Saturday, February 11, 2012

Previu Seminar Tiga Dekad Pas Kelantan

Pas Jangan Terus Keasyikan Dengan Kuasa
Nostalgia Yang Perlu Diinsafi

Semalam telah sempurnalah satu seminar untuk mengenang suka duka perjuangan Pas Kelantan; kalah dan menang dalam tempoh tiga dekad. Seminar itu dinamakan Seminar Tiga Dekad – Jatuh Bangun Pas Kelantan. Ia diadakan di kompleks Pondok Telosan Pasir Tumbuh Kelantan.

Relevansi seminar itu diadakan di pondok secara santai bagi mengembalikan nostalgia sejarah kewujudan Pas di pondok. Seperti mana kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Zulkifli Mamat fitrah kewujudan Pas dan pendokong tegarnya ialah dari kalangan guru-guru pondok. Jadi wajarlah kalau Pas sesekali membawa generasi pasca 60-an ke pondok bagi mengingati memori itu. Ingatan ini seharusnya bukan saat menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa.

Bertolak dari aspirasi dan harapan itu maka ia diadakan di pondok. Satu sisi bagus kalau Pas senantiasa mengenali dirinya sendiri. Sebaliknya, apakah bila diadakan di pondok Pas kini menghadapi masalah sokongan orang pondok? Apakah tujuan itu mengemaskan dokongan pondok atau untuk menggambarkan Pas masih tidak melupai pondok?

Hakikatnya kini Pas sudah kehilangan besar dokongan pondok apabila banyak pondok telah disalinkan dengan pendidikan semi sekular atau pewarisnya sendiri berkiblat ke Barat suka pakai kot dari jubah serta tidak meneruskan jihad orang tuanya bagi menghidupkan pondok mengikut kesesuaian zaman?

Zaman berubah dan berbeza. Sistem pondok yang satu masa dulu menjadi institiusi pendidikan dan medan jihad semakin dilupai. Keadaan ini wujud kerana kealpaan manusia juga. Sudah banyak pondok yang dulu berperanan memainkan atau menjadi markaz Pas kini sudah tiada. Satu demi satu pupus atau menjadi seperti rumput di jalanan hidup segan mati tidak mahu?

Usaha mengembalikan pondok tidak dilakukan. Semua obses kepada pendidikan moden. Pondok yang menjadi tri-fungsi, rumah kebajikan, tempat pembelajaran dan markaz melatih kader jihad sudah dibiarkan. Ia tidak dimajukan dan Pas sendiri seakan mengabaikan tanggungjawab itu. Sebuah pondok moden di Kandis Bachok juga dikatakan telah ditukar fungsi. Kenapa? Alasan kerajaan ketiadaan wang adalah alasan yang dangkal.

Mudah-mudahan dengan membawa peserta seminar ke pondok Telosan itu – satu-satu pondok yang ampuh masa kini ia dapat mengembalikan nostalgia itu dan selepas ini semangat kepondokan dalam jiwa Pas akan menyemarak semula.

Empat kertas kerja

Empat kertas kerja dibentang pada seminar tersebut. Para pembentangnya semua kalangan veteran Pas atau mereka yang berada dalam tiga dekad itu yang mengikuti segala peristiwa pahit dan manis tribulasi Pas. Kecuali Mohd Amar Nik Abdullah yang saya kira termuda atau pembentang yang tidak berada dalam ketiga-tiga dekad itu secara aktifnya.

Mereka ialah bekas TMB Kelantan yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Halim Abdul Rahman, kertasnya disorot dan diulas oleh bekas Adun Jelawat Tok Imam Shaari Awang.

Bekas Exco Kelantan Mohamad Daud Iraqi manakala pengulasnya oleh Adun Demik Mohamad Mustafa, kertas ketiga oleh Adun Perupok, Omar Mohamad yang diulas oleh bekas Adun Pasir Mas Bandar, Hashim Hj Omar.

Kertas ketiga oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Abdullah yang diulas berkombinasi ceramah oleh Exco Kelantan Husam Musa dan kertas keempat oleh Mohd Amar Nik Abdullah yang diulas oleh penulis dan kolomnis Harakah Subky Abdul Latif.

Hampir 90 peratus isi pembentangan di dalam kesemua kertas kerja itu menceritakan pengalaman pahit suka duka Pas dalam tempoh tiga dekad dari tahun 1970 - 2000, di mana dalam tempoh itu Pas mengalami pasang surut dan peristiwa memedihkan kalah pada tahun 1978.

Semua pembentang memberi sorotan jelas dengan penuh kesayuan dengan peristiwa kekalahan Pas pada tahun 1978 itu di mana menyebabkan kerajaan Pas yang bertakhta selama 18 tahun jatuh. Semuanya bernada insaf agar peristiwa pahit yang menghitam sampai ke tulang itu tidak akan berlaku lagi.

Saya sendiri merasakan antara tujuan seminar tersebut ialah bagi menggerakan semangat para pendokong Pas untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pada zahirnya agak mudah untuk dimenangi Pas tetapi hakikatnya ia sungguh menjadam.

Para pembentang dan juga pengulas bersetuju peristiwa hitam yang menimpa Pas 1978 sehingga menyebabkan Pas kehilangan kerajaan disebabkan berlakunya perpecahan di dalam Pas. Perpecahan itu terjadi apabila pemimpin sudah tidak sekata dan ada yang sedia menjadi ‘keldai perut labuh’ kepada Umno.

Ia ditambah pula dengan kelicitan dan kebejatan Umno mengkhianati Pas menerusi satu persepakatan kononnya untuk kebaikan Melayu dan Islam walhal untuk memperdayakan Pas secara penuh tektikal setelah gagal menerusi pilihan raya.

Mohamad Nasir yang didokong sebagai tokoh jujur dan bersih telah diperalatkan oleh Umno yang bertujuan untuk menjatuhkan Pas. Kerana keralikan dan dodoian lunak dari para penggesek rebab Umno menyebabkan Mohamad Nasir ‘kemamaian' dan tertidur dalam pangkuan Umno bermimpi bercekerama dengan puteri kemudian setelah tersedar terus membenci Pas.

Dalam hal ini tidak ada pihak yang cuba merungkaikan apakah sebab Mohamad Nasir ketika itu menjadi gila kepada Umno atau menjadi seperti ikan yang masuk ke dalam tual? Perlu ada kajian penyiasatan kenapa Mohamad Nasir yang dikenali sebagai seorang yang jujur, warak boleh terlarut begitu sekali dalam Umno. Apakah tidak mungkin beliau sudah termasuk dalam jerat dan pemainan jahat Umno yang memualkan?

Bagaimana pun dalam konteks jemaah, pengalaman pahit dilalui Pas itu bukan saja disebabkan perubahan sikap dan wala' Mohamad Nasir kepada Umno. Tetapi ada juga kesalahan di sebelah Pas sendiri terutama kumpulan 20 yang beriya untuk memecat Mohamad Nasir. Tindakan tergesa-gesa itu telah diambil kesempatan oleh Umno dengan menyokong dan mempertahankan ‘perkakasnya’ itu.

Isu Mohamad Nasir kemudian membawa kepada kemusnahan Pas ini adalah perancangan Umno awal-awal lagi. Umno sengaja mencipta situasi tidak menyenangkan Pas, mencampuri urusan Pas dengan harapan berlaku perbalahan itu. Dan, ternyata usaha Umno itu berjaya. Di sini dapat disimpulkan bahawa Umno memang licik, jahat dan syaitan yang tidak perlu dikawani dan didekati.

Barang kali benarlah kata-kata bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Ahmad Fakaruddin (allahyarham) seperti mana dituturkan Hashim Hj Omar, dua syarat kalau hendak menjadi ahli Umno, pertama kena jahat dan kedua kena menjadi bodoh. Peristiwa Umno menyodok Pas dalam selimut itulah juga menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat serik dengan Umno sampai ke hari ini.

Di seminar semalam peserta membangkitkan tentang pembentukan kerajaan campuran di antara Perikatan dengan Pas pada tahun 1971 – 1972 yang kemudiannya membawa kepada penyertaan Pas ke dalam BN (1978) di mana dengan penyertaan itu Pas dipersundalkan menyebabkan Pas kehilangan maruah dan kerajaan.

Abdul Halim menjelaskan pembentukan kerajaan campuran dan BN itu dibuat menerusi muktamar Pas yang kemudian keputusan itu disemak oleh Dewan Ulamak. Katanya tidak timbul kalau penyertaan Pas itu dibuat secara sewenang-wenangnya kerana ia terlebih dahulu dirujuk kepada Pas. Lagipun katanya “tahlul syiasahi” yang dibuat pada masa itu baik ketika itu.

