Sunday, May 1, 2011

Selepas Asar

Gesaan Najib Sia-Sia: DAP Bukan Bapak Ayam

SEMALAM selepas mengadiri majlis bersama rakyat di Terengganu ketika sidang akhbar Najib Razak menggesa supaya Pas meninggal Pakatan Rakyat. Kata Nijab perjuangan Pas menerusi Pakatan sia-sia saja. Imej Pas juga tercemar menerusi pakatan berkenaan, katanya.

Katanya lagi Pakatan Rakyat hanya akan menguntungknan DAP saja. Tiba-tiba saja Najib bersuara menaruh kebimbangan kepada Pas dan cuba mengajar Pas. Bila masa pula menjadi penasihat kepada Pas? Nanum pun begitu orang Pas kena terima baik peringatan itu. Memang kalau dilihat dari segi muslihat dan nawaitu politik, Pakatan Rakyat banyak memberi keuntungan dan kelabaan kepada DAP. Apa yang berlaku di Sarawak menjelaskan akan hakikat itu.

Najib minta Pas keluar Pakatan. Tetapi beliau tidak minta Pas masuk Umno. Tegasnya keluar saja sudah cukup kalapun tidak menyertai Umno. Seruan itu sungguh halus dan bijak. Najib tidak menunjukkan kekasarannya, tetapi berbijaksana dengan cuba makan sesuatu dalam gelap.

Bak makan dalam gelap ini yang baik dimakan hanya gula-gula saja tetapi tidak kacang atau kerepok. Kerana kalu makan gula-gula ia boleh 'keman' tanpa mamuh...lama-lama ia sirna begitu saja. Tetapi kalau kerepok kena mamuh dan berbunyi kerok krok...dan geger, mudah dikesan orang.

Jadi cara Najib itu pandai. Walaupun dia nak juga makan kerepok tetapi dia pilih makan gula-gula dulu bagi mengelakkan dikesan orang. Matlamatnya bila dia membuat seruan itu ialah dia hendak mengurangkan pengaruh Pakatan Rakyat. Najib sudah buat kajian pengaruh Pakatan Rakyat kuat dan sukar diatasinya. Kalau selagi Pas, PKR dan DAP duduk setongkol, maka payah untuk Umno meraih majoriti dua pertiga.

Paling menakutkan bukan saja gagal menang dua pertiga dalam PRU ke-13 nanti kemungkinan juga akan kehilangan kerajaan. Maka Najib dan Umno akan berusaha dengan apa cara memisahkan rakan itu. Ketiga mereka adalah ibarat tiga tungku dapur yang akan membentuk dapur, jerangan. Kalau salah satunya dituis turun, nescaya ia tidak dapat menampung periok belanga lagi.

Inilah yang menganggu minda Najib dan membuat dia dan Rosmah tidak berselera setiap kali berada di meja makan. Setiap hidangan yang hendak dipetak (jamah) ternampak bulan, roket dan mata lebam.

Bagaimana pun gesaan Najib semalam sudah sia-sia. Ia tidak memberi sedikit pun bekas bila mana kedua pemimpin tertinggi Pas, Mursyidul Am dan Presiden sudah menolak gesaan berkenaan. Nik Aziz Nik Mat telah mendahului Abdul Hadi Awang dengan mengatakan tidak berbangkit soal keluar Pakatan. Katanya perkara itu adalah isu lama dan meminta Pas tinggal Pakatan sebagai mengarut. Ertinya gesaan Najib itu sudah basi dan berkulat barat.

Sebaliknya Nik Aziz menasihat Umno supaya mereka terlebih dahulu keluar dari BN.

Pendirian Nik Aziz itu disokong pula oleh Presiden Pas Abdul Hadi. Kata Hadi pakatan Pas dengan PR tidak menjadi kesalahan kerana ia adalaha tahlul syiasahi. Tahlul syiasahi ialah kerjasama dalam politik. Sebenarnya sudah acap kali penegasan ini dibuat. Tetapi kerana Hadi menggunakan istilah Arab menyebabkan Najib kurang faham. Lain kali elok kalau Hadi tidak pakai tahlul syiasahi tetapi pakai kerjasama politik kalau pun tidak mahu pakai istilah Machiavelli.

Hadi menjelaskan kerjasama Pas dengan DAP menerusi kaedah tahlul syiasahi tidak menjadi kesalahan. Ia bukan seperti kerjasama Umno dengan MCA, Gerakan dan MIC yang menggadaikan prinsip agama Islam demi kuasa politik. Kerjasama bentuk Umno menerusi BN itulah yang perlu dibubarkan. Inilah perbezaan di antara kerjasama Pas dengan DAP dengan kerjasama Umno dengan MCA dan Gerakan.

Dengan penjelasan kedua pemimpin spritual Pas itu pendirian Pas jelas dan nyata, tidak boleh dihogehkan lagi. Pas sama sekali tidak akan patuh kepada kehendak Najib apa lagi menghulur tangan untuk bersalaman dengan Umno. Dalam konteks ini Pas sanggup memakan jadam yanag pahit bernama DAP atau PKR daripada menelan tebu yang manis bernama Umno.

Ertinya Pas akan meneruskan kerjasama dengan DAP sekurang-kurang menjelang pilihan raya ini. Sebagai parti Islam yang berpegang kepada janji dan konsesus, Pas tidak akan mengkhianti keputusan yang dibuat oleh ahlinya. Inilah kekuatan dan keistimewaan yang ada kepada Pas. Dan inilah juga kekaguman umum kepada parti Islam ini yang didambakan menjadi pengganti kepada Umno.

Dengan kenyataan tegas dari kedua pemimpin itu menjadikan harapan Najib untuk mendapat laba dari pendedahan video lucah mengaitkan Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan. Sebenarnya dalam soal ini Najib dan Umno tersilap dalam membuat perhitungan politik. Orang Pas tidak akan mudah untuk mendekati Umno lagi walaupun media massa melemparkan kaca dan api ke kaki mereka termasuklah isu video lucah berkenaan. Nampaknya senjata yang dikira boleh mengucar kacirkan Pas terjadi sebaliknya, ia menguatkan sokongan Pas kepada Anwar. Sudah berlaku istidraj di sini.

Pengalaman lalu bersama dengan Umno sudah memandai dan menjadi iktibar yang tertanam kemas dihati. Bagi Pas, Umno tidak ubah seperti bapak ayam yang cantik dengan balung dan bulunya yang bersinar banar. Si bapak ayam ini selalu menggoda dan menjanjikan sesuatu yang indah dan menarik. Hidupnya penuh dengan tektikal dan berstrategi serta hipokrit.

Bapak ayam boleh mengesksplotasikan batu sebagai makanan untuk mempesonakan si ibu ayam. Ia akan mematuk-matuk batu sambil membunyikan suara rengetan manjanya. Si ibu ayam yang ingatkan yang dipatut itu padi atau jagung akan menghampiri si bapak ayam dengan telus dan terbuka. Sebaik saja si ibu ayam mendekatinya ia akan mengirai bulu dan terus memanjat belakang si ibu ayam dan menyucukkan sebatang jarum, kiokkkk. (Harap tak selucah video penceritaan ini).

