Tuesday, February 21, 2012

Celoteh Murai 05/12

Salentia Cium Tangan Basuh Kencing?

Alahai alahai itulah yang dapat Murai ucapkan apabila membaca berita Salentia telah mencium tangan isteri Burung Botak Mulut Merah. Aduh... duh... Bagi Murai sedikit pun tidak hairan. Salentia akan merafat sembah dan mencium tangan sesiapa saja hatta tangan perempuan diguna untuk membasuh kencing.

Sejarah hidupnya bukan saja sanggup mencium tangan tetapi punggung jantan pun dia sedia menciumkan asalkan apa yang dihajati diperolehi. Semua orang tahu akan moral Salentia ini rendahnya hingga melerek ke tanah.

Bila Murai tahu dia cium tangan isteri burung Botak Mulut Merah, Murai tidak pun merasa apa-apa pun yang pelik dan mengejutkan. Itulah Salentia yang dunia semua kenali. Kerja-kerja membodek begitu tidak harianlah. Yang Murai akan rasa pelik kalau dia tidak sedia untuk mencium tangan.

Itu cium tangan... kalaulah isteri burung Botak Mulut Merah pakai gaung meleret ke lantai dia sanggup untuk menjinjingnya berjalan di pongek isteri burung Botak Mulut Merah.

Hari ini Salentia sudah terdesak dan tahu yang hayat politiknya sudah mahu berakhir. Tinggal beberapa bulan lagi. Jadi dia memerlukan sufaat isteri si Burung Botak Mulut Merah agar meminta lakinya memberi peluang kepada dia bertanding. Apa yang dipohon siang malam ialah bertanding atas simbol dajal mengandar. Itu sahaja harapannya untuk dia menang.

Kalau si Burung Botak Mulut Merah tidak memberi simbol dajal mengandar dia akan kalah dan lenyaplah sebuah kehidupannya. Dia tidak akan dikenang dan tidak memiliki apa-apa lagi melainkan sebuah kisah dan citra kehidupan yang sungguh macam dan busuk. Dia akan dikenang sebagai sepenjang sejarah seorang politician yang terhuduh di dunia ini.

Makanya biarlah apa orang nak kata, dia akan berbuat apa yang tidak tergamak dibuat oleh orang lain walaupun diupah. Baginya pula kalau tidak upah pun tidak mengapa asalkan dia merasakan isteri si Burung Botak Mulut Merah dapat memberi sufaat kepadanya. Segala caci makin dan kata nesta kepada isteri si Burung Merah Mulut Merah selama ini telah dijilat dan dilahapnya sampai ke umbi betis.

Murai tidak tahu untuk menamakan apa lagi dengan Salentia ini, nak anologikan apa lagi. Rasanya semua nama-nama buruk, anologi yang huduh ditempelkan kepadanya. Dia tetap juga seperti itu. Yang Murai dapat katakan, oh Tuhan ada juga makhluk Mu seperti itu di atas dunia ini, masyaAllah Maha Suci Engkau yang menjadi sekalian mahkhluk di atas dunia dengan berbagai ragam untuk menunjukkan kebesaran-Mu dan diambil iktibar oleh manusia seluruhnya.

Murai: Tidak mahu kata apa lagi...

Monday, February 20, 2012

Laporan Lewat

Masyarakat Cina Endau Sokong Pakatan Rakyat

Sememagnya wajar kalau Umno Johor jadi ketidaktentuan hala dan sanggup menggunakan apa saja senjata dan tektik untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dari merampas negeri berkenaan. Senjata itu termasuklah mengupah, memberi semangat pil kuda kepada anak-anak muda liar untuk membuat khianat, provokasi dan menganggu majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat.

UBN Johor kini benar-benar sudah terdesak seperti mana saya perkatakan sebelum ini. Gelombang atau pun arus yang berlaku di Johor ke belakangan ini mengejutkan dan menyintakkan para pemimpin Umno Johor. Manakala tindak balas UBN ke atas kemaraan Pakatan itu di luar norma politik.

Kejadian di Semberong malam tadi di mana kereta dinaiki Anwar dibaling batu sampai remuk cermin depan dan ditendang hingga pintu kemek manakala bangsal ceramah dibaling batu, air kencing dalam botol mineral serta dicerca membawa tafsiran itu; bahawa UBN sudah benar-benar terjempit dan menjadi iseng.

Memang gelora yang berlaku di Johor luar biasa. Kepulangan panglima dari pertapaan Salahuddin Ayub ke negeri kelahirannya memberi semangat dan momentum baru. Apa yang berlaku di Endau malam tadi misalnya membuktikan hakikat itu. Majlis pertemuan Tahun Baru Cina dengan masyarakat Endau dengan Anwar dihadiri lebih 5,000 orang. Lebih tiga suku yang memenuhi dewan dan berhimpun di luar dewan terdiri dari masyarakat China.

Merujakan juga orang Melayu turut hadir dengan membawa anak dan isteri lagaknya macam tempat ceramah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Tidak pernah berlaku pemandangan seperti ini sejak berpuluh tahun lalu. Hanya majlis anjuran Umno dan BN sahaja yang dihurungi oleh orang Cina.

Mereka juga bersemangat apabila sejak jam 5:00 petang lagi dikatakan berduyun-duyun masyarakat Cina berada di kawasan ceramah itu. Paling menakjubkan mereka bukan datang sendirian tetapi dengan membawa anak isteri dan keluarga.

Seorang perempuan Cina berusia 60an apabila ditanya; untuk apa datang, dengan jelas dia menerangkan mahu melihat Anwar Ibrahim. Saya bertanya siapa Anwar Ibrahim, katanya itu orang akan jadi Perdana Menteri. Lho!

Rupanya angan-angan untuk melihat Anwar jadi PM sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Cina khasnya di Endau itu. Nama Anwar sudah terkemen dalam minda orang Cina. Mereka nampak optimis. Saya menyoal mereka, bukankah Anwar jahat? Cina itu marah dengan bertanya balik kepada saya, sapa kata dia jahat, orang yang tangkap dan penjarakan dia itu jahat. Lho...

Saya cuba provok lagi dengan mengatakan; "kan Najib sudah ada, dia bagus kata saya, kasi wang sama rakyat?" Cina di sebelahnya menjawab; "apa bagus, kasi wang baguskah, tetapi dia punya orang banyak rasuah banyak ada lembu lo..." balasnya menjadikan saya terdiam tikus.

"Asok.." kata saya, "itu silap yang banyak wang bukan isteri Najib, tetapi Sharizat Jalil."
"Iya ke Salijat Jalil itu sapa, dia bukan isteri Najib ke..?" Tanya Cina betina itu. "Bukan..." kata saya, "isteri Najib Rosmah..."

Cina di sebelah menyampuk "cong ching cong ching..." saya tak faham. Saya bertanya kepada Cina tua itu; apa dia kata. "Dia kata isteri Najib itu yang ada cincin RM24 juta..." saya tergelak besar mendengar terjemahannya dan berjalan masuk ke dalam dewan dengan perasaan geli hati.

Sewaktu saya sampai masih ada ruang kosong dalam dewan itu. Tidak sampai 15 minit dewan itu penuh sesak sampai terpaksa duduk dilantai.

Sebaik Anwar tiba orang ramai menerkam ke arahnya berebut untuk bersalaman. Saya lihat ada orang Cina memeluk erat Anwar seakan tidak mahu lepas.