Perkara yang menyebakkan hati yang diceritakan pada seminar itu ialah bagaimana Pas menghadapi saat kritikal pada tahun 1982 apabila ramai pemimpin Pas termasuk presidennya sendiri meninggalkan Pas. Asri bersama rakan-rakannya yang terdiri dari pemimpin kanan telah menubuhkan Hamim sebagai lawan Pas. Niat Asri menubuhkan Hamim itu adalah untuk menghancurkan Pas.

Saat inilah Pas dianggap sudah kehabisan nyawa dan akan berkubur. Ramai meramalkan Pas akan jadi gemulah. Apa lagi pada pilihan raya 1978 Pas hanya menang dua kerusi sahaja satu di Sering menerusi Abdullah Arshad dan satu lagi di Manik Urai menerusi Abdullah bin Su. Umno mengejek Pas ketika itu sudah tinggal batu nesan saja.

Ekoran penghijrahan dan peninggalan beberapa pemimpin Pas termasuk Mohd Asri Muda, Wan Ismail Wan Ibrahim, Wan Sulaiman Wan Ibrahim, Sallahuddin Abdullah, Nik Abdul Rahman (Nik Man) dan lain-lain menyebabkan Pas Kelantan tidak ada pemimpin sehingga Pas Kelantan ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pas Pusat. Keadaan ini sungguh memeritkan.

Waktu inilah Pas benar-benar dalam keadaan sulit dan mencabar serta menguji sejauh mana tahap dan daya perjuangan ahli dan penyokong bawahan. Keadaan ini menyebabkan Pas Kelantan mencari-cari orang atau tokoh untuk dilantik menjadi ketua Pas Kelantan. Di sinilah Pas Kelantan melihat kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulamak Pas Malaysia untuk dijadikan ketua.

Beberapa pemimpin Pas Kelantan terutamanya kalangan Pemuda yang ketika itu diketuai oleh Abdul Halim Abdul Rahman mencadangkan Nik Aziz. Nik Aziz pada mulanya tidak setuju dan selepas kali kedua beliau bersetuju bersyarat beliau hendaklah dibantu.

Kesediaan Nik Aziz untuk menjadi obor baru kepada Pas Kelantan inilah telah memulihkan semangat ahli dan penyokong Pas yang hampir lumpuh. Alhamdulilah Nik Aziz yang dianggap lemah tidak tahu berpolitik sebaliknya muncul menjadi khalifah baru memimpin Pas Kelantan dan mencatat kejayaan lebih besar dan bersejarah.

Dalam pada itu cerita Wan Abdul Rahim Pas kawasan Kota Bharu adalah antara yang teruk menerima pukulan itu. Daripada 24 orang ahli jawatankuasanya 16 telah meninggalkan parti dan yang tinggal hanya lapan orang saja. Pas Kota Bharu lumpuh.

Untuk memulih dan membangunkan sisa-sisa semangat yang masih ada cerita Wan Rahim, Pas melantik seorang cikgu bernama Daud menjadi pemangku Yang Dipertua dan Ustaz Mawardi sebagai timbalannya manakala dia sendiri bertindak sebagai setiausaha kawasaan. Bermula dari situlah Pas perlahan-lahan bangkit kembali.

Manakala detik pemulihan Pas selepas kalah teruk 1978 bermula dengan satu tamrim khas yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas Kelantan bertempat di pejabat Pas Jalan Dato’ Pati. Tamrim itu diadakan selama tujuh hari tujuh malam, untuk memulih semangat dan menyuntik bara perjuangan. Ia dikepalai oleh Ketua Dewan Ulamak Pas waktu itu Tuan Guru Hj Zakaria Ismail (allahyarham).

Bermula dari situlah Pas mulai bangkitk untuk menebus kekalahan dengan Nik Abdul Aziz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Pas yang dibantu oleh Mohamad Amin Yaacob (allahyarham), Ustaz Yahya Othamn dan lain-lain.

Tidak boleh dilupakan peranan dimainkan Pemuda itu waktu adalah cukup penting sekali memandangkan segala kerenah dan tribulasi politik dihadapi oleh Pemuda dan plan pembangunan politik Pas Kelantan juga dianyam oleh Pemuda dibawah pimpinan Abdul Halim dan Wan Mohamad Jamil Mohamad (allahyarham).

Omar Mohamad menyimpulkan kebangkitan semula Pas itu disebabkan beberapa prinsip dan jati diri unggul yang ada kepada ahli dan pendokong Pas. Dalam penilaiannya ciri-ciri yang ada dan memungkinkan pemulihan Pas itu ialah;

i) Perpaduan,

ii) Pengorbanan,

iii) Keikhlasan,

iv) Mencari keredhaan Allah.

Jelasnya waktu itu perpaduan dalam Pas cukup kuat sekali ia terbentuk dengan berbagai aktiviti dilakukan seperti tamrim, khemah kerja dan sebagainya. Ahli-ahli juga banyak berkorban masa, tenaga malahan wang. Walaupun Pas tidak mempunyai wang tetapi dengan adanya sikap berkorban dari ahli masalah wang dapat diatasi.

Suka saya menyebut pengalaman sendiri di sini, bagaimana seorang penceramah Pas Cikgu Musa Salleh (allahyarham) akan melilau di kaki lima kedai Jaaffar Rawas bagi mendapatkan seringgit dua dari kawan-kawan untuk beli minyak petrol untuk pergi berceramah. Saya rasa paling banyak membantunya ialah Jaaffar Rawas (allahyarham). Setiap kali beliau dipanggil berceramah beliau akan melilau di situ untuk mendapatkan wang minyak. Saya sendiri pernah membeli minyak RM5 apabila kereta kehabisan minyak semasa perjalanan pulang dari mengikutinya ceramah di Kuala Krai.

Ahli Pas ikhlas dalam menggerakan perjuangan. Mereka tidak berfikir untuk mengayakan diri apa yang difikirkan untuk mengembalikan kerajaan Pas dan menghancur kerajaan BN yang dianggap sebagai “taghut”.

Justeru Omar merasa sedikit bimbang dengan perkembangan dalam Pas hari ini. Ciri-ciri yang disebut tadi sudah agak mengecil. Misalnya kehadiran pada seminar itu yang tidak begitu menggalakkan menyebabkan beliau bimbang akan masa depan Pas atau merasakan bahawa ahli dan petugas Pas hari ini tidak seperti dulu lagi. Hal ini tekannya hendaklah diberi perhatian dan semua ahli perlu kembali kepada semangat sejati Pas.

Semua pembentang bagaimana pun berlunak dan terus-terusan memuji Nik Aziz sebagai pemimpin. Tidak terkecuali, setiap pembentang akan membawa cerita indah mengenai Nik Aziz. Dalam seminar sedemikian elok juga kalau aspek negatif mengenai Tok Guru ditimbulkan untuk dibincang dan diambil iktibar.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan cara Mohd Amar yang berterus terang melemparkan beberapa subjek negatif terhadap kerajaan Pas hari ini untuk direnungi. Katanya ada beberapa perkara yang masih belum dilaksanakan oleh kerajaan hari ini dan itu merupakan cabaran kepada Pas.

Salah satu ialah pengimplimentasian Islam dalam aspek tertentu masih kabur dan Pas masih tercari-cari pendekatan dan kaedahnya. Justeru katanya kalau cabaran ini tidak diatasi ia akan menjadi masalah kepada Pas. Dalam hal itu beliau mengingati sejarah selalu berulang, jadi tidak mustahil Pas boleh kalah.

Sebagai penutup kepada ulasan kecil ini saya hendak menarik perhatian mengenai perpaduan di kalangan ahli Pas terutamanya diperingkat pimpinan tertinggi Pas. Apa yang saya klasifikasikan sebagai wujudnya ‘tanah-tanah rancangan’ masih wujud di Kelantan. Masih ada pemisahan sempadan privat e dalam tanah dalam satu lot itu. Sempadan peribadi ini hendaklah dimansuhkan segera dan semua pihak perlu menggunakan sempadan lot besar.

Saya sebut ini kerana saya nampak dalam pemilihan calon masih lagi terikat kerpada sempadan-sempadan peribadi. Begitu juga dengan seminar itu sendiri nampaknya semua fraksi Pas tidak terlibat dan ianya ada semacam pemonopolian satu pihak sahaja. Walahualam. [wm.kl.1:00 t/hari 11/02/12]

Friday, February 10, 2012

Ulasan Isu

Najib Tidak Peduli Nasihat Mufti

Ada orang bertanya kepada saya - memusykilkan, kenapa Hasan Ali alias Hasan Akidah tidak menegur kehadiran Ha Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor ke Batu Cave untuk menyambut perayaan keagamaan Thaipusam.

