Wednesday, August 15, 2012

Salentia Buat Lawak Lagi...

CELOTEH MURAI

Lama Murai tidak buka mulut untuk mengatuh. Pagi ini Murai hendak berkokok sikit setidak-tidak melakukan senanam mulut. Ceritanya tentulah fasal Salentia. Dalam surat khabar hari ini Salentia mendedahkan kononnya Anwar Ibrahim seorang ahli Freemeson yang aktif dengan kedudukan keahliannya di tangga ke 148. Salentia menemui maklumat itu dari sebuah laman web?

Murai percaya ada syaitan yang membekalkan perkara itu kepada dia. Malaikat dan orang baik-baik tidak akan tergamak membekalkan bahan yang belum sah untuk didedahkan. Setahu Murai Salentia buta dan seorang jahil murakab mengenai internet. Dia tidak tahu bukan saja menggunakan geoogle atau sebarang jenis enjin pencari, bahkan hendak bukan komputer pun tidak tahu.

Pada perkiraan Salentia suis untuk buka komputer atau laptop macam hendak hidupkan enjin motor, kena start .. cendeh statar dengan kaki. Mana dia tahu kalau hendak buka laptop hanya sentuh suisnya sahaja, bahk... kelier terbuka. Jadi dengan kedudukan dan kejahilan itu Murai tidak fikir sumber itu dia dapat sendiri. Berapalah dibayar kepada pembekal itu tidak pula dapat diagakkan.

Jadi kalau sumber itu adalah pemberian syaitan, macam mana boleh dipercayai. Tetapi akhbar penjilat buntut tidak kira sama ada sumber itu sahih atau tidak akan dipakai saja asalkan ia memburukkan Anwar. Bagi media PB usahkan perkara atau soal-soal sebegitu sekiranya ia terjumpa tahi Anwar akan dipukul gambar dan diletak dimuka depan selepas itu akan bertanya kepada orang seperti Salentia, wakil rakyat 9/10 dan serumpun dengannya untuk memberi pandangan dan previu tahi Anwar.

Kalau media PB waras tidak mudah untuk ia menyiarkannya kerana Salentia sendiri mengakui dia tidak dapat mengesahkan maklumat itu. Katanya dia tidak menuduh tetapi meminta penjelasan dari Anwar tentang apa yang dikatakan itu. Agaknya macam mana kalau Murai juga bersikap begitu meminta Salentia dedahkan siapakah artis yang beliau belanja buka saloon?

Begitulah orang tidak ada kerja akan berbuat apa saja untuk menyibukkan diri agar menarik perhatian umum. Mungkin kerana jelous dengan sokongan ke atas Anwar hari ini yang sibuk ke sana ke mari sedangkan dia meriba tangan tidak ada mana-mana pihak panggil ceramah, maka dilakukan kerja-kerja syaitan itu.

Sekali lagi tektik politik murahan atau semahal barang dalam kain Salentia yang sudah tidak berapa hidup diamalkan. Dia tahu Anwar yang jauh lebih berbisa yang moral politik lebih tinggi darinya tidak akan melayani kerenah itu. Anwar tidak pun akan memandang sebelah mata dengan apa yang didedahkan itu.

Bila ini berlaku masa inilah dia hendak tempelak dan hentam Anwar balik, kononnya Anwar sudah kecut perut dengan pendedahan itu. Politik iblis sebegini orang panggil politik hayung batu atau ***** mamba.!

Setuju benar Murai kalau Anwar tidak memberi apa-apa reaksi atau menjawab tuduhan Salentia itu. Jangan kata apa-apa biar dia membebel sendiri. Biarlah orang-orang yang sama gila dan sama tolol dengannya sahaja yang peduli pendedahan berbentuk fitnah itu.

Murai hendak tanya si Salentia ini kenapa dia tidak mengeluarkan senarai keahlian yang dianggoati oleh beberapa bekas pemimpin Umno lain termasuk seorang perdana menteri yang mana perkara ini sudah menjadi pengetahuan umum? Kalau dia seorang yang adil, kononnya profesional dalam politik kenapa menghala kepada Anwar saja? Kenapa? Kenapa? Basa jahat.

Apakah Salentia tidak mengetahui maklumat ini. Kalau tidak tahu macam mana pula dia tiba-tiba dapat maklumat mengenai Anwar. Nampak sangat bohong dan belawak serta jahatnya Salentia dengan pendedahan itu.

Murai faham kenapa dia jadi gila babi dengan pendedahan itu kerana kecewa bila mana Anwar dikatakan tidak melayan siulannya untuk berbaik semula dengan pembagkang - PR. Ada maklumat yang Murai tahu ada orang kuat Salentia cuba untuk berjumpa dengan Anwar bagi diberi tahu hasrat Salentia untuk berbaik semula dengan Anwar. Dia dikatakan mahu simpati Anwar bagi mendapatkan laluan bertanding dalam pilihan raya setelah Umno tak berapa mengharapkannya.

Katanya Anwar tidak layan dan inilah menyebabkan dia jadi sasau tempoh pagar memburukkan Anwar.  

Pendedahan Salentia mengenai Freemeson itu satu kesilapan. Percayalah selepas ini akan ada orang mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang menjadi ahli kehormat pertubuhan Yahudi itu. Secara tidak langsung tindakan tolol Salentia itu akan memalitkan malu kepada Umno juga termasuk diri Ha Najib Razak sendiri. Dan mungkin juga selepas ini akan ada orang yang sebar gambar Salentia dalam keadaan memalukan.

Murai: Kalau tangan berani mencincang bahu hendaklah berani menanggung.
 [wm.kl.6:12 am 15/08/12]

Tidak Boleh Jadi Menteri, Jadi Jurualih Bahasa Pun Cukup

MERENTAS MALAM

Zohor tadi seorang rakan dari Rantau Panjang, Kelantan dengan nafas tercungap-cungap menelefon saya bertanyakan status Nasharudin Mat Isa bekas timbalan presiden Pas. Saya jadi terheran dengan pertanyaan rakan itu. "Abang Ti macam mana dengan status Ustaz Nasharudin Mat Isa sekarang ini?" tanya rakan itu.

Nasharudin di sebelah Najib. Inilah gambar menyakitkan mata orang Pas.
"Status apa..?" tanya saya balik tidak memahami apa yang dimaksudkan.

"Macam mana  dia dengan Pas, dia masih ahli Pas ke atau tidak.." soalnya.