Di pentas Anwar memberi peluang untuk orang ramai merakam gambarnya bersama barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Timbalan Yang Dipertua Pas Mersing yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Ustaz Azan Abd Razak dan lain-lain.

Sepanjang Anwar bersyarah mendedahkan kebobrokan UBN dan janji-janji PR orang ramai bertepukan bergemuruh, sesekali diselami dengan laungan "Hidup Pakatan Rakyat... Hidup Pakatan Rakyat" suara itu bergumpal dalam satu nada setiap yang ada di dewan itu.

Sedang orang ramai asyik dan terhibur dengan gaya Anwar, beliau meminta diri untuk bergegas ke Semberong kerana di sana masih ada satu lagi ceramah yang perlu dipenuhinya. Melihat reaksi masyarakat Tionghua di Endau itu saya berani menyimpul tali bahawa lebih 90 peratus Cina telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13. Majlis di Endau itu pasti akan mengecutkan perut Dr Latif Ahli Parlimen Endau.

Sesuatu yang istimewa sepanjang majlis itu berjalan ia berlangsung dalam suasana yang aman dan tertib dan penuh muhibbah. Tidak ada provokasi, elemen rasis serta gangguan dari pemuda liar yang berfikiran 'selat' seperti terjadi di Semberong yang sombong. [wm.kl.9:33 am 20/02/12]

Sesiku Petang

Pengacara Nasi Lemak Kopi O Aziz Desa Sertai Pas?

Seorang penjengok blog MT bertanya sambil memberi tahu saya, "iya ke... pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O, Aziz Desa telah menyertai Pas. Saya tidak dapat menjawab segera kerana tidak tahu perkembangan dan kegiatan sosial politik Aziz ke belakangan ini.

Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa menghadiri jamuan percuma di restoran Kelantan Delight milik bekas setiausaha akhbar Mustapa Mohamed Junaidi di KLCC kira-kira tiga tahun lalu. Dia datang bersama isteri dan anak-anaknya saya juga datang bersama isteri dan anak-anak. Lepas itu kami tidak berjumpa.

"Bila?" tanya saya kepada kawan itu tanpa berfikir pelik tentang Aziz. Jauh di sudut hati terasa tidak percaya. Namun tidak mustahil kalau Aziz menyertai Pas kerana mungkin dia sudah tidak sebulu dengan Umno atau pun dia sudah bukan kroni Umno lagi. Dalam dunia politik jika kroni sudah tidak berkuasa anak buah juga turut berjelepek, macam daun pisang kering.

Aziz semasa Sanusi Junid jadi MB dia adalah pegawai akhbar Menteri Besar Kedah itu dan orang yang berperanan cuba menarik perhatian dunia tentang Kedah. Sanusi Junid serasi dengan Aziz mereka sama-sama mempunyai idea unit atau kreatif.

Sanusi pernah berkata kepada saya dia minat kepada anak Langkawi itu kerana teruja dengan rancangan yang dihosnya di tv berjudul Cermin yang mendapat sambutan hangat.

"Dia dah dilantik jadi CCO Kelantan Trade Centre," cerita kawan itu lagi. Oh kalau begitu mungkin sungguh Aziz menyertai Pas, fikir saya. Fikir bodoh saya kalau Aziz tidak sertai Pas masakan Pas sedia menggunakan khidmat Aziz, meletakkan dia di pusat itu yang boleh dianggap sebagai pusat dan nadi kepada hubungan Kelantan dengan dunia luar.

Aziz boleh menggunakan pusat dagangan itu untuk mempromosikkan dasar dan polisi kerajaan menerusi perdagangan ataupun acar-acara, pameran yang dimasukkan dalam kelender pusat tersebut.

Kalau ya mungkin pengambilan Aziz untuk memberi nafas baru kepada pusat dagangan berkenaan yang akhir-akhir ini kelihatan semakin laaih ataupun seperti orang yang kena strok berat. Aziz seorang yang dilihat kreatif dan pandai membuat gimik dianggap boleh membantu menyembuhkan kelaaihan KTC.

Bagi saya tidak ada masalah kalau Aziz ditempat di situ. Mungkin dengan pengalaman yang ada dia boleh membantu Kelantan. Orang yang membawa Aziz ke situ juga tentu sudah tahu latar belakang dan juga ideologi politik anutan Aziz Desa. Siasatan dalam dan luar mengenai Aziz sudah pun diketahui. Mereka juga mungkin tahu sejauh mana kejayaan dan kegagalan beliau dalam membantu Sanusi membangun Kedah serta kedudukan Sanusi sendiri sehingga Sanusi hanya bertahan setakat satu penggal saja menjadi MB Kedah.

Tidak mengapa semua orang harus bersangka baik dengan kehadiran Aziz. Cuma apa yang diharapkan kemasukan Aziz di situ tidak memberi masalah kerajaan kerajaan Kelantan seperti berlaku terhadap Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebelum ini. Mulanya Syed Azidi diberi kepercacaan sepenuhnya untuk menaikkan 'jiha' kerajaan Kelantan menerusi media massa. Syed Azidi diharap menggunakan kebolehannya dalam bidang IT untuk membantu mempertahankan Kelantan.

Alih-alih sebaliknya yang berlaku. Panas tidak sampai ke petang menjelang asyar hujan lebat mulai turun hampir melemasi orang yang membawa baliknya ke Kelantan. Apakah dalam kes Aziz Desa ini ia akan mengulangi perkara sama.

Saya kira pengalaman dilalui bersama Syed Azidi sudah dipelajar oleh orang bertanggungjawab dan menjaga KTC itu. Mungkin pengerusinya sudah mengenali pasti dan mebuat tilikan hingga ke tali pusat siapa Aziz Desa itu. Sekiranya pengerusi KTC dan orang bertanggungjawab tidak membuat skan sedetail itu saya bimbang akan ada seorang lagi Syed Azidi di Kelantan selepas ini.

Saya secara peribadi yang mengenali Aziz semasa zaman berpuisi dulu bagaimana pun mengucapkan selamat bertugas dan berkhidmat untuk membantu Kelantan. Mudah-mudahan dengan adanya Aziz menjadi CCO keadaan KTC boleh diperbaiki. Dengan segala macam event yang bakal diadakan akan membawa keuntungan dan dengan duit itu bolehlah diperbaiki bumbung dan porch bangunan itu yang tiris dan kini sudah berlumut. [wm.kl.5:55 pm 20/02/12]

Malam Celaka Di Sembrong

Politik Selat Di Johor Sudah Dipraktikan

Bagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor malam tadi. Setelah 54 tahun merdeka dan para pemimpin 'ketiak busuk' negara menguar-uarkan kepada dunia kononnya negara kita menjadi negara Islam contoh dunia, dirasakan apa yang berlaku itu kontradik dengan apa yang didakwa itu.

Bila terkenang dan mengintai kejadian semalam menyebabkan tercetus di kepala saya apakah itu hasil perjuangan Umno selama 54 tahun? Itukah generasi wawasan 2020, atau anak didik Islam Hadhari atau pun pemuda Wasatiyah di era Ha Najib Razak?

Kalau tidak menyaksi sendiri sebahagian dari episod malam tadi saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?

Tetapi kerana sebahagiannya saya saksi dengan mata kepala sendiri saya tidak dapat menolak dan memaafinya perbuatan itu dari manusia serumpun dengan saya.