Saya tidak menjawab atau memberi andaian di atas apa yang berlaku itu, cuma berkata; "Hasan tidak membuat apa-apa teguran kerana Ngo yang dibentuk untuk memperjuangkan akidah ummah bernama Jati selepas beliau dipecat Pas masih belum dilancarkan lagi. Menurut Hasan Ngo akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Kata saya kepada si penanya itu sambil berseloroh mungkin selepas 21 Februari ini baru Hasan Akidah akan memberi komen dan fatwanya terhadap tindakan Najib itu. Mungkin menjadi kesalahan atau tidak valid kalau dia menegur sebelum Ngo itu dilancarkan.

Orang itu berkata kepada saya secara bercanda juga, apakah setelah dirasmi baru boleh tegur Najib, atau memang Hasan Akidah penakut dan membuat kritikan memilih bulu? Sepatutnya sebagai ulamak tersohor memiliki Phd beliau harus menegur sesiapa saja. Saya tidak memberi jawaban kerana persoalan itu saja-saja dilepaskan. Sedangkan orang itu saya kira dia sudah tahu kenapa Hasan tidak bingkas dan 'melembu' untuk mengkritik Najib seperti dia membedal Pas.

Kenapa saya berfikir begitu, pertama saya kira dia merasa ilmu Hasan tidak cukup, kedua kerana orang yang hendak ditegur itu perdana menteri yang kini sudah menjadi idolanya selepas Najib mengambil pendekatan Islam Wasatiyyah. Cuba kalau pergi ke batu Cave itu Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim berkebut dikritiknya.

Kalau begitu kata orang itu lagi macam mana dia (Hasan Akidah) mendabit dada sebagai pejuang akidah. Apakah soal akidah itu terkena ke atas Pas dan Anwar sahaja dan Najib tidak? Saya malas juga untuk menjawabnya dan saya biarkan kepadanya. Saya dah jelas seperti di atas tadi.

Barang kali mungkin Hasan Akidah fikir tidak menjadi masalah sebab Najib orang Umno. Orang Umno yang menganut faham sekular merasakan tidak menjadi kesalahan untuk hadir ke tempat-tempat begitu. Bagi Hasan mereka yang berfahaman asabiyyah dibenarkan untuk memasuki rumah ibadat agama lain dan turut meraikan perayaan keagamaan itu. Tidak pelik bagi Umno tetapi pelik kepada Pas.

Dan hari ini bila mana Mufti Perak Harussani Zakaria menegur perbuatan Najib itu jelas pegangan dan keyakinan agam syariat agama Hasan Akidah tidak sejauh mana atau mazhab Hasan Akidah menghalalkan perbuatan Najib itu. Atau pun beliau tidak jujur dalam membuat teguran dan memilih bulu. Asalkan Pas tidak boleh asalkan Anwar tidak boleh, kalau Umno orang yang ingin dikawaninya boleh?

Harussani tanpa kompromi menyatakan terkilan atas perbuatan Najib itu yang diibaratkan sebagai menggadai akidah dan perbuatan itu sebagai syirik. Sebelum ini Harussani sudah pun memberi nasihat tetapi nampaknya Najib masih mengulangi perkara yang sama. Apakah yang boleh dihukum kepada manusia yang degil dan terus bergelumang dengan kekufuran?

Harussani berkata majlis-majlis keagmaan seperti Thaipusam itu bukan patut dihadiri tetapi perlu dihindari kerana ia kurafat kerana ia majlis keagamaan dan budaya.

Dalam pada itu Harussani juga hairan kenapa Menteri Agama tidak menasihati Najib? Sepatutnya Jamil Khir Bahrum memberi pandangan dari segi agama dan tidak begitu mementingkan soal politik. Benar agama tidak boleh dipisahkan dari politik, tetapi agama itu ialah Islam bukan dengan agama-agama lain.

Sebenarnya Harussani tidak merasa hairan kalau Jamil Khir tidak berkata apa-apa kepada Najib. Kalau wang zakat beliau boleh benarkan untuk disalah gunakan apalah sangat dengan kunjungan Najib yang lengkap dengan memakai Kurta baju raya Thaipusam itu mengujungi batu Cave.

Mungkin Jamil berfikir anak tangga untuk naik ke batu Cave tidak akan berubah dengan kunjungan Najib itu? [wm.kl.6:30 pm 10/02/12]

Susupan Tengahari

Pas Perlu Ajar MB Terengganu

Kalau benarlah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said menyifatkan Pas sebagai Parti Ajaran Sesat, para pemimpin Pas khasnya Pas Terengganu tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas MB yang bermata perit-perit itu. Tidak perlu bertolak ansur saman saja MB kurang garam itu.

Tuduhan atau serangan politik Ahmad itu sudah melampau. Dia telah menghina Pas dan tuduhan itu juga merupakan fitnah besar. Mungkin tuduhan seumpama itu boleh dilakukan kepada ajaran Ayah Pin di Besut tetapi bukan Pas. Pas adalah sebuah pertubuhan siasah yang berdaftar dan mempunyai maruah serta keahilian lebih 1 juta.

Kalau ayam kemacar Umno atau bloger polong membuat tuduhan itu tidak mengapa. Ia setaraf dengan tahap pendidikan yang mereka miliki dan cara berfikir bloger-bloger polong. Ini Ahmad Said seorang MB sebuah negeri tidak patut membuat kenyataan itu dalam keadaan bagaimana sekali pun.

Mat Said dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang kerajaan - BP1M di Kijal dua tiga hari lepas.

Ahli Jawatankuasa Pas Abu Bakar Chik marah dengan kenyataan Mat Said itu dan dilaporkan sebagai berkata memberi tempoh tertentu agar Mat Said menarik balik kenyataan itu jika tidak tindakan akan diambil.

Sebenarnya tidak guna Bakar Chik memnberi amaran lagi kepada orang seperti Mat Said yang tidak tahu menghormati langsung perasaan dan hati orang lain. Kenyataan Mat Said itu juga tidak mengukur ke diri partinya terlebih dahulu. [wm.kl.2:09 pm 10/02/12]

Thursday, February 9, 2012

Pandangan Sore

Apa Salahnya Kalau Salahuddin Calon MB Johor?

Politik penuh dengan spekulasi, prvokasi dan prediction. Ia juga dibumbui dengan impian dan cita-cita menggunung oleh para pemainnya. Ada kalanya ketiga-tiga elmen itu disengajakan untuk mendapat respons bagi melihat hakikat sesuatu apa yang dibayangkan itu. Spekulasi laksana umpan yang dilontar ke tengah lautan untuk melihat ikan apa yang berlegar di bawahnya.

Provokasi pula seperti api yang dicampak untuk menimbulkan atau membentuk sesuatu keadaan dengan tujuan tertentu. Mewujudkan sauasana agar ia boleh dimanfaatkan - mengambil kesempatan.

Prediction pula ialah ramalan mengenai sesuatu perkara. Ramalan ini juga merupakan idea dan menjadi jalan keluar apabila timbul keserabutan dalam keadaan-kedaan tertentu. Predection yang rasional boleh membantu menyelesaikan masalah yang buntu.

Banyak perkara yang mulanya hanya spekulasi, provokatif dan prediction tetapi berakhir dengan realiti. Atau pun gara-gara elemen itu ia mendedahkan maklumat sebenar yang terselindung selama ini. Spekulasi selalu menjadi tektik media massa apa lagi yang bekerja untuk mana-mana kuasa bagi mendapatkan maklumat ataupun memecahkan suasana.

Selain itu spekulasi juga bertindak sebagai rangsangan dan juga mengemukakan jalan keluar dari sesuatu masalah. Pendeknya spekulasi membawa dua pengertian baik dan tidak baik. Gara-gara bermula dengan spekulasi yang boleh menjadi bara yang membakar hangus suasana dan membentuk momentum baru.

Lantaran itu saya melihat adan elemen demikian mengenai spekulasi media masa berhubung kedudukan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub (foto) yang dikatakan akan dilantik menjadi MB Johor kalau Pakatan Rakyat menang. Mengapa tidak, hasil spekulasi itu menyebabkan para pemimpin Pas bersuara memikirkannya. Pemerhati politik juga mulai berfikir apakah layak atau mampu Sallahuddin memikul tanggungjawab besar itu.

Sebenarnya saya sendiri sudah lama memikirkan mengenai masa depan Salahuddin dalam politik tetapi tidak begitu tegal untuk membuat spekulasi berkenaan bagi mengelak timbul salah tanggap atau kurang selesa oleh Salahuddin sendiri.

Pernah seorang pemimpin Pas memberi cadangan kepada saya supaya menulis sambil menyarankan mana-mana pemimpin yang mencipta nama di luar kawasan hendaklah balik ke negeri asal. Mereka yang bertanding di negeri bukan negara asal mereka dianggap sebagai perantau politik.