"Kenapa..?" saya jadi tambah hairan dengan pertanyaan itu. Setahu saya Nasharudin masih ahli Pas dan masih dihormati oleh sebahagian ahli Pas. Pas tidak pun mengambil tindakan memecatnya seperti mana dilakukan ke atas Hasan Akidah yang dilihat rakan atau patnernya.

"Ahli Pas guana dia bersama Najib di Makkah. Dia sambut Najib...," katanya dengan nada sedikit geram dan kesal dengan apa yang dilihat.

"Apa salahnya, Najib kan PM Malaysia. Sesiapa boleh sambut dan hormat Najib.... kalau abang Ti ada di Makkah ketika itu, abang Ti juga sambut Najib," kata saya mahu meredakan kemarahannya dan mengajar politik rasional kepadanya.

"Tetapi abang Ti berat dia ni, dia duduk sebelah Najib...," katanya lagi.

"Tengok di mana?" Tanya saya mahukan kepastian. Saya tidak tahu menahu akan apa diperkatakan oleh rakan ini.

"Baru sekejap tadi dalam berita TV3 ditunjuk Ustaz Nasarudin bersama Najib...nampak mesra benar," katanya.

Baru saya faham cerita dan faham juga kenapa kawan itu sanggup menghabiskan top-up untuk bertanyakan hal itu. Sebagai ahli Pas yang tegar dia tidak tergamak atau malu melihat aksi sebegitu. Baginya menyakitkan hati dan memalukan parti.

Beberapa jam selepas itu bila saya membelek Fb saya terjumpalah foto yang dikatakan itu. Nasharuddin kelihatan duduk bersimpuh di samping Najib sambil tersenyum. Gambar itu menunjukkan Nasharudin dan Najib sedang berbual-bual dengan dua orang Arab berjanggut lebat. Tidak dinyatakan siapa dua orang Arab itu. Saya mengagak Najib menjadi tetamu kepada orang Arab berkenaan manakala Nasharudin menjadi jurubahasanya. Walaupun menteri agama Jamil Bahrum ada sama, tetapi Nasarudin diberikan tugas menjadi jurubahasa kerana bahasa Arab Nasharudin lebih baik dari Jamil.

Memang satu-satu kelebihan yang ada kepada Nasharudin berbanding dengan timbalan dan bekas timbalan presiden Pas ialah dia dapat berbahasa dalam beberapa bahasa. Nasharudin tahu berbahasa Arab, Perancis dan Inggeris dengan baik. Dia juga pandai loghat Negeri Sembilan tetapi agak telor dengan lorat Kelantan walaupun sudah lebih empat tahun menjadi wakil rakyat Bachok.

Atas kepandaian itu sesetengah ahli Pas yang menjadi pengkagum tegar kepadanya merasakan Nasharudin lebih layak untuk menjadi pengganti Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas berbanding Muhammad Sabu atau Husam Musa. Jadi apabila dia kecundang dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ditangan Muhammad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man, murih sakan si para penyokong Nasharudin.

Tentang gambar itu beberapa orang rakan Fb saya juga bertalu-talu bertanya saya dan minta saya ulas mengenainya. Ada yang hantar sms dan ada yang menghantar mesej dalam PM. Mereka minta saya ulas mengenai gambar berkenaan. Rupanya gambar berkenaan menjadi satu masalah.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk menyetuh kedudukan Nasharudin dan juga memperkatakan chasis politiknya yang bagi saya sudah rosak. Saya mulai merasakan chasis politiknya mulai renyuk bila mana beliau tidak dapat menerima kekalahan dalam merebut jawatan timbalan presiden. Nasharudin saya sifatkan sebagai seorang yang berjiwa kecil. Orang berjiwa kecil memang tidak layak untuk menjadi pemimpin melainkan sesuai menjadi lalang. Jika jiwanya besar dia tidak mudah ugah dan terus berjuang seperti biasa dalam Pas.

Tetapi dia telah menolak perlantikan parti dan tidak menghadiri mesyuarat. Bermula dari tindakan beliau ini saya sudah dapat mengagak ke mana hujung jatuhnya nanti. Dan apa yang beliau tunjuk dan pamerkan dengan bermesra dengan pemimpin Umno menjelaskan keadaan itu. Chasisnya sudah rosak dan wajahnya sudah renyok ke arah lain.

Bukan tidak boleh untuk bermesra dengan pemimpin Umno, boleh. Bergambar dan makan bersama juga boleh. Tetapi cara Nasharudin mempamirkan kemesraaan itu seakan mahu menyakiti pihak-pihak tertentu. Dalam masa sama beliau mahu menunjukkan yang beliau tidak kisah dan masih laku dan sedia dibeli oleh pedagang politik. Dia menunjukkan kononnya dia hebat dan dicari oleh sesiapa saja.

Sebenarnya perilaku beliau dengan Najib di Makkah itu bukan aksi pertama Nasharudin yang boleh menyebabkan ahli dan penyokong Pas bertanya dan mengsyaki sesuatu kepadanya. Sebelum ini dia telah pun bergambar dengan Udin anak Yassin di rumahnya ketika timbalan perdana menteri itu hadir ke majlis kenduri anaknya di Bukit Mahkota, Bangi.

Sekali lagi bergambar dengan Udin anak Yassin tidak menjadi kesalahan kerana Udin bukan makhluk yuang najis. Tetapi cara Nasharudin lakukan itu ia semacam sengaja mahu menyakitkan mata orang-orang tertentu. Gambar itu misalnya tidak salah kalau presiden atau timbalan dan mana-mana pemimpin lain ada sama. Ia dilihat indah dan cantik lagi. Tetapi nawaitu Nasharudin tampaknya bukan begitu...

Jadi kesimpulan dengan apa yang berlaku dan dilakukan Nasharudin hari ini tidak perlu merasa anih dan pelik. Sepatutnya orang Pas boleh membayangkan awal-awal lagi apa yang akan berlaku ke atas bekas timbalan presiden Pas ini. Apabila beliau meninggalkan muktamar di hari beliau kalah tanpa bersalaman dengan pemimpin lain sudah mengenalkan siapa beliau sebenarnya. Apabila beliau menolak perlantikan dibuat parti, kita sudah dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya.