Betapa si ibu ayam diperdaya hidup-hidup, makanan tidak dapat tetapi belakang pula dirukuh si bapak ayam jalang. Nah begitulah Umno dengan Pas. Kejadian demikian sudah pun dirasai Pas. Umno pernah membalun Pas pada tahun 1974 lalu. Selepas dibalun sepuasnya segala kemanisan dan mahkota Pas diambil, akhirnya Pas dibiarkan membawa diri dengan kemeranaan yang pedih pada tahun 1978.

Tampaknya sejarah itu hendak diulangi sekali lagi oleh Umno. Hendak jadikan Pas sebagai ibu ayam bagi memuaskan nafsu jantannya. Betapa gara-gara perbuatan sanggama secara paksa itulah menyebabkan Pas merana sampai ke hari ini. Persenggaman paksa itu menyebabkan si ibu ayam telah menetas telor dan terpaksa memelihara aanak-anak tanpa dipedulikan oleh si bapak ayam.

Sepatutnya Najib sebelum membuat gesaan dan seruan itu beliau membaca semula kerjasama Pas dengan Umno sebelum ini. Najib perlu ingat dan tahu, bahawa walaupun dia anak Tun Razak tetapi dia tidak mempunyai segala-gala milik Tun Razak yang berjaya memperdayakan Pas. Beliau hanya memakan jasa Tun Razak tetapi tidak memakai budi pekerti Tun Razak dalam siasah. Najib adalah hanya generasi Tun Razak bukan Tun Razak. (wm.kl. 4:47 pm 01/05/11)

Catatan Peribadi

Bila Anak Dipinang Diri Rasa Semakin Tua

TANPA disedari rupa-rupanya diri semakin tua. Ketuaan ini tidak pun terasa dan disedari jika tidak melihat keadaan di luar diri. Selagi kita hanya memandang ke dalam diri tanpa melihat cermin selagi itulah kita merasakan diri tetap masih muda belia. Terasa dunia kanak-kanak yang jauh ditinggal di belakang masih mengamit rasa.

Sebab itu segala kehendak dan naluri muda masih ada, masih tumbuh dan mengimbau rasa. Terasa nak berhibur, nak mengorat masih membubui di jiwa. Sesekali bila terdengar kawan seronok bercerita perihal berchating dengan rakan Fb, terasa juga untuk menirunya.

Sebenarnya nafsu tidak pernah mengaku kalah. Nasfu senantiasa mengajak kita agar kembali kepada kemahuan yang tidak akan dapat dilaksanakan oleh fizikal. Jasmani selalu bergaduh dengan rohani, rohani meminta yang bukan-bukan tak terlaksana oleh jasmani. Saat inilah berlaku pemberontakan dalam diri.

Semalam satu lagi cermin telah berterpantul ke dalam diri saya; semalam anak perempuan saya telah dipinang oleh rakan sekolahnya semasa di Maktab Rendah Sais Mara Dungun, Terengganu. Peminangan itu menandakan lorong-lorong ketuaan makin terbuka. Ia menginsafkan bahawa kamu duhai Mohd Sayuti sudah tua! Peminangan itu juga menanda anak yang kita besarkan dengan kasih saya akan mula membina jalan untuk meninggalkan kita.

Saya selalu mentafsirkan hidup kita sebagai suami isteri ini sebagai burung. Kita akan membesarkan anak-anak seperti burung membesar anaknya. Si ibu mulanya membuat sayang bertelur kemudian setelah tetas diberi makan dan minum. Apabila anak sudah besar dan sayapnya sudah penuh dan gagah akhirnya ia akan meninggalkan sarang memburuk dan reput.

Begitulah kita sang ibu dan ayah tidak akan terelak dari menerima lumrah dan putaran hukum alam itu. Anak-anak akan membesar sendiri mengikut kuakkan angin dan keinginan mereka. Kita akan ditinggalkan. Apa yang termasuk dalam era ketuaan ini hanya mengiringi doa supaya penerbangan sang anak selamat dan mendapat keberkatan.

Saya sudah mengalami perasaan 'kehilangan' ini apabila akhir tahun lalu anak lelaki sulung saya, Mohd Elham sudah berumah tangga. Bagaimana pun ketiadaannya tidak begitu terasa sangat kerana kami masih berjumpa dan dia akan pulang untuk makanan dan minum bersama isteri. Dalam erti kata lain penerbangannya belum mengapai benua kehidupannya sendiri.

Alhamdulilah majlis pertunangan semalam berlangsung dengan selamat dan meriah. Cukuplah sekadar kemampuan kami. Jauh sekali untuk menunjuk tetapi sekadar memenuhi adat istiadat Melayu sebagai membuktikan kita orang Melayu. Apa yang penting dan wajib ialah memenuhi tuntutan agama, itu paling afdal.

Kehadiran tetamu hanya dikalangan sahabat dan adik beradik yang ada di Kuala Lumpur saja. Ibu dan adik beradik di Kelantan hanya sekadar diberi tahu. Untuk memaksa mereka datang rasanya menyusahkan mereka saja. Yang penting mereka meretusi dan mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga.

Di kejauhan dan di rantauan ini peranan sahabat dan rakan karib sangat penting. Merekalah yang akan menjadi pengganti kepada rakan dan saudara sendiri. Semalam sahabat saya sdr Md Radzi Mustapa dan Mohd Zaki (abe Ki) menjadi jurucakap bagi pihak keluarga saya. Terima kasih atas kesudian mereka bersama meraikan majlis semalam.

Di sini dipost beberapa keping gambar kenangan yang sempat dirakam oleh dua anak perempuan saya, Erma Esmah dan Eza Elhanis sebagai kenangan dan tatapan penjenguk yang bersetuju dengan saya. [wm.kl. 2:00 pm 01/05/11]










Renungan Ahad

Anwar Tidak Perlu Bersumpah Laknat!

NAMPAKNYA mereka yang mengaku golongan na amanun gila-gila meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan apa yang didakwa ke atasnya termasuk meliwat, melayan pelacur, pengkhinat dan sebagainya.

Bagi mereka nampaknya sumpah adalah segala-galanya. Sumpah akan dapat menghuraikan segala masalah dan memberi keputusan yang jelas. Memang begitu, tetapi soalnya apakah mereka benar-benar termasuk dalam golongan na amanum? Kalau mereka termasuk dalam golongan disebut Allah itu, maka sumpah laknat itu boleh dilakukan. Tetapi kalau mereka berada di luar golongan itu, hanya menjadi golongan Umno, atau termasuk dalam fasikun mereka tidak berhak untuk bersumpah apa lagi meminta orng lain bersumpah.

Pagi ini anak seorang anak tokoh Umno telah menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan politik semasa. Dalam percakapan itu beliau ada menyebut dan mempersoalkan kesucian ketiga orang Datuk T yang bersumpah itu. Mudah saja katanya, sebelum mereka bersumpah untuk memburukkan diri Anwar, elok beliau bersumpah dan menyemak diri mereka dulu. Beliau mendakwa dia kenal sekor-sekor Datuk T berkenaan bersama pakej-pakej kejahatannya.

