sasarannya.

Sebaiknya saman berkenaan dihapuskan terus. Ataupun kalau tidak mahu menghapuskannya, kerana kutipan wang itu boleh menambahkan pendapatan kerajaan bagi membayar gaji polis yang dinaikan baru-baru ini, jumlahnya hendaklah dikurangkan. RM300 adalah sangat membebankan.

Saya ada cadangan dalam hal ini dan cadangan ini dirasakan adil dan tidak menganiayakan rakyat. Saman ekor bagi kesalahan pertama bolehlah dikenakan RM50 sahaja. Sama kedua dinaikan menjadi RM100 dan saman ketiga RM150. Untuk saman-saman seterusnya dinaikan sehingga 50% hingga 100% menjadi RM300.00.

Cara ini tidak membebankan dan munasabah. Kerana cara penguatkuasaan yang dikenakan kini membebankan bila mana pemilik kenderaan terlibat kena membayar semua saman sekaligus. Bayangkan kalau mereka ada lima saman, bermakna mereka kena menyediakan RM1,500 untuk menggerakkan kenderaan dijalan raya.

Penguatkuasa boleh ditambahkan ke atas mereka yang tetap berdegil untuk membayar saman dengan menggantung terus kenderaan mereka untuk tempoh tertentu sehingga mereka membayar kesemua saman. Had untuk menggantung kenderaan ini biarlah saman itu melepas 10 kali saman atau setelah nilai samannya mencecah ke angka RM5,000.00.

Biasanya kalau kenderaan disaman sampai 10 kali itu bermakna tuan punya kenderaan berkenaan tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu melepaskan diri. Mereka yang sebegini wajar dikenakan hukuman keras.

Saya rasa cadangan ini munasabah daripada apa yang dikuatkuasakan kini. Apapun sebaik-baiknya mansuhkan terus saman ekor kerana ianya menganiayaan dan amalan yang tidak praktikal. Lagipun jika mengikut kepada kes saman ekor yang dibawa ke mahkamah ianya dilepaskan oleh mahkamah.

Sudah ada kes-kes saman ekor yang dibawa ke mahkamah tetapi ditolak. Ini bermakna penguatkuasaan saman berkenaan bersalahan dengan undang-undang atau tidak mesra undang-undang. Janganlah pihak polis atau JPJ mengambil kesempatan atas sikap malas dan kurang prihatin rakyat negara ini terhadap undang-undang dan mahkamah. Kebanyakan pemandu yang kena saman mengambil jalan mudah membayar saman kepada polis atau JPJ atas alasan malas naik turun ke mahkamah.

Tidak kurang juga ada yang sanggup menghulurkan wang serendah RM5 kepada polis agar tidak menyaman mereka.

Ketahuilah bahawa wang saman yang dipunggut itu adalah wang yang tidak jelas! Aduhai Mat Maslan kenapala Felda nak bankrup! [wm.kl.10:00 am 05/08/10]

Sakit Hati Sakit Tubuh

Komuter Macam Kandang Babi...

PERUNTUKAN besar untuk membaiki sistem pengakutan awam di negara ini sejak zaman Abdullah Badawi menjadi perdana menteri membawa ke zaman Najib Razak tidak memberi kesan penambahbaikan sistem berkenaan. Runggutan demi runggutan masih kedengaran mengenai kelemahan sistem pengakutan awam kita, baik bas, teksi dan juga keretapi (komuter).

Bas berbau busuk, teksi pula macam jamban tahi kata menteri dan komuter pula macam kandang babi.

Apakah pengumuman peruntukan mencecah berbillion ringgit itu tidak sampai ke bawah? Duit itu hanya dikaut kontraktor kroni saja? Kalau melihat kepada rintihan dan runggutan nampak ada kebenaran itu. Atau pun peruntukan itu diumumkan saja, tetapi duit sebenarnya tidak ada. Kerajaan Malaysia hanyalah berangan-angan saja untuk muncul sebagai negara kelas pertama tetapi habuk pun tadak.

Dizaman Abdullah jadi PM, pembelian gerak keretapi diperolehi oleh syarikat milik anaknya, Scomi. Mana gerbak-gerabak yang moden dan canggih itu, belum pun kelihatan lagi. Dan ini zaman Najib, ada juga kroni sendiri yang akan mendapat tender membeli keretapi, bas ataupun kereta kebal.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta bernama Amir Shah telah mengirimkan keluhan beliau mengenai teruknya perkhidmatan komuter dari Kuala Lumpur ke Klang. Rintihan dan cemuhan beliau ini turut sama dikirimkan kepada beberapa editor akhbar termasuk akhbar 'pendolor' - pemikul punggung, kerajaan UBN nombor satu, Utusan Malaysia. Saya tidak fikir cemuhan penuh emosi begitu akan disiarkan oleh akhbar berkenaan. Ia juga di cc kepada blog milik kroni Umno.