Hujah itu ada logiknya. Katanya satu masa kita mengur-uarkan dan memberi tahu rakyat kita ada harapan besar untuk menawan sesuatu negeri, sedangkan kita sendiri tidak bersedia untuk pulang bergelanggang di tempat sendiri. Keadaan ini boleh mengelirukan dan konfiden rakyat akan berkurangan. Tetapi kalau kita sedia pulang bertungkus lumus dan rela kalah di bumi sendiri ia akan memberi rangsangan besar kepada rakyat.

Pemimpin Pas itu adalah bekas Pesuruhjaya Pas menuju langsung saranan itu kepada Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin yang berjaya meraih name tag sebagai wakil rakyat di Kelantan. Tingkahnya lagi macam mana kita hendak menyakinkan rakyat sedangkan kita sendiri berada di tempat orang.

Pendapat pemimpin itu sama dengan saya. Iya disokong oleh beberapa orang pemimpin yang kebetulan berada di tempat itu.

Justeru bila mana timbul cerita Salahuddin hendak dilantik menjadi MB Johor saya merasakan perkembangan itu sesuatu yang menarik. Cadangan atau remours itu menandakan Sallahddin sudah sampai ke tahap boleh menjadi MB. Dari sisi lain ia mulai memberi tanggungjawab kepada Salahuddin untuk mempersiapkan diri bagi mengapai impian politik lebih besar. Atau dalam konteks politik ia adalah ujian dan cabaran sebenar kepada beliau sebagai seorang ahli politik.

Dengan kedudukan sebagai Naib Presiden beliau sudah boleh mempersiapkan plan dan strategi macam mana untuk menawankan Johor. Sudah sampai masanya Salahuddin berfikir dan bertindak seperti Salahuddin Al Ayubi (Saladdin) yang menakluki Baitulmuqaddis untuk dia menakluki Johor dan meruntuhkan kekuasaan Umno.

Salahuddin tidak hanya perlu menumpang kasih di negeri orang yang mana orang akan sayangi kita selagi orang tidak mendapat cinta yang baru. Apa pun kita, bagaimana kuat tumpuan kita orang akan tetap menganggap kita adalah dagang politik.

Untuk mencipta empayar dan kuasa baru Pas di Johor Salahuddin boleh bergabung tenaga dan idea dengan pemimpin di Johor yang sedia ada. Dengan Pesuruhjaya Pas Johor Dr Mahfodz Mahamed bersama Mazlan Aliman dan lain-lain. Berdasarkan kepentingan dan perkembangan itu saya rasa tidak salah kalau Sallahddin digelar sebagai bakal MB Johor.

Salauddin sendiri tampaknya tidak menjadi masalah kalau beliau sudah tidak diberikan peluang untuk bertanding di Kubang Kerian. Beliu redha. Terdengar khabar ada formula dibuat calon luar hanya diberikan setakat dua penggal saja bertanding di Kelantan.

Ini bermakna Dr Mohd Hatta Ramli, Saifuddin Nasution Ismail masih ada ruang lagi untuk bertanding di Kelantan kerana mereka baru menang sepenggal. Manakala Nasharudin Mat Isa walaupun menang sekali saja di Bachok tetapi disebabkan sikapnya berjiwa kecil kemungkinan tidak akan diberi peluang untuk terus bertanding di Bachok. Kandati Pas Bachok masih mencari calon tetapi ia pasti tidak bekas timbalan presiden Pas itu.

Salahuddin malahan secara merendah diri katanya kalau dia aktif di Johor bukan bermakna dia ingin menjadi MB. "Soal jawatan tidak penting bagi saya, saya tidak mengejar jawatan yang penting kemenangan Pas," demikian ujarnya. Syabas dan tahniah Salahuddin itulah semangat yang kita mahui yang ada terselam di dalam diri orang yang hendak jadi pemimpin. Tidak mudah tersinggung dan senantiasa meletakkan keutamaan parti dan perjuangan di atas. Saya yakin orang seperti Salahudin tidak akan melemparkan timba upih dalam telaga walaupun dia sukar untuk menceduk air seperti sesetengah orang.

Apapun di sini saya ingin mengulangi apa yang pernah saya ucapkan bersabit dengan cadangan perpindahan Husam Musa (foto) dari state ke pusat seperti mana diura-urakan. Husam dikatakan akan dipindah ke Parlimen dalam pilihan raya akan datang dengan harapan diberikan jawatan lebih bermakna. Tindakan itu saya menyifatkan cuba menjanjikan ikan besar untuk Husam sedangkan kail belum dijatuh ke air lagi.

Begitu juga mengenai Salahuddin ini jangan menjanjikan ikan besar untuknya kerana dalam konteks Johor usah kail belum jatuh ke air, tangsi dan joran masih belum dibeli. Kini Salahudin sendiri nampaknya bertungkus lumus untuk membeli kail dan joran untuk memancing di sungai Johor.

Timbul juga kebimbangan dihati saya, Salahuddin nanti akan menjadi si Lebai Malang yang dicipta oleh Pas. Baik-baik senang di Kubang Kerian nanti mencari naas di Johor. Adalah terlalu sayang untuk Pas kehilangan seorang wakil rakyat seperti Salahuddin yang rajin dan beriltizam tinggi. Bagi rakyat Kelantan sendiri khususnya rakyat Kubang Kerian dan amnya Kelantan dapat melihat bagaimana Salahuddin mendokong aspirasi kepimpinan ulamak dan juga membangkitkan isu-isu untuk kepentingan Kelantan pada setiap kali parlimen bersidang.

Walau apa pun sekiranya Salahuddin terpaksa juga berpindah ke Johor saya doakan beliau sejahtera di sana. Beliau harus sedar dengan kedudukannya sebagai pemimpin layer ketiga dalam Pas selaku Naib Presiden nombor satu beliau menjadi penting dan begitu juga cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan perjuangan Pas juga makin mencabar.

Sememangnya beliau layak untuk berdepan dengan Abdul Ghani Othman. Cuma sayang sedikit beliau lewat diberikan panji untuk dikibarkan di Johor. Kalau ini menjadi sedikit masalah inilah masalahnya. [wm.kl.6:30 pm 09/02/12]

Meraut Rasa Selepas Subuh

Dr Mu'ti: Polong Import Untuk Kacau Anwar

UBN sudah kehabisan modal dan kudrat untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan sekaligus menghancurkannya. Berbagai cara dan kaedah telah digunakan. Modal atau hujah secara ilmiah sudah lama habis. Ternyata tokoh-tokoh dan pemimpin UBN tidak mampu untuk berdepan dengan kepetahan Anwar.

Bukan itu saja, idea atau hujah di sebelah UBN sudah dapat difahami rakyat sedalam-dalamnya. Mereka tidak lagi dapat merujakan rakyat dengan janji. Politik retorika UBN sudah berakhir.

Lantaran itu UBN mengambil pendekatan baru, memperkenalkan politik brutal dan melantik seberapa banyak samseng. Dalam masa sama UBN tidak terlupa juga melantik atau memberi lesen kepada polong untuk mengganggu rakyat dan khususnya Anwar Ibrahim yang mereka lihat sebagai penghalang utama yang berwibawa.

Mengenai penggunaan polong ini tidak cukup dengan menggunakan para polong dalam negeri media penjilat buntut UBN sanggup menggunakan polong dari negara jiran untuk memberi persepsi buruk ke atas Anwar Ibrahim.

Di dalam negara sudah segala macam orang digunakan untuk menjadi polong bagi memburuk Anwar. Dari golong ahli politik, ekonomi, sejarawah, pensyarah sampailah kepada ustaz berjubah lusus dijadikan polong. Dilantik menjadi propagandis memburukkan Anwar demi mempertahankan kerajaan UBN.

Penggunaan orang politik untuk menjadi polong ini selepas UBN 'giler' memikirkan atau kehilangan akal macam mana hendak memusnahkan Anwar. Sudah 12 tahun diusahakan untuk hancurkan Anwar tetapi ia tetap juga tidak berhasil.

Itu Dr Mahathir Mohamad bolehlah dianggap sebagai jeneral polong untuk menghancurkan Anwar. Sudah bermacam-macam dilakukan bagi memusnahkan Anwar dan keluarganya sekali tetapi belum berjaya. Mahathir bukan saja setakat memalukan, merendahkan moral Anwar dengan tuduhan liwat, layan pelacur dan sebagainya tetapi sudah dipenjarakan.

Usaha itu semua tidak berjaya. Kadang kala kesian memikirkan nasib Mahathir Mohamad. Walaupun sudah berada dalam ruang persaraan yang mana waktu subsidi itu perlu dihabiskan dengan cucu dan cicit, tetapi beliau masih tidak tenang dan dapat menggunakan masa itu untuk rehat. Beliau terus berkerja untuk memusnahkan Anwar.