Bahkan jauh dari itu apabila beliau beriya untuk membawa Pas bergabung dengan Umno, sedangkan sebahagian ahli Pas lain menentangnya, sepatutnya sudah dapat diramalkan apa warna siasah Nasharudin. Nasharudin sungguh tidak dapat melupai angan-angannya untuk menjadi menteri apabila Pas bergabung dengan Umno. Kegagalan penggabungan itu, Unity Government (UG) menjadikan Nasharudin benar-benar kecewa dan marah.

Kenapa tidak, kalau termenterai kerjasama Umno dengan Pas beliau akan menjabat salah satu daripada dua kerusi menteri yang dijanjikan. Antara syarat pembetukan UG ialah Pas akan mendapat dua kerusi menteri, di mana salah seorangnya Nasharudin kerana kedudukannya sebagai timbalan presiden ketika itu. Nasharudin merasakan dia layak walaupun ada lagi orang lebih layak dan senior daripadanya. Kerana kegagalan itulah menyebabkan beliau merajuk, kesal tidak sudah-sudah.

Mungkin Nasharudin masih mengharapkan mimpi berkenaan menjadi kenyataan di mana dengan keilmuan yang beliau ada, beliau akan dilantik menjadi menteri oleh Umno. Walaupun beliau sedar tidak akan menang dalam pilihan raya, mungkin Umno akan melantik beliau menjadi senator seperti Nalakarupan, Ezam Mohd Noor untuk terus menabur budi kepada Umno. Atas merasakan dia seorang berilmu dan pandai bercakap beberapa bahasa Umno akan mengambilnya untuk jadi menteri.

Orang Pas dan penyokong Pas usah kesal dan marah dengan telatah dan sikap Nasharudin. La tahzan. Sebaliknya doakan dia dapat mencapai cita-cita politiknya. Biarlah dia menjadi menteri. Cuma apa yang saya hendak ambil kesempatan di sini, mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen Bachok itu kerana berjaya menyakitkan hati orang Pas. Mungkin kekesalan ahli dan rakyat Bachok tidak sesakit dan sekesal ahli Pas dan rakyat Pasir Mas atas perbuatan Inchek Ibrahim Ali, tetapi apa yang berlaku iras-iras itulah juga.

Orang Bachok hingga ke sembilan keturunan akan kenang atas apa yang dilakukan Nasharudin.
Sebenarnya tindakan Tok Guru yang dianggap kejam, menghalau Nasharudin satu waktu dulu adalah tindakan benar berdasarkan daya kahsyafahnya yang saudah mengetahui ke parit mana akhirnya Nasharudin akan tergelincir. Tindakan Tok Guru itu sepertilah tahunya Khidir mengenai nasib seorang kanak-kanak yang dibunuhnya walaupun dibantah Musa a.s. [wm.kl. 12:01 t/malam 15/08/12]

Tuesday, August 14, 2012

Najib Sudah Tahu Rakyat Sabah Tidak Percayakannya

ULASAN ISU

Tidak dapat dipastikan apakah Ha Najib Razak terus bertolak ke Makkah dari lapangan terbang Kota Kinabalu atau beliau balik ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk memasang niat bagi mengerjakan umrah. Apa yang diketahui dan diperkatakan oleh para wartawan di Kota Kinabalu, jet peribadi Najib mengalami kerosakan teknik menyebabkan Najib terpasa berada atas jet itu selama empat jam.

Signboard besar mengalu-alukan kedatangan Najib ke Sabah.
Kalau yang bercerita itu wartawan Suara Keadilan atau Harakah, ia mungkin satu gurauan huduh tetapi ini diceritakan sendiri oleh wartawan media arus perdana alias PB.

Ada nasihat meminta beliau turun dan berihat di bilik vvip, tetapi katanya Najib tidak mahu. Tidak juga dipastikan apakah Najib yang tidak mahu atau isterinya Rosmah binti Mansor. Memanglah sesuatu yang membeban dan melecehkan Rosmah binti Mansor untuk naik turun jet dalam keadaan tubuhnya semakin menggemuk.

Rosmah binti Mansor amat cerewet untuk berjalan jauh di mana-mana majlis. Pihak yang mengatur apa-apa majlis untuk Rosmah binti Mansor akan mengambil berat dan sangat mengira soal berapa langkah yang harus Rosmah binti Mansor kena menapak dan menghayung pahanya. Pegawai protokol akan memastikan Rosmah binti Mansor tidak berjalan begitu jauh. Jarak yang sesuai untuk Rosmah binti Mansor sekitar 50 hingga 100 meter sahaja.

Kalau jarak itu lebih 200 meter ia menbeban dan memengahkan Rosmah binti Mansor. Pernah Rosmah binti Mansor marah kepada pegawai protokol kerana tidak mengira terlebih dahulu berapa tapak dari tempat duduk dia ke tempat dia hendak bercakap atau membuat lawatan ringkas.

Apakah yang tidak mahu keluar dari jet peribadi bermasalah itu Rosmah binti Mansor? Mungkin juga kerana adalah sesuatu yang memalukan kalau jet peribadi suami Rosmah binti Mansor sebagai perdana menteri tercanggih rosak?

Jauh melencung, cerita yang hendak diecerkan disinilah mengenai Ha Najib yang seakan tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat Sabah lagi. Nampaknya Najib tidak banyak bercakap semasa di Sabah dan sekadar mengumumkan nama pengerusi dan anggota suruhanjaya di raja (RIC) bagi menyiasat pendatang tanpa izin. Kenapa begitu? Apakah Najib sudah dapat menduga yang rakyat Sabah tidak senang dengannya. Atau pun kalau beliau cakap, berjanji menyebabkan beliau akan ditonyen dan dijebah oleh rakyat Sabah.

Maka itulah yang menjadi galang ganti kepada Najib mengumumkan projek kempen pilihan raya ialah Ketua Setiausaha Negara yang baru. (Maaf lupa nama sebab pelik sangat namanya tidak mencerminkan nama Melayu klasik). Dia inilah yang mengumumkan mengenai projek baru di Sabah.

Di Sabah KSN mengumumkan yang sebuah kedai bebas cukai akan dibuka di Sabah. Dia juga memberi tahu projek usaha sama  pembinaan janakuasa eletrik menggunakan kuasa geotermal bernilai RM500 juta bakal memberi impak kepada ekonomi dan rakyat Sabah.

Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan mungkin ini sebahagian transformasi yang dilaungkan Najib. Kalau pun ada, biasanya KSN akan bercakap mengenai bidang khusus mengenai tugas dan tanggungjawabnya berhubung pegawai kerajaan.