Disebabkan Amir Shah menyalinkan ke dalam email saya, saya beranggap beliau mahu saya ulas dan siarkan dalam blog ini. Maka dengan ini saya menyiarkan sepenuhnya untuk tatapan, pertimbangan serta tindak balas dari penjenguk sekalian, tanpa mengubah walaupun sepatah perkataan dan titik dan koma catatan beliau;


aduhai......ada lagi yg berperangai camnih...................kita dlm BDSMKL nih nak hepi2 bro.................

4 OGOS 2010: Tren komuter ke Pel. Klang dari stesen KL jam 6.15pm. Tren rosak di stesen Angkasapuri jam 6.30pm. Tanpa air-cond penumpang penuh sesak hampir 40 minit menunggu tren berikutnya.

Di Stesen Subang Jaya penumpang diturunkan lagi kerana komuter mengalami kerosakan . Tunggu lagi lebihkurang 30minit untuk tren berikutnya yang sudah sedia sendat dengan penumpang.
Inilah rutin perkhidmatan tren komuter - lewat, pembatalan masa mengikut jadual, penumpang penuh sesak macam babi dalam kandang - kerana tidak mengikut waktu yang dijadualkan dan terkadang air-cond tidak berfungsi.
Jawapan / alasan yang dikumandangkan oleh Keretapi Tanah M***** Berhad adalah : Kerosakan Teknikal & Kerosakan-kerosakan lain yang sewaktu dengannya.
Tetapi siapakah yang menguruskan TEKNIKAL ?.. lembu, tunggul kayu atau OKU ?
Fenomena bodoh ini telah berlarutan sejak bertahun-tahun, walaupun sudah dua PM turun padang cari belalang dan janji dalam beberapa bajet untuk mengatasi masalah pengangkutan awam tapi hampeh. Rakyat bukan lagi diutamakan tapi rakyat pengguna pengangkutan awam makin diperbodohkan.
Cara gaya pengurusan 'Keretapi Tanah (Me) layu Berhad @ Bodoh (KTMB)' kini mungkin sesuai untuk 1910 bukan tahun 2010. Tetapi percayalah perkhidmatan tren KTMB adalah terbaik berbanding dengan Bangladesh, Zimbabwe atau mungkin di Monggolia.
Tidak perlu saya mematuhi kesantunan bahasa yang beradab dalam tulisan ini, kerana tradisi KTMB adalah jenis makhluq pekak badak dan egois dengan masalah pengguna. Barangkali Lembaga (hantu) Pengurusan Tinggi, Sederhana & Rendah barangkali sinonym dengan sosok muka sembab, gemuk buncit seperti sang cukong yang hanya nyaman mengira untung. Dan bahasa yang tercatat di sini, adalah lebih baik dari kebahasaan ahli-ahli parlimen yang terdiri dari biawak-biawak dan juga katak-katak yang terlepas dan terlompat-lompat.
Tahniah Keretapi Tanah (M) layu Bodoh/Berhad kerana masih meneruskan tradisi ' MEMPERBODOHKAN PENUMPANG '

Alamak.. Rosmah Mansorlah. [wm.kl.9:45 am 05/08/10]

Wednesday, August 4, 2010

Balada Menjelang Maghrib

Kisah Tok Bachok Hukum Murid Merokok

DALAM buku sulit sekolah saya semasa kecil dicatat tiga profesyen yang menjadi cita-cita saya. Pertama, askar, kedua guru dan ketiga penulis. Saya mahu jadi askar kerana nak mempertahankan negara dari ancaman musuh. Musuh yang saya fikir ialah komunis yang memegang senjata. Hari ini musuh komunis sudah bertukar dan senjatanya bukan lagi bedil.

Kenapa saya memilih nak jadi guru ialah kerana mengajar murid. Nak menulis dengan menggunakan kapur di papan hijau (dulu dipanggil papan hitam). Nak pergi sekolah nak bawa bocor (thermos) air, bekalan. Pakai baju tangan panjang dan pakai tie. Ada motosikal, brom... brommm.... lampu besar tanpa topi keledar.

Manakala kenapa saya nak jadi penulis saya tidak tahu. Tetapi saya meminati dunia penulis dari kecil. Buat dan reka pantun sejak dari sekolah rendah lagi. Himpun duit belanja sekolah untuk beli majalah terbitan DBP dan juga akhbar Utusan Pelajar, terbitan Utusan Melayu. Selain itu untuk beli komik.

Akhirnya saya menjadi penulis, menulis apa saja saya nak tulis termasuk kisah ini. Banyak saya tulis hentam orang politik yang jahat atau munafik macam Abdullah Ubai.

Di sini saya nak cerita perihal nasib cikgu yang malang hari ini kerana mengambil tindakan ke atas murid. (Nasib baik saya tak jadi guru) Hari ini saya melihat murid lebih berani daripada cikgu. Murid dibela oleh media massa dan PIBG dan juga berbagai NGO. Keadaan ini menyebabkan guru tidak boleh bengah kepala. Seribu kali yang cikgu buat atas nawaitu untuk mendidik murid, disalah tafsir dan guru dituduh macam-macam. Tidak pelik kalau ada cikgu yang kena tumbuk sampai berdarah hidung.