"Sebelum mereka bersumpah, mereka patut bersumpah bahawa mereka tidak minum arak, mereka tidak tipu bini, mereka tidak main perempuan.... itu dulu yang patut mereka buat," kata anak tokoh Umno itu. "bukan minta Anwar bersumpah," tambahnya.

Lantas beliau menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan Umno sudah desparate. Umno sudah tertekan. Umno sudah merasai nyawanya sudah berada di hujung tali ganung. Rakyat akan menanti masa saja untuk menjatukan pelantar yang kemudian jasad Umno akan terhenjuk ke bawah dan lehernya akan terjerut.

Dalam pada itu beliau kesal atas sikap polis yang double standard dalam tindakan mereka berhubung kes ini. Sikap polis ini juga menjadi baja subur untuk rakyat bencikan Umno kerana Umno menguasi kerajaan dan polis.

Penglibatan polis membantu mengecerkan dalam isu video lucah ini jelas sekali. Beliau bertanya siapa yang menyebar video berkenaan? Bukankah satu salinan diberikan oleh Datuk maualaf itu kepada polis? Soalnya kalau video itu disebar oleh Datuk T kenapa tindakan tidak diambil? Begitu juga dengan penyebaran berleluasa oleh bloger, tv3, Utusan dan Berita Harian dan lain-lain kenapa dibiarkan. Ini menunjukkan penyebaran itu direstui oleh pihak berkuasa.

Saya rasa apa yang diperkatakan oleh anak tokoh Umno itu sudah difahami oleh banyak rakyat. Rakyat sudah tahu hujung pangkatnya. Kerana itu sokongan rakyat tidak berubah kepada Pakatan Rakyat dan juga Anwar Ibrahim. Bukti terbaru kalau rakyat sudah termakan dengan kempen, fitnah dan psywar Umno, dengan isu video itu sudah pasti ceramah Anwar di Machang malam tadi tidak dihadiri ramai orang.

Tetapi apa yang berlaku malam tadi dewan Majlis Daerah Machang penuh dilimpahi manusia. Khabarnya lebih 10,000 yang hadir. Itupun dalam keadaan ceramah itu disebatoj dan polis cuba menganggu dengan mengadakan sekatan jalan raya. Kalau tidak adakan sekatan jalan raya, sebotaj tentu angkanya akan mencecah puluhan ribu.

Umno sudah tidak dapat menghalang rakyat dan memancing rakyat supaya menolak Anwar dan pembangkang. Dari segi mental Najib sudah kalah bila bertempur dengan Anwar. Segala tektik yang dilakukan semuanya tidak menjadi. Tektik-tektik yang dihalalkan demokrasi dan juga dihalalkan agama sudah tidak diguna pakai lagi. Kerana dasparate itu menyebabkan Umno terpaksa mengguna tektik dan strategi kotor. Hanya mereka yang berada dalam keadaan tertekan saja akan melakukan atau menggunakan isu-isu diluar kewarasan manusia.

Situasi Umno dan Najib hari ini tak ubah seperti insan yang dahagakan air di tengah panas terik. Mereka akan menerkam apa saja bayangan yang persis air kerana terlalu haus. Kalau diberikan minyak gas sekalipun mereka akan hirup kerana terlalu haus. Mereka tidak sedar selepas terminum minyak gas mereka akan kojol.

Sekarang ini yang riuh dalam media massa ialah meminta Anwar bersumpah laknat. Mereka akan menggunakan desakan sumpah itu untuk menyalahkan Anwar. Mereka akan tunjukkan kepada rakyat apabila Anwar tidak mahu bersumpah itu bukti Anwar bersalah. Itulah gambaran yang mereka mahu.

Anwar tidak payah bersumpah. Sumpah atau tidak, orang tidak mempercayai apa yang ditayangkan dalam video berkenaan. Harapan untuk menunjukkan Anwar seorang pemimpin tidak bermoral tidak kesampaian kerana mereka yang melaksana projek video itu jauh lebih tidak bermoral. Sesuatu yang dibuat secara berlebihan akan jadi backfire.

Umno sudah silap dalam hal ini. Mereka patut meminta sembilan mutfi untuk melaksanakan projek berkenaan. Tatapi masalahnya apakah sembilan mufti sanggup melakukannya? Khabarnya Umno sudah memanggil berapa orang ulamak untuk diberi lesen bagi menyebarkan video berkenaan tetapi mereka tidak setuju. Kenapa mereka tidak setuju kerana mereka tahu apa yang dilakukan Umno itu dikutuk Allah sampai ke hari akhirat.

Saya yakin kalau cara dilakukan Umno untuk membusuk dan menjahamkan Anwar itu benar dan hak, mufti pertama yang akan mengepalai projek berkenana ialah Harussani Harun. Bekas mufti Perlis, Dr Mohad Asri Zainail Abidin juga akan ikut sama melaksanakan projek berkenaan, menjadi tukang sebar video lucah. Tetapi kerana mereka tahu akan dosa perbuatan itu, sedar akan fitnah itu boleh menghuru harakan keadaan, mereka tidak memohon untuk menjadi penyebar projek berkenaan.

Mungkin seleas mufti dan para ustaz lain menolaklah maka ia ditanderkan kepada Datuk T untuk menyebar video berkenaan kononnya untuk kepentingan bangsa dan negara! Jadi tindakan Anwar tidak bersumpah laknat, adalah tepat. Tepat kalau Anwar sedia dilaknat rakyat kerana hanya beliau tidak ikut sama mempermainkan sumpah. Mereka yang mempersendakan hukum agama termasuk memain-mainkan sumpah adalah mainan golongan munafik.

Bagi mereka yang tahu nilai dan mutu sesuatu logam itu mereka akan cuba menyimpannya sebaik mungkin dan tidak akan diletak merata. Begitulah Anwar mengenai sumpah laknat ini. [wm.kl.10:30 am 01/05/11]

Saturday, April 30, 2011

Susupan Maghrib

Anwar Tetap Berceramah Di Machang Malam Ini
Walaupun Mungkin Ditangkap?


MALAM ini Anwar Ibrahim akan tampil depan publik kali kedua selepas malam tadi di Ampang Selangor selepas tersebarnya video lucah diserata dunia yang dikatakan watak di dalamnya ada iras-irasnya. Beliau akan berceramah di padang Majlis Daerah Machang malam ini, jam 9:00 malam.

Menurut seorang ustaz muda yang menjadi penjenguk setia blog Merah Tinta melaporkan Kelantan kini sudah jadi macam Barghad di mana penuh dengan polis. "Abang Ti Kelantan dah jadi macam Barghad dah, penuh dengan polis, sekatan jalan raya diadakan di mana-mana saja," begitulah kata ustaz muda ini.