Kawan saya bekas seorang ahli Umno sebegitu melihat keadaan itu tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tertegun sekejap tidak percaya. "Iya... itu ceramah Anwar.. yang mengibar bendera dan menyanyi lagu-lagu patriotik 'kepala lutut' itu adalah anak-anak muda liar Umno," kata saya geram tidak dapat menyembunyikan rasa jengkil.

"Tapi kenapa mereka mengibar bendera Umno? Bukanlah, ini ceramah BN," katanya lagi cuba menyakinkan saya yang sudah percaya dan arif benar yang berlaku itu gangguan ke atas ceramah Pakatan Rakyat.

Selepas itu apabila dia mendengar sendiri yang sedang berceramah itu Anwar baru dia percaya. "Oh jahat Umno," katanya spontan. "Oh baru tahu, begini rupanya perangai orang Umno Johor" tambahnya lagi yang kebetulan memandu kereta, memperlahankan kereta untuk melihat dengan puas hati.

Saya memang jengkil melihat anak-anak muda yang saya kira mereka rata-rata yang keciciran dalam pendidikan. Saya yakin kalau mereka bersekolah tinggi, peringkat IPTA atau pun pengajian pondok tradisi mereka tidak akan berkelakuan begitu. Lagak dan telatahnya lebih teruk macam kera berjumpa biawak. Paling memelikkan lagi kenapa mereka bersikap liar tidak tamadun begitu walhal sejak merdeka hingga ke hari ini orang Umno Johorlah yang paling ramai menjadi menteri pendidikan.

Hari ini menteri pengajian tinggi, Khalid Nordin asal Johor juga. Menteri pelajaran pula Udin anak Yassin juga orang Johor. Apakah untuk masa depan sudah sampai kementerian yang penting itu diberikan kepada orang negeri lain termasuk Kelantan, Kedah, Selangor atau Pulau Pinang. Dengan telatah di tunjuk anak-anak kurang azam dan biadab itu sudah cukup kalau soal pendidikan dan pengajian anak diserahkan kepada orang Johor.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu dan segan mengejek dan melaungkan kata-kata kesat di sepanjang Anwar berucap. Semua gelagat sifat Abu Lahab dan Abu Jahal dizahirkan malam tadi. Peliknya polis yang ada hanya memerhati sahaja dan berdiri di depan mereka, seolah-olah mengawal kumpulan liar itu tidak diganggu bagi membolehkan mereka melakukan apa saja bentuk provokasi termasuk melontar air kencing dan telor busuk.

Melihat sikap polis itu menyebabkan saya tertanya dalam hati, apakah tujuan polis ke kawasan itu? Apakah sebenarnya yang dijaga dan dikawal? Apakah untuk keselamatan umum atau untuk melindungi kumpulan liar itu?

Kalau polis bersikap adil dan tegas mereka boleh menyuraikan kumpulan liar itu. Dengan kuasa yang ada kepada mereka, polis boleh menghalangnya. Ada sebuah trak yang siap dengan pasukan topi merah (FRU) cukup untuk menghuraikan kumpulan kira-kira 200 hingga 300 orang itu.

Sikap polis tidak ubah seperti tiang lampu sahaja, hanya memerhati. Melihat keadaan itu timbul juga perasaan prejudis apakah polis juga sudah menerima arahan melindungi kumpulan liar itu? Kalau benar begitu maka ia sangat tidak patut sekali.

Saya tenguk kebanyakan anak-anak muda yang berada dalam kumpulan itu berpakaian tidak senonoh, dan rupa mereka rupa orang yang tidak mempunyai pelajaran tinggi dan akhlak agama yang mampan. Kebanyakan mereka anak-anak peneroka atau orang kampung. Saya tidak fikir kalau mereka lulusan pengajian tinggi atau bersekolah agama bersikap begitu.

Saya fikir setengahnya memang diupah untuk membuat kacau itu. Ada yang memakai t-shirt hitam tertulis Sembrong 13 dengan gambar Hishamuddin terdampar di depannya.

"Buntuttttt baliklah, usah berbohong... binatang, babi...," itulah antara kata-kata kesat yang terluah malam tadi. Seorang anak muda gemuk macam lembu Sharizat duduk di tembok melaung-laung kata-kata kesat dan jijik itu bersendirian. "Wang Umno bagi RM500 ambil, muka tak malu, babiiii..." balas pula seorang lagi rakannya yang agak kurus. Roman tubuhnya macam penagih dadah.

"Muka tidak malu, hai Anwar...kamu kena tahu negara ini semua Umno yang buat....Pakatan Rakyat boleh bagi apa, bagi jubur tahi bolehlah...," kata kawannya yang seorang lagi selepas mereka ketawa berdekeh-dekeh. Saat itu Anwar sudah pun selesai ceramah dan dibawa keluar ikut jalan belakang. Kumpulan liar itu sedang menunggu kereta Anwar untuk terus membelasahnya.

Itu hanya kata-kata kesat yang dilontar tidak lagi fasal aksi mereka menunjuk lagak dengan motor. Hampir seluruh tepi jalan di sebelah kanan untuk keluar dari kawasan itu dipenuhi oleh kumpulan liar itu yang menaiki motor. Engin motorsikalnya di press keadaan menjadi seperti dalam medan perang bingit dan berasap.

Yang membonceng motosikal mengibar bendera Umno dan bendera dacing sampai memaki hamun Anwar. Manakala ada yang membawa kayu melewa-lewa kayu ke atas menunjukkan akan keberanian mereka.

Pendeknya aksi malam tadi cukup jahat, cukup samseng sekali. Ia memberi tanda-tanda ada elemen kejahatan melampau dalam pilihan raya nanti. Saya bimbang kalau anak muda liar itu dilindungi, tidak dikaunseling, mungkin keganasan akan berlaku di Johor.

Peristiwa-peristiwa seperti di Kelantan pada tahun 1969 di mana ahli dan penyokong Pas di belasah, dipukul macam lembu, ada yang digergaji paha malah ada yang di kapak sehingga syahid, akan meletus di Johor. Apakah budaya itu sedang diguna Umno kerana hendak mempertahankan kuasa politik.

Semua pihak harus kena sedar. Yang rugi dengan budaya itu ialah orang Melayu. Yang untungnya orang China. Dalam sejarah keganasan negara ini belum ada orang China yang terbunuh di medan pilihan raya (ceramah) secara percuma. Banyaknya Melayu.

Sebelum ini keadaan sama saya lihat berlaku di Felda Tenang semasa pilihan raya kecil dulu. Ceramah Pas diganggu dan dijuah dengan kata-kata keji. Tok Guru Nik Aziz menjadi mangsa cacian. Saya fikir kejadian di Tenang itu sebagai kes terpencil saja. Tetapi rupanya tidak, ia adalah realiti sengoti bahawa remaja Melayu Johor sudah diajar memakan anak tebuan dan menghirup darah sendiri untuk mencari kekuatan.

Saya yakin mereka diajar dan digalakkan. Kalau mereka tidak diajar mereka tidak akan dibekalkan dengan t shirt, bendera, mercun, telor tembelar dan segala macam alat untuk dilontar ke arah Anwar. Kalau mereka tidak disumbat dengan pil kuda, saya tidak fikir di negara Merdeka sesudah 54 tahun masih ada yang hilang akal sanggup menendang dan menyerang orang di atas kereta. Bahasa apa lagi untuk dikatakan kalau perbuatan itu ala Komunis?