Tetapi lain dengan KSN baru ini. Dia lebih berani atau pun lebih gila sebenarnya bila turut berkempen secara terbuka untuk BN. Sebaik saja dia angkat sumpah memegang jawatan itu, dalam ucapan utamanya telah menyeru supaya pegawai kerajaan memberi sokongan kepada UBN. Ucapan itu dikecam oleh para pembangkang sebagai melampau dan cuba menjadikan pegawai kerajaan sebagai ahli bersekutuan tanpa membayar yuran kepada UBN.

Sekali lagi saya nak tanya kenapa gerangan itu berlaku. Apakah kalau mengenai kedai bebas cukai dan projek usaha sama itu bakal mengayakan Sabah jika ia diumumkan Najib, rakyat Sabah tidak akan percaya. Begitukah? Kalau begitu hakikatnya ini memberi petanda buruk kepada UBN dan Najib... bahawa rakyat Sabah sudah tidak percayakan lagi apa-apa yang diucapkan oleh PM.

Mungkin kerana perkara itu jugalah menyebabkan beberapa tokoh Umno dan BN Sabah telah bertindak meninggalkan komponen itu kerana sudah bosan dan jeluak dengan janji-janji dilapazkan Najib untuk Sabah dan Sarawak tetapi tidak dilaksanakan seperti mana diharapkan. Dan Najib kini sedar bahawa air liurnya tidak lagi semasin air liur Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim di Sabah dan di Sarawak.  [wm.kl.4:54 pm 14/08/12]

Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi..

LINTAS SENJA

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Chik berkata pencapaian kontijen negara di sukan olimpik London 2012 terbaik dan luar biasa walaupun kontijen negara mendapat dua pingat perak. Kejayaan itu katanya perlu dibangga.

Iyalah kalau tidak kata begitu hendak kata apa lagi. Shabery tidak boleh mengatakan pencapaian negara terburuk dan jauh dari mencapai sasaran (MSN) kerana dia adalah menteri bertanggungjawab membangun sukan negara. Dan kalaulah MSN hanya mensasarkan hanya dua pingat dalam sukan terbesar dunia itu ini bermakna hati MSN sebesar kuman. Tidak sepatutnya MSN meletak sasaran sebesar itu sedangkan negara sudah merdeka 54 tahun dan pemimpin kerajaan pula berbueh mulut mengatakan Malaysia mencapi taraf negara maju.

Maju apa kalau hanya dua butir pingat warna kelabu?

Walaupun sebelum ini kontijen negara pernah mendapat dua pingat perak pada olimpik di Atlanta 1996  tetapi pencapain tahun ini dalam dua acara berbeza. Itu sajalah yang Shabery dapat perkatakan untuk mengelakkan beliau dituduh sebagai gagal memajukan sukan negara.

Mendengar kata-kata dan alasan Shabery itu teringat saya kepada kata-kata jurulatih pasukan bola kebangsaan K Raja Gobal. Gobal setiap kali pasukan negara tewas akan mengeluarkan alasan klisenya dengan macam-macam helah. Beliau tidak sama sekali mengakui kelemahannya sebagai jurulatih kerana kalau beliau mengaku pasti beliau kena lepas jawatan. Kalau lepas jawatan bermakna akan kehilangan pendapatan puluhan ribu.

Begitu juga dengan Shabery sama sekali tidak akan mengakui kelemahan dan akan mencari dua tiga juta helah untuk tidak mengakui kelemahannya seterusnya menyelamatkannya sebagai menteri. Shabery juga tidak mahu kehilangan pendapatan sebagai menteri. Di sini baik Shabery maupun Gobal lebih melihat kedudukan dirinya dari masa depan sukan.

Bagaimana pun cara Shabery mempertahankan dirinya itu dengan memuji sendiri kononnya pencapaian olimpik kali ini terbaik dan luar biasa tidak akan menjamin kedudukannya selamat di Kemaman. Sukan olimpik tidak ada kena mengena dengan prestasi Shabery sebagai wakil rakyat di Kemaman. Sudah lama kedengaran berbagai protes di kalangan Umno Kemaman terhadap Shabery.

Berbagai runggutan terhadapnya juga kedengaran bertujuan menjejaskan prestasinya sebagai wakil rakyat. Shabery dikatakan sukar untuk ditemui rakyat dan kalau balik ke Kemaman asyik menghayung kayu golf saja.

Seorang bekas pengerusi tetap Umno Kemaman pernah memberi tahu saya kedudukan Shabery di Kemaman tidak selamat. "Kalau Umno nak hilang kerusi... cubalah letak Shabery sekali lagi di disitu," kata bekas pengerusi berkenaan memberi amaran. [wm.kl.4:33 pm 14/08/12]

Politik Impotem Hasan Akidah

MENANTI SAHUR

Lama tidak dengar cerita mengenai Hasan Akidah alias Hasan Ali. Segar ke dia? Masa saya berada  di Makkah baru-baru ini dan minum di restoran Bunga Raya di bangunan berdekatan Hilton saya teringatkan dia. Beberapa tahun lepas di sebuah meja agak tersudut di restoran itu saya nampak beliau sedang minum dan berbual dengan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid mempelawa saya duduk sama tetapi saya tolak untuk memberi peluang kepada mereka berbual panjang termasuk hal-hal kepentingan bangsa dan agama.

Hasan Ali
"Sila Datuk, Datuk berdua adalah pejuang Melayu dan Islam, usahakan semoga Pas dan Umno boleh berdamai," kata saya sambil berlalu selepas berjabat salam dengan mereka. Saya mengelip di sebatang tiang besar dan melihat mereka selepas itu mengangguk-angguk macam itik jantan dengan itik betina.

Kini, apakah khabar Hasan Akidah.. lama tidak tersua. Kali terakhir berjumpa di masjid al Gufrun di Taman Tun Dr Ismail. Itu pun dari jauh kerana semasa saya bercakap sambil berjalan dengan Abdullah Badawi, Hasan tersudut dari belakang setelah saya menjauh Pak Lah baru Hasan mendekatinya. Mungkin dia tidak mahu saya mendengar apa-apa bakal dibualkan dengan Pak Lah. Al maklumlah Sayuti, akan tulis apa saja yang didengarinya.

Sebelum puasa sebelum balik kampung ada sepanduk di Lebuh Rayua Cabang 4 Salam simpang untuk ke rumah ibu saya, memberi tahu Hasan Akidah akan berceramah di Rantau Panjang. Sayang saya tidak sempat mengikutinya kerana urusan lain pada malam itu lebih penting dari mendengar ucapan Hasan yang akan mengkririk Pas dan memcabukkan Anwar Ibrahim. Katanya sudah habis daerah di Kelantan dijelajahi Hasan kecuali Gua Musang dan Pengkalan Chepa.