Dunia hari ini sudah terbalik. Apa lagi kalau di bandar, cikgu tidak berani bertindak ke atas murid. Kalau bertindak esok akan datang ibubapa dengan wartawan akhbar dan televisyen. Suluh ke muka mereka. Jadi walhasilnya kalau ada apa-apa terjadi ke atas murid, mereka hanya diamkan sahaja. Malas basa. Yang selalu susahnya bila mak bapa murid kaya raya.

Saya bersetuju kalau cikgu hanya mengajar murid yang sopan, yang baik dan ingin belajar saja. Murid yang samseng, malas, ponteng dan gedebe biarkan saja. Pedulilah mereka nak jadi apa. Kalau bodoh, mereka.. bukan cikgu.

Apapun saya nak memberi reaksi sedikit kepada tindakan guru terhadap murid di sebuah sekolah di Kedah yang mendenda muridnya dengan suruh hisap curut kerana murid itu menghisap rokok dalam tandas sekolah. Cikgu mana tidak marah kalau terjumpa muridnya hisap rokok di dalam tandas. Kalau saya jadi cikgu juga akan marah.

Murid itu patut dihukum agar dia insaf dan tidak mengulangi lagi perbuatan itu. Tetapi cara menghukumnya biarlah berpatutan dan benar. Tidak diketahui sekumpulan murid sekolah rendah termasuk seorang perempuan itu sudah berapa lama merokok. Kalau perbuatan itu kali pertama wajar ianya dikenakan hukum ringan dan bukan hisup curut, sebagai pengajaran.

Saya teringat bagaimana gemulah Tok Bachok, - seorang guru pondok di Bachok Kelantan menghukum anak muridnya yang didapati merokok dalam kawasan pondok. Beliau tidak denda seperti mana cikgu di Kedah itu. Sebaliknya beliau mengambil puting rokok berkenaan ditambat dengan tali panjang sebesar lengan kemudian disuruh anak-anak pondok termasuk yang tidak merokok menarik puting rokok itu ramai-ramai buang ke laut yang berdekatan dengan pondok berkenaan - pantai Irama hari ini.

Bayangkan bagaimana meriahnya anak-anak pondok yang berjumlah ratusan orang menarik sebatang puting rokok yang diikat dengan tali sebesar lengan. Mereka beratur ramai-ramai menarik puting rokok berkenaan. Tok Bachok mengawasi kerja membuang puting rokok itu dari awal hingga akhir. Ia macam ala-ala pesta pula.

Jelas hukuman yang dikenakan Tok Bachok itu sungguh berhemah dan bijaksana dan bijaksini. Ia memberi keinsafan dan pengajaran kepada semua. Ia dilakukan setiap kali berjumpa puting rokok. Lama kelamaan tidak ada mana-mana anak pondok yang berani menghisap rokok dan meninggal puting rokok dalam kawasan pondok.

Walaupun zaman Tok Bachok zaman beca, zaman tiada eletrik dan tiada televisyen kalar, (colour) namun hukumannya ternyata lebih bersifat simbolik yang memberi makna besar. Beliau tidak mencederakan anak pondoknya, atau memalukan mereka dengan hukuman sadis. Cara hukuman itu juga memberi pengajaran kepada semua anak pondok agar berhati dan saling awas mengawasi agar tidak ada sesiapa yang sampai hisap rokok bagi mengelakkan semua terkena denda.

Kepada guru yang ada masalah dengan murid menghisap rokok, boleh tiru apa yang Tok Bachok lakukan itu. Tetapi saya percaya walaupun ia tidak menyakiti, kalau hukuman itu dikenakan, ia tetap menjadi bualan dan kontroversi di seluruh Malaya. Bukan apa kerana ibubapa dan orang ramai berlebih sangat sayangkan murid daripada guru pada zaman sekarang ini. Aduhai, Mat Maslan kenapa Felda nak bankrup! [wm.kl. 6:30 pm 04/08/10]

Bualan Petang

Ke Mana Perdana Menteri Kita?

KENAPA tidak ada dengar berita ke mana Perdana Menteri yang kita sayangi Mohd Najib Razak bercuti? Sepi dunia Malaysia dua tiga hari ini bila Najib bercuti. Kerana ketiadaanya dia juga menyebabkan ada orang yang berani mempertikaikan slogan keramatnya 1 Malaysia. Ada yang kata orang tidak faham slogan berkenaan.

Ada pula yang kata masa diperlukan untuk menjelaskan slogan berkenaan. Kononnya slogan itu baik kerana ia digagas bersemangatkan perlembagaan negara, tetapi sayang ia tidak difahami dan dimengertikan. Semacam puji tetapi benci Najib saja kata-kata itu.