Jelasnya mereka di ajar dan ada pengarahnya. Kerana kejadian itu berlaku di Sembrong kawasan parlimen Hihsmuddin Hsusein. Hishamuddin boleh dianggap pengarah dan tidak boleh menidakkan. Hendak tak hendak Hishamuddin kena bertanggungjawab.

Peristiwa semalam sungguh memalukan. Apa lagi ia berlaku dalam kawasan diwakili oleh Menteri Dalam Negeri yang menjaga polis dan pasukan keselamatan lain. Mungkin dengan hanya menyebabkan kereta Anwar remuk cermin dan kemek pintu ia dianggap perbuatan budak-budak nakal. Tetapi kejadian malam tadi ia boleh membawa kepada jenayah. Kalau tidak ada kawalan gila-gila oleh penyokong ahli PKR sudah tentu Anwar bukan setakat bengkak tetapi mungkin cedera parah yang boleh membawa maut.

Dalam otak orang dirasuk syaitan, emosi yang sudah mabuk atau diberi perlindungan akan melaku apa sahaja di luar batas-batas kesusilaan orang Melayu dan manusia. Bagi saya apa yang berlaku di Sembrong itu sudah tidak ada sedikitpun perasaan demokrasi. Pemikiran 'selat' ternyata menjadi anutan dan diterima pakai dengan sesungguhnya.

Setiap titis darah yang mengalir ke bumi semalam akibat dipukul pemuda liar itu, Hishamuddin kena bertanggungjawab. Sebagai menteri dia kena memberi tahu parlimen. Saya tidak mahu mempersoalkan di Mahsyar besok... untuk apa bercerita tentang hari akhirat kepada orang yang tidak yakin. Tetapi saya mahu tanya bagaimana Hishamuddin hendak menjawab kepada seluruh rakyat Malaysia dengan kejadian memalukan itu.

Hishamuddin tidak lagi boleh berdolak dalih dengan kejadian itu melainkan beliau harus berundur atau pun diundurkan dalam pilihan raya akan datang. Semoga orang Sembrong membaca catatan ini. [wm.kl.2:12 pm 20/02/12]

Sebelum Lelap

Kereta Anwar Dihentak Dan Dilontar Batu

Alhamdulilah saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Mohd Zaki Abdul Rahman selamat sampai dari mengikuti program ceramah dan majlis muhibbah tahun baru Cina bersama Anwar di Endau dan Semberong Johor.

Ingat tadi terus hendak letakkan kepala, tidur kerana eosk harus bagun pagi kerana ada dua appoitment, tetapi mata tidak mahu lelap pula.

Peristiwa yang berlaku kira-kira empat jam tadi di mana kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 sekumpulan manusia liar. Kejadian itu berlaku di Semberong iaini kawasan Parlimen Hihsmuddin Hussein.

Kejadian itu berlaku sebaik kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam ia diserbu oleh kumpulan manusia liar itu yang sudah sedia menanti sejak awal lagi.

Gara-gara serangan yang dirancang itu menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan. Selain itu beberapa buah kereta yang mengiring kereta Anwar juga turut menjadi mangsa. Seorang ahli PKR katanya Ketua Angkatan Muda (AMK) cedera kerana dibelasah kumpulan liar.

Saya dibekalkan dua keping gambar keadaan kereta berkenaan oleh salah seorang mangsa yang sempat merakam gambar kereta berkenaan.

Rasa bersalah kalau saya tidak postingkan dua keping gambar kereta berkenaan untuk menjelaskan betapa sadis dan 'beruknya' perangai pemuda liar di parlimen Semberong itu.

Saya akan ulas pagi esok mengenai kejadian tadi yang sungguh menyedih dan menyesalkan. Maaflah saya nak tidur dulu kerana badan terlalu letih sangat. [wm.kl.4:02 am 20/02/12]

Sunday, February 19, 2012

Panas Pedih Tengahari

Suami Tusuk Bini Muda Akan Jadi Calon Umno?

Umno Kelantan dikatakan akan menurunkan bekas Exco Kerajaan Kelantan era 80-an untuk dicalonkan di salah satu kerusi Parlimen di negeri itu. Exco berkenaan yang kini sudah menjangkau usia lebih 60 tahun terpaksa diturunkan kerana Umno ketiadaan tokoh untuk didepani dengan calon Pas yang sudah tiga penggal memenangi kerusi berkenaan.

Apakah pemilihan veteran Umno yang bersongkok dan bermisai keras tanpa janggut itu tepat? Dan siapakah yang telah memberi idea kepada Umno Bahagian berkenaan untuk 'menagang' semula bekas Exco berkenaan untuk jadi wakil rakyat?

Mungkin Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tidak mengetahui latar belakang individu berkenaan ini kerana sewaktu tokoh itu terkenal dan popular di Kelantan Mustapa masih lagi menuntut di Australia atau ketika itu beliau sedang berkhidmat sebagai Pegawai Diplomat di Jabatan Perdana Menteri?

Tokoh berkenaan yang mendapat sokongan padu salah seorang veteran Umno yang seusia dengan beliau di bahagian itu dikatakan sudah mulai turun padang menghadiri majlis pemberian wang rakyat RM500 kepada rakyat. Sekurang-kurang satu majlis disediakan untuk veteran itu mengaktifkan semula diri di bahagian itu.

Seorang penggerak Ngo pro Umno dari Kuala Lumpur yang ada hubungan kekeluarga dengan veteran itu juga turut sama turun membantu - memprojekkan ahli veteran berkenaan.

Apakah Umno benar berhajat untuk mencalonkan berkenaan atau sekadar untuk test merket? Kalau Umno mencalonkan tokoh itu dikira satu kesilapan Umno Kelantan. Tokoh itu memang kelihatan waruk dan berimejkan Islam dan sesuai dengan budaya dan kehendak orang Kelantan.

Bagaimana pun satu masalah yang mungkin menghalang veteran berkenaan ialah mengenai alam rumah tangganya. Beliau yang berkahwin dua secara senyap dan kini mempunyai beberapa anak bakal menjadi masalah kepadanya dan Umno jika menjadi calon. Ini kerana perkahwinan yang halal itu masih belum diketahui oleh isteri pertamanya.

Isteri kedua veteran itu ditempatkan di sebuah kondominum yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur. Adalah baik sebelum veteran berkenaan benar-benar diturunkan, Mustapa Mohamad atau Umno Kelantan menjalankan siasatan sejauh mana status perkahwinan senyap veteran itu sudah diselesiakan.

Sekiranya poligami yang disembunyikan itu telah selesai, maksudnya telah diketahui isteri tua ia tidak menjadi masalah. Apa dibimbangi kalau tidak selesai, isu perkahwinan itu nanti akan terbongkar sebaik saja veteran itu menyerahkan borang pencalonan. Jika ini berlaku sudah tentu calon berkenaan akan menjadi liabiliti kepada Umno seluruhnya. [wm.k.1:53 t/hari 19/02/12]
Ps: Esok akan dimasukan gambar kondominum berkenaan.

Ulasan Peristiwa

Debat Guan Eng - Soi Lek
Sekali Lagi Orang Cina Mendahului Melayu


Saya
tidak berkesempatan mengikuti perdebatan di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan Presidean MCA Chua Soi Lek yang berlangsung di Hotel Berjaya Kuala Lumpur semalam dan disiarkan secara langsung oleh saluran tv berbayar yang kadang-kadang siaranya terganggu.. berbelang-belang macam ikan-ikan dalam aquarium bila hujan itu, iaini Astro.