Katanya sekatan bermula di Jalan Kuala Krai menuju ke Machang lokasi di mana Anwar akan berceramah malam ini. Menurutnya sekatan jalan raya juga diadakan setiap tiga kilo meter. Sekatan jalan raya juga dipercaya di buat di Jalan Tanah Merah ke Machang, Jalan dari Pasir Puteh ke Machang dan jalan utama Kota Bharu - Kuala Krai.

Tujuan sekatan ialah untuk menghalang dan menyulitkan orang ramai daripada pergi ke tempat ceramah Anwar. Pagi ini juga sudah disebarkan berita kononnya ceramah Anwar di Machang malam ini dibatalkan. Banyak risalah ditaburkan menghebahkan akan pembatalan itu.

Kain rentang juga digantung memberi tahu akan pembatalan ceramah itu di beberapa jalan raya utama.

Petang tadi majlis Mukasid Syariah yang diadakan di Pusat Islam Lundang melibatkan Anwar Ibrahim mendapat sambutan hangat. Dewan besar Majlis Agama itu penuh sesak. Nampaknya fitnah seks ke atas Anwar sedikitpun tidak mengugahkan minat dan keyakinan orang ramai kepada kredibaliti Anwar sebagai pemimpin.

Majlis itu menampilkan Anwar Ibrahim, dan Dr Mohamad Nur Manuty. Mulanya Husam dijangka hadir dan kain rentang memaklumkan kehadirannya itu telah dipasang beberapa hari lalu.

Bagaimana pun Husam katanya tidak hadir kerana dia ke Penang. Saya yakin kalau Husam hadir jumlah yang datang akan bertambah.

Di sebelah tengah hari Anwar Ibrahim telah mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di SUK. Tiada kenyataan atau laporan dikeluarkan apakah tujuan pertemuan berkenaan tetapi dipercayai ianya ada kiatan dengan isu video lucah yang kini tersebar di seluruh dunia. Anwar juga makan tengah hari bersama Anwar.

Perkembangan mutakhir politik hari ini menunjukkan usaha untuk meleburkan pengaruh Anwar dan mengurangkan sokongan dan kepercayaan umum kepadanya tidak menjadi. Keadaan jadi sebaliknya, makin ditekan, makin diasak, makin dihimpit pengaruh dan sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat semakin membuat dan meledak. Perubahan ini amat terasa sekali di Kelantan. Isu video lucah bukan saja tidak dipercayai tetapi menimbulkan kemarahan kepada Umno.

Kita tunggulah perkembangan malam ini, apakah Anwar dibenarkan berucap atau pun tidak. Saya menjangkan Anwar akan dihalang untuk naik ke pentas dan kemungkinan juga akan ditangkap. [wm.kl.7:15 pm 30/04/11]

Sumpah Sabtu

Sejarah Sumpah Lakanat Malaysia Boleh

[kemaskini] HARI ini (semalam, 29 April) telah berlangsung satu peristiwa yang jarang berlaku, malahan sudah tidak kedengaran lagi di zaman moden ini. Peristiwa seperti ini hanya berlaku di awal zaman pasca jahiliah, di zaman buta maklumat dulu.

Kalaulah ia berlaku waktu itu ia difikirkan wajar kerana manusia tidak ada banyak pilihan kecuali menerusi atau melakukan instrumen ini saja dalam usaha atau kaedah untuk membuktikan sesuatu perkara yang keliru dan sukar dibuktikan secara mentah.

Peristiwa atau acara yang boleh dijadikan temasya dan jika kena cara boleh mengautkan keuntungan itu ialah, mengenai sumpah laknat dilakukan oleh satu daripada tiga orang yang menggelarkan mereka sebagai trio Datuk T.

Memandangkan sambutan orang ramai terhadap acara ini, mungkin televisyen ataupunn media massa eletronik boleh membuat siaran secara langsung. Siaran juga boleh diperluaskan ke peringkat Asean dan Asia Tenggara. Untuk menampung siaran langsung itu boleh dibeli iklan arak, judi, loteri dan sewaktu dengannya.

Persumpahan hari ini hanya melibatkan pengakuan salah seorang Datuk T mualaf mengenai penglibatan beliau di dalam klik video yang membabitkan Anwar Ibrahim.

Beliau bersumpah bahawa kelibat beliau ada di dalam video lucah yang dipaparkan itu. Memperakui beliau berada sekali dalam adigen maksiat itu. Mengenai macam mana penampilannya, tidaklah saya ketahui kerana saya tidak terliur untuk menontonnya. Mungkin dialah yang membuka bilik, menghampar cadar atau membuka penghawa dingin untuk adegan seks ringkas itu, atau pun dialah juga menjadi barua membawa perempuan sundal berkenaan.

Apa dilakukan Datuk mualaf ini anih kerana ia mendedahkan kebusukan dirinya sendiri. Kata orang Kelantan dia 'meleceh pelirnya' sendiri dan sumbatkan abu! Dalam orang lain keras melindungi aib dan malu sendiri tetapi beliau bangga dengan pakai baju Melayu bertradisi meminta Tuhan melaknatkan ke atas dirinya kalaulah apa yang diakui itu sebagai bohong dan fitnah. Pelikkan?

Pelajar sekolah agam rakyat di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor akan merasa bingung dengan apa dilakukan Datuk mualaf itu. Kalaupun yang tidak meras aganji hanyalah pelajar sekolah ibu mengandungi di Melaka saja.

Acara sumpah laknat itu berlangsung di masjid Amru Al-As di Sentul di Kuala Lumpur selepas selesai sembahyang Jumaat. Adapun memandangkan acara itu bersifat nasional, kurang sesuai ianya diadakan dimasjid-masjid jamek di Kuala Lumpur, sepatutnya diadakan di masjid Putrajaya atau Masjid Negara. Kalau diadakan di situ Yang Dipertua Agong, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri berserta isterinya dan seluruh Mufti di negara ini juga dapat mengikutinya.

Sebelum ini acara sama pernah berlangsung dua tahun lepas menampilkan seorang pembacuh kopi yang membuka rahsianya mendakwa kerana ‘diponggaki’ dan ‘dirukuhi’ Anwar Ibrahim. Sama seperti dilakukan oleh Datuk T mualaf itu, pembacuh kopi itu meminta Tuhan melaknatinya dan keturunanya sekiranya dia memfitnah dan membohongi akan dakwaan itu.

Jika dilihat dengan akal yang jilah dan dari juring mimbar Masjidi Haram atau dari sisi mamber masjidi Nabawi, acara berkenaan sudah tunggang terbalik. Manusia bukan lagi mahu melindungi keaiban orang lain seperti mana dituntut ajaran Islam, tetapi sanggup dan rela pula membuka keaiban sendiri. Keadaan ini sungguh membingungkan. Perbuatan dan darjat manusia sebegini lebih hina dari unta, kibas dan kaldai di padang pasir, atau beruk jubur merah milik Wahab kencing di Bacok Kelantan.

Seburuk-buruk unta kalau ia hendak bersanggama ia tidak akan dilakukan di depan tuannya. Biarlah ‘setara’ mana sahwatnya naik menyacang ia akan , ok (sabar) menanti tuanya pulang atau mencari tempat terselindungi baru diponggaki regunya. Kalau haiwan yang tidak berakal pun tahu menjaga aibnya, tidak tahulah saya apakah jenis manusia yang sengaja mendedahkan kemaluannya kepada umum.