Najib diberikan bercuti ke luar negara 10 hari. Menjelang 1 Ramadhan Rabu depan beliau akan kembali. Ikut bersama tentulah isterinya, Rosmah Mansor. Rosmah selamanya tidak akan membenarkan Najib ke luar negara bersendirian. Malahan Najib menghadap Raja Abdullah Abdullah pun Rosmah kena hadir sama. Belum pernah dibuat orang - bertemu dengan Raja Arab isteri (perempuan) ikut bersama.

Tetapi itu berlaku kepada isteri Najib. Betapa sayangnya Najib tidak macam Abdullah Badawi atau pembesar lain, meninggalkan Jeanne Abdullah di luar sementara bekas PM itu jumpa Abdullah. Bertuahlah si Rosmah Mansor.

Ke mana Najib bercuti? Katanya ke Perancis? Untuk apa ke Perancis. Seorang teman saya memberi tahu Najib di panggil oleh pihak berkuasa Perancis untuk menjawab beberapa soalan berhubung dengan rasuah dalam pembelian kapal selam. Saya cepat-cepat menafikannya.

"Masakan Perancis memanggil perdana menteri kita?" kata saya menolak dakwaan itu. Saya kira kata-kata kawan itu adalah teridea dari pembangkang.

Dia berkeras menjelaskan apa yang beliau tahu. Tetapi saya berkeras menafikannya. Tidak logik. Jangan cuba burukkan Najib dengan rasuah itu. Ia tidak ada kena mengena. Kononnya pihak berkuasa Perancis sudah mula menyoal pihak-pihak tertentu. Skandal itu katanya memalukan Perancis.

Tetapi apa yang saya tahu mengenai Najib selepas di Perancis dia akan ke Rom. Di Rom dia akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Di sana Najib akan tonton teater. Sambil itu mereka berdua akan berbincang mengenai tarikh pilihan raya Sarawak.

Ini saya percaya. Sebab ada sedikit kekalutan di Sarawak. Taib Mahmud yang mulanya dikatakan akan membubar DUN Sarawak Jun lepas tidak berbuat begitu. Perkembangan di Sarawak menyebabkan Taib hilang keberanian dan keyakinan.

Bagi Najib pula pilihan raya Sarawak penting untuk mengukur sejauh mana populariti dirinya sebagai PM. Juga untuk ukur sejauh mana 1 Malaysia difahami dan diterima. Kalau Sarawak menang besar bermakna Najib akan terbuka hati untuk meminta parlimen di bubarkan tidak berapa lama selepas itu.

Sebaliknya kalau pilihan raya Sarawak nanti tidak berapa sihat, menyebabkan Najib dan UBN Semenanjung juga tidak berapa sihat. Ini menyebabkan pilihan raya umum ke-13 lambat lagilah.

Apakah keputusan perundingan antara Najib dengan Taib Mahmud kelak. Harap-harap kawan yang berada di Rom akan memberi tahu secepat mungkin. Saya di sini hanya dapat menilik jejak Najib dan Rosmah di dalam batil emas sahaja. Aduhai, Mat Maslan! [wm.kl.4:05 pm 04/08/10]

Tuesday, August 3, 2010

Laporan Lewat

Bekas Adun Permatang Yang Mati Kena Tembak

BEBERAPA orang penjenguk blog ini menghubungi saya mahu pengesahan berhubung kematian Abdul Aziz Mohd Noh, 64. Banyak penjenguk yang keliru mengira yang mati ialah Adun Pematang sekarang, Sulaiman Abdul Razak.

Sebenarnya yang mati dalam kejadian itu jam 11:00 pagi tadi ialah bekas Abdul Aziz Mohd Nor, bekas Adun Permatang. Aziz menang kerusi itu dalam pilihan raya 2004.


Seperti mana dijelaskan polis beliau meninggal kerana tembakan di bahagian badanya di dalam sebuah kereta. Turut sama ditemui bersama beliau ialah Siti Rohana Ismail, 43 bekas pembantunya. Siti Rohana juga seorang ibu tunggal beranak tiga. Dua kesan tembakan didapati di kepala Siti Rohana.

Kejadian itu berlaku ketika keduanya dalam perjalanan ke satu majlis di Tanjung Karang. Menurut polis tidak ada orang lain dikesan dalam kejadian itu. Ini menimbulkan keadaan misteri. [wm.kl. 8:30 pm 03/08/10]

Celoteh Murai 75

Siapa Yang Jahanamkan Mara, Kalau Tidak Salentia!

MURAI kurang setuju kalau ada orang mengatakan si Salentia sebagai rasis. Tetapi Murai sangat bersetuju kalau orang mengatakan dia 'seekor politician' yang oportunis, bermuka tebal ekor pendek dan perut buncit.


Sifat fizikal itu kena sangatlah kepada Salentia. Kenapa Murai berkata begitu, kerana kalau dia rasis dia akan konsisten dengan sifat dan sikap itu. Dia tidak akan jadi seperti chemeleon boleh bertukar warna mengikut keadaan semasa.

Tetapi bila dia
sudah duduk dalam bersama geng-geng dia, dia tidak pun mempertikikan apa yang beliau pertikaikan di tempat atau ketika bersama geng lain.