Malam semalam saya hanya membaca ulasan dan laporan menerusi blog dan ada komen-komen yang dihantar oleh Fb ke dalam dinding saya. Beberapa orang penganalisa telah membuat kesimpulan debat itu tidak mencecah realiti sebenar kerana ia bukan menyentuh atau mendalami perkara pokok sebaliknya kedua pendebat lebih hendak menunjuk kebiasaan masing-masing.

Chua Soi Lek cuba menunjukkan dia sebenarnya jaguh kepada orang Cina dengan cuba merendahkan keupayaan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menganggap janji DAP bersama Pakatan Rakyat hanya janji kosong. Mesej Soi Lek bahawa Guan Eng menjadi alat kepada Melayu.

Lim Guan Eng pula menempelak Soi Lek sebagai pemimpin Cina (MCA yang sanggup bersekongkol dengan pemerintahan UBN yang korupsi. Yang cuba digambarkan Guan Eng bahawa MCA berjuang untuk kepentingan puak semata-mata.

Dalam dicelah lain Guan Eng menyatakan kepada Soi Lek mengenai perbezaan tarbiyah Pas dan Umno apabila Soi Lek cuba mempersendakan hubungan dan tindakan DAP mengadakan hubungan dengan Pas yang dianggap Soi Lek Pas hendak membangunkan negara Islam.

Seorang pemerhati politik Melayu pula mengulas tentang debat itu sebagai tidak menarik kerana kelonggaran formatnya menyebabkan debat itu tidak berbeza dengan ceramah saja. Seorang lagi penganalis politik Melayu pula dipetik menyifatkan debat itu sebagai forum budak-budak sekolah.

Nampaknya penganalis itu hanya mampu membuat analisa mengenai kulit dan event kitu sahaja tetapi tidak cuba menceduk apa yang perlu dipelajar umum di sebalik peristiwa itu. Apakah makrifat atau rupa diri sebenar tujuan debat itu di adakan. Sebenarnya bacaan lebih jauh terhadap majlis itu perlu diselongkari agar kita tidak ketinggalan LRT.

Tidak mengapa kalau debat itu tidak tersusun atau pun mencapai tujuannya? Dari konteks orang Melayu apakah tujuan yang mahu ditimba dari debat itu? Usah kita bertanya keuntungan atau erti yang hendak diterjemahkan kepada orang Cina dengan berlangsungnya debat itu?

Kepada saya majlis debat itu atas tajuk: Kaum Cina Dipersimpangan: Apakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa, yang dipengerusikan Dr Michael Yeoh dari Institiut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asia) telah mencatatkan rekod tersendiri. Kesedian dua idola kontemporari Cina itu menyerlahkan sekali lagi orang Cina mendahului orang Melayu di Tanah Malaya ini dalam aspek ilmu siasah.

Tindakan yang mereka persetujuan itu menunjukkan keterbukaan dan kesediaan mereka berdepan secara nyata di muka umum. Mereka menjawab tuduhan dan dakwaan masing-masing secara bersemukakan bukannya seperti politik Pandir dan Lebai Malang orang Melayu yang suka bersikap melontar batu sembunyi tangan dan menabur fitnah di serata jerung ataupunb mengedar vcd blue ke rumah-rumah termasuk rumah Tok Imam.

Juteru stail politik mereka ambil itu menunjukkan standard politik orang Cina yang jauh lebih maju dan rasional dari politik orang Melayu yang masih berpaksi dan bersendikan kepada politik adu domba, ugutan, fitnah ataupun dengan mengambil sikap musang berbuluh ayam, masuk reban makan telor kemudian keluar membawa najis.

Makanya langkah Guan Eng dan Soi Lek itu harus dipuji dan dipelajari oleh politician Melayu seluruhnya.

Dalam hemat saya baik Guan Eng maupun Soi Lek mengapa mereka sedia berdebat itu ialah kerana ingin mempamirkan kepada rakyat Malaysia yang orang Cina lebih berani dan sproting dalam menyelesaikan isu-isu kepentingan bersama. Kelabaan yang mereka dapat adalah untuk kaum Cina kerseluruhanya bila mana dunia akan melihat bahawa orang Cina jauh lebih ke depan di tanah Malaya ini walaupun aslanya mereka adalah pendatang. Itu yang mereka hendak pamirkan menerusi siaran langsung itu.

Mungkin juga yang ingin diterjemahkan bahawa orang Cina mempunyai daya dan ilmu kepimpinan tinggi. Mempunyai intergriti dan leadhsip yang ampuh untuk dinilai oleh kaum mereka. Dalam zaman terbuka ini sikap dan pendekataan itulah yang harus dipraktikan dan bukannya berpolitik secara jumud atau berpandukan kepada 'kin'.

Politik dan pendekatan mereka tidak seperti Melayu yang masih takut dan gerun sesama sendiri tidak menentu. Sikap kolot Melayu ini masih menebal dan terus diwarisi walaupun ia ternyata satu sifat yang negatif. Sebab itu apabila orang Melayu Pas atau PKR ingin memasuki ke sesuatu kawasan yang tebal dengan 'keUmnoaan' maka mereka akan dihalang dan disekat. Atau pun ceramah mereka akan diganggu.

Begitu juga dengan 'pesta-pesta dayak' ala-ala politik tidak baligh seperti berdemonstrasi di perkarangan masjid sambil menaikan spanduk mengecam sesama Melayu menjelaskan kebundakan orang Melayu. Sikap dan tindakan samseng itu menunjukkan siasah orang Melayu belum sihat sepenuhnya.

Semalam semasa menghadiri wacana politik di ibu negara anjuran Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) ada seorang wartawan Cina membuat definasi mengenai sikap dan minda politik Cina dan Melayu yang jauh berbeza. Menurut beliau minda politik Cina lebih membangun (responsif) berbanding dengan minda politik Melayu yang pasit (lesu senyap).

Sebagai contoh katanya untuk mengepen orang Cina supaya menolak UBN bukan payah sangat ia cukup setakat menyebut perkataan Teo Beng Hock --- iaitu pegawai Exco Selangor yang ditemui mati di pejabat SPRM. Katanya dengan mengungkitkan peristiwa itu saja orang Cina akan menolak UBN.

Berbeza dengan minda orang Melayu. Walaupun diceritakan mengenai koruspi dalam projek lembu gemuk (NFC) mereka buat lembu kenyan tidak mempedulikan dan akan mudah melupai sesuatu tragedi yang menimpa diri mereka. Penjelasan wartawan berkenaan bagi saya mencabar air muka orang Melayu termasuk saya.

Mengenai debat Guan Eng dan Soi Lek itu orang Melayu harus merasa hina diri dan malu. Mereka secara tidak langsung terbiyah politik atau pun bagaimana hendak tambah nilai diri oleh orang Cina dilakukan secara tidak sengaja. Kesediaan Soi Lek untuk berdebat dengan Guan Eng itu juga semacam mencabar atau sengaja untuk memberi malu kepada Najib Razak yang membisu atas cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat kandati bagi mengemas kilas kain masing-masing di hadapan ramai.

Kesimpulan dari saya perdebatan kedua tokoh Cina itu di samping mereka hendak menunjukkan ego masing-masing tetapi dari sisi lain ia mahu mengejek akan kenaifan orang Melayu dalam politik.

Justeru kalau apa yang saya tafsrikan benar maka Najib tidak perlu berlengah, nah sahutlah cabaran Anwar untuk berdebat. Perdebatan itu sama dengan matlamat Guan Eng dan Soi Lek bukan untuk mencari siapa yang menang dan mengalahkan siapa tetapi tujuannya hendak menunjukkan bahawa orang Melayu juga ada standard dan quality hidup sama dengan orang Cina.