Walaupun sudah bersara dari menjadi PM selama lapan tahun namun Mahathir tidak senang. Tidur dan masa rihatnya dengan cucu tergangu kerana dikejar bayang yang tidak pasti. Apakah Mahathir bimbang kalau UBN tidak berkuasa dia akan didakwa? Mahathir seorang yang tidak mudah mempercayai kepada seseorang yang sudah diraguinya. Walhal Anwar sudah pun memaafi apa yang Mahathir lakukan kepadanya. Sepatutnya Mahathir menerima maaf itu dan menjauhi diri dari politik Anwar dan berihat sepuasnya.

Mahathir adalah jeneral polong politik yang bukan sahaja berusaha keras untuk memusnahkan Anwar yang tidak musnah. Ia diikuti oleh para polong politik lain. Mereka yang dulu bersama Anwar atau Pakatan Rakyat, tetapi memalingkan ke arah UBN bolehlah disifatkan polong - polong upahan. Polong ini pula bermacam wajah ada yang makan telor, makan daging, makan pucuk dan ada juga yang memakan dengan jawatan senator.

Mereka bertindak kerana tidak cukup makan, atau pun tergoda dengan umpan dan pengkeras dari UBN atau kerana gagal mencapai hasrat dan cita-cita mereka, tidak cukup syarat pertapaan menyebabkan mereka bertukar menjadi polong. Kini ada si polong baru sedang belajar untuk memolong dengan memaki hamun kawan dan partinya dan juga Anwar Ibrahim. Berapa banyak jamu-jamuan untuknya?

Tidak ketinggalan juga ustaz berjubah lusus, janggut seronyeh juga menukar profesyen menjadi polong. Sedikit ilmu agama dan kewarakan dibuat-buat digunakan untuk meluluskan diri sebagai polong. Bagi saya mereka berpaling tadah bukan kerana kesalahan Anwar tetapi kerana ada rangsangan lain seperti kecewa. Kalau mereka bertindak kerana tidak setuju dengan Anwar, timbul pertanyaan kenapa baru hari ini, setelah lebih 30 tahun bersama Anwar?

Untuk memburukkan Anwar bermacam-macam tuduhan dan dakwaan yang dilakukan. Salah guna kuasa, menjadi penyokong Yahudi, menjadi anak emas Amerika Syarikat, sokong Israel semuanya dihumban kepada Anwar. Tidak cukup itu Anwar diburukan dengan tuduhan dan fitnah ke atasnya. Direndahkan maruahnya dituduh sebagai peliwat, pelayan pelacur dan segala macam.

Golong yang terperasaan memiliki ilmu agama dan ahli mujtahid pula mengatakan Anwar sebagai pengamal atau menerima konsep pluralisme agama? Apa pluralisme? Ataua sebenarnya kura-kura lisma?

Toh Anwar tidak juga musnah malahan makin dipolongi, makin kuat, makin diyakini rakyat. Rakat makin menggilai Anwar dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada Anwar. Ini dunia, satu pihak mengeji satu pihak memuji.

Polong dari Indonesia

Terbaru yang menjadi polong untuk mengacau Anwar ialah orang bernama Dr Abdul Mu'ti. Malu mendengar dajat dan kelulusan orang ini (sebagai Doktorat) tetapi masih sanggup menjadi polong dan sesat dalam maklmal ilmunya. Apakah dia ini sudah tidak cukup makan sehinggakan sedia menjadi polong di negara orang?

Abdul Mu'ti yang menjadi setiausaha pertubuhan gerakan agama terbesar Muhammadiyah dari Indoneia. Dia mempertikaikan kenyataan Anwar dalam akhbar The Wall Street Journal berhubung pandangan Anwar terhadap Israel dalam konteks sejagat dan kemanusiaan.

Kata Mu'ti kalau tujuan Anwar mengeluarkan kenyataan itu untuk menarik perhatian Amerika ia adalah perbuatan silap, tidak bijaksana dan memakan diri sendiri. Jadi Mu'ti tidak dapat mengesankan secara benar apakah tujuan Anwar membuat kenyataan itu. Apakah adil beliau untuk mengulas mengenai hal itu sedangkan tidak mengetahui niat sebenar Anwar?

Mungkin kita boleh bersetuju dengan pandangan Mu'ti itu dan pandangannya ada relevensinya dalam konteks umat Islam. Selaku umat Islam kita perlu kecam Israel. Itu wajib. Tetapi dalam masa sama kalau kita tidak mengambil sikap tasamuh - bijaksana, tentang begitu sia-sia saja kerana bangsa itu memiliki kekuatan.

Justeru komen Mu'ti itu masih boleh dipersoalkan. Apakah beliau sudah menghayati serta tahu siasah Anwar di sebalik apa yang Anwar kata itu dan juga membaca penjelasan Anwar? Atau dapat mengorek apakah maksud sebenar Anwar berkata demikian? Beliau tidak boleh menghukum dan memfatwakan kata-kata Anwar hanya berpandukan kepada apa yang disiarkan saja, atau lebih-lebih lagi apa yang diterjemahkan oleh media penjilat buntut kepadanya. Betgapa pedasnya lada kita tidak akan mampu membayangkannya kalau selagi kita tidak mengigitnya.

Saya tidak mengira Mu'ti diupah untuk membuat ulasan itu bagi kepentingan mana-mana pihak. Orang Muhammadiyah tidak sesekali akan termakan dengan rasuah dan jauh untuk membuat fitnah dan mencelarukan pemikiran umat. Kalau orang Muhammdyiah juga lebih kurang sama dengan golongan sekular lain maka dunia ini sudah tidak ada pelindung, khasnya di Indonesia.

Mu'ti gampang mengatakan Anwar tidak bijaksana, tetapi apakah dia lebih bijaksana dan berada dalam alam sedar? Ketidakbijaksanaan ini juga saya tampak berlaku kepada diri Mu'ti sendiri. Beliau juga dalam konteks ini tidak fatanah apabila beliau mengkritik Anwar sebagai rakyat Malaysia. Cara Mu'ti sebagai mahu menghulur tangan ke dalam belanga politik negara ini. Apakah hak beliau sebagai wargana negara Indoensia untuk mengkritik peribadi Anwar sedangkan Anwar adalah milik Malaysia?

Bukankah perbuatan itu sudah mencampuri urusan politik peribadi orang politik negara ini? Tidakkah tindakan itu boleh dianggap menceroboh geografi siasah Malaysia yang mana tidak pernah ada rakyat negara ini mengkritik begitu ke atas mana-mana sosok Indonesia.

Sebagai serang cendekiwan beliau boleh memberi pandangan mengikut ilmu dan prinsipnya secara umum dan tidak mensasarkan kepada sesiapa. Tetapi apabila mengulas langsung mengenai seseorang yang berjiran dengan kita, apa lagi kenyataan dan tindakan Anwar itu tidak kena mengen dengan soal politik negara dan bangsa Indonesia Mu'ti tidak bijak dan tidak rasional serta boleh dianggap sebagai B I A D A P.

Saya melihat cara Mu'ti ini juga tidak adil dan semacam melihat dengan sebelah mata, atau ternampak apa yang berlaku kepada diri Anwar sahaja. Apakah dia juga melihat kepada yang lain. Sekali lagi kalau berhajat untuk menjadi komentator politik Malaysia, harus menyeluruh dan bukan terpetak-petak, dong. Kita mahu dengar apa pula pandangan Mu'ti terhadap tindakan Malaysia alias Najib Razak yang mengadakan hubungan dagang dengan Israel? Sila bagi komen yang jujur sesuai dengan status anda.

Saya sanjung kalau Mu'ti bersuara atas kepentingan umat Islam seluruhnya dan sebagai protes berterusan kepada kepada Israel. Sebenarnya bukan Muhammadiyah saja yang membenci Israel tetapi seluruh orang beriman dan cintakan damai. Setiap yang beriman harus memberi, bahkan melawan Israel. Kejahatan dan kebejatana Israel ini digazet dalam al-Quran.

Tetapi apabila Mu'ti hanya galak nampak keburukan Anwar berhubung Israel ini tetapi tidak nanpak pihak lain, menjadi pensyaraha itu sudah berat sebelah. Telornya sudah tidak sama besar dan tidak seimbangan. Kalau telor tidak sama berat pasti perjalanan Mu'ti akan ketara cacat di mana-mana.

Kalau beliau jujur beliau harus mengkaji sama apa yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, dalam hal ini Najib. Beliau harus komen macam mana kerajaan Malaysia menggunakan konsultan Apco dari Isrel. Atau terbaru seperti mana didedahkan oleh Badrul Hishamn (Cikgu Bard) berhubung dengan penghantaran minyak sawit oleh Malaysia ke Israel menerusi pelabuhan Tanjung Pelepas.