Terbetik dalam kepala saya apakah acara sumpah laknat seperti itu sudah menjadi perniagaan? Di Malaysia ini bukan saja pertanian adalah perniagaan, mendedahkan keaiban orang dan kemudian membuat sumpah laknat juga merupakan satu perniagaan. Sumpah dan pendedahan ini saya nampak bukan saja melibatkan Anwar Ibrahim tetapi mungkin satu hari ia akan melibatkan pendedahan ke atas keaiban Najib, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Melayu juga.

Tidak mustahil kerana dendam dan kerana ia memberi keuntungan perkara ini akan berlaku. Manusia yang rakus, fasik, jahil dan tipis imannya akan melakukan apa saja untuk hidup termasuk menjual kulit babi dan bangkai biawak.

Ternyata maksud dan tujuan kebenaran atau keperluan untuk mengadakan sumpah laknat itu sudah tergelecah jauh dari ril sebenarnya. Inilah kalau ianya diterima pakai oleh mereka yang buta agama dan jahil mengenai marfum tentang sumpah laknat. Ia menjadi lebih busuk lagi lagi kalau para ustaz dan ulamak al sauk membiarkannya pula. Sikap diam para ulamak dan ustaz apa lagi ada yang seronok mendengar lafaz sumpah berkenaan akan tambah lagi kekeliruan kepada umum – umat Islam.

Dalam sejarah, sumpah laknat ia diadakan kerana waktu itu tidak ada instrumen untuk membuktikan sesuatu yang kabur. Makanya untuk memperkuatkan tuduhan dan mengesahkan sesuatu hujah, maka persumpahan diadakan. Bagi menguatkan niat dan menarik kepercayaan maka si persumpah itu sanggup menggadaikan musibah besar ke atasnya, di mana kalau ianya bohong Tuhan akan melaknatinya. Dalam kata lain sumpah laknat untuk menunjukkan akan kebenaran apa yang didakwa.

Dalam konteks Islam seseorang yang bersumpah dengan menyebut nama Allah; walahi, wabilah, wathalahi ia dikira benar. Kerana mereka yang beriman tidak akan sewenang-wenang menggunakan nama Tuhan, bersumpah dengan nama Tuhan. Mempergunakan nama Allah bagi tujuan apa juga adalah kemuncak. Tidak ada yang tinggi daripada itu. Nama Tuhan lebih tinggi dari nama Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong.

Justeru bagi mereka yang beriman apabila dengar nama Tuhan saja jiwa mereka akan menggeletar. Seluruhnya akan mengigil. Mereka akan insaf dan takut. Mereka merasakan diri mereka kerdil sekerdil-kerdilnya.

Dalam hal ini persumpahan sebegitu hanya akan memberi kesan kepada mereka yang beriman saja. Mereka yang takwa kepada Allah dan merasa takut kepada Allah. Sumpah seperti itu tidak berlaku kepada mereka yang tidak beriman dan bertakwa. Kerana lakukan persumpahan demikian seberapa banyak ia tidak akan menimbulkan keinsafan.

Orang yang tidak beriman akan sanggup melakukan apa saja, hatta lebih daripada persumpahan demikian. Mereka akan membuat pengiraan kalau pun sumpah mereka itu palsu mereka tidak akan ditimpakan apa-apa musibah dari Allah. Laknat yang mereka minta itu tidak akan menjelma di depan mata. Kerana kalau ianya diyakini menjelma mereka tidak akan berbuat demikian, kerana ia sesutau yang amat azab.

Kepada saya, mereka yang bersumpah sebegitu boleh dipersoalkan sejauh mana keimanan mereka. Kalau mereka seorang mukmim, seorang muslim yang baik mereka tidak akan terjebak dan melakukan maksiat yang mereka dakwakan itu. Mereka akan menjauh dari awal-awal lagi. Kerana seorang beriman tidak akan mendekati maksiat kerana sudah ada amaran, hendaklah kamu jauhi maksiat.

Tetapi apabila mereka berada dalam majlis maksiat, terlibat secara langsung, merestuinya dan merelainya kemudian menonton dan menyebarkan bagaimana boleh dikatakan mereka seorang yang beriman yang layak untuk melakukan lafaz sumpah menggunakan nama Tuhanku, Allah? Bukan apa yang mereka lakukan itu sia-sia saja, dan ia tida akan memulangkan natijah yang sebenarnya.

Orang ramai masih belum boleh menerima dakwaan si persumpah itu bahawa dakwaan mereka benar. Allah tidak akan melaksanakan kelaknatan terhadap Datuk mualaf itu dan dua temannya. Pun begitu juga laknat dan penghuman Tuhan kepada Anwar tidak juga dilakukan secara cash kalau dia bersalah. Ini bererti sumpah laknat itu tidak boleh diterima dan ianya perbuatan yang sia-sia saja.

Apakah orang ramai akan terus boleh menerima bahawa dakwaan Datuk mualaf itu benar apabila sampai kini dia masih selamat, sihat dan tidak pening? Jawabanya tidak, sebab kita tidak boleh memaksa Tuhan melaknat terhadap seseorang yang lain. Sesungguhnya Tuhan maha kasih dan sayang, manakala manusia memiliki kekejaman melebihi kejahatan haiwan. [wm.kl. 6:57 pm 30/04/11]

Friday, April 29, 2011

Sesudah Subuh

Kita Semua Sedang Menanti Bala

(kemaskini) TANPA kita semua menyedari kita semua menanti bala besar yang akan menimpa negara dan rakyat atas kecelakaan yang kita undang sendiri. Bala sedang mara manakala kita semua sedang leka.

Nasib atau keadaan kita persis lembu yang tertambat kejap dengan seutas tali pendek sedang padang di sekelilingnya sedang dibakar api.
Apa pula menyala dan marak menyala dengan ganas dan rakus. Angin pula kian gila bertiup. Begitulah keadaan dan nasib Melayu hari ini.

Tunggulah kita semua akan merasai pedih dan azab atas kecelakaan yang kita tempa. Kalaulah kita tidak sempat menikmati kesakitan itu kerana nyawa dicabut Tuhan di tengah pkerjalanan anak cucu kita akan merasainya sebagai mewakili kita atas kezaliman yang kita sendiri lakukan.

Sebenarnya segala macam kezaliman sudah berlaku di atas bumi kita. Tidak ada satu pun dari sekian banyak tanda tanda kezaliman yang akan membawa kepada kemusnahan yang belum berlaku, semuanya sudah berlaku atau sedang bermula. Zaman jahiliah yang dibenci dan dicemuhi akan menjelma sepenuhnya di tanah air ini.

Bangsa Mekayu tanpa sedar dikifarahkan oleh Allah. Kita sebenarnya sedang menanggung kemusnahan, menanti bumi hancur sahaja lagi.
Agama, budaya, peradabatan kita sudah jahanam. Orang Melayu sudah tidak ada 'basa', akal budi dan maruah lagi. Semuanya sudah ditelanjangkan dan kemaluannya dilihat sendiri. Keaibannya digantung di muka pintu rumahnya. 