Manakala kalau tujuan berdebat nanti untuk mencari siapa yang menang dan untuk mengalahkan di antara satu sama lain maka jelas piwaian yang hendak dicapai untuk orang Melayu dengan debat itu gagal dan tidak membawa apa-apa makna untuk Melayu.

Saya cadangkan debat demi kehormatan Melayu itu boleh diadakan di Dewan Merdeka PWTC disiarkan oleh saluran tv kerajaan manakala moderatornya ialah Prof DiRaja Ungku Aziz. [wm.kl.11:02 am 19/02/12]

Saturday, February 18, 2012

Susupan Pagi

Masih Ada Segelintir Orang Johor
Berfikiran Selat?


Saya menjadi sedikit konfius apabila memikirkan ragam segelintir orang-orang Johor khasnya yang berdaftar sebagai ahli Perkembar. Saya konfius bukan apa, satu sisi umum menerima orang Johor sebagai masyarakat yang ada kelas berbanding dengan rakyat negeri-negeri lain. Kedudukan geografi negeri itu dengan Temasik menyebabkan orang menganggap rakyat Johor ada kelas atau standard, pengaruh Temasik memasuki Johor?

Saya juga tidak tahu apakah kelas dan standard itu hanya terpakai untuk aspek tertentu sahaja? Mislanya pandai bergaya, pandai menyanyi lagu-lagu Pop Yeh Yeh 60-an ataupun dari segi soal cakap, orang Johor terkenal dengan cakap menggunakan sebutan (bahasa Melayu) Riau yang betul.

Mungkin di dalam aspek itu tetapi bukan dari aspek politik dan siasah. Dalam bidang ini orang Johor masih ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain. Orang Johor masih terpinggir dan mempunyai pemikiran 'selat', pemikiran yang selorong dan tepu untuk menerima gelombang semasa serta berpecah-pecah dan mewujudkan celah-celah tak sekata.

Pemikiran selat ini saya maksud bila mana ada kalangan orang Melayu Johor tidak boleh menerima kehadiran orang luar untuk berpolitik di negeri berkenaan. Mereka masih bersifat tertutup dan tidak menerima dunia sudah berubah atau dasar lagi terbuka. Menutup kampung halaman kita kepada orang luar menggambarkan penduduk kampung itu masih bersikap 'liar' belum mesra alam atau tidak mempercayai kepada kekuatan diri sendiri.

Ini saya rujukkan kepada tindakan segelintir orang Mersing dan Endau Johor yang mengadakan tunjuk perasaan membantah kunjungan Anwar Ibrahim ke daerah mereka besok. Orang Johor berfikir selat telah menaikkan sepanduk membantah kunjungan Anwar. Mereka mendakwa kononnya kunjungan Anwar itu boleh memecah belahkan rakyat.

Bantahan itu sungguh memalukan. Apakah mereka fikir negeri Johor itu sebuah negara yang terpisah dengan Persekutuan Tanah Meayu? Tindakan rakyat Johor itu menunjukkan betapa sombongnya mereka. Tindakana seperti itu tiak pernah berlaku di negeri-negeri lain. Kelantan yang rakyatnya dianggap gedebe tidak pernah menghalang orang Johor masuk ke negeri berkenaan.

Melarang orang untuk berpolitik di negeri kita atau memberi penjelasan kepada rakyat menunjukkan mereka tidak gentlemen, kolot dan mereka juga jahil mengenai demokrasi.

Kalau mereka faham demokrasi mereka tidak akan membuat tindakan tidak bertamadun itu. Mereka menggunakan alasan Anwar boleh memecahbelahkan rakyat Johor tetapi mereka tidak sedar dengan tindakan mereka itu yang boleh menyebabkan rakyat Johor membenci sesama sendiri.

Mereka yang cuba menghalang Anwar itu perlu faham bahawa di Johor bukan semua rakyat Johor menolak Anwar dan menganuti parti Umno. Masih ada yang rasional dan menerima apa yang cuba diperjuangkan oleh Anwar atau pun Pakatan Rakyat. Bahkan senario hari ini menunjukkan rakyat Johor generasi muda sudah mula mahukan perubahan dan menolak Umno.

Tindakan mereka yang menunjuk perasaan itu secara tidak langsung telah menjatuh maruah dan martabat orang Johor yang selama ini dianggap berkelas tinggi. Saya percaya sebahagian rakyat Johor lain merasa malu dan tidak bersetuju dengan protes golongan berfikiran selat itu.

Sementara itu tindakan mereka berfikiran selat itu jelas menunjukkan Umno Johor sudah terdesak dan terjempit. Mungkin juga mereka telah terikut dengan gaya dan sikap Ahmad Maslan yang menunjuk sikap atau nilai longkang apabila membuang Buku Jingga ke dalam tong sampah. [wm.kl.10:59 pm 18/02/12]

Friday, February 17, 2012

Susupan Malam

Serangan Pakatan Rakyat Sudah Dirasai
Umno Johor Mulai Gelisah


Serangan Pakatan Rakyat ke atas Johor tampaknya sudah memberi kesan menakutkan pihak UBN negeri berkenaan. Tidak sia-sia kalau Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Chua Jui Meng malam siang menggempur Johor demi meruntuhkan kubu Umno di negeri itu.

Ketakutan UBN kini mulai terasa apabila parti itu seakan sudah kehilangan arah dan mencari-cari siapakah untuk dinobat menjadi MB sekiranya Umno masih mengekalkan kekuasan di Johor selepas PRU 13 nanti. Desas desus itu menunujukkan bahawa Abdul Ghani Othman sudah tidak diperlukan lagi di Johor.

Keupayaan bekas pensyarah Universiti Malaysia itu sudah pun diperah untuk menguatkan Umno Johor selepas mengambil alih daripada Udin anak Yassin yang terpaksa di bawa ke Pusat kerana beberapa masalah yang berlaku di Johor. Salah satu sebab Udin anak Yassin dipindah dulu ialah kerana beliau dikatakan memperkenalkan dasar membolehkan rakyat Singapura memililki hartanah di Johor. Udin anak Yassin di Johor Baharu terkenal dengan jolokkan pedagang buluh kasap yang menjual tanahair dan pasir ke Temasik?

Keadaan yang berlaku dalam Umno Johor kini belum pernah berlaku sebelum ini. Hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Johor bagi mengganti Abdul Ghani Othman. Nama-nama itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Khalid Nordin, bekas Menteri Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad. Dan terbaru nama Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussein pula cuba diapongkan.

Saya percaya Ahmad Maslan juga mungkin termimpi-mimpi atau pun mengharap namanya juga disenaraikan sebagai bakal MB Johor. Malangnya setakat ini tidak ada sesiapa yang sudi meletakkan nama Ahmad Maslan sebagai bakal MB Johor. Mungkin namanya masih berbau tong sampah.

Apakah maknanya ini semua kalau bukan kerana Umno dalam kebimbangan? Situasi kabur mengenai siapa bakal jadi MB tidak pernah berlaku di Johor. Johor adalah negeri yang dikira tempat kelahiran Umno dan kubu kuat parti berfahaman nasionalis itu. Malahan setiap kali berlaku pilihan raya dua tiga orang calonnya menang tanpa bertanding menunjukkan tiada sesiapa yang mahu lawan Umno.