Misalnya semasa dia terhuyung hayang mencari pulau atau tasik untuk hidup, dua tahun lepas Salentia boleh berkawan dengan Lim Guan Eng atau Bobalakrishnan. Sama-sama tunjuk perasaan anti minyak di perkarangan KLCC.

Ketika itu dia lupa kepada sifat rasisnya kerana dia memerlukan kolam atau pulau kecil untuk hidup.
Ertinya dia menjadi rasis apabila dia sudah memperolehi tasik atau pulau kecil. Atau sesudah berada di daratan.

Sebab itu bagi Murai dia bukan rasis tetapi oportunis. Kalau seseorang yang tulen rasisnya dia tidak akan berkawan atau bertolak ansur dengan musuh-musuhnya atau orang dibencinya dalam keadaan apa sekalipun.

Tetapi tidak begitu dengan Salentia.
Selalunya juga bila dia berucap dan bercakap Salentia suka angkat diri sendiri. Dia juga sanggup upah orang untuk mengusungnya sebagai pahlawan! (Wekkkhhh).

Dia selalu berbangga dan megah kerana di tahan di bawah akta ISA selama dua kali. Apa nak dimegahkan. Cara beliau ditahan dan dilayan dalam ISA bukan macam Mat Sabu, Syed Husin Ali atau Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Beliau mendapat tilam dan makanan istimewa semasa dalam lokap dan pusat tahan.

Beliau ditahan bukan kerana kesalahannya tetapi untuk menjadi talibarut kepada polis bagi memudahkan polis memberkas orang lain.
Sebab itu dalam tahanan beliau selesa. Beliau tidak merasa kepayaahan dan kesulitan. Beliau sering menceritakan dia memberi kerjasama dengan polis. Dalam kata lain Salentia adalah agen polis.

Sebab itu ISA baginya tidak memberi apa-apa bekas kerana beliau dibawa masuk untuk menjadi tali barut kepada pihak polis. Kalau ditahan 40 kali pun ia tidak memberi bekas kepadanya.


Tengok orang yang dizalimi dalam lokap kerana ditahan dibawah akta itu akan menentang habis-habisan ISA. Mereka akan tentang sampai ke akhir hayatnya. Tetapi tidak dengan Salentia.


Begitu juga dengan perjuangan membela Melayu. Semua kata dan bicara Salentia hanya lakonan atau ikut sedap cakap sahaja. Hari-hari dia mempersoalkan soal Mara tidak ada wang. Soal Mara sudah hilang fungsi dan tanggunjawabnya.

Tetapi mungkin orang lupa siapa yang menjahamakan Mara, yang merompak sebahagian harta Mara.
Bukankan orang yang mendapat manfaat dari penswastaan syarikat Mara Holding ialah beliau?

Salentia telah membeli dengan harga murah kemudian menjual dengan harga mahal. Dalam dua kelip mata saja dia dapat lebih RM26 juta?
Mara Holding adalah syarikat yang mengendalikan bas atau memiliki konsortium kenderaan di negara ini. Hari ini kosortium itu telah menjadi milik Nazmi Salleh. Ianya dijual oleh Salentia kepada Nazmi. Sampai kini Nazmi belum habis membayar kepada Salentia kerana terlalu banyak (mahal).

Jadi bila Mara berkubur tidak dapat membantu bumiputera dalam pendidikan dia marahkan Mara. Marah itu hipokrit saja la. Kata Mara tidak reti berniaga dan macam-macam. Dia lupa yang membuncitkan perut macam gunung Kinabalu ialah dia sendiri.

Salentia hanya cakap lebih habuk pun tadak. Cakap perjuangkan Melayu tetapi yang menjual Melayu ialah dia jugak.

Murai: Sudah tahu betapa busuknya tahi Salentia!

Monday, August 2, 2010

Susupan Tengahari

Kuasa Undi Boleh Paksa Menteri Istyharkan Harta

PERMINTAAN Pengerusi SPRM, Abu Kassim Muhammad supaya menteri mengityharkan harta masing-masing hanyalah permintaan sia-sia saja. Harapan itu seperti menanti bulan jatuh ke ribaan saja. Sudah lama kita menunggu senarai harta para menteri. Sejak di zaman Mahathir Mohamad membawa ke zaman Abdullah Badawi hinggalah ke zaman Najib Razak, tidak pernah jadi kenyataan.

Mungkin PM selepas Najib pun kalau dari kalangan UBN harapan itu akan tergantung begitu saja. Menteri yang dilihat berish dan alim, Zaid Hamidi pun tidak berani untuk menyokong pemintaan Abu Kassim itu. Beliau sebaliknya memulangkan kepda Kabinet untuk menentukannya.

Katanya kalau Kabinet bersetuju barulah menteri boleh mengistyharkan harta masing-masing. Buat masa ini menurut Zaid menteri hanya istiharkan harta masing-masing kepda PM saja.