Kita semua sudah menutup rapat pintu syurga dan membuka pintu neraka. MasyaAllah. Tangan kita semua telah kita satukan untuk membuka penyelak pintu neraka dan sedang membimbing tangan anak beranak menuju ke dalam kilauan apa haram.

Apakah tuhan menyediakan neraka sebahagiannya untuk bangsa Melayu? Kenapa tidak, kita mengaku beriman tetapi tidak berpegang kepada agama. Kita mengakui Islam tetapi tidak mempunyai tingkah laku sebagai orang Mukmim.

Mekayu menjadi bangsa penzalim, pendendam dan pemakan daging sendiri. Melayu rela dan tergamak mengkhinati sesama sendiri. Tidak ada kasih sayang lagi sesamanya. Tidak ada lagi hormat menghormati. Tanpa kita insaf dan sedar kitalah membunuh segala akal budi itu.

Manalah ada maruah lagi, bila kita selek dan tunjukkan semua kejelakan dan kehuduhan diri kita. Kita pertunjukkan sifat buruk bangsa kita kepada dunia.

Orang Melayu sebenarnya sudah dedil, merasa apa yang dilakukannya sudah baik, terhormat dan bijak.Sebenarnya ianya bodoh sebodohnya.
bangsa yang menjadi agen penyebar fitnah.

Menuduh di antara satu sama lain menjadi pembunuh, pengkhianat, pemaksiat dan penggali kubur bangsa sendiri. Melayu tidak tahu malu kepada kawan dari kaum dan keturunan lain. Semuanya kebejatan dan kejekkan bangsa Melayu sudah melakukannya.

Apa yang tidak berlaku lagi? Pembunuh fizikal, pembunuh karektor sudah pun berlaku dan ia akan terus berlaku sampai tertutupnya pintu  syurga.

Kenapa ini berlaku kerana tamak haloba. Orang Melayu menjadi temoo   kepada kuasa. Melayu yang jahil mengira kuasa dan kedudukan adalah kemuncak pencariannya dalam hidup.

Inilah Melayu yang saya selalu anggap suku manusia di dunia ini yang separuh masak. Bangsa yang cerdik tidak boleh ditunjang dan bodohnya serta bebal tidak boleh diajar.

Duhai orang Melayu semua sedarlah. Kepada yang tidak mahu mengalah dan berdengki, mengalahlah kerana dengan tindakan anda boleh membaiki sedikit maruah Melayu. Sebelum pintu neraka terbuka luas dan ensalnya lokah mari kita berdoa dan memohon keampunanNya.

Tuhan masih ada sisa kemaafan untuk kita, marilah. Jangan khianati amanah Allah kepada kita. Marilah berubah sebelum Tuhan menarik balik atas segalaa nikmat yang kita tidak syukuri kerana kita merasai hebat. Marilah kita semua kembali sedar tanpa membuat sumpah laknat.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersembunyi di lubuk hati setiap hambaNya. Saat memanti kuliah Tok Guru bermula.

Thursday, April 28, 2011

Catatan Rengkas

Mesyuarat Pas Kawasan Di Kelantan Panas

MESYUARAT beberapa Pas kawasan Kelantan yang akan berlangsung hujung minggu ini dikatakan hangat. Kawasan yang terlibat ialah kawasan Pasir Puteh, Pasir Mas, Jeli dan Ketereh. Kawasan yang menyaksikan perbandingan paling sengit ialah Pasir Puteh.
Semua jawatan penting terlibat dalam perbandingan.

Di Pasir Puteh jawatan Yang Dipertua yang kini disandang oleh Nik Mazian Mohamad dicabar oleh Mohammad Hussein.

Perlawanan kali ini adalah percubaan kedua bagi Mohamad Hussein untuk menumbangkan Nik Mazian. Sebelum ini Mohamad Hussein tidak pernah mendiamkan diri selalu saja bertanding bila ada peluang. Pertandingan baginya persis budaya tahunan yang tidak boleh ditinggal.

Kalaulah boleh dicatatkan sebagai rekod Mahamad adalah orang paling banyak mencabar jawatan itu. Beliau pernah memenanginya sekali dan kalah beberapa kali.

Jawatan lain yang menjadi perebutan kerusi timbalan YDP yang kini disandang oleh Drs Zainuddin Awang Hamat. Beliau ditentang oleh dua pencabar, Yuganu Yunus dan Sidik.

Kerusi Naib YDP juga turut berlaku perlawanan. Penyandang yang juga Adun Semerak ditentang oleh wakil calonnya sendiri Zarir Yaacob. Zarir menentang Wan Hassan selepas Wan Hassan dikatakan tidak jadi untuk tentang Drs Zainuddin.

Sebelum ini ketua muslimat juga ditentang di mana ketua lama tewas kepada timbalannya.
Kawasan Pasir Mas juga dijangka sengit. Kekosongan jawatan YDP yang ditinggalkan Ismail Nuh akan menyaksikan perebutan tiga penjuru di antara Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad, Rahsia dan bekas wakil rakyat Omar Hashim.

Jawatan Timbalan YDP tidak ditandingi apabila Adun Chetok Abdul Halim Abdul Rahman menang tidak bertanding. Untuk kerusi naib YDP pula menyaksikan perebutan di antara bekas penyelia Abdul Hamid Aziz dengan Adun Tendong Mohamad Daud.

Perebutan ketua juga berlaku di kawasan Jeli bila mana penyandang Apandi Mohamd dicabar oleh Rashid Jais. lain lain jawatan tidak bertanding. Manakala di Ketereh Naib YDP menjadi perebutan diantara bekas Adun Ketereh Shaari Awang Ali dengan Ariffin Mahmod
seorag kontraktor.

Selain dari kawasana berkenaan beberapa kawasan akan mengandakan mesyuarat pada hujung minggu ini. Kawasan itu ialah Pengkalan Chepa, Tumpat, Rantau Panjang dan juga Kuala Krai. Kerusi penting di kawasan ini tidak dipertandingkan.

Satu lagi kawasan iaitu Bachok akan jadi kawasana terakhir mengadakan mesyuarat. D kawasan ini juga tidak ada peandingan dilaporkan akan berlalu. (kb.4:26 pm 28/04/11)

Tuesday, April 26, 2011

Berita Panas

Nik Aziz Mahu Tuan Ibrahim
Tanding Timbalan Presiden?

MALAM tadi ketika makan bersama dua kawan, tokoh politik kami membicarakan siapa yang layak untuk jadi timbalan presiden. Tanpa mengenepikan timbalan sekarang, Nasharudin Mat Isa, sesiapa yang hendak menentang beliau mestilah mereka yang lebih berilmu, bersyaksiyah berbanding dengan Nasharudin, begitu kata saya.