Jangan nampak apa yang dilakukan Anwar sahaja sedang dilakukan Najib diselindung seluruhnya. Paling kesal kalau tindakan itu kerana anda diberi sedikit keistimewaan duniawi. Seorang cendekiawan apa lagi Islam yang berpegang kepada prinsip keadilan dan kebenaran akan bercakap tanpa berpihak dan tidak sedia mengambil upah kerana bercakap untuk kepentingan pihak lain.

Jangan menjual harga cendekiawan dan status kita dengan harga yang sangat murah semurah sehingga ditertawakan oleh gagak-gagak yang menyelongkar tong sampah. [wm.kl. 8:04 am 09/02/12]

Wednesday, February 8, 2012

Ulasan Isu Projek Lembu Gemuk

Isu Projek Lembu Gemuk (NFC)
SPRM Siasat Sharizat Lebih Dua Jam

Hari ini SPRM telah memanggil Sharizat Abdul Jalil berhubung projek lembu gemuk (NFC) yang dikatakan berada dalam keadaan 'kucar kacir'. Sharizat disoal siasat selama lebih dua jam.

Dalam kenyataannya kepada media dia menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Dia juga mengakui tidak terlibat dengan projek berkenaan.

Sharizat juga mengucap terima kasih kepada SPRM. Dalam kenyataan kepada media itu beliau cuba menampilkan dirinya sebagai kuat dan tidak terganggu dengan siasatan itu. Mungkin Sharizat boleh merasa lega setelah disoal siasat, tetapi ia tidak bermakna beliau tidak dipanggil lagi. SPRM tentu akan memanggilnya bila-bila masa jika diperlukan. Kita berharap SPRM tidak ada belas kasihan di dalam hal ini kerana ia membabitkan wang rakyat.

Rakyat kini menunggu apakah hasil siasatan itu? Wibawa SPRM sangat diharapkan. Bukan rakyat mahu menganiaya Sharizat tetapi keadilan diharapkan. Sejumlah RM240 juta yang diperuntukan untuk projek itu adalah wang rakyat dan jumlahnya bukan RM250,000 tetapi juta.

Sharizat semasa perhimpunan agung wanita Umno telah menyingsing lengan baju kerana marahkan kepada Pengarah Strategi PKR Razifi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin (foto atas) yang mendedahkan penyelewengan projek tersebut. Sharizat membuat tafsiran serangan itu kerana hendak melemahkan wanita Umno yang memang menjadi sayap terkuat dalam Umno.

Rafizi dan Zuraidah sebaliknya menafikan dakwaan Sharizat itu. Pendedahan itu menurut mereka adalah untuk membolehkan rakyat menilai sendiri apa yang berlaku dalam kerajaan UBN. Bukan saja projek berkenaan merugikan wang negara tetapi banyak lagi projek-projek seumpama itu yang akan didedah satu persatu selepas ini. Bukan wang untuk projek itu saja tetapi projek lain juga rakyat perlu mengetahuinya.

Sekembali dari bercuti dan menunaikan umrah di Makkah Sharizat mengatakan dia kembali kuat dan sudah tenang. Dia tidak melayan serangan itu kepadanya. Anihnya kurang 72 jam balik dari Makkah dia berkata ingin menghantarkan baju kurung berwarna merah putih - pakaian rasmi wanita Umno kepada Rafizi. Katanya biar Rafizi kelihatan jambu.

Kalau Sharizat sudah tenang di Makkah dan memperolehi kekuatan menghadapi isu itu beliau tidak memperli Rafizi sedemikian. Beliau perlu mendiamkan diri saja. Tetapi apabila Sharizat tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya orang tahulah bahawa beliau belum 'muna' (sembuh) molek lagi.

Hari ini beberapa jam Sharizat berdepan dengan pegawai SPRM, di belah paginya Rafizi dan Zuraidah mendedah pula yang suami menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga itu telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

NONEKatanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Rafizi berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya laporan sebuah portal berita dipetik.

Pembelian itu dedah Rafizi dibuat pada bulan Mei 2010.

Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.

Persoalan timbul kini siapakah yang mendedahkan segala maklumat itu kepada Rafizi dan Zuraidah? Masalahnya dokumen mengenai pinjaman bank dan transaksi adalah benda rahsia. Apakah kerana penyelewengan begitu besar menyebabkan ada orang yang tidak sanggup melihatnya lagi.

Semoga selepas ini adalah pula pendedahan mengenai cakap-cakap mengatakan Tabung Haji kemungkinan akan kehilangan wang RM700 juta kerana menjadi penjamin kepada bank yang mengeluarkan pinjaman kepada syarikat menerusi sistem Sukuk? [wm.kl.8:26 pm 08/02/12]

Susupan Petang

Mat Sabu: Pas Tidak Bincang Mengenai Zaid

Ketika hadir pada majlis walimas anak Muhammad Sabu bertanya timbalan presiden Pas itu berhubung dengan kedudukan presiden parti yang hendak membubar partinya Zaid Ibrahim. Saya tanya Mat berhubung dengan kenyataannya kononya Pas sedia memberi kerusi kepada Zaid Ibrahim.

Saya nak tahu apakah benar Mat berkata demikian atau ia hanya spekulasi atau pun ada orang yang campak berita itu kepada media untuk membolehkan Zaid menguji market dan nilainya dalam pasar politik Pas.

Apa kata Mat; "saya kata kalau ada permohan (dari Zaid) dan perkara itu belum dibincangkan. Saya tak kata Pas nak bagi kerusi tetapi kalau ada permohonan mungkin boleh," begitulah tutur Mat Sabu menjelaskan kenyataanya.

Jelas bahawa Pas belum membincang apa-apa mengenai Zaid Ibrahim. Kehadiran bekas orang Umno itu ke majlis kenduri anak timbalan presiden Pas tengah hari kelmarin itu menjadi perhatian umum. Ada orang beranggapan kemunculan Zaid itu ada kena mengena dengan kenyataan lunak Mat Sabu terhadap Zaid.

Semasa saya sedang makan seorang muslimat Pas memberi tahu saya, katanya tadi Zaid Ibrahim ada datang dengan isterinya.

Saya melepas kata kepada muslimat Pas yang duduk di seksyen 7 Shah Alam itu dengan berkata; untuk apa dia datang nak mengending dengan Pas... nak minta kerusi dengan Pas. Tak malu..!" Muslimat itu hanya terdiam dan membela Zaid dengan berkata; biarlah dia datang.....

Saya memahami perasaan muslimat Pas itu lalu membetul balik kata-kata; ia bila seseorang itu diajak menghadiri majlis ia wajib hadir, yang mengundang hanya sunat sahaja. Tetapi yang menjadi persoalannya orang seperti Zaid tidak pernah nampak dalam majlis-majlis orang Pas seperti majlis Mat Sabu itu sebelum ini.

Tetapi tertakdirlah ada orang bagi lowongan kepada Zaid untuk bertanding atas tikit Pas seperti Inchek Ibrahim tentu dia akan mahu. Bagi saya dalam pandangan mata Zaid mahu berada dalam Parlimen sedangkan kedudukannya kini tidak tentu hala seperti pengembara kehilangan kompas.

Dalam pada itu saya tidak kira Pas Kelantan bersedia untuk menerima Zaid atau tidak. Pengalaman dikencing oleh Salentia masih diingati dan pedihnya masih terrasa sampai kini menyebabkan mungkin sukar bagi Pas. Pun begitu tidak mustahil kalau Zaid dirai Pas kerana dalam politik semua boleh jadi. Kalau Zaid diberikan kerusi seperti si Salentia saya percaya dia juga akan berbuat demikian.

Tidak payah berhujah panjang lebar mengenai perkara ini. Dalam tempoh tidak sampai lima tahun Zaid sudah menyertai tiga buah parti politik. Dari Umno kepada PKR kemudian Kita dan selepas kita mungkin ke parti "dia". Siapakah dia yang bermurah hati dan akan tersihir dengan Zaid? Zaid kini saya nampak cuba mengintai lubang dalam Pas, DAP dan juga bekas partinya PKR.

Berbalik kenyataan Mat Sabu tadi ia berbentuk politik; Mat Sabu cuba menunjukkan politiknya dan politik Pas terbuka. Untuk maslahat politik tidak salah menerima sesiapa saja. Bagaimana pun perlu diingat Pas juga kena berfikir banyak kali sebelum membantu jangan terjadi laksana membantu anjing terjempit kelak kita disalak dan disamannya! [wm.kl.2:13 pm 08/02/12]

Tuesday, February 7, 2012

Hayat Penjengok

Lagi Tektik Cuba Pengaruhi Guru

Ekoran pendedahan bagaimana Pejabat Pelajaran Kelantan mengeksploitasikan guru-guru untuk memastikan Umno merampas balik Kelantan dalam pilihan raya umum nanti banyak maklumat dan respons yang saya terima dari penjenguk. Salah satu ialah dari penjenguk ini yang memberi maklumat tambahan sangat berguna.