Bila Zaid bersuara demikian kita sedia maklumlah natijahnya. Apakah Najib selaku PM bersedia untuk membincangkan perkara itu? Najib sendiri takut untuk mengistyharkan hartanya inikan pula anak buahnya.

BN sesekali tidak akan berani untuk mengitsyharkan harta masing-masing. Kalau mereka sanggup dan berani bermakna mereka akan mengikat tali jantung untuk menjerut lehernya sendiri. Kenapa tidak, semua menteri kaya raya belaka. Bukan saja menteri isteri menteri yang pandai kutip tol dan komisyen juga kaya raya. Kalau tidak kaya masakan boleh membeli kasut berjuta ringgit, atau sekali belanja di Eopah mencecah jutaan ringgit hingga penuh sebuah helekopter. Kaya lah tu.

Harta masing-msing berbillion ringgit. Tengoklah kepada gaya hidup mereka, kediaman mereka dan kereta yang dipakai. Perbelanajan mereka melebihi daripada pendapatan. Kalau sesiapa berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak atau majlis sambut menantu menteri, cubalah nilai dan hitung berapa perbelanjaanya. Kalah majlis raja-raja Melayu dibuatnya.

Jangan tanya dari mana wang itu diperolehi. Di Malaysia kalau ada kuasa semua boleh dapatkan apa saja. Usahkan menteri ketua bahagian pun boleh bagi zakat kepada fakir miskin setiap minggu.

Tertakdirlah kabinet dan Najib setuju agar menteri dan dirinya sendiri mengistyahrkan harta, jangan lupa minta sama bekas-bekras menteri kabinet berbuat demikian. Setengah daripada mereka mempunyai wang simpanan di luar negara mencecah ke angka billion ringgit. Tujuh keturunan makan pun tidak habis.

Tegasnya permintaan dan harapan agar menteri mengistyharkan harta itu hanya angan-angan saja yang tidak akan menjad kenyataan. Menyuruh mereka mengityharkan harta samalah menyuruh kuda minum air laut. Kita oleh membawa (suruh) kuda ke laut tetapi kuda tidak akan minum. Begitu juga kita boleh menyuruh menteri istyharkan harta tetapi tidak boleh memaksa mereka.

Malangnya lagi kita tidak menjadikan hukum atau syarat sokongan kita kepada menteri-menteri yang enggan berbuat demikian. Sepatutnya rakyat yang ada kuasa undi satu seorang jadikan syarat kepada menteri-menteri. Jika mereka enggan istyharkan harta masing-masing maka undi jangan diberikan kepada mereka.

Dengan cara itu saja kalau kita mahu melihat harta mereka diistyharkan. Kalau diharapkan kepada PM dan kabinet sampai kiamat dan hidup semula pun ia tidak akan berlaku. Tanpa ada sikap itu dari rakyat maka selamanya harta menteri, isteri menteri yang bertimbun-timbun itu tidak akan diketahui nilainya. [wm.kl 1:00 pm 02/08/10]

Susupan Pagi

Polis Kembali Jahat

AKHIR-AKHIR ini ada bangkiti semangat dari Polis Di Raja Melayasia (PDRM) untuk bertindak tegas menghalang ceramah Pakatan Rakyat dan juga menghalang orang ramai daripada menghadiri ceramah berkenaan.

Tindakan itu bukan saja setakat minta bersurai dengan lound speaker, tetapi ada yang ditangkap dan disumbatkan ke dalam balck maria. Apakah selepas ini akan ada yang dihadap ke mahkamah atas tuduhan menghadiri perhimpunan haram?

Terbaru kejadian upacara membakar lilin sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di beberapa tempat malam tadi telah 'diganggu' polis. Polis bertindak tegas menghalang orang ramai menghadirinya.

Di Petaling Jaya 30 orang yang menghadiri majlis itu ditangkap. Begitu juga perhimpunan di Penang, Ipoh dan Kota Bharu juga turut dihalang.

Semalam Himpunan Keluarga Felcra di Pasir Salak, Perak juga dihalang dan diganggu oleh polis. Lebih 30 orang telah ditangkap. Jalan menuju ke tapak himpunan disekat polis. Sebelum daripada itu ceramah membabitkan Anwar Ibrahim di Rengit, Johor juga diganggu polis dan ada yang kena tangkap.

Nampaknya polis sudah kembali jahat semula. Sewaktu Abdullah Ahmad Badawi jadi PM perangai polis nampak elok dan baik sedikit. Abdullah memberi ruang luas kepada pembangkang. Masa itu tidak berlaku polis menyekat orang ramai menghadiri ke tempat ceramah pembangkang.

Perangai polis di zaman Mahathir Mohamad yang dibenci dan dicemuh dulu lenyap seketika bila mana Abdullah jadi PM. Kini setelah Abddullah tidak menjadi PM, polis tiba-tiba jadi naik angin semula kembali kepada perangai lama.