Bagaimana pun kegahan Umno itu kini sudah mulai luntur. Sejak tahun 1999 tidak ada lagi calon UBN yang menang percuma seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang ajaibnya calon Pas yang menang tidak bertanding pada tahun 2004 dan pertama kali dapat menghantarkan wakil ke Dun Johor. Perkembangan ini menunjukkan perubahan besar berlaku di Johor dan Umno sendiri makin pupus dan perlahan-lahan sudah ditolak rakyat Johor. Umno sebagai sebuah mitos dan parti dianggap sebagai penyelamat Melayu laksana bahtera Nabi Nuh sudah mulai hilang.

Nama Khalid Nordin disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB sejak 2008 lagi. Dalam pilihan raya lalu Khalid sudah dicadang untuk diletakkan bertanding di salah satu kerusi Dun. Bagaimana pun ia dipindah saat-saat akhir kononnya atas kehendak Sultan Johor. Beberapa jam sebelum penamaan calon bekas presiden Umno ketika itu Abdullah Ahmad Badawi bergegas ke Johor untuk menghadap sultan Johor.

Hasilnya Abdul Gahni dikekalkan. Sudah pasti kalau tidak ada campur tangan istana Abdul Ghani sudah pun 'pensiun' dalam politik dan kini sudah jadi besi buruk. Kini menjelang pilihan raya sekali lagi nama Khalid disebut, kononnya dia akan dipindah ke state untuk jadi MB.

Penghantaran Khalid ke Johor tidak pelik dan dirasakan munasabah memandangkan beliau pernah pun diura-urakan untuk menjadi MB Johor. Tetapi apabila tiba-tiba Abdul Ghani menyebut nama Shahrir Samad menyebabkan timbul pertanyaan apa sudah terjadi? Kenapa dengan Johor sampai ada lebih dari dua nama calon jadi MB. Apakah Umno Johor kini sudah berpecah kepada dua puak? Itulah yang ditilik oleh orang luar.

Shahrir sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Bila wartawan bertanya, beliau meminta supaya menanyai Ghani sendiri. Bila dibandingkan di antara Shahrir dengan Khalid, awal-awal lagi Shahrir akan terpecat dari persaingan itu faktornya usia. Shahrir sudah tidak pantas lagi kerana usianya melewati bendul untuk menjadi MB Johor. Kalau Shahrir diperlukan untuk menjadi MB beliau sepatutnya dilantik sebelum Udin anak Yassin menjadi MB Johor lagi.

Apakah cadangan Ghani itu kerana Johor didalam keadaan parah sekarang ini? Tiada tokoh berkelayakan dari Umno? Umno berpecah dan memerlukan seorang tokoh yang bersemangat Melayu dilihat setia dengan parti serta berprinsip untuk memimpin Johor? Shahrir dikenali seorang yang tegas, bersih dan berprinsip. Saya lihat ada keperluan dan faktor itu kenapa Ghani sampai sebut nama Shahrir.

Sebenarnya kegelisahan Umno Johor menghadapi serangan dan keseriusan Pakatan Rakyat menyerang negeri itu tidak dapat diselindungkan lagi. Terutamanya sejak Salahuddin Ayub telah bersungguh untuk menggempur Johor bersama Pakatan Rakyat. Kepulangan Salahuddin ke Johor tidak ubah seperti kepulangan seorang panglima yang kesekian lama bertapa dan berguru nun jauh di Kelantan untuk membela dan menghapus petualang di negerinya.

Ternyata kepulangan Salahuddin disambut hangat oleh rakyat. Rakyat Johor sudah mula merasai akan aura dan juga mengenali perwatakan serdahana yang dimiliki bekas Ketua Pemuda Pas itu sesuai dengan naluri rakyat Johor. Beliau dikenali seorang yang ilmiah di dalam percakapannya dan pemikirannya juga jelas. Tidak suka kontroversi dan lebih bersikap mengatasi apa juga masalah dengan perundingan. Tidak hairan kalau di parlimen beliau dilihat sebagai seorang pensyarah dalam membahas isu ataupun mengeluarkan idea secara profesional.

Kehadiran Salahuddin meresahkan Umno Johor. Kenapa saya kata begitu, sebab kalau Umno tidak gentar dan bimbang dengan kemunculan dan penampilan Naib Presiden Pas itu nescaya Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkasi tidak menyentuh Salahuddin. Apa kata Puad apabila mendapat tahu Pas Kelantan telah bersedia melepaskan Salahuddin pulang ke negerinya selepas berguru politik selama hampir 10 tahun? Puad menyifatkan Pas Kelantan telah menghalau Salahuddin. Halau?

Jelas terjemahan atas kepulangan Salahuddin ke ngeri asal sebegitu, menunjukkan kekecutan perut Puad Zarkasi dan para pemimpin Umno Johor. Mungkin apa yang paling dibimbangi Puad takut kalau Salahuddin bertanding dikerusi Batu Pahat berhadapan dengannya?

Selain itu Shahrir Samad juga turut sama menyentuh Salahuddin. Komen Shahrir pengembalian Salahuddin itu sesuatu yang dialu-alukan. Katanya wajar kalau Salahuddin pulang ke Johor untuk membolehkan dia mencurahkan khidmat bakti di negerinya sendiri.

Pernyataan kedua mereka jelas berbeza. Puad cuba mengelegakkan emosi Salahuddin agar marahkan kepada Pas Kelantan. Manakala Shahrir pula seakan sedia untuk melihat sejauh mana keupayaan Salahhuddin menunjukkan segala bakat dan ilmu politik yang dipelajarinya selama ini di luar Johor. Di sini jelas Shahrir sebagai veteran lebih matang dan profesional berbanding dengan Puad yang baru memasuki menengah politik.

Sementara itu Ahmad Maslan juga yang selalu memperlekehkan orang dan merasakan dirinya hebat, terpelajar atau profesional turut menyentuh kepulangan Salahuddin yang digambarkan bakal dilantik menjadi MB Johor sebagai mimpi. Begitulah sikap seseorang ego dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain akan memperkecil dan menghina sesiapa saja.

Salahuddin jangan peduli kepada ejekan Mat Maslan itu. Beliau harus menerimanya sebagai cabaran dan ujian kepada kepimpinannya. Perlu diingat segala kejayaan besar itu bermula dari angan-angan dan mimpi. Dari mimpin itulah akhirnya ia menzahirkan kenyataan. Bukankah sebelum kelahiran Muhammad s.a.w Allah memberikan keluarganya mimpi?

Hari ini Salahuddin bersama Pakatan Rakyat di Johor saya rasa masih belum bermimpi. Mereka semua sedang menyiapkan malam indah untuk bermimpi. Dan sudah pasti selepas mereka selesa dan mendapat kepercayaan rakyat, mimpi yang bakal menjelma itu ialah menakluki Johor. Maka baik Mat Maslan dan sesiapa di Johor jangan memperkecilkan usaha Salahuddin dan Pakatan Rakyat sebaliknya lihatlah secara positif dan satu cabaran sebenar buat Umno Johor.