Kata saya Nasharudin mempunyai beberapa keistimewaan tetapi sayang ia tidak diguna sepenuhnya dan kesempatan untuk belaiu pamirkan kebolehan itu semacam tersekat inilah menyebabkan beliau seakan tidak berketrampilan.

Bila kawan itu tanya saya tentang hasrat Mohamad Sabu saya tidak memberi apa-
apa komen. Saya hanya menjelaskan apa isyarat yang saya perolehi di Kuching dua migngu lepas. Kalau isyarat ini boleh diyakin dan ianya jelas, maka penama inilah yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan. Isyarat itu juga menunjukkan Mohammad Sabu tidak berapa disenangi.

Saya juga mengira kalau orang ini dicalonkan ia menyebabkan Nasharudin berada dalam keadaan serba salah. Satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan oleh ahli Parlimen Bachok itu.

Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata.

Apabila isyarat itu sudah jelas saya percaya selepas ini senario dalam perebutan jawatan timbalan presiden akan berubah. Sekaligus ia akan merancakkan mutktamar Pas kali ini pertandingan mungkin bukan dua penjuru tetapi tiga, atau mungkin akan yang menarik diri.

Walaupun sebelum ini Tuan Ibrahim mengatakan dia akan menolak pencalonan tetapi dengan terluahnya isyarat itu beliau akan memikirkan kembali. Saya percaya.

Ulasan lanjut akan menyusul. [ttdi. 1:22 T/HARI 26/04/11]

Sunday, April 24, 2011

Ulasan Isu

Terima Kasih Polis Kerana Tidak Lagi Menyorot

Terima kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak lagi menyorok di balik pokok atau semak untuk menyaman pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas termasuk mememcut lebih daripada had, memotong line berkembar atau sebagainya.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang baru Khalid Abu Bakar. Bagaimana pun katanya polis tetap akan menyaman kesalahan jalan raya secara berdepan. Dalam pada itu polis juga tetap menggunakan beberapa alat termasuk kamera untuk mengesan pesalah trafik.

Penjelasan Khalid itu dibuat ketika Ketua Polis Negara, Ismail Omar sedang dirawat di hospital.

Tindakan polis itu menggembirakan. Ia menandakan kritikan terhadap tindakan polis trafik yang menyaman lalu lintas secara bersembunyi didengari oleh polis. Sikap terbuka seperti inilah yang kita ingin. Dengan langkah ini kepercayaan dan keyakinan polis dari orang untuk menjaga keselamatan awam akan meningkat.

Hendaknya ada beberapa tindakan lain oleh polis yang kurang disenangi rakyat diperbetulkan. Saya yakin dengan sikap telus dan terbuka begini persepsi buruk kepada polis akan menurun. Misalnya mengenai pemberian permit kepada parti politik untuk mengadakan ceramah hendaklah dilonggarkan.

Tindakan mengetatkan ceramah dengan mengenakan permit walaupun diadakan di permis persendirian menjadi pertikaian umum. Dalam hal ini orang ramai merasakan tindakan itu tidak adil dan sengaja hendak menyusahkan pembangkang. Jadi kalau ada mengatakan polis sebagai alat UBN adalah benar.

Pada saya kalau polis terbuka dan tidak menyempitkan keadaan, akan wujud hubungan baik di antara orang awam (politik pembangkang) dengan polis. Apabila wujud hubungan baik ini soal keselamatan akan dipantau bersama oleh polis dan orang ramai.

Saya melihat kenapa sesetengah pihak menganggap pihak polis sebagi menyusahkan mereka sedangkan fungsinya untuk menjaga keselamatan ialah kerana persepsi tidak baik terhadap polis hasil dari beberapa tindakan polis yang agak mengongkong mereka. [wm.kl.8:30 pm 24/04/11]

Catatan Ahad

Sebelum Matahari Naik Di Sebelah Barat

TERNYATA keputusan pilihan raya Sarawak tidak memberi indikasi yang baik buat UBN khasnya dan untuk orang Melayu amnya. Kejayaan Taib Mahmud mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Meteri terlama di negara ini tidaklah mengembirakan UBN khususnya Najib Razak. Kejayaan itu juga bukan memberi indikasi baik kepada politik Sarawak. Kalau perasaan, tidak banyak ulasan Najib mengenai keputusan pilihan raya tersebut. Najib hanya membuat ulasan biasa saja tanpa alu-aluan yang berlebihan seperti biasanya.

Beliau juga tidak turun meraikan kejayaan Taib itu. Mungkin selepas ini? Gambaran itu menjelaskan bahawa kejayaan Taib itu tidak menyenangkan Najib. Apa lagi bila mana masyarkat Cina Sarawak menolak SUPP dan memilih DAP menjadikan Najib tidak seronok dengan perkembangan itu dan ini membuatkan beliau terpaksa mencipta keadaan baru bagi membubar Parlimen.

Peralihan dan sokongan orang Cina kepada DAP begitu ketara dan besar sekali. Fenomena itu kini sudah jadi revolusi politik orang Cina. Ia dilihat dengan pelbagai prejudis kepada DAP. Najib tidaklah mengkritik kehendak dan citarasa masyarakat Cina Sarawak tetapi nampaknya tunggul keramat yang dipuja Najib, Mahathir, melemparkan perasaan kurang senang kepada orang Cina. Dengan menyalahkan DAP sebagai membawa virus perkauman ke Sarawak, Mahathir menunjukkan kejengkilan dia kepada DAP dan orang Cina juga.

Mahathir tidak sepatutnya memburukkan DAP. Parti itu sebuah parti yang berdaftar. Soal ia tidak sama dengan ideologi parti Cina lain yang bergabung dengan BN, itu perkara lain. Tetapi yang jelas DAP adalah parti yang sah. Saya sudah katakan sebelum ini kalau begitu caranya melawan DAP, batalkan saja pendaftarannya. Biarkan DAP menjadi parti haram.

Baik Mahathir dan Najib dan sesiapa juga yang kuat angin Melayu (nasionalis) dan sifat rasismenya harus mengkaji kenapa orang Cina beralih kepada DAP. Menyalahkan DAP sebagai perkauman adalah tidak betul dan bukan tindakan tepat atau boleh menarik simpati orang Melayu untuk mendendami DAP. Tindakan itu sebagai tindakan orang yang tidak tahu menilai diri dan berfikir tentangan realiti di sekelilingnya.

Saya sudah membayangkan beberapa kali sebelum ini, melihat kepada perkembangan DAP, kejayaan dan kemantapan perjuangannya; keagresifannya dan cara berkerja penuh disiplin dan sistemetik berbudayakan Cina, parti itu akan pergi lebih jauh lagi. DAP akan memimpin politik negara ini. Bila-bila masa kejayaan dan sejarah dicatat oleh PAP di Singapura menjadi idola mereka. Hasrat itu akan menjadi lebih cepat lagi kalau Melayu bersuku-suku dan berkabilah.