Di sini saya siarkan sepenuhnya maklumat berkenana untuk dinilai oleh semua apakah pendedahan itu benar atau pun tidak. Kepada penjenguk yang sudi berkongsi dengan saya dalam hal ini diucapkan berbanyak terima kasih. Budi baik dan kerjasama anda pasti mendapat imbuhan dari Allah s.w.t.

***
Salam,
Sekadar maklumat tambahan untuk Abang Ti atas artikel dalam blog.

Untuk makluman Abang Ti, kalau guru di Kelantan diberi taklimat dalam tempoh sehari tetapi guru-guru di Pulau Pinang 'dikurung selama 3 hari. Ini menunjukkan Umno masih menggunakan taktik lama dengan menakut-nakutkan guru khususnya dari Pulau Pinang untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Jarum jahat mereka disebarkan melalui beberapa siri kursus yang dijalankan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Bangi tahun lepas. Kursus ini dinamakan Seminar Nilai-nilai Islam Dalam Gagasan 1Malaysia. Tarikh pelaksanaannya pula pada tahun lepas dari 30 Oktober hingga 1 November 2011.

Kaedah pelaksanaannya sama seperti kursus BTN. Disebabkan kerja-kerja kotor BTN sudah diketahui jadi program seperti ini dialih ke agensi kerajaan yang lain untuk mengabui mata guru-guru dan orang ramai.

Pada peringkat awal kursus ini telah berlangsung untuk guru-guru Penolong Kanan dari Pulau Pinang pada penghujung bulan September. Pada hujung bulan Oktober 2011 pula seramai kira-kira 200 orang guru J-Qaf dari Pulau Pinang diarahkan mengikuti seminar ini. Yang tidak hadir diminta menulis surat tunjuk sebab.

Semua guru yang mengikuti seminar ini tidak dibenarkan merakam gambar atau mencatat sebarang nota. Semua bahan juga tidak dibenarkan dibawa keluar. Oleh yang demikian tidak ada apa-apa bahan bukti bercetak yang boleh dibawa keluar.

Antara is kandungan dalam seminar ini.
- Isu Kristianisasi - Kononnya penceramah ialah salah seorang bekas ahli DAP Melayu yang mendapat maklumat tentang tentang gerak kerja DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian khususnya di Pulau Pinang.

- Tayangan video berkaitan Bersih, Al Maunah, Reformasi dan beberapa lagi. Kononnya jika Pakatan Rakyat menang, Malaysia akan menjadi huru hara seperti dalam video.

- Isu perpecahan orang Melayu dan kerajaan yang ada sahaja boleh menyelamatkan orang Melayu.

- Perancangan untuk merampas negeri Pulau Pinang secara kotor oleh SPR

- Yang menariknya membasuh 'otak' guru-guru dengan mendakwa Rosmah ialah seorang yang cukup baik. (belum pernah modul 'brainwash' untuk menyelamatkan isteri Perdana Menteri sebelum ini. Rosmah berjaya memecah rekod), dan banyak lagi isu sensitif kononnya.

Antara pihak yang terlibat dalam program ini ialah Pegawai SPR, Pegawai Tinggi Polis, Bekas Perdana Menteri (dalam jadual ada tapi tidak hadir).

Implikasi seminar ini.

1. Guru yang terlibat tak hadir ke sekolah semata-mata terpaksa mengikuti program dakyah BN. Cuma bayangkan sekiranya 200 orang guru terlibat. Berapakah bilangan anak murid yang tidak belajar dalam tempoh tersebut.

2. BN menggunakan duit awam untuk menganjurkan program sebegini sedangkan duit yang digunakan duit rakyat bukannya duit BN atau UMNO.

Terima kasih kerana Abang Ti sudi baca.

Wassalam.

[wm.kl.12:44 t/hari 07/02/12]

Celoteh Murai 04/012

Wah Mat Shaid Nak Jadi DJ Pula....

Murai ada terbaca berita kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Ahmad Said (baca ikut suara Said dalam wayang kulit -- Mat Shaid) beli setesen radio Manis FM kepunyaan Hussein Serama. Murai dengar ada rakyat Terengganu yang mempertikaikan pembelian itu. Untuk apa kerajaan Mat Shaid membeli setesen radio berkenaan.

Bukankah kerajaan Terengganu diperintah oleh UBN mereka sudah ada pun setesen radio dan tv. Balik Mat Shaid pula yang Murai dengar beliau kata setesen radio itu boleh menjana ekonomi untuk Terengganu menerusi iklan. Ia boleh dijadikan media untuk menghebahkan apa-apa agenda kerajaan.

Murai tidak mahu mempertikai tindakan kerajaan Terengganu dengan alasan yang Mat Shaid katakan itu. Mungkin setesen radio dan tv yang sedia ada tidak begitu luas memberi liputan kepadanya.

Al maklumlah radio atau tv (media massa) akan memberi liputan kepada perkara-perkara berfaedah dan ada nilai berita dari kaca mata mereka sahaja. Mungkin dan boleh jadi selama ini apa yang dilakukan Mat Shaid itu tidak mempunyai nilai berita langsung. Penasihat media masanya tidak kreatif atau cuba meletakkan Mat Shaid di front page.

Apa yang ada di Terengganu? Di zaman Mat Shaid memerintah yang sering berlaku ialah keruntuhan demi keruntuhan. Macam-macam yang dah runtuh di Terengganu, dari stadium hingga kepada bas stop semua runtuh.

Radio dan tv (rtm) tidak akan membuat liputan kepada berita-berita sebegitu kerana boleh menjatuhkan air muka Mat Shaid dan juga UBN negeri itu. Sebab itulah Terengganu senyap tipas tak ada apa-apa berita.

Mengenai pembelian Manis Fm ini apa yang Murai nak persoalkan tentang harganya sebanyak RM7 juta. Kenapa mahal sanga? Sebelum ini Murai ada dengar yang stesen radio itu ditawarkan kepada kerajaan Kelantan. Harganya jauh lebih rendah dari itu sekitar RM4 atau RM5 juta sahaja. Tetapi kerajaan Kelantan tidak berminat kerana bimbang timbul implikasi disebabkan lesen setesen itu perlu diperbaharui dari masa kesemasa.

Kenapa RM7 juta? Apakah peralatan digunakan setesen itu canggih benar? Setahu Murai ia masih menggunakan peralatan lama menyebabkan radio Manis Fm itu kalau sesekali terdengar macam kumbang lilin dalam botol sahaja dan berapakah aset yang dimiliki Manis FM termasuk pendengarnya?

Murai mengsyaki sesuatu mengenai pembelian setesen radio itu dengan harga sebanyak itu? Murai rasa elok kalau cari siapa yang menjadi konsultannya. Rasanya Murai dapat menganggak dari H sampai L mengenai sesiapa yang terlibat menjadi konsultan. Rasa-rasa dapat cam dan hidu baunya.

Kalau perlu SPRM juga boleh jenguk-jenguk dan cuba intai kemunasabahan pembelian setesen radio itu dengan harga RM7 juta. Jangan sampai wang rakyat dibazirkan begitu saja. Masakan setakat nak suruh suara keluar dalam radio kena bayar RM7 juta?

Murai: Lepas ini Mat Shaid akan ke udara di radio Manis FM, berkata; salang sejahtre ini radio Manis Ang....

Pendedahan Busuk

Pejabat Pelajaran Kelantan Berkempen Untuk Umno?

Politik sistem demokrasi seperti yang diamalkan di negara ini tidak menghalang mana-mana parti siasah berkempen untuk tujuan menarik perhatian umum. Kempen dalam pelbagai bentuk itu dibenarkan selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang. Demokrasi itu ada garis tegaknya tersendiri yang harus dihormati.

SPR badan yang mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini juga ada peraturan dan kuasa yang diberikan kepadanya. SPR boleh membatalkan mana-mana individu yang mengambil bahagian dalam pilihan raya sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang atau akta tertentu.

Ertinya kebebasan dalam demokrasi masih ada batasnya. Hal-hal yang boleh memudaratkan orang lain ataupun membabitkan hak kepentingan awam, hak kerajaan, pencabulan hak rakyat tidak dibenarkan sama sekali.

Tetapi nampaknya peraturan itu tidak dipedulikan. Lagak sesetengah pihak laksana Orang Asli yang masih buta mengenai kanun tanah Kelantan yang beranggapan ada istilah Tanah Adat di Kelantan. Ia terus berlaku dan berlaku dan pihak yang suka mencabulinya semacam sudah menjadi habit buat mereka.