Apakah sikap tegas polis yang kelihatan rakus dan kejam ini menandakan pilihan raya sudah hampir tiba. Ataupun keadaan BN kini benar-benar terdesak. Apakah sokongan rakyat kepada BN sudah berkurangan. Ataupun slogan 1 Malaysia tidak memberi apa-apa bekasan melainkan digunakan oleh para peniaga dan pembodek politik saja bagi mengasyikan Najib semata-mata?

Pada saya tindakan kasar dan tegas polis kepada Pakatan itu tidak memberi untung banyak mana kepada Umno. Tindakan menghalang ceramah Pakatan dan menangkap orang berhimpunan boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Ia boleh membukkan imej Najib sebagai PM yang mengutamakan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Di masa dunia mengamalkan langit terbuka, medaulatkan kebebasan bersuara UBN tampaknya mahu terus mahu mengunci mulut rakyat. Mungkin mulut boleh dikunci, tetapi hati rakyat tidak siapa dapat memenjarakan mereka. Tubuh boleh dipenjara tetapi minda mereka tetap akan memperotes kerajaan. Sepatutnya UBN lawan Pakatan Rakyat dengan hujah dan fakta.

Kalau kerajaan (UBN) mahu rakyat menyokong mereka usah buat apa-apa yang menyakit dan menganiyaa rakyat. Menghalang rakyat untuk mendapat maklumat salah satu tindakan menganiyakan mereka.

Kalau UBN rasa rakyat tidak minat dengan majlis ceramah dan penerangan mereka, UBN kena kaji secara rasional. Kenapa rakyat menolak mereka? Cara media massa memuji hingga ke langit pihak UBN dan mencincang lumut Pakatan salah satu punca kenapa rakyat membenci UBN. Cuba UBN bersikap adil dan terbuka mungkin rakyat ada simpati kepada mereka. Dengan cara mereka lakukan kini ia menyebabkan rakyat semakin muak dan terjeluah bila menyebut UBN.

Adakah silap kalau UBN merasakan sikap keras dan tegas polis itu boleh membantu mereka! [wm.kl.11:00 am 02/08/10]

Selepas Subuh

Peruntukan RM15 Juta Untuk Media
Boleh Juga Dihulur Kepada Reformis


SEMALAM saya 'terpergi' ke dialog refomis dengan Anwar Ibrahim yang diadakan di rumah bapa Anwar, Pak Yim di Country Height, Kuala Lumpur. Saya terpergi kerana diajak oleh seorang kawan kenalan rapat Rosli Ibrahim, adik Anwar. Saya tidak diajak secara rasmi kerana saya bukan tergolong dalam kumpulan reformis?

Ahli yang ikhtiraf sebagai reformis ialah mereka yang merancang untuk mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan tahun-tahun 1998 hingga 2004, selepas Anwar dipecat dari Umno dan ditahan dalam penjara. Saya juga tidak tahu 'keahlian' reformis ini didasarkan kepada apa. Mungkin tidak cukup dengan menyumbangkan berbagai perkakas reformasi termasuk buku, risalah, poster atau air mineral dalam tempoh itu untuk memperjuangkan pembaharuan yang diilham Anwar bagi dianggap sebagai ahli.

Saya terpergi kerana ingin berjumpa sahabat lama yang sama-sama berarak dan mengangkat sepanduk. Bertempik, lari kemudian disembur water cannon. Tentu ada ramai kawan pada majlis itu, itu fikir saya. Kehadiran di majlis itu tidak seberapa. Tidak sampai suku daripada kelompok reformis. Refomis sudah pun berkurangan. Ada muka-muka yang baru muncul selepas PKR menang menjadi kerajaan di Selangor khasnya. Mungkin juga kerana majlis itu diadakan secara tergesa-gesa dan kurang publisiti maka ramai reformis yang jauh tidak mampir.

Tetapi mereka yang hadir semalam adalah hard core. Mereka yang gigih dan juga degil. Berjiwa Bugis. Majlis itu dipengerusikan oleh Zunar Kartun dengan diapit oleh Saari Sungip alias Pak Abu. Adun Hulu Klang. Mungkin mereka dianggap sebagai ketua dan timbalannya.

Saya tidak perhati sangat kepada butiran dialog. Tetapi memerhati kepada wajah-wajah yang hadir. Masih ada dan ada yang tidak ada. Beberapa orang yang ingat dan kenal saya bersalaman dengan saya. Mereka ini cukup saya camkan sebagai refomis yang gigih dan berani serta kuat berkorban untuk pembebasan Anwar.

Apa yang mengejutkan saya seorang refomis wanita, Azah diberitakan sudah meninggal. Katanya Azah meninggal sewaktu pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah. Saya mengenali Azah kerana dia pernah ke rumah bersama Mek (orang Kelantan) untuk ambil buku untuk dijual di Masjid India atau pada setiap Sabtu hari demonstrasi di Jalan Tuanku Abduk Rahman. Mek seorang refomis juga tidak ada, jejaknya tidak dapat dikesan. Begitulah menurut seorang reformis dari Temerloh yang lupa namanya tetapi sangat familiar wajahnya.