Kalau menurut dakwaan dipihak menyokong Hasan dan Ngo Beras Jati, Kelantan akan tumbang dalam pilihan raya akan datang sebab Hasan ajak orang Kelantan supaya tinggalkan Pas dan undi Umno. Membimbangkan juga kata ribuan yang dengar ceramah Hasan?

Malam tadi saya berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar. Kebetulan Hasan Akidah juga katanya ada di hotel berkenaan. Dia juga mengadakan majlis berbuka puasa di situ bersama 100 orang yang akidah mereka diselamatkan oleh Hassan dari dipunahkan oleh Kristian. Saya tidak tahu siapa yang membayar bil majlis berbuka puasa itu. Apakah bayaran di buat oleh Jabatan Khas Umno (Jasa) yang terletak di bawah kementerian dipegang Rasi Yatim atau pihak mana? Sebab sebelum ini ada majlis yang dihadiri Hasan Akidah kos majlis dibayar menerusi chek Jasa?

Langsung tersebut namanya di situ saya jadi teringat kepada Hasan. Kebetulan pengarang Sinar Online, Dr G Manimaran duduk disebelah saya. Manimaran yang juga dijemput untuk berbuka puasa dengan Mahfuz terlewat tiba kerana mengikuti kenyatan akhbara dari Hasan. Saya tidak tanya apa yang dinyatakan Hasan kerana saya pasti Manimaran akan melaporkan dalam portal beritanya.

Ternyata benar ada laporan. Manimaran seorang wartawan yang bukan saja rajin tetapi cekap menangkap berita. Kelebihan yang ada kepada bekas editor Malaysia Indsider ini menyebabkan saya memburunya kerana kecepatannya melaporkan berita. Beliau tidak menangguh dan inilah menjadikan apa-a badan dikepalai Manimaran cepat menjadi popular dan hit bertambah.

Dalam laporan itu seperti mana dilapor Sinar Online, Hasan menggesa supaya Pas mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Aik... cari penyakit Hasan ini bisik hati saya. Katanya ini kerana Pas gagal menyatakan pendirian sebelum ini yang hendak menegakkan Islam dan Hudud. Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Haron Taib yang memberi menegaskan Pas akan menegakkan Islam dan Hdudu dan kalau ada halangan dalam Pakatan, Pas sedia mencari rakan baru.
Kenyataan politik itu dipegang dan diramas oleh Hasan. Lucu juga saya apabila Hasan berpegang kepada kata-kata Harun Taib. Apakah beliau faham mengenai kedudukan Harun Taib dan kesesuaian (...........) beliau (Harun) menjelaskan perkara itu pada saat itu?

Kalau Hasan Akidah arif dan faham politik dia tidak mengambil serius dengan kenyataan Harun itu. Pertama, (eh tiru bahasa cakap Hasan pulakk...), Harun Taib hanya sebagai ketua ulamak dan pandangan itu adalah pandangan peribadinya. Keduanya, (eh tiru lagi pakai poit..) Harun berkata begitu kerana itulah prinsip Pas. Soal hendak cari akan baru sekiranya Pas bermain dengan hudud dan hukum Islam itu hak Pas bukan Harun Taib.

Sebagai ahli politik Harun akan melihat kiri dan kanan sebelum dia berkeras dengan prinsip dan dasar parti itu. Dalam politik untuk pengetahuan San... eh eh... kita tidak boleh jadi bijak sendiri. Betapa pun bijak dan munasbaah tetapi jika tidak mendapat sokongan jemaah, kita akan tertinggal. Sebab itu saya selalu katakan tidak ada kebenaran dalam politik, tidak ada kejujuran dalam politik, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk dimungkiri.

Jadi Hasan tidak boleh kaitkan kenyataan Harun Taib itu sebagai satu ketetapan dan penegasan Pas. Pas sebagai sebuah badan siasah akan memikirkan sedalam-dalamnya untung rugi buruk dan baik untuk melaksakan apa juga matlamnatnya. Lebih penting Pas akan mengambil kira keutamaaan dan keselamatan parti berkenaan. Saya rasa Harun Taib juga bersikap sama. Sebab kalau Harun Taib bersikap pandai sendiri, seperti Hasan lakukan semasa beliau berada dalam Pas, sudah lama Pas akan hancur dan beliau pun akan ditendang oleh Pas.

Dalam pada itu beliau juga menggesa Dewan Ulamak Pas mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan dan mengajar dewan itu tidak boleh bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui. Sekali lagi saya hendak nyatakan, daya politik dan akal siasah Harun Taib lebih dalam dan panjang dari Hasan. Kekemetotan akal politik Hasan Akidah tidak boleh ditiru dan dipakai oleh Harun Taib.

Bagi Hasan semua perkara senang, sesenang lidah dan mulutnya bercakap. Beliau mudah mengambil kesimpulan atas perkara-perkara yang rumit dan memerlukan tektikal dalam perjuangan. Mungkin kerana amalan itu maka beliau menerima padah dari apa yang dibuatnya kini. Kerana Hasan Akidah mengira dia akan menang ke atas tiga perkara dalam kemelut dihadapiunya maka beliau kini terkanjar dari Pas. Hasan dipecsayai sangat yakin apabila beliau berdepan dengan jawatankuasa Pas beliau akan menang. Dia yakin beliau tidak akan dipecapat dari Pas kerana merasakan dialah tokoh intelektual Islam yang utama dalam parti itu.

Dia juga percaya bahawa Sultan Selangor akan mempertahankan dia sebab dia komited dengan Islam serentak itu kedudukannya sebagai Exco tidak akan terusik. Dan dia juga percaya apabila keluar dari Pas nanti berbondong-bodong orang Pas akan mengikut buntutnya macam anak ayam lapar padi. Walhasil, Pas tidak pun memandang keintelektualannya dan mengambil tindakakan memecat atas kesalahannya.
Sultan Selangor juga tidak mempertahankan kedudukannya, menyebabkan jawatan Exco agama yang menjadi ruang untuk beliau berjuang dan memberi kawan-kawan makan selama ini terlucut dan terlepas kepada orang lain. Begitu juga yang mengikuti buntutnya bukan orang Pas tetapi orang Umno yang datang bertepuk mendengar ceramah Hasan yang mengutuk Pas.