Apapun yang nyata dan jelas daripada kerja-kerja disiapkan oleh Salahuddin bersama Chua Jui Meng khasnya, benar-benar meresah gelisahkan Umno Johor. Kalau tidak masakan Umno kini telah menjaja tiga nama untuk menjadi MB Johor; Shahrir, Khalid dan Hishamuddin. Bukankah tindakan itu menggambarkan Umno dan BN dalam keadaan gelisah? [wm.kl.8:39 pm 17/02/12]

Susupan Petang

Buang Buku Jingga
Mat Maslan Ulangi Perbuatan Anwar, Khir Toyo


Bila saya tengok gambar Ahmad Maslan sedang memegang Buku Jingga untuk dibuang ke dalam tong sampah di sebuah pentas yang indah di hadapan para peneroka saya teringat kepada dua peristiwa satu yang menimpa ke atas diri saya sendiri dan satu lagi ke atas Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Peristiwa yang menimpa saya ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengherdik dan memperlekehkan saya apabila saya menulis sebuah buku politik berjudul Anwar Ibrahim: Mimpi Dan Realiti. Buku itu mengkritik peribadi dan stail politiknya. Kejadian itu berlaku selepas tiga tahu apabila berliau tersua dengan saya di parlimen.

Saya masih ingat antara herdikan Anwar; "Buku you memalukan apa lagi kalau dibaca oleh anak-anak sekolah, elok di tong sampahkan!" Oh...begitulah kata Anwar dengan suara yang angkuh. Di sekelilingnya ada beberapa orang kawan saya yang mendengar herdikan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia orang nombor dua terkuat di Tanah Malaya.

Saya tidak mudah gelabah dan gentar dengan herdikan Anwar. Saya menjawab dan menyambut kata seperti mana gendang yang Anwar tabuhkan. Dia juga peragah dengan tindakan saya yang dia kira saya anak cicak.

Di dalam buku itu ada saya tulis fasal dia bergambar dengan perempuan dan bersalam dengan wanita bukan ajnabi. "Lepas ini dengan perempuan mana pula you nak taruh dalam buku?" begitu tanya Anwar dengan menyinga.
Tanpa membiarkan saat berlaku saya terus menjawab; "tenguklah dengan artis mana you bergambar saya akan masukan."

Selepas itu ada lagi dialog keras dan kering saya dengannya. Rasanya tidak elok kalau saya turunkan di sini sebab perkara ini sudah berlaku lebih 19 tahun. Peristiwa itu berlaku tahun 1993 dan mungkin Anwar sudah pun melupainya apabila beliau membaca buku saya membela beliau selepas dizalimi Mahathir berjudul; Sumpah dan Airmata: Reformis Bangsa.

Peristiwa kedua yang mengimbaukan ingatan saya tatkala melihat gelagat Mat Maslan ialah yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor yang dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Pegawai itu dihadiahkan penyapu kerana jajahan yang dibawah pentadbirannya gagal menunjukkan prestasi seperti mana ditetapkan, pentadbiran lemah menyebabkan cukai tidak banyak dikutip.

Kononnya dengan pemberian penyapu itu sebagai simbolik untuk pegawai itu membuat pembesihkan ke atas para pegawainya yang lemah dan gagal mencapai prestasi yang diharapan. Pemberian itu dibuat di satu majlis yang dihadiri oleh semua pegawai daerah. Niat Khir mungkin baik tetapi cara yang dibuatnya tidak beradat.

Kedua peristiwa yang saya sebut tadi, baik yang menimpa saya oleh Anwar dan yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor oleh Khir Toyo seakan telah terbalas. Walaupun saya tidak mengharap Anwar jadi seperti hari ini, terlepas jawatan Perdana Menteri di era Mahathir, tetapi ia terubat dengan apa yang ada hari ini. Yang sudah biarlah sudah malahan hari ini simpati dan kesian saya kepada Anwar menyebabkan saya membela kezaliman dilakukan terhadapnya.

Setidak-tidaknya Anwar akan mengenang kembali apa yang saya tegur beliau dalam buku berkenaan. Apa yang saya peringatkan kepadanya di dalam buku berkenaan adalah demi kebaikannya tetapi dianggap sebaliknya waktu itu. Itu satu kesilapan di mana kita sebagai manusia jangan mudah meremehkan nasihat orang lain hatta dari siapa yang memberi nasihat dan kritikan itu.

Begitu juga nasib yang diterima Khir hari ini telah menginsafkannya. Walaupun pemberian penyapu itu bukan sebab utama beliau menjadi seperti hari ini tetapi Khir boleh ingat kembali bahawa perbuatan itu memalukan pegawai daerah berkenaan. Walaupun Khir berniat baik demi untuk meningkatkan daya kerja dan memajukan Selangor tetapi hadiah itu tidak kena dan mengaibkan orang lain. Apa lagi penyapu dalam budaya Melayu sesuatu yang menyialkan. Apabila kita mengaibkan orang lain sebegitu rupa maka lambat laung kita juga akan merasai aid yang sama.

Hari ini saya rasa pegawai yang menerima penyapu itu boleh hidup aman damai dalam perasaraanya, sebaliknya Khir masih bergelumang dengan rasa takut, malu dan hina kerana didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukum penjara selama 12 bulan.

Apa yang hendak diceritakan hari ini, ialah hal yang hampir sama berlaku yang dilakukan oleh Ahmad Maslan. Perbuatan Mat Maslan membuang Buku Jingga satu perbuatan menghina Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat seluruhnya. Tidak patut Mat Maslan berbuat demikian kerana ia menguris hati orang. Apa yang Mat Maslan lakukan itu sama nilainya dengan tindakan Anwar mengherdik saya dan juga Khir memberi penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor itu.

Sebagai orang politik Mat Maslan tidak sepatutnya berbuat begitu. Beliau seharusnya sedar Buku Jingga adalah kitab politik Pakatan Rakyat. Ia adalah janji dan manifesto Pakatan Rakyat. Betapa pun janji dan manifesto itu tidak munasabah dan tidak tersaul dek akalnya, tetapi beliau tidak boleh menghina kerana sebagai manifesto ia adalah kita suci dalam politik.

Bukan saja Buku Jingga itu tetapi mana-mana manifesto parti politik tidak boleh dihina. Ia adalah kitab suci politik. Sepatutnya sebelum membuat gimik itu di hadapan peneroka Mat Maslan cuba bayangkan bagaimana kalau ada orang lain mencampak kertas dasar Felda atau pun bendera Umno ke dalam tong sampah. Beliau harus menyelami secara piskologis bagaimana perasaan orang yang menyanjungi buku berkenaan.

Kepada saya apapun alasan tindakan Mat Maslan tidak bijak dan meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak matang dalam politik. Seperti mana kata Presiden Anak, Mazlan Aliman apa yang sepatutnya Mat Maslan lakukan ialah membahas secara akdemik apa yang dicatat dalam Buku Jingga berkenaan bukannya menohoknya ke dalam tong sampah.

Era ini bukan lagi zaman orang berak dan kencing atas bendera. Menyatakan kemarahan demikian adalah jenis orang yang tidak ada akalbudi dan belum tamadun.

Sikap Mat Maslan itu kurang lebih daripada perangai Inchek Ibrahim Ali sahaja ataupun kumpulan Melayu polong yang memijak kepala lembu atau pun menganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Apakah Mat Maslan juga sudah dijangkit sindrom takut dan desperate sehingga hilang akal?

Peluang masih ada untuk Mat Maslan membersihkan dirinya. Beliau boleh memohon maaf atas perbuatan itu dan mengambil balik Buku Jingga yang dilemparkan ke dalam tong sampah. Paling afdal bagi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Felda itu ialah merukupkan tong sampah ke atas kepalanya kemudian berjalan keliling padang sebanyak 50 kali. [wm.kl.3:14 pm 17/02/12]