Nora, Azah, Mek, Yues dan beberapa wanita lain adalah antara refomis yang keras dan degil. Beberapa kali diheret ke dalam black Maria atau pun dihadap ke mahkamah. Nora misalnya sampai dipaksa telanjang oleh polis dalam lokap, tidak juga serik.

Mereka ini tidak pernah serik. Orang seperti Nora lebih 10 kali ditahan polis tidak pernah gentar dan insaf. Kadang kadang saya tidak tahu apa yang beliau sendiri perjuangkan. Anak ramai, kerja tetap tidak ada. PKR pula tidak membantunya. Pernah saya terjumpa dia memanjat tangga untuk berjumpa seseorang di suatu majlis di Putrajaya kerana ingin meminta bantuan untuk persekolahan anak-anaknya.

Saya tahu orang seperti Nora dan lain-lain datang kerana bernostalgia. Mereka seronok kerana perjuangan mereka untuk membebaskan Anwar sudah berjaya. Lebih dari itu mereka mengharap PKR parti dokongan Anwar akan menjadi kerajaan yang adil dan saksama bagi mengganti kerajaan BN yang pada mereka huduh. Matlamatnya mereka mahu melihat kerajaan BN runtuh. Itu saja.

Mereka tidak mengharap apa-apa lebih berharga dari itu. Dalam kepala refomis, bukan seperti apa yang tertungging dalam kepala ahli politik yang mahukan kuasa, kedudukan dan menghimpun harta benda. Mereka berjuang kerana semangat dan keyakinan mereka. Mereka bangkit dan bangun sendiri tanpa dipujuk-pujuk atau dijanjikan kebendaan. Berbeza dengan ahli politik yang munafik sepanjang masa, datang hanya sesudah nasi dan gulai sudah masak. Selepas kenyang 'mentankedarah' mereka akan berlalu meninggalkan kawah dan periuk tidak berbasuh... membawa perut busuk.

Justeru apa yang mereka dialogkan semalam adalah perlu diberi perhatian. Mereka menyuarakan kebenaran untuk semua dan bukan bersifat peribadi. Adalah wajar kalau Anwar ataupun PKR atau Pakatan Rakyat mengambil kira pandangan mereka. Laksana dan bukan saja catat.

Sehubungan dengan itu bila mengenangkan nasib para reformis terutamanya yang bertanggungjawab dalam membantu penerbitan bahan-bahan menyokong reformasi seperti buku, blog ataupun akhabar ... perlu diberi perhatian sama. Paling penting ialah kepada bloger atau mereka yang membangun web sendiri semata-mata membantu perjuangan reformasi. Mereka ini patut juga dibantu dan bukan saja diperahkan tenaga dan idea mereka.

Misalnya salah satu laman web atau blog yang saya kira cukup istiqamah membantu reformasi ialah Laman Marhean. Laman ini adalah paling lama dan paling tua. Pembangunnya melambangkan kegigihan sebagai seorang pejuang tulen. Namun tidak diketahu siapa pembangun dan tuan punyanya.

Itu boleh dicari. Pembangun lama ini perlu dibantu walaupun tuan punya tidak pernah meminta. Kegigihan, kesungguhan pengendalinya mengendalikan laman ini bukan saja perlu dipuji tetapi dibantu dengan sewajarnya termasuk wang ringgit. Biarlah dia tidak meminta tetapi kerajaan yang baik harus menghulur. Kerja yang dilakukan bukan mudah, ia membuntuhkan kemahiran serta kerajinan yang giler. Sejauh manakah Pakatan yang didokongnya memerhati kepada nasib laman ini? Tidak diketahui.

Baru-baru ini kerajaan Selangor memperuntukan RM15 juta untuk membantu penyebaran maklumat bagi menangkis fintah dan adu dombak gila-gila oleh UBN. Peruntukan itu walaupun tidak sebesar mana dalam konteks untuk melawan UBN tetapi cukup sebagai permulaan. Wang itu hanya disalurkan sebaik mungkin. Saya bimbang wang itu hanya mengalir kepada media tertentu sahaja tanpa melihat sama media kecil seperti bloger, ataupun penerbitan lain yang selama ini sudah lama bertungkus lumus mempertahankan reformasi (Pakatan Rakyat) seperti Laman Marhaen itu.

Adalah malang dan menyedihkan kalau wang itu hanya diberikan kepada media rasmi sahaja yang kewujudannya kita tahu kerana proposal selah wujudnya kerajaan, selepas Anwar keluar penjara tetapi bukan yang berjuang dari bawah yang bertolak dari ihsan dan rasa sukarela. Mungkin tidak salah kalau kerajaan Selangor mengenal pasti pejuang refomasi yang menggunakan media atau blog untuk dibantu sama.

Akhirnya al Fatihah kepada Azah, Muhayat Kuala Selangor, Umar Khattab dan lain-lain reformis yang sudah pergi mendahului yang lain. Al Fatihan. [wm.kl.7:00 am 02/08/10]