Kalau mereka tidak mencabuli undang-undang, merosakan hak awam, menyalahgunakan dana rakyat seolah-olah mereka tidak akan senang. Kehidupan mereka seharian tidak ada makna kalau tidak berbuat jahat. Melakukan kesalahan itu sudah dianggap membuat kebaikan!

Menyentuh soal menyalahgunakan kepentingan awam dan hak kerajaan ini saya hendak menyebut fasal bentuk kempen dilakukan oleh UBN Kelantan untuk memastikan parti itu merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara paling jelas dari dulu sehingga sekarang, (dan akan berhenti [mungkin] selepas kerajaan digerakkan atas mitos UBN berakhir), ialah tentang mengeskploitasikan guru-guru untuk membantu Umno. Tindakan zalim mengeksploitasikan ini bukan perkara baru tetapi ia adalah tradisi berterusan sejak tahun 1960 lagi. Antara punca kenapa mutu pendidikan Kelantan merosot kecuali sekolah SAR ialah kerana wujudnya politiking 'mengrimau' dalam pendidikan.

Iya... guru ada hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan untuk menyokong mana-mana parti siasah dan kumpulan. Tetapi guru tidak boleh dipergunakan begitu saja. Menghalang kebebasan guru merupakan satu kezaliman. Demikian menjadikan guru sebagai keldai adalah sesuatu yang jelek. Guru adalah warga pendidikan yang seharusnya disuci jiwa dan pemikirannya. Kalau guru sudah dibacuhi dengan kenodaaan macam mana ia boleh melahirkan generasi didikannya yang bersih.

Harapan terlahirnya generasi yang berintgriti, berwawasan dan bersih tidak akan terjamin kalau ianya dididik dan diajar oleh guru-guru yang dipasak dengan doktrin dan mitos bahawa Umno lah segala-galanya. Kalau silibas ini tidak diperbetulkan lama-lama genarasi akan datang akan lahir dari sekolah dengan berwajah Umno yang sudah dibenci itu.

Mereka boleh berpolitik...tetapi asalkan mengikut peraturan dan rukun-rukunya. Batas mindanya tidak boleh disekat apa lagi dipaksa agar menerima satu idealogi sahaja.

Malangya hakikat ini tidak difahami atau sengaja tidak mahu difahami oleh pihak atas yang mentadbir para guru. Guru di Malaysia bernasib malang kerana mereka disogok agar menerima satu ideologi. Guru di Malaysia dibenarkan menulis dalam dakwat biru, manakala dakwat lain diharamkan. Mereka dijadikan lembu yang dicucuk hidung kemudian ditarik.

Adalah kesilapan kepada pihak diberi mentadir dan mengurus guru – dalam soal ini Jabatan Pelajaran Kelantan. Kesalahannya dari peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehinggalah Pejabat Pendidikan Negeri. Kandati mereka boleh perlakukan begitu tetapi bukan semua guru sedia dan sanggup menjadi pandir.

Ingat kita boleh menarik dan memaksa kuda ke tepi pantai tetapi kita tidak boleh memaksanya meminum air laut. Kalau kita terus memaksanya tidak mustahil si kuda itu akan menendang kita menyebabkan kita boleh terpelanting ke dalam laut.

Pengekspoloitasi warga guru ini dan sekaligus kebaculan pihak pengurus guru Pejabat Pendidikan Kelantan mengikut para desparador politik semakin menjadi-jadi. Guru-guru mahu dijadikan ahli Umno secara terhormat. Mereka memaksa guru menerima doktrin mereka agar membenci Pakatan Rakyat dan memberi tahu murid dan ibupaba bahawa hanya Umno yang terbaik. Barang kali Umno alpa bahawa cikgu ada otak dan mindanya sendiri.

Apa yang saya terima ini mendedahkan kebusukan Jabatan Pelajaran Kelantan. Betapa Pejabat Pelajaran Kelantan telah menyalahgunakan kuasa dan memperalatkan guru-guru agar menerima doktrin busuk Umno. Pejabat Pelajaran Kelantan telah menjadi perkakas Umno yang jelas dan nyata.

Maklumat yang saya terima ini terang sekali akan kebabrukan Pejabat Pelajaran Kelantan. Saya berharap ada penafian selepas ini agar apa yang didedahkan tidak benar dan palsu semata-mata. Wibawa PPK perlu dijadi agar ia terus disanjung. Kalau ia benar wajarlah Pengarah Pelajaran Kelantan melepaskan jawatan kerana beliau jelas menjadi kuda lumba kepada Umno. Seorang pegawai kerajaan perlu tegas dan bertanggungjawab kepada tugas yang diamanahkan bukan kepada mana-mana pihak. Gaji dan segala macam elaun yang mereka terima adalah wang rakyat bukan wang Umno.

Pada 15 Januari2012 jam 8:00 pagi telah diadakan satu majlis yang dinamakan “Majlis Taklimat Profesional”. Ianya dilangsungkan di pejabat Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan yang terletak bersebelahan dengan Penjara Pengkalan Chepa. Taklimat itu disampai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindusterian (MITI) Mustapa Mohamad yang juga merangkap Pengerusi Umno Kelantan. Majlis itu berakhir selepas makan tengah hari dan satu resolusi dibuat.

Kehadiran Mustapa itu tidak ada kaitan langsung dengan dunia pendidikan kerana kebanyakan yang dipanggil ialah ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengan dan Sekolah Rendah seluruh Kelantan. Apakah yang hendak ditaklimatkan oleh Mustafa kepada guru-guru berkaitan aspek itu? Bidang yang dipakari Mustapa bukan pengurusan Islam tetapi pengurusan ekonomi.

Majlis itu turut sama hadir ialah Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussein Awang dan Ketua Sektor Pendidikan Mohamada Abdul Ghani. Kedua-dua mereka ikut memberi taklimat.

Atucara majlis itu ialah mengenai taklimat pendidikan Islam oleh Husein Awang dan Muhamada Abdul Ghani diikuti dengan sessi berintraksi dengan Mustapa Mohamad.

Majlis itu masih boleh dikira tidak melampau kalau setakat Pengarah Pelajaran dan Mustapa Mohamed diminta memberi taklimat mengenai pengurusan dan serba ringkas mengenai perkembangan ekonomi negara dan hal ehwal perdagangan dan industeri.

Tetapi keadaan menjadi agak melampau dan menjelaskan program itu untuk kepentingan politik Umno Kelantan apabila para peserta dibekal dengan beberapa bahan kempen seperti buku dan Vcd. Antara buku-buku yang dibekalkan ialah memburuk Nik Aziz dan Vcd pula siri soal jawab dengan bekas Exco Selangor yang dipecat Pas, Hasan Ali alias Hasan Akidah.

Apakah keperluan bahan-bahan itu semua dengan hubungan taklimat profesional itu? Apakah buku yang memburuk Nik Aziz dan soal jawaban Hasan Akidah itu yang memburuk Pas ada kena mengena dengan penigkatan pengurusan pendidikan Islam di Kelantan? Apakah akidah guru-guru dibawah tadbiran Hussein Awang juga rosak akidah dan memerlukan mereka mendengar celoteh dan bual berbusa air liur basi Hasan Akidah?

Apa yang berlaku ini mendedahkan keburukan dan salah guna kuasa dan peruntukan kerajaan. Tentunya wang untuk mengajur majlis itu wang kerajaan, wang rakyat. Sepatut ianya diguna untuk kepentingan rakyat dan pendidikan. Tetapi bila mana ia diselit dengan bahan-bahan kempen ia telah menyalahgunakan wang awam untuk kepentingan politik Umno.

Saya tidak hendak katakan Umno Kelantan khasnya kini terdesak dengan prgoram itu. Tetapi kalau melihat kepada keadaanya sampai guru-guru Panitia Pendidikan Agama pun disondolkan dengan bahan-bahan kempen yang tidak bermaruah dan penuh provokasi itu, apakah nama yang boleh kita berikan. Beruk ke apa? Atau lembu gemuk?

Kita berharap Pengarah Pelajaran Kelantan Hussein Awang menjelaskan perkara ini dengan tuntas. Kalau beliau menerima jawatan itu atas kepentingan anak bangsa beliau harus perbetulkan tindakan yang jelek dan jijik itu. Jika beliau gagal menjelaskan relevannya majlis itu maka jelas Jabatan Pelajaran Kelantan telah menjadi satu lagi komponen BN yang rasmi di Kelantan. Jika saya sebagai Pengarah PPK saya akan melepaskan jawatan apabila kerja buruk saya terdedah kepada umum. Saya tidak mahu akan disumpah dan dihina sampai ke padang Mahsyar. [wm.kl.10:35 am 06/02/12]