Terlanjur bercakap fasal Hsan Akiah, untuk apa dia memberi nasihat dan peringatan kepada Pas lagi. Tindakan itu menyebabkan orang boleh tuduh beliau kini seperti ayam gilakan sangkak. Untuk apa dia ingatkan Pas lagi kerana dia bukan ahli Pas sudah... eh stail orang Sabah pulak. Sama ada Pas hendak buat Islam, laksanakan Hudus itu Pas punya fasal. Melihat cara Hasan bangkit memberi ingatan kepada Pas itu tidak ubah persis sikap seorang suami yang cuba menasihat isterinya yang sudah diceraikan.

Kalau sudah dicerai, tinggal sajalah. Usahkan dikenang dan disebut pun jangan. Apabila Hasan aysik  menyebut dan terkenangkan Pas semacam ada sesauatu yang terlekat di hatinya. Hasan kena ingat apabila orang menceraikannya adalah kelemahan dan kecatatan fatal dibatan tubuhnya. Seorang isteri tidak akan minta cerai kalau suaminya penuh pengertian dan ideal. Tetapi bila isteri meminta cerai, adalah kelemahannya yang tidak boleh diatasinya.

Kalau Hasan boleh diibaratkan si suami dan Pas adalah isterinya, boleh difahami kenapa Pas menceraikan Hasan kerana kelemahan yang ada kepadanya itu. Selalunya masalah utama antara suami isterinya ialah apabila si sumia impoten (mati pucuk). Tidak usah ceritalah sehebat mana suami, pandai dan petah bercakap berdengar-degar macam pelakar, indah menyusun kata macam pendita tetapi kalau si anuhnya mati, ia tidak memberi guna barang setengah dinar Kelantan pun. Begitulah Hasan Akidah saya lihat dalam konteks memberi teguran kepada Pas, tidak ubah seprerti suami yang mati pucuk dan cuba menarik perhatian si isteri yang ditinggalkan untuk bersatu semula.

Ketika ini dan hari ini kalau Hasan Akidah ikhlas dan bersungguh untuk menegakkan Islam dan hukum hudud Hasan cadanglah kepada parti Umno yang kini menjulang dan tertegun dengan pidato bambastiknya. Cubalah.. mana tahu takut-takut berjaya. Mat ... Mat mana? Ahmad Maslan lah... dah sahur ke? Macam mana dengan Sabah dan Sarawak nampak ponat tu?  [wm.kl.1:41 am 14/08/12]

Monday, August 13, 2012

Seorang Lagi Tokoh Umno Akan Tinggal Parti Di Sabah?

SUSUPAN MALAM

Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.

Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib.

Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan.

Tokoh-tokoh Umno Sabah kini seperti Musa Aman, Shafei Afdal adalah tokoh baru yang muncul selepas Umno menang di Sabah.

Mengenai tokoh Umno itu mungkin beliau akan mengistyharkan lepas raya kelak sempena dengan himpunan besar-besaran Pakatan Rakyat yang akan dirangkakan selepas raya. [wm.kl.9:50 pm 13/08/12]

RM10 Juta Untuk Belot?

RILEK SORE

Phobia akan berlaku pembelian calon atau wakil rakyat di Sabah kini sudah mula dirasakan. Ini berikutan sudah ada perundingan-perudingan kecil menerusi 'calo-calo' politik dengan orang tertentu. Sudah ada tawaran dengan nilai berbagai-bagai dibuat ke atas mereka yang berpotensi menang di dalam pilihan raya akan datang.

Karim Ghani (kiri) bersama Wilfred Bamburing.
Politik beli calon dan beli wakil rakyat semacam sudah menjadi budaya di Sabah. Perilaku ini adalah sejarah yang diketahui umum. Semacam tidak sah kalau aktiviti pembelian ini tidak berlaku. Di Sabah pembelian bukan setelah seseorang menang, tetapi sebelum menang lagi ia sudah berlaku. 

Mereka yang berjaya mendaftarkan diri sebagai calon sudah ada nilai harga tersendiri mengikut kelas dan standardnya. Diibaratkan ketika masih dalam telor lagi sudah ada harga.

Tektik menajakan calon bebas atau menawarkan imbuhan kepada calon belot sudah menjadi permainan biasa yang tidak menghairankan. Kalau urusan ini tidak berlaku seakan pilihan raya Sabah tidak sah. Cakap-cakap ataupun tawar menawar bukan lagi di dalam gelap tetapi secara terus terang dilakukan oleh calo atau wakil masing-masing.

Bekas Ketua Penerangan Umno Sabah yang kini menjadi penggerak utama PKR Sabah, Abdul Karim Ghani secara tidak langsung telah menyebutkan perkara ini kepada saya ketika di lapangan terbang Kuching sewaktu menanti ketibaan Anwar Ibrahim. Apabila saya mengajukan apakah kemungkinan politik beli calon dan wakil rakyat boleh mengagalkan agenda menawan Sabah, beliau dengan cepat mengatakan, "iya ini sudah tentu berlaku...," bahkan tekannya ia sudah berlaku.

Politik munafik ini menurutnya ada dua versi, pertama mereka akan menaja calon-calon tertentu untuk  ikut bertanding dan kedua akan membeli wakil rakyat yang menang. Katanya mereka sanggup memberi berapa banyak yang mahu. Tentulah harga yang menang lebih tinggi dari yang (calon) yang kalah.

"Sudah kedengaran kini ada seseorang berpotensi, tidak perlu saya menyebut namnaya sudah didatangi broker Umno menawarkan wang sekiranya sedia berpaling tadah," kata Karim. Menuruntnya beliau difaham broker itu adalah atas suruhan Ketua Menteri, Musa Aman.

Jelas Karim lagi setakat ini jumlah paling tinggi ditawarkan sebanyak RM10 juta. Kalau anda sedia menjadi alat Umno, mengkhianti hasrat rakyat yang mahukan perubahan, upahnya RM10 juta. Begitulah tutur broker berkenaan kepada bakal calon berpotensi itu, cerita Karim.

Fenomena itu membimbangkan beliau dan ia boleh mengganggu agenda merampas Sabah yang nampak sangat cerah kini. Bagaimana pun atas usaha dan semangat ingin melihat politik Sabah berubah dan tidak menjadi monopoli satu kuasa beliau berharap semoga aportunis-opirtunis yang mencari wang dengan cara ini tidak akan berlaku lagi.