Bayangkan bagaimana gigihnya para pemimpin DAP dalam melancarkan perjuangan mereka. Tokh-tokoh seperti Lim Kit Siang, Chan Main Han, Karpal Singah, Lim Guan Engt, Teresa Kok dan lain-lain sangat gigih dan yakin dengan perjuangan mereka. Mereka tidak pernah putus asa. Graf politik mereka naik dan turun mengalami kalah dan menang, namun mereka tidak pernah berputus asa. Semangat juang mereka juga seutuh dan sekebal tembok besar negeri China.

Mereka juga ditekan, diugut, dipenjara dan disusahkan kehidupan mereka, tetapi ia tidak 'berdegis' buat mereka. Malahan mereka jadikan sebagai cabaran. Pendeknya pemimpin DAP mempunyai semangat kental dan tidak ada kamus berputus asas dalam perjuangan mereka. Semangat dan sikap itulah yang seharusnya juga ada kepada Melayu.

Apabila DAP telah menguasai Pulau Pinang dalam pilihan raya 2008 lalu, parti itu mendapat suntikan perjuangan yang cukup besar. Bagi mereka kejayaan menawan Pulau Pinang adalah permulaan kepada kejayaan mereka menawankan bandar-bandar besar atau lokasi di mana majoritinya pengundi Cina. Apa yang berlaku di Sarawak itu ada petunjuk jelas.

Tidak payah Mahathir atau Najib atau sesiapa takut kepada DAP atas rasa bimbang parti itu akan menjadi raja. Apa yang penting lihat kepada cara mereka bekerja menjaga rakyat. Satu yang jelas DAP cukup menjaga integriti para pemimpinnya. Parti itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang melakukan dosa. Bagi DAP kehebatan dan sokongan rakyat kepada seseorang tokohnya bukan lesen untuknya terus berada dalam DAP. Sikap inilah menjadikan DAP sebuah parti berwibawa.

Kebimbangan DAP akan memimpin politik negara ini juga ia bukan angan-angan lagi. Ia bukan sesuatu yang perlu ditakuti dengan mencadangkan idea-idea bersifat rasis dan gedebe bagai menghadapinya. Tindakan itu akan lebih merangsangankan mereka untuk bekerja lebih kuat lagi dan menyebabkan orang Cina akan terus membenci Umno.

Apa yang perlu atasi secara penuh tektikal dan politik. Dalam politik orang berperang bukan menggunakan senjata tetapi menggunakan minda. Selagi orang Melayu (Umno) menghanyungkan keris maka selama itulah usahan mengasingkan orang Cina dari menyokong DAP tidak akan berjaya. Sesuatu yang Umno lupa ialah mengernai sifat orang Cina yang kuat bantu membantu sesama mereka. Agenda orang Cina juga satu bukan bercabang emnpat seperti orang Melayu.

Ibarat untuk membendung air yang sedang membuak dari sebuah ampangan, caranya bukan menandak dan meninggikan tebing, tapi paling praktika ialah dengan mencari ikhtiar bagaimana hendak mengurang sumber air dari dari memasuki ampangan. Di sinilah memerlukan kegeligaan dan fatanah dalam mencari helah.

Cadangan untuk menggerak 1Malaysia 1Bumi bagi saya bukan tindakan yang bijak. Sebaliknya ia akan menjadi modal baru buat DAP. Orang Cina akan jadi semakin marah dan mereka akan kerabat kemas kemeh kepada DAP. Begitulah kalau idea dan cadangan dilemparkan bukan berasaskan pemikiran dan strategi jilah (gentleman) tetapi lebih kepada tindakan perkauman.

Dalam realiti negara seperti ini mana-mana pihak tidak boleh menidakkan apa yang menjadikan amalan dan apa yang telah dikonsensuskan. Apakah boleh kalau hendak dinafikan kewujudan orang Cina, India dan lain-lain? Tidak boleh. Mereka tidak akan dapat dibuang ke mana-mana lagi, mereka tetap akan mati di negara ini juga. Kalau mereka terpaksa berperang sampai mati untuk mati di sini mereka akan lakukan.

Jadi jalan terbaik ialah orang Melayu menyedari kemungkinan-kemungkinan tadi. Sekat dan halang akan penguasaan DAP dari menjadi sebuah 'hegemoni' baru. Dalam konteks ini Umno perlu mengambil tanggungjawab bagaimana hendak menarik sokongan orang Cina kepada mereka. Umno kena pecahkan pemonopolian orang Cina kepada sebuah parti. Itu kena dilakukan.

Tetapi bagi saya pula usaha BN itu akan sia-sia saja kerana orang Cina lebih bijak dalam dolak dalih mereka serta pintar dalam berpolitik. Orang Cina juga cekap membaca tektik dan strategi politik bukan macam Melayu yang lebih beperangai macam Sang Kancil yang merasa dirinya cerdik tetapi menipu diri sendiri.

Saya bersetuju kalau DAP dikatakan parti menyatukan orang Cina. Soalnya parti manakah dari kalangan parti Melayu yang menjadi wadah mempersatukan orang Melayu. Umno sudah tidak dapat menyatukan Melayu. Kalau Umno mampu berbuat demikian maka tidak wujud Pas dalam keadaan hari ini mempunyai dendam dan kemaraha kepada Umno.

Begitu juga dengan Pas. Walaupun secara fisofinya dasar dan prinsip perjuangan Pas untuk menyatukan Melayu berlandaskan agama tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Apabila Melayu tidak mengambil Islam yang menjadi dasar, maka perjuangan dan peranan sejagat Pas itu tidak akan dirasai.

PKR walaupun ditulangi kepimpinan Melayu tetapi wajahnya samalah dengan Barisan Nasional. Pada saya PKR adalah BN kecil yang didalamnya bersatu dan berhimpun berbagai orang dan kaum. Walaupun matlamatnya sama untuk menumbangkan BN tetapi dari birai-birai lain masih ada yang membawa ideologi sendiri, manakala untuk mengadukan ideologi yang banyak ini bukan mudah. Ia boleh berlaku untuk sewaktu tetapi bukan selamanya.

Justeru apa salahnya kalau orang Melayu memberi peluang kepada Pas untuk menjuarai perjuangan rakyat. Berkorbanlah atau melupai mitos kurafat bahawa bangsa dan negara ini hanya boleh dijaga oleh Umno. Bangsa yang berubah dan maju ialah bangsa yang berani membuat perubahan. Tidak salah kalau kita berhirjah mencari cahaya baru dan meninggalkan cahaya lama yang kusam dan mulai mengelam.

Kesimpulannya kebimbangan yang mengasak sanubari Umno itu akan berakhir sekiranya semua orang Melayu berada di dalam sebuah masjid, mengemaskan saf dan memperbetulkan kiblat. Selagi orang Melayu memilih jalan sendiri-sendiri, ada yang mahu jamak, ada yang hendak qasakan solat, atau lebih-lebih lagi ada yang kata tidak dapat solat kerana usur walhal dia lelaki, maka kebimbangan itu akhirnya akan menjadi sebuah kenyataan yang boleh menghibakan jiwaraga seluruh Melayu. Jadi sebelum matahari naik di sebelah Barat, maka orang Melayu perlu banyak melakukan taubat nasuha! [wm.kl. 22/04/11]