Dan Umno sebagai berpotensi melakukan perdagangan manusia yang keji sebegini diharap akan menghentikan dan cubalan membawa politik gentleman dan bersendikan undang-undang. Dalam pada itu fenomena jahat yang mengkhianati prisip demokrasi ini diatasi dengan adanya kerjasama SPRM. SPRM perlu bertindak mengikut mekanismenya sendiri bagaimana untuk memberkas orang-orang yang mengamalkan politik rasuah dan jahat ini.

Mungkin tindakannya bermula sejak dari broker lagi kerana mereka juga mendapat untung mudah dengan menguruskan 'perdagangan manusia' sebegini. [wm.kl.3:57pm 13/08/12]

Khairy: Boleh Tutup Bangkai Tapi Tidak Boleh Hilangkan Bau

ULAS KATA

Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddiin Abu Bakar seperti ikhlas untuk mempertahankan partinya yang kini dalam keadaan kritikal apabila bersusah payah mengulas kemasukan beberapa bekas pemimpin dan tokoh Umno ke dalam Pas dan juga mengenai tindakan berani dan drastik beberapa tokoh politik di Sabah yang nekad tinggalkan BN.

Apakah kesungguhan Khairy itu untuk menggoda hati Najib agar menjadikannya penting menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti? Sebelum ini menantu bekas PM ini sudah 'bersumpah' tidak akan mempertahankan kerusi Rembau dalam pilihan raya akan datang. Mungkin kerana beliau sudah dapat merasai betapa hina dan sunyi apabila tidak menjadi wakil rakyat kelak, menyebabkan beliau perlahan-lahan meralat kenyataan beliau itu yang sebenarnya boleh 'mengekah' dirinya.

Anwar bersama pemuka politik Sabah yang meninggalkan UBN.
Makanya beliau kena bersusah payah dan mencari point apa saja untuk dilihat Najib beliau penting agar diambil bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ertinya keaktifan Khairy sejak akhir-akhir ini ada agenda memasarkan diri.

Khairy memnperkecilkan kemasukan anak negarawan dan tokoh Umno Ghafar Baba, Tamrin Ghafar ke dalam Pas. Khairy memperlecehkan Tamrin dengan mengatakan Tamrin sudah lama tidak diperlukan parti dan aktif dalam Umno. Sehubung itu katanya pembangkang, (PR) sengaja membesar-besarkan isu Tamrin dan orang-orang Umno lain menyertai pembangkang sebagai hebat sekali gus memberi gambaran Umno semakin disihkan rakyat.

Tidak mengapa, saya kira Tamrin tidak akan berkecil hati dengan kenyataan dan ulasan Khairy itu. Rakyat dan orang ramai akan merasai sejauh mana penting atau tidak orang-orang seperti Tamrin. Seperkara yang Khairy dan orang ramai perlu menyedari kenapa Tamrin menyertai Pas dan kenapa beliau menceraikan Umno. Tindakan ini yang penting dan perlu dikaji bukannya soal siapa Tamrin itu. Bukankah penghijrahan beberapa tokoh penting Umno dan juga kemasukan bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai polis, tentera dan sokongan artis ke dalam Pas itu disebabkan Pas dapat memberi sesuatu harapan baru kepada mereka?

Saya rasa mereka sertai Pas bukan hendak jadi calon seperti tanggapan Khairy kepada Tamrin. Mereka bersama Pas kerana seronok dan bahagia dengan Pas setelah merasakan Umno sudah atau bukan merupakan sebuah parti politik yang dapat menjamin masa depan bangsa dan negara. Mereka menyertai Pas adalah untuk membantu rakyat. Mereka menyertai Pas menjadi denak kepada rakyat di bawah sana. Pengaruh dan populariti mereka sudah tentu dapat menjinakkan rakyat. Justeru penghijrahan atau tindakan mereka tetap memberi kesan menjadamkan Umno.

Tuduhan Khairy pembangkang sengaja membesarkan penyertaan mereka (Tamrin) sebagai tektik dan strategi pembangkang tidak tepat. Sebagai sebuah parti lawan sudah tentu Pas atau PKR dan DAP merasa bangga dengan tindakan bekas pemimpin Umno menyertai mereka. Mereka alu-alukan penyertaan itu. Dalam politik atau apa saja perjuangan, apabila musuh bersama kita ia menandakan nilai kita lebih baik dari musuh. Apa lagi dalam politik memerlukan kejutan, (kontroversial) isu penyertaan Tamrin dan yang lain-lain itu memberi kesan besar kepada rakyat.

Begitu juga tanggapan Khairy tindakan beberapa pemimpin Sabah keluar meninggalkan Umno dan BN adalah merupakan orang yang sudah tidak disukai oleh rakyat satu psywar murahan Khairy. Iya adalah gorengan ringan oleh Khairy yang tidak akan diterima sesiapa pun, apa lagi yang melihat realitinya apa yang berlaku di Sabah muasir ini. Cara beliau mengubah persepsi itu juga sekali lagi memakan diri ketua pemuda Umno yang tidak berkuasa itu.

Tidak perlu seenak itu Khairy memperlekehkan Wilfred Bamburing, Lajim Ukin atau Maijol Mahap atau Tamrin dengan beranggapan mereka adalah tokoh yang sudah tidak laku dan ditolak rakyat sekampung. Satu kesilapan besar kalau Khairy cuba menutup apa yang berlaku dan memberi gambaran negatif tentang penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat. Mungkin Khairy atau sesiapa dalam Umno boleh menutup bangkai, tetapi tidak boleh menyekat bau busuknya.

Khairy boleh membohongi orang Umno Seremban dan Kepala Batas dengan apa yang beliau tuduh itu. Tetapi orang Sabah dan rakyat lain yang sudah lama membuang media penjilat buntut dapat, menyaksikan dan membuat perhitungan sendiri betapa besarnya kesan politik daripada tindakan tiga orang tokoh politik Sabah itu. Mereka jangan diperkecilkan kerana mereka adalah pemuka-pemuka di Sabah yang dilihat kecil dari Semenanjung. Misalnya Lajim adalah hero yang pernah mencipta sejarah buat Umno di Sabah. Kalau Lajim tidak bertindak meninggalkan PBS belum pasti Umno dapat menubuh kerajaan di Sabah. Sebagai budak baru Khairy tidak tahu sejarah dan kehebatan Lajim ini. Dia tidak wajar memperkecilkan Tamrin tetapi harus belajar darinya.

Hairan 'lagu mana' Khairy boleh mengatakan mereka sudah ditolak oleh penduduk setempat. Tahukan Khairy berapa ramai yang hadir di majlis pengistyharan dibuat Lajim Ukin di rumahnya di Beufort dua minggu lalu. Lebih 20,000 rakyat berhimpun dan berdiri bersama Lajim Ukin. Begitu juga dengan majlis pengistyharan Wilferd Bamburing dia Tuaran. Dan majalis di rumah Maijol Mahap di Kota Merudu petang semalam juga tidak kurang hebat. Anwar Ibrahim sendiri memperakui beliau tidak pernah menerima sambutan sehebat kini oleh rakyat Sabah. Katanya semasa beliau berada dalam kabinet dulu tidak pernah beliau mendapat sambutan hangat sebegitu rupa.

Lajim Ukin
Secara mudah dan politicalnya untuk Khairy memahami keadaan di Sabah hari ini, Najib Razak tidak akan "terbang malam" ke Sabah untuk memenuhi beberapa tuntutan lewat rakyat Sabah. Tetapi kenapa Najib terbang malam dan mengadakan lawatan tergesa-gesa termasuk kelamrin untuk menubuhkan suruhananjaya di raja untuk membuat siasatan mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah.

Kehadiran Najib ke Sabah itu nampak tergesa-gesa dan seolah-olah mahu memintas Anwar yang sudah menjadualkan lawatan ke Sabah lebih awal sebelum ini. Kalau bukan kerana Najib sudah kecut perut dengan suasana di Sabah masakan Najib perlu berlumba (berbadi) dengan Anwar. Keadaan dan situasi ini perlu disedari oleh Khairy sebelum membuat ulasan dan merendah-rendahkan orang Sabah.

Dalam hal ini bagi saya Khairy tidak perlu cuba memesong relati yang ada kalau beliau masih ada sisa-sisa sayangkan Umno. Sebaliknya beliau harus mengulas atas realiti sesuai dengan sikapnya sebelum ini. Khairy boleh pergi dan 'bertumas' di Sabah melihat sendiri keadaanya. Rasanya dengan pergi sendiri dan mengerakkan pemudanya di sana lebih elok daripada Khairy mengulas dari atas jendela di rumah mertuanya mengenai Sabah dan beretorik dengan strategi politik kebudak-budakan.

Dengan memperlekehkan tindakan beberapa tokoh Umno Sabah dan Tamrin itu ia tidak menambah kekuatan dan nilai kepada Umno. Sebaliknya cara Khairy itu orang akan melihatnya tidakan tersebut tak ubah seperti musang yang tidak dapat anggur manis, kemudian akan mengatakan anggur masam.

Cara Khairy itu juga seperti orang yang dilanda banjir tetapi degil dan enggan berpidah di mana akhirnya orang itu akan hanyut dan tenggelam dalam arus banjir. Kesimpulannya cara Khairy mempertahankan Umno dengan menafikan realiti semasa seolah-olah Khairy sendiri mahu meneggelamkan kapal sopek Umno yang kini dinaikinya. Apapun ulasan Khairy itu sesuailah dengan kapasitinya sebagai seorang ketua pemuda Umno yang tidak berkuasa. [wm.kl.11:32 am 13/08/12]

Sunday, August 12, 2012

Pertemuan Sulit Yang Terbuka Di Sabah

 DARI KOTA KINABALU

[kemaskini] Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam.

Anwar berkata sesuatu sebelum memasuki ke bilik pertemuan.
Alhamdulilah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti perkembangan yang sedang berlaku.

Sabah kini bagi UBN ibarat sebuah kapal yang sedang karam. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat.

Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang.

Maksudnya wang tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan Sabah.  Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu... dengan melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselamatkan lagi.

Cerita Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak keberanian Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing mengambil tindakan keluar parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini. Tetapi saya tidak begitu yakin kerana saya tidak apat melihat sendiri perkembangan di Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya dikhabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alamai sendiri.

Semasa di Makkah dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan kesedaran politik dahsyat di Sabah. Anihnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan UBN Sabah bukan berwabak dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul dari Sabah sendiri.

Atas tanggungjawab itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk  semata-mata melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini.

Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah di ambang kehancuran buat UBN. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru yang lebih diterima serta menyakinkan.

Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar saya kira yang secara tidak langsung perjuangannya selama lebih 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya. Sebagaimana apa yang Anwar sebutkan, kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat yang perlu ditangani sebaik mungkin hendaklah tersemat di dalam hati.

Bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kota Kinabalu Anwar mengadakan satu pertemuan separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau bagi membincangkan masa depan Sabah. Anwar hari ini diletak sebagai dewa yang akan membuka lembaran baru di Sabah.

Ketika saya menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jefery Ketingan serta beberapa orang pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain termasuk dari parti Star. Sejurus itu mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar, mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar di hotek berkenaan. Pertemuan beberapa biji mata itu penting dan membuahkan sesutau yang mengejutkan.

Menurut maklumat pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dalam pengamatan saya ada empat fraksi yang akan bergabung untuk menumbangkan kerajaan UBN Sabah.

Ikut sama hadir dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh yang saya nampak dan kenal benar ialah Teresa Kok. Presiden parti yang belum didaftar Kadir Sheikh Fadzir juga ada sama. Pertemuan itu mesra dan penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata kelihatan ceria dan sumringah.

Cuma apa yang mungkin sedikit mengilankan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir. Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman. Apakah Pas disisih dari konsperasi ini?

Ulasan selanjut akan bersambung sekembali ke KL nanti. [k.k sabah. 4:17 pm 11/08/12]

Saturday, August 11, 2012

Anwar Di Sarawak Sebelum Ke Sabah

LINTAS SARAWAK

Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah. Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur.

Anwar disambut hangat oleh penyokong di airport.
Melihat kepada kehadiran begitu ramai memberi gambaran semangat PKR Sarawak kini semakin memberangsangkan. Antara yang menyambut ketibaan Anwar, penasihat PKR Sarawak Hafsah Harun, pengerusi Baru Bian, peimpinan pemuda, wanita dan ketua-ketua cabang.

Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar.

Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu.
Bujang Ulis memeluk Anwar.
Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN.


Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tenguk hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah.

Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang. Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh?

Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa.  

Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini.

Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah. [kuching. 5:31 pm 11/